Sunday 30 December 2012

Short Update ; Internal Med

Assalamualaikum and hello all :)

Hari saya rasa macam nak update blog, so here I am, saje je nak cakap..

Saya sangat suka round Internal Medicine, of course banyaaaak benda nak kena baca (okay semua round pun sama) tapi saya suka. Especially masa unit activity which is setiap hari rabu. Masa ni kitorang akan ikut je Dr. Manal round ward dan dia akan terangkan setiap case patient dekat kitorang.

And maybe setiap department hanya ada 10 orang student so tak perlu berebut nak cek patient dan boleh tanya doktor dengan senang sekali.


Ini view dari tingkap department rheumatology. Cantik, that's why terasa nak share :p

Lepas tu, tengok tengok, i've got a new nametag. yeay me :P


Stethoscope saya color Caribbean blue, actually saya nak warna maroon atau purple tapi since saya beli dekat Egypt and kedai tu tak banyak sangat pilihan warna, hanya ada warna ni and hitam, so saya pun choose this color. But still, it is a nice color.

Dekat library tadi saya jumpa buku ni, yang menarik perhatian saya hoho~


The first thing is dia punya author's surname adalah Love. haa cute, saya rasa :p and secondly, the tittle! SHORT practice of surgery. This is SHORT? ohmaigod -.- tebalnyaaa haa macam mana LONG nanti hahaaa (by the way since saya tak amik lagi surgery taktahu laa ape beza between short and long practice of surgery, but i guess yang long tu mesti longer hahaa)

Kepada sesiapa yang nak blogging secara best dan sihat, kunjung mengunjung sesama kita, apa kata join kat SINI, join group facebook Blogging Sihat. Saya join tapi tak pernah post any entry dekat group tu, haa takut tak terjalan nak melawat orang balik nanti. tunggu cuti nanti la, amboi lamaanyaa lagi haha. By the way join la, the idea and intention macam nice.

Ha, since lusa dah nak masuk tahun baru, saya dengar balik new year jokes, like buat janji tahun depan baru bayar hutang la, tahun depan baru nak hantar, making it seems like laaaamaaaa lagi tapi in fact lusa je. haa, dulu saya selalu jugak buat jokes macam tu tapi since every year buat dah takde feel. hee.

Okay, tujela update saya untuk tahun ni, nanti tahun depan saya update lagi. eh?

Wednesday 26 December 2012

Decision.

Assalmualaikum and hello beautiful people on earth :)

Saya rasa salah satu perkara yang paling susah untuk dibuat adalah keputusan, yes making decisions. Semua pihak perlu diconsider. So, people, kalau awak rasa saya buat keputusan yang silap, please show me the right thing or way to do it. Thank you :)

Tuesday 25 December 2012

Sweetness.

Assalamualaikum and hello beautiful people on earth :)

"A journey starts from a small steps. Andai jatuh di saat melangkah katakanlah ALHAMDULILLAH. Itulah namanya MUJAHADAH :)" -Tikapad 
Saya suka sangat bila people giving me these little reminders. It gives you that warm feeling when you are down :)

Saturday 22 December 2012

Tutorial Import Blog.

Assalamualaikum :)

Wow, pejam celik pejam celik dah habis dua pertiga bulan disember o.O cepatnyaa masa berlalu. Well, i have nothing to write pun hari ni, tiba tiba saya terperasan, banyaaaknya saya update bulan ni. haha looking at my old posts pun, macam dah habit sudahh bulan 12 je mesti update lebih banyak daripada biasa. Why? saya pun tak tahu.

Hee sama la masa tahun 2010 and 2011. Well, if anyone perasan and i doubt if there's any saya start berblogging dekat blog Yayan's ni since September 2011, but how come saya ada blog archive from 2010? oooo misteri di situ.... But anyway, jangan biarkan diri anda diselubungi misteri~ haha siapa ingat the tv series yang ada tagline ni? Misteri nusantara kot rasanya. ok, back to our story.

Actually, saya dah ada blog lain sebelum ni but i stopped that blog and make it private, saya tak ingat reason dia okay tipu, saya ingat je reason dia but never fulfill it pun haa and sangat segan nak tulis kat sini sebab reason dia sangat silly lagipun hahaa and make a new blog. Jadinya blog lama tu terbiar begitu sahaja.

Selepas setahun meninggalkan my first blog tu, saya bukak balik sebab ingat nak delete je blog tu, tapi sebelum tu baca everything yang saya tulis from my first year (muda lagi ai masa tu tau). tetiba rasa sayanggg.  Sebab this will be kenangan saya kottt, sayang nak delete. Dan masa tulah saya geledah geledah blogger ni dan jumpa yang actually kita boleh import post dari blog kita yang lain. waaaa~ abaikan ke'noob'an saya.

Hee saya tak tau la if benda ni adalah satu perkara yang well known or saya je yang noob baru nak tau, but saya kongsi jela kann macam mana nak buat.

First step.
Pergi dekat blog lama korang, or any blog korang yang lain and click setting > other > export blog

dan dia akan keluar macam kat bawah ni, silalah click download blog.


ataupun kalau nak terus delete je blog tu korang jugak terus ke setting > other > delete blog > download blog


Second step.

Pergi dekat setting blog yang korang nak import or letak post tu, setting > other > import blog

Bila dia keluar macam ni, fill in the blanks la kan. macam yang anak panah tu tunjuk.


Pilih exported file yang kita download tadi, rupa dia macam ni.

then isi la apa yang dia suruh isi to prove korang bukan robot -.- then tekan import

Then yeayy tengok dekat post korang dah ada dah entry dari blog lama, masa untuk third step pulak. Pilih la mana mana post yang korang nak dan tekan publish, and magically post tu akan ada dekat blog baru. yeayyyy clap clap~


Dengan hanya tiga step mudah anda tak perlu la rasa sayang nak delete blog lama, import je post2 dari blog lama and say bye bye to blog lama kita. Boleh la delete lepas tu. hee macam iklan ape je.

Okay tu jelah. This is my first time buat tutorial tutorial bagai. haha every step nak explain kann, biasala budak baru belajar mesti semangat je nak tunjuk semua tapi semangat itulah yang kita mahukan, Malaysia Boleh! motif?

Haa tutorial ni adalah satu entry tanpa plan awal. Suddenly teringat orang puteh cakap those who fail to plan are planning to fail. okay tade kena mengena. okay, merepek lagi, mungkin high glucose sekarang setelah makan dua biji pisang besar dekat People's tadi  o.O


Haa actually i have lots of things to do, tak prepare lagi for group discussion this tuesday (ada dua topik pulak kena prepare), tak habis study lagi even dua hari cuti haihh -.-' apa yang busy sangat pun tak tahu laa, lepas tu boleh pulak update blog siap buat tutorial lagi. double haihhh -.-' -.-'

Okay, tu jela untuk hari ini. Good bye good bye! thank you sudi baca :)

Eh, sebelum tu, comel tak background dan header baru blog saya? Haa i know it's a little bit childish tapi i am super in love with gambar bunga yang jadi header tu, nak jugak letak even takde idea macam mana cara nak letak tulisan yang sesuai so end up header just kosog je tanpa tulisan. ha. and the background, selama ni putih je, saya rasa saya perlu something yang ceria hahaa.

Okay, betul betul punya bye bye kali ni. I'll end this with Assalamulaikum beautiful people and thank you  :)





Friday 21 December 2012

Ini Sejarah Kita.

Assalamualaikum :)

Saya nak share video, a little bit long, but seriously it worth your 20 minutes. Setiap kali saya tengok, setiap kali tulah ianya menyentuh hati. Betapa hebatnya kita dulu, betapa hebatnya umat Islam dulu, sampai mampu menawan 2/3 dunia. wow. hebat kann?


Tapi kenapa sekarang kita macam ni?
:(
Mari ubah paradigma kita!

Wednesday 19 December 2012

Hello Internal Medicine :)

Assalamualaikum :)

Oh, hari ni hari rabu, dah lama tak buat wordless wednesday. hee do people still buat benda tu? haha dulu dulu selalu sangat nampak setiap hari rabu bloggers semua post wordless wednesday. sekarang dah jarang nampak.

Well, entry hari rabu saya ni dah tak berapa wordless daa. hehee by the way, saya dah mula round baru. yuhuuuu~ say hello to internal medicine everyone :D well internal medicine ni adalah one of the major branch or major round yang student medic kena ambil. Sem ni kitorang ambil internal medicine for sebulan je, tapi ianya kan bersambung (macam drama dahh) time masuk tahun lima dan enam nanti. 
So, internal med nampak macam menarik. haha tatau la, since baru hari pertama. so far so good :P

apa apa pun, esok saya ada exam parasitology and microbiology. tak banyak pun. soalan dia ada 27 je. Doakan :)

Thank you sudi baca ^^

Tuesday 18 December 2012

Bad Day

Assalamualaikum :/

Hari ni tak berapa baik untuk saya.
Quiz untuk subjek parasitology & microbe tibe tibe tade so kitorang hanya exam tropical med je, hanya 19 soalan for satu jam.

Sebagai seorang representative group saya yang harus menjalanlan tanggungjawab yang diberi, saya pun call coordinator untuk dua dua subjek tu and dia cakap dia taktahu the exam sepatutnya today. Heh, what is this joke? So kitorang kena postpone hari khamis ni.
Kelakar la pengurusan dia ni, how come boleh macam ni? Padahal before this diorang bagitahu exam untuk dua subjek tu sekali dengan trop med punya exam -.-

Balik nak masuk rumah pulak baru saya perasan saya tak bawak kunci, ingatkan ada dalam beg tadi T.T so saya kena tunggu laila housemate saya balik dari exam. Housemates yang lain semua da pergi carrefour.

I was bored, nak tunggu laila balik ingat nak pergi makan nasi ayam kacang dekat restoran indonesia dekat dengan rumah, restoran tutup pulak bukak pukul.

Saya malas nak berjalan ke rumah orang lain, semua orang mesti ada hal masing masing, yelaa baru habis exam kann. So saya decide nak tunggu je laila balik kat depan pintu rumah, internet kan ada. Boleh mengadu nasib dekat blog.

Masa saya tengah jalan dari restoran tadi sambil mengenang nasib diri saya nampak pakcik dalam gambar tu, dia pakai sebelah kasut sebelah lagi pakai beg plastik je. Dia takde duit ke nak beli kasut baru. Mesti sakit kaki dia melecet dan saya di sini complain benda benda kecik kat blog.

Insaf ;(

Sunday 16 December 2012

Read and Becoming A Doctor.

Assalamualaikum and hola! :D

Exam hanya tinggal sehari lebih je lagi. The day after tomorrow at 9 o'clock. Haa tak habis baca lagi. To be honest parasitology and microbiology are just not my thing :( Haa mengadu dekat mak tadi, kakteh tak suka subjek ni. Mak cakap, nak buat macam mana kena baca jugak la. And I said to myself, hmm kate nak jadi doktor haa amik kau.

Heh -.-'

Sometimes, saya wonder kenapa saya in the first place nak jadi doktor? Takde siapa pernah paksa, mak ayah pun tak pernah suruh saya jadi doktor. Dari kecik lagi saya terus pasang impian nak jadi doktor. kenapa eh?

Haha tanya korang pulak en. Tapi yang peliknya, saya macam set my mind yang saya mesti jadi doktor dari kecik lagi. kan time sekolah dulu ada kena isi cita cita dalam borang apa ntah, tapi ada tiga tempat kena isi. Cita cita yang lagi dua mesti selalu berubah-ubah tapi, satu tempat mesti reserved untuk doktor, setiap tahun.  And that's how saya confident yang cita cita saya nak jadi doktor sejak darjah satu lagi heh

Korang tulis ape eh dalam borang tu? Saya rasa pekerjaan paling femes adalah guru. waktu tu semua orang macam tak tahu sangat engineer akauntan bagai.

Okay tu je. saje gedik gedik nak habiskan masa :P
Thank you sudi baca ^^

Saturday 15 December 2012

Coolness, Pistol Shrimp.

Assalamualaikum :)

I found a very cool video, subhanallah of Allah's creation.



ccol~ kan?
"Dan kunci-kunci semua yang ghaib ada padaNya; tidak ada yang mengetahui selain Dia. Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut. Tidak ada sehelai daun pun yang guguryang tidak diketahuiNya. Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu yang basah atau yang kering, yang tidak tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh Mahfuz)'
A-An'am 6:59

Friday 14 December 2012

Mesir Randomly :)

Assalamualaikum :)

Saya bosan lantas tangan pun cepat je menggodek-godek album gambar dalam hard disc. Folder tahun 2009, hampir empat tahun dulu, waktu mula mula sampai Mesir. Huhu dah masuk tahun keempat saya dekat sini, kalau student yang belajar subjek lain mostly dah masuk final year and nak grad sudah.

Waktu mula mula sampai dulu, semua benda saya nak amik gambar, biasalah budak jakun baru sampai. Haha sampaikan tiket tram pun nak ambil gambar. Sekarang tiket tram tu main campak campak je. Kalau kawan yang tolong bayarkan siap taknak ambil lagi tiket tu biar dia je yang simpan. Hee


Ini namanya tram. macam train tapi atas jalan raya. Nilah pengangkutan kami hari hari nak ke kelas. Tambang dia murah je, 25 sen je tak kisah  pergi mana mana. Gerabak paling depan sekali adalah gerabak untuk perempuan je. Naik tram ni kena sabar sikit la, yelah pengankutan murah kan, so waktu peak hours pagi dan tengah hari memang macam sardin habis laa. Sesak nafas gua.

Haa dan waktu sesak sesak macam ni laa pickpockets berleluasa tanpa rasa takut dan segan silu. Yang selalu jadi mangsa tak lain tak bukan budak melayu la, orang melayu kan kecik kecik nak dibandingkan dengan diorang. Diorang pakat dalam dua tiga orang himpit himpit mangsa, pastu seluk bag atau poket. so kalau nak naik tram memang kena jaga beg betul-betul. Tak payah la bawa dompet, hilang ic, kad bank leceh nak uruskan nanti.

Ini.. haaa bangunan mana ntah saya amik gamba. Biasalaa first year fresh lagi time tu, semua benda saya rasa nak ambil gambar guna handphone Sony ericson saya dulu tuuu :P


Dekat depan tempat ekspo barangan, tempat budak budak selalu beli barang awal sem. Tapi sekarang tempat ni dah tade, kena ribut. buku buku gergasi kat belakang tu pun dah jadi rangka -.-


Salah satu benda yang paling best dekat Alex adalah laut! Hee nilah laut mediterranean. Cewah~ Kalau orang tanya alex dekat mana, saya akan jawab tepi laut mediterranean.


Kereta kuda. Antara benda paling common yang boleh jumpa kat sini. Sama ada kuda atau keldai yang tarik. Ini kereta kuda untuk bawak pelancong, selalu akan jumpa dekat tepi pantai je. Kalau dekat kawasan pekan atau rumah, kereta kuda ni banyak digunakan untuk tarik carriage yang jual sayur sayur or untuk besi buruk. memang sangat common laa sampai hari hari nampak. Yang tak bestnya pasal kuda kuda ni adalah souvenir diorang yang ditinggalkan merata-rata atas jalan. Adoi boleh membantutkan mood kalau tengah makan. Souvenir ape? alaa yang warna coklat coklat ada bau sikit hahaa


Unta. Haa nilah benda yang orang wajib tanya kalau tahu saya belajar dekat mesir. Pernah makan unta? haa masuk tahun 4 baru laa saya dapat merasa daging unta. itupun saya tak tahu sebenarnya tu unta. Dah makan dah baru saya tahu. selalunya saya jumpa unta masa raya korban je. Takpun on the way nak ke trip mana-mana lalu tengah padang pasir baru nampak unta. haha hari hari biasa tadela jumpa unta. Keldai dan kuda banyaaak lew

This is my most favorite thing about Egypt. Boleh jumpa orang solat dekat mana-mana. kalau dengar azan je, even dekat tepi jalan pun diorang boleh hampar tikar dan buat solat jemaah :)

Hee okay tu je nak kongsi. Kan ke random entry ni. haa.
Thank you sudi baca.

sekarang dah masuk winter, haaa lambat gile winter tahun ni. Tapi winter kat sini tadela sejuk benor salji bagai, rasa macam aircond yang extreme sikit sejuknya kott, paling rendah setakat ni 8 degree, hee time winter laa after solat rasa malas sangat nak bukak telekung, best pakai telekung time winter, rasa warm nice je :)

Wednesday 12 December 2012

Farewell Tropcal Med,

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, saya dah habis round department kali ni, Tropical Medicine. And InsyaAllah dalam seminggu nanti I'll say hello to Internal Medicine pulak. Exam tadi alhamdulillah i think okay okay je. Saya ada lagi lima hari untuk study for MCQ paper pulak. And now.. off to the photo galore :P



With our doctors :D semua orang sangat excited dah habis exam practical. 

Ini one of my patient, nama Amina. Sangat baik dan always bersemangat nak bagi kitorang palpate.Kebanyakan patient akan pura pura macam sakit bila nak examine sebab banyak sangat students tapi amina, siap volunteer lagi hee Thank youu~ everyone from our class kenal kot amina ni. 

Saya tengah cari spleen Ammu Ahmad. And beside me is Dr Eman, one of our attending doctor. 

Ini adalah salah satu method nak rasa organ dalaman yang membesar disebabkan apa apa penyakit. Method ni namanya palpation. Ada banyak jenis palpation, yang saya tengah buat kat atas adalah classical deep palpation. Basically dia macam tekan tekan je perut patient tu untuk cari organ, tapi still kena tahu the right technique. Contohnya macam nak mula dari mana, nak rasa guna bahagian tangan mana. 

Dari mana nak mula untuk palpate spleen dan liver dan ikut anak panah.

Daripada teknik ni kita boleh tahu saiz, macam mana rupa organ tu sama ada smooth, firm ke ataupun hard. Rasa border dia etc.

Depan department Tropical Medicine. Hari ni hari terakhir kami dekat department ni, minggu depan dah tukar department baru, Internal Medicine. Excited! Sebab Internal Medicine adalah salah satu department yang peling penting sekali untuk latih skill jadi doktor. Uuuuuu~

That's all je kot. Doakan saya nak exam MCQ pulak minggu depan on 18th December. Lima hari cuti study untuk paper satu jam je ahahaha kalau tak habis baca buku lagi sila ketuk kepala sendiri.

Haha thank you sudi baca :)

Exam Trop Med.

Assalamualaikum :)

I am updating in less than 4 minutes.
Saya ada exam pada jam 11 Mesir, emm pukul 5 petang Malaysia. Hee doakan :P
Look how I practised my doctor's skill. lol :D
Haha by the way this is a technique called percussion.

Tu je, thank you u olls :)

Tuesday 11 December 2012

Dekat

Assalamualaikum :)

Sejak kebelakangan ni saya banyak tengok video conversion/reverted to Islam. Saya sangat amazed with these people. Kebanyakan daripada mereka sebelum mereka masuk Islam, akan habiskan baca Al-Quran, ada yang sampai dua tiga kali. Bila dah masuk Islam, mereka ulang baca untuk lebih faham.

I think these people baca and faham Al-Quran more than me myself T.T I started to reflect on myself. Do I really know our holy book? I never read the Quran's translation as a whole, i mean i always read bits and pieces of it. I always choose which surah's translation to read, never read it from the first page to the last completely.

I think I am the same as these muallaf. I am 21 now, next year I am going to be 22. I already lived in this world for two decades. But I just started wanting to learn properly and seriously about our religion. Saya rasa malu T.T

I just wanna share this ayat. If only we know how close Allah is with us, then we'll know how lucky we are, to have Allah, always. Allah is nearer to us than our own urat leher..

"Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya."
Qaf : 16

Allah selalu dekat dengan kita, manusia je yang selalu sangat lupa :(

Friday 7 December 2012

Cakar Ayam

Assalamualaikum and hello all ;)
I was doing my homework, looking through my notes.. and at one point i stopped for a long time. I stopped to ponder what is this written on my note and try to look for any relevance for that particular situation for the patient (i was doing history taking)
And heh. I... don't understand my own notes  =.='
I remember making a promise to myself before not to follow the stereotype of doctors having bad handwriting.
However despite of the promise, i found myself in this situation of not understanding my own notes several times already.
But actually, to be honest, I don't really agree with the stereotype of doctors equal to bad handwriting or famously known as cakar ayam.
In my opinion, any student regardless the course, be it medicine, engineer or anything, will certainly have cakar ayam writing in these two situation;
1) if they are trying to take notes while standing and
2) if they are trying to take notes during a very rapid and heavy lecture.
Me myself will only have cakar ayam in these two situations, otherwise my handwriting will be so kemas and cantik (this is what we called you enter a basket and lift it up by yourself pfffftt~ baca : masuk bakul angkat sendiri)
But maybe doctors are more prone of having bad handwriting because they are more exposed to these two situation and some sort of 'adaptation' occur, maybe. Haha but seriously, not all doctors have cakar ayam you know.
To any future doctors, let us kill this stereotype :p
Okay, enough with my ranting tonight. Thank you for reading.
*ps; i am in the mood of writing in english tonight. Sorry if the grammar and word usage are berterabur. It has been so long you know. #ohmyenglish
Oh and one more thing, i am using application of blogger for android for this post. But honestly i think wordpress' app is better. In blogger you cannot change the position of your image. So the image will only be at the bottom of this post. Am i right? Or maybe it can and i am the ignorant one? Hee~

How the Bible Led Me to Islam: The Story of a Former Christian Youth Min...

Assalamualaikum.

Just wanna share this.. ;)

Thursday 6 December 2012

Tadabbur Alam ; Burung.

Assalamualaikum :)

Hari ni hari khamis. hehe sejak belajar kat sini hari khamis adalah hari yang paling best bagi saya. Sebab ape? Haha sebab.. esok jumaat cuti! Yeayy.. Cuti kitorang ada sehari je seminggu, jadi sehari esok sangat bermakna. Heee

Tadi, nak ke ATM, tunggu tram tak sampai sampai, saya pun decide nak jalan kaki je. ATM dekat pasaraya Fathalla tu dua stesen je dari rumah. Exercise sikit, baru timbang berat pulak =.=

This is what we called tram :P

Jalan jalan, well kalau dah jalan seorang fikiran dan penglihatan senang sikit nak menerawang. Tengok langit and i saw these..


Sekawan burung, terbang terbang, they keep on flying circling at the same place. So saya wonder, why?
how does it feels to be a bird? Apa tujuan diorang terbang terbang macam tu, they are not looking for food, just terbang terbang circling something. 

From usrah sharing, one of my bulatan's member said, "there is no kebetulan in Islam, semua dah dirancang Allah." What is his plan in making the birds behave like that? No one knows. Only Allah, the Only One knows. It's His secret you know. We can only just wonder, and say subhanallah. Luasnya ilmu Allah tuu!

Sama macam waktu Nabi Adam diciptakan, even malaikat pun wonder kenapa Allah ciptakan manusia sedangkan mereka kata, manusia hanya akan buat kerosakan je di bumi ni, so why nak ciptakan manusia?

Semua yang berlaku sehari hari, adalah plan Allah. He will make sure everything behaves accordingly.
"Dan Dialah yang menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing masing beredar pada garis edarnya"
Al-Anbiya' : 33
Dan sepanjang perjalanan, saya lihat muka orang orang di sekeliling saya, and I wonder why do these people exist? What's their role? 

After doing my shopping (shopping la sangat kan, mostly makanan je) both my hands were full and heavy. Saya prepare duit satu genih buat tambang tram. Jalan cepat cepat sebab dah masuk maghrib.Baru pukul 4.50 petang kot, awal dah maghrib sekarang.

Tengah saya tergesa gesa nak kejar tram, saya nampak seorang pakcik tua, emm not pakcik kot, atuk maybe. He was holding one packet of tissue, only one packet, holding it out to all the passersby, most of them ignored him. Bila saya passed him, i just gave him the one genih in my hand, and terus saya cepat cepat nak jalan.  Saya ada banyak lagi syiling dalam bag tapi sebab tangan penuh dengan barang, rasa malas nak keluarkan, so i just gave him that one genih.

Before saya jalan, saya tengok dia and senyum (to fulfill my adab bersedekah) and he smiled back. Tapi, his smile is the one that tugged my heartstrings. A smile that showed how grateful he is. He is so happy with just that one genih. 

Dan dalam perjalanan balik, saya asyik terfikir, kenapa Allah temukan pakcik tu dengan saya? And i think i found the answer, so that i learn something from him. Be grateful, to whom? to Allah, who gave me more than i could asked for, more than what i really deserved. Thank you Allah

Pernah dengar nasyid Dawud Wharnsby Ali, Alhamdulillah?


I am just a person and my life is full of opportunity  
I can travel through the world, over land and over sea
But will I choose the path of truth or the path to misguide me?
I am still looking and maybe started crawling into a path that i wanna be. But indeed that path is so hard to be maintained. and I should be in this path to look for my logam. My logam, my strength, anything yang saya rasa mampu saya specialized, not just for myself but something that can help my ummah. I wanna be like a logam, strong inside and out.

But in order to find that logam, i need to change. Saya tahu, that change cannot be too drastic, but i should try to make some progress. "Don't easily give up, keep on going for the sake of Allah!" that's the most important thing.
"Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang (kejadian) diri mereka? Allah tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya melainkan dengan (tujuan) yang benar dan dalam waktu yang ditentukan. Dan sesungguhnya banyak di antara manusia benar benar mengingkari pertemuan dengan Tuhannya"Ar-Rum : 8
I don't know what's my fate at the end of this journey, whether I manage to still be in this path or go astray, only Allah knows.

Oh Allah,

Guide us to the straight path

The path of those upon whom You have bestowed favor, not of those who have evoked [Your] anger or of those who are astray.

Thank you :)

Wednesday 5 December 2012

Janji Allah


"Wahai manusia! Sungguh, janji Allah itu benar maka janganlah kehidupan dunia ini memperdayakan kamu dan janganlah (syaitan) yang pandai menipu, memperdayakan kamu tentang Allah"
Fatir : 5


Monday 3 December 2012

Rabun, Laser dan LASIK.

Assalamualaikum ;)

Saya pakai spec sejak dari darjah satu. Setiap masa. Memang teringin nak buat laser. Dulu dulu bila time sekolah, dengar ada teknologi nama laser ni yang boleh ubati mata rabun, hati terus terasa membuak-buak nak buat laser. Betapa kuciwanya saya bila tahu kena tunggu umur 20++ dulu baru boleh buat laser T.T

Tapi sekarang saya dah umur 21. Tahun depan dah nak masuk 22. Waaa~ terasa dah dewasa dan matang sangat. Haha mak dan kakak sulung saya masa umur diorang macam ni dah kahwin dah pun. Okay fine, tade kena mengena.

Haha tapi main pointnya kat sini adalah saya dah mencapai umur untuk buat laser sekarang. InsyaAllah.
To be specific, it is LASIK (baca : Laser Assisted In Situ Keratomileusis).
LASIK adalah satu procedure yang menggunakan laser untuk membentuk semula cornea dalam pesakit rabun jauh, dekat atau astigmatism.


See this video. Saya rasa sangat cool procedure ni. Hee~

Saya plan nak check dengan Ophthalmologist. nak tengok sesuai tak lagi mata saya nak buat LASIK. I am so excited. InsyaAllah kalau ada rezeki nak buat tahun ni, kalau takde emm tape, saya tunggu je lagi dua or tiga tahun. hee

Kena tunggu power mata betul betul stabil dulu baru boleh buat LASIK. Selalunya bila seseorang tu dah mencapai umur 21 insyaAllah mata dia dah stabil, dah sampai had tumbesaran.

Mitos dalam masyarakat, kita ingat kalau tengok TV dekat and baca buku dalam gelap boleh buat mata rosak tapi salah tu sebenarnya. Doctor Ophthal saya cakap benda benda tu boleh buat mata jadi penat je (Eye Strain or aesthenopia) dan takkan buat rabun.

Sebab utama mata rabun, adalah disebabkan saiz (axial length) mata yang terlalu kecil ataupun terlalu besar. Dan ini adalah disebabkan faktor genetik. Orang Asia roughly 60% daripadanya ada masalah rabun, manakala orang Eropah and Arabs hanya 30% je.

Selain disebakan saiz eyeball, bentuk cornea pun boleh menyebabkan rabun.

Nearsightedness rabun jauh, farsightedness adalah rabun dekat.

Astigmatism atau orang kita panggil silau pula adalah disebabkan bentuk atau curvature/steepness of cornea tu tak sama. Jadi menyebabkan, instead of fokus dekat satu point je imej tu akan fokus dekat dua tempat yang berbeza atas retina dan menyebabkan imej tersebut blur.


Kalau tengok anak or adik kecik kecik suka tengok TV dekat ada dua possibility, sama ada diorang memang suka tengok TV dekat ataupun sebab diorang rabun. That's why diorang tengok Tv dekat dekat. Baik pergi check. 

Sebab saya masih ingat lagi time kecik kecik dulu, saya tak tahu pun saya rabun dan family saya pun tak tahu. Jadi saya selalu sangat tengok TV dekat dekat. Bila masuk sekolah, kan ada nurse datang check mata, baru saya tahu saya rabun sebenarnya. Jadi selama ni saya ingat saya rabun sebab tengok TV dekat haha tapi bila posting Ophthal baru tahu terbalik sebenarnya. Saya tengok Tv dekat dulu sebab saya rabun. Ha. 

So jangan la percaya bila orang cakap tengok tv dekat dekat, baca buku dalam gelap mahupun baca buku banyak sangat boleh buat orang jadi rabun. Mitos belaka tuu :P

Dua tiga hari lepas, saya pergi ke kelas pakai contact lenses, masuk kelas je semua orang tanya, "Yan buat LASIK ke?" Haha mentang mentang la semua baru habis round Ophthal hari tu, tak terfikir langsung saya pakai lens, LASIK je dalam fikiran diorang. 

Saya rasa kebanyakan kawan-kawan yang dah lalui posting Ophthal, kebanyakannya excited dan teringin nak buat LASIK. Teknologi sekarang dah maju tau, boleh buat sampai power 12 diopters woo dan LASIK ni kurang side effectnya.

Tapi, sesiapa yang berniat nak buat LASIK, don't get your expectation too high. Study dulu betul-betul. Sebab walaupun LASIK ni selamat tapi still ada sedikit side effect yang sangat sangat sangat minor maybe 1% gitu je. But still, saya rasa it is better semua orang faham dan tahu everything before buat apa apa.

Okay la, tu je. Saya teringin nak buat LASIK, Doakan mata saya sesuai eh untuk LASIK ;)

Thursday 29 November 2012

Diffusion of Responsibility

Assalamualaikum :)


"Diffusion of Responsibility is a social phenomenon where people are less likely to help a complete stranger when surrounded by other people"

Wednesday 28 November 2012

Salah Faham Medic ; Cara Nak Surutkan Demam

Assalamualaikum and hello all :)

Baru beberapa hari lepas, lecture saya bertajuk Pyrexia of Unknown Origin (translate : demam yang tidak diketahui asalnya) atau nama glamornya PUO atau Pyrexia of Undetermined Etiology atau Prolonged Fever. Ha. trust medic to give everything multiple names.

Dalam lecture, doktor bagitahu the right way nak surutkan demam selain ubat ubatan. Dan kalau sejak turun temurun lagi kita akan letak tuala sejuk atau cool fever atas kepala. Hee saya student medic pun tak pernah terfikir tapi kaedah tu doktor cakap tak bagi kesan sangat sebenarnya. Ada effect tapi lambat.

Cara paling cepat nak turunkan suhu badan adalah dengan letak dekat tiga tempat.

  1. neck (leher)
  2. axilla (bawah ketiak)
  3. groin (taktahu nak translate dalam bahasa melayu ape haha)
okay boleh tengok ilustrasi di bawah. yang dihightlight oren tu.


Kenapa letak dekat tiga tempat ni? sebab kat sini ada saluran darah besar yang supply badan kita. Ada carotid artery (neck), axillary artery (axilla) dan femoral artery (groin). Cara paling cepat nak turunkan suhu badan adalah dengan menurunkan suhu darah sebab nanti darah ni akan pergi ke segenap penjuru badan. Bayangkan kalau letak kat kepala ada tulang dan kulit je, lambat sikit la effect dia.

Tapi, jangan sekali-kali letak ais secara direct, balut dulu dengan tuala then baru letak. sebab ais, sejuk sangat akan menyebabkan vasoconstriction which means saluran darah mengecil then kurangkan supply darah pulak. Lain pulak jadinya nanti. Gangrene nanti kang.

Tu je untuk hari ni. By the way nak cerita, baru belajar macam mana nak palpate orang. Waa~ I am so excited, terasa macam doktor gituuu. haha Tropical Med is not that bad. Selain kelas ILA, saya rasa kelas lain bearable je.

OKay, haha hee tu je thank you sudi baca. Chiowwww~

Monday 26 November 2012

Minta Maaf

Assalamualaikum.

and hello semua! Mood saya hari ni balik dari kelas sangat tak baik. Saya rasa kalau seseorang tu buat salah, dia patut datang minta maaf, tak kisah la salah tu besar atau kecil, datang minta maaf pada orang yang awak buat salah tu. Eh, tak gentleman la lu. Tak suka!

I am not an expressive person, terutama sekali pada orang yang saya tak berapa nak kenal. Kadang-kadang salah satu perkara yang saya paling cemburu pada orang adalah bila certain orang yang sangat expressive, sangat tahu macam mana nak menzahirkan perasaan dia. I don't have that kind of personality jadi saya sangat cemburu pada orang yang expressive.

Dan saya tak suka lelaki yang tak gentleman. Buat salah tak minta maaf, buat muka seposen. Tu je. Ok bai!

Saturday 24 November 2012

Maher Zain Live in Alexandria

Assalamualaikum :)

Hee Khamis lepas, buat pertama kalinya saya pergi konsert, Maher Zain datang Alex. woha! Time nak beli tiket tu semangat je saya call mak ayah bagitahu dan minta izin nak pergi konsert. Pastu ayah gelakkan saya, dia cakap, "Elehh, mak hari tu pergi konsert dekat Ipoh free je tak kena bayar" Cis!


Tapi apa-apa punn, this is my first concert.. weeeee~ haha sebenarnya I am not that excited. Cuma hari konsert tu je terasa bahang dia, sebelum sebelum tu biasa jew.. Okay, off to the photo galore.

 Menunggu sebelum dapat masuk hall

Haha tapii.. saya yang takdelah excited sangat tu tibe tibe rasa excited terlebih pulak bila dapat tahu seat kami sangatttt dekat dengan stage. waaaaaa~ kitorang duduk dekat barisan kedua kott. 

Sambil tunggu Abang Maher keluar, snap snap gambar dulu..

Abang Maher!

lots of Abang Maher!

Abang Maher lagi..

Haha kawan saya la yang mula panggil Abang Maher. Saya rasa ianya sangat kelakar but so cute. Abang Maher! lol~

Overall, the concert was awesome walaupun hanya ada lima lagu English yang saya boleh sing along. Saya terlupa pulak bila konsert ni buat kat Egypt, kebanyakan lagu yang dia nyanyi adalah bahasa Arab. Huu 

Dan walaupun suara Abang Maher serak serak sikit sebab dia sakit but still best. Okay, maybe sebab first datang  konsert, semua saya rasa menarik. Heh. \Tapi ada atu la benda yang saya tak suka, bingit!

Ape ape pun lagu yang paling menyentuh hati sepanjang konsert tersebut is Palestine Will be Free. Let's pray for Palestine everyone. Saya kena selalu diingatkan benda ni, that's why saya letakkan desktop background laptop doa Qunut Nazilah

Okay, tu je. thank you sudi baca :)

Tuesday 20 November 2012

Dumb Ways to Die

Assalamualaikum and hello semua :)

Saya jumpa satu video, tajuknya menarik membuatkan saya click. Haha comel~ pandainya orang ni buat iklan.



Okay. tu je. thank you sudi singgah dan baca :P

Monday 19 November 2012

Para & Microbes Lagi?

Assalamualaikum :)

Sebelum ni saya ada mention somewhere yang saya akan ambil round Tropical Medicine untuk sebulan selepas berakhirnya round Ophthalmology. Yup, sudah dua hari masuk round baru.. dan dua hari saya dipenuhi dengan lectures sahaja. Empat jam sehari. nice!

*sigh* Saya.. tak pernah suka dengan binatang kecik-kecik ni. Mereka menarik sangat, sangat menarik untuk saya tahu secara general, tapi untuk belajar pasal diorang secara detail, hmm just not my thing. Saya tak mampu duduk di meja study lama untuk hanya belajar mengenai diorang.


Apa2 pun, saya perlu dan mesti jugak belajar.
".. dan boleh jadi kamu benci pada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka pada sesuatu padahal is buruk bagi kamu. Dan ingatlah Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu) sedang kamu tidak mengetahuinya"
Al-Baqarah : 216
Yup, this will be my motivation. Aja aja fighting!


Saya patut rasa bertuah dengan segala kemudahan yang ada. Jangan malas malas!
okay, that's all. Thank you sudi baca :)

Saturday 17 November 2012

Hutang Kita Pada Palestine.

Assalamualaikum :)

Semalam after exam ada meeting. Seperti biasa selepas meeting, ketua batch kami akan pilih secara random sesiapa untuk bagi tazkirah. Dan topik yang dipilih sahabat tersebut adalah berkenaan Palestin.



Antara isinya yang membuatkan terasa zappp menusuk hati, adalah bila dia berpesan pada kami,
jangan rasa diri kita ni mulia sangat apabila kita menderma untuk tabung Palestin. Sebab sebenarnya kita hanya membayar hutang, hutang yang tak mungkin habis dibayar walau diberi seluruh harta kita pun. Hutang kita pada ibu ibu yang mengorbankan anak-anak mereka bertempur melawan zionis. isteri isteri yang mengorbankan suami suami mereka mempertahankan tanah umat Islam. Tanah Palestin adalah tanah kita semua.

Jom semua bayar hutang kita. Walaupun hanya mampu bayar sedikit, at least kita cuba.


Boleh tahu lebih lanjut dekat Facebook Aqsa Syarif.
Dan banyak lagi medium yang membolehkan kita cakna dengan isu Palestin. Sebagai contohnya, Activist around the World for Palestine, Kelab IKRAM Mesir, dan jugak blog kesukaan ramai Angel Pakai Gucci.



Palestine will be free.