Sunday 27 January 2013

Resepi Laksa Tersimple Di Dunia.

Assalamualaikum dan hello semua :)

Hamboih, tajuk nak over je kannn. Heh -.- Disebabkan cuti, duduk rumah je untuk dua tiga hari ni jadi saya pun melatih diri untuk menjadi isteri mithali. eh? Haha okay merepek je.

Saja je nak kongsi resepi hari ni, tapi,, saya warning siap siap resepi ni hanyalah boleh dibuat oleh orang bujang atau tinggal di perantauan, nak makan sendiri sendiri je, bukan untuk dihidangkan kepada mak mertua, nanti kena reject. lol. Kalau anda dekat Malaysia google la resepi lain yang lebih complicated dan extravaganza sikit.

Bahan bahan yang diperlukan :
1) 2 tin sardin/mackerel. (saya guna ikan mackerel dalam tin yang tanpa sos. Mudah, buka tin dan blend aja. Tatau dekat Malaysia ada ke tak, sebab kalau saya dekat Malaysia tak guna la ikan dalam tin ni, pakai ikan fresh gumuk gumuk beli dekat pasar tu haa baru syiok. Kalau guna ikan fresh sila rebus dan blend isinya) 
2) 2-3 biji bawang 
3) 15-25 batang cili kering (diubahsuai mengikut kesukaan anda terhadap pedas) 
4) asam keping 7-9 batang (juga boleh diubahsuai, kalau nak masam lebih tambah la lagi) 
5) garam secukup rasa 
6) spageti (ganti laksa, yelah nak buat macam mana, hidup di perantauan.. T.T buat tacing plak tetiba haha)
Cara cara menyediakannya :
  1. Blendkan bawang dan cili kering (yang direndam dengan air panas sehingga kembang), dan masukkan ke dalam periuk.
  2. Blend isi ikan dan campurkan dalam periuk.
  3. Masukkan asam keping.
  4. Masukkan garam. Adjust adjust la secukup rasa.
  5. Sambil sambil tu boleh rebus spageti menggantikan laksa.
  6. Then, tunggu kejap sampai masak. Anddd siap!
Gambar haruslah diambil dalam pelbagai mode, umtuk melayan kebosanan dan untuk mengisi masa lapang. Dan juga untuk bagi nampak menarik sikit laksa yang plain nih. .
Ini memang bujang habis, nak pergi beli timun dengan telur pun malas -.-

Kalau anda di Malaysia yang kaya dengan flora yang pelbagai seperti bunga kantan, daun kesum dan serai, boleh lah ditambah bagi menyedapkan lagi masakan anda. Anda juga boleh menghias laksa ini dengan bahan bahan tambahan seperti telur rebus, timun, bawang dan cili yang dipotong halus.

Resepi ini boleh dimakan oleh lebih kurang 5-6 orang dan ditambah banyak kali. :P

Okay, itu je resepi buat hari ini. Selamat mencuba! :)

Travelogue Italy : DAY 4, Milan Part II

Assalamualaikum and hello :)

Hehe winter break dah bermula kembali. Seronoknyaa tengok orang jalan jalan, semua kawan kawan pakat upload gambar dekat FB, instagram, blog.. ada yang ke Germany, Czech, UK, Ireland semuanya bertebaran di bumi Allah. Since budget saya tak berapa nak cukup tahun ni, so tak ke mana mana la saya. Lepas intial plan nak buat LASIK tapi tak jadi so... haha saya ke Cairo je la cuti kali ni. Ada program usrah, eeee tak sabar!

Tiba tiba saya teringat travelogue yang saya buat tahun lepas. haha travelogue italy saya. Hew hew, berhenti dekat Milan pastu dah tak sambung sambung dahh. So saya terfikir nak sambung, but malangnya lots of details yang saya dah lupaa :(

So I am going to put pictures and maybe something here and there yang saya ingat.

Selepas shopping di Quadrilatero d'Oro dan Galleria Vittoria Emanuele II kitorang pun amik metro untuk bergerak ke San Siro Stadium, stadium AC Milan I think. Well, the details here memang saya tak ingat huhu bacause I know nothing about bola sepak. So, off to photo galore.



Since metro station agak jauh dengan San Siro Stadium, kitorang kena jalan sedikit untuk ke stadium sambil tanya tanya orang. 


Selepas penat jalan jalan akhirnya sampai jugak. Jadinya after that kami pun ambik tour yang berharga emm 13 euro kot saya rasa. 







Saya tak tahu apa apa pasal bola, so masuk sini just snap snap snap.. Datang sini sebab ada one of us yang teringin nak datang je hehee


So now kita akan pergi ke bilik persalinan team AC Milan..





Inilah tempatnya di mana pemain pemain merehatrehatkan diri mereka.



So this is the stadium. Hee maybe because tade match time kitorang datang that's why the stadium looks a little bit boring. Tapi I guess boring untuk saya je kot, since saya memang tak tahu apa apa pasal bola. 

Ok, tu je kot. I'll write again about Verona, Venice and Rome. 

*haha sorry la, tapi I really have no idea what to write pasal bola -.-*

Saturday 26 January 2013

My Steep Cornea.

Assalamualaikum dan hello semua :)

"Your cornea is steep and the refractive error is high, so I don't recommend you to do ordinary laser surgery. We have other alternative which is Femtosecond laser. But it's a little bit expensive. "

Hmm, itulah apa yang Dr Amr cakap tadi. Saya baru balik dari consultation mata sama ada sesuai atau tak buat Lasik dan, hmm dan mata saya tak sesuai. Alhamdulillah, saya tak de la kecewa, sebab secara jujurnya,  sebelum buat consultation pun saya dah terfikir tak nak buat. Haha saya tahu saya bersemangat sangat sebelum ni tapi selepas banyak banyak kali fikir, I think I got a little bit scared. Haha.

Why do I get scared suddenly? Hmm, the initial excitement tu hilang after saya fikir betul betul pasal benda ni. I was excited at first bila ada kawan yang the refractive error (or orang kita selalu panggil power spec) dia well tade la sebanyak saya tapi dekat la berjaya buat tanpa ada complication dan dia dapat melihat selepas itu dengan jayanya. Tapi bila saya fikir balik, I was afraid sebab saya tak jumpa lagi anyone yang buat lasik power dia sebanyak saya. There's no need to know how much is my refractive error, I won't tell here hehe.

And secondly, dah terlintas dekat fikiran saya sebelum ni yang why should i harm myself with a surgery when I am completely have no problem pakai spectacles. Kenapa saya nak buat lasik? sebab tak nak pakai spec tapi that's more like a curiosity and desire rather than my need. Saya membesar dengan spec dan saya wonder how my life will be without having to wear one?

Jadi bila Dr Amr told me that it is not possible for me to do it, saya rasa  a little bit relieved instead of kecewa. Saya tak research lagi pasal Femtosecond laser tu tapi I've read about it somewhere before (I think cikgu saya pernah tunjuk artikel pasal ni) it's a new technology kalau tak silap saya and I guess I better wait kot kalau still  nak buat that treatment. hmm.

So, I guess after this kalau nak rasa how life without spectacles saya kena berbalik kepada contact lens la kot.

Hihi tu je. thank you sudi baca.

*Tajuk entry ni i so.. -.- haha but i have no idea nak letak apa lol*

Friday 25 January 2013

Kunci Belajar Bahasa.


"Malu?
Kenapa mesti malu?
Saya orang Melayu, saya belajar lima tahun di sekolah agama, saya juga belajar syariah di negara Arab yang bahasa inggeris itu asing dari kehidupan. Justeru, saya memang patut lemah dalam bahasa Inggeris. Mentertawakan saya adalah suatu kebodohan seumpama mengejek ayam yang tidak pantas berenang. Justeru, saya tidak pernah mengendahkan ketawa orang terhadap kesilapan bahasa saya.
Bertanding, jangan dengan orang lain.
Bertanding , biar dengan diri sendiri.
Bahasa membentuk sikap.
Sikap membentuk bahasa."
-Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu. 

Thursday 24 January 2013

Bacalah.

Assalamualaikum :)

I used to have a hobby back then, long time ago. Dulu dulu, kalau orang minta tulis biodata, saya akan tulis membaca as a hobby. Dan saya baca, well as usual, novels. English novels selalunya, dan favorite saya adalah Harry Potter. Cuba click dekat link Harry Potter tu, haha and you'll know how obsessed i am with the series. The entries are imported from my previous and deleted blog.

Bila saya cakap dulu, takdela maksudnya sekarang tak membaca langsung, tak tak. Maksudnya buku lain selain buku buku medic. Saya tak ingat when is the last time saya habis baca buku properly, dari awal sampai akhir properly. Saya rasa novel tu tajuknya Thousand Splendid Suns? eh macam pelik je tajuk dia haha tapi lebih kurang la kot saya rasa.

Emm, before cuti hari tu, kakak usrah saya suruh kami tulis diari kecil (well, sort of) dan kena ceritakan apa yang kami nak capai pada akhir cuti nanti. Kalau yang melancong tu mungkin mahu tadabbur alam dan melihat sejarah sejarah Islam dekat negara orang seperti Turki dan Sepanyol. Memandangkan saya tak ke mana mana, saya decide nak mulakan balik hobi lama, tapi kali ni buku yang dibaca berlainan genre.
"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha Mulia. Yang mengajar manusia dengan pena. Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya"
Al-Alaq : 1-5
And my first choice of book, ermm saya kongsi kemudian bila saya habis baca :P

Dan hari ni 12 Rabiulawal, Salam Maulidur Rasul untuk semua, mari berselawat ke atas Nabi dan amalkan sunnah sunnah Baginda :)


'Sesungguhnya Allah mencintai seseorang di antara kalian yang apabila dia melakukan sesuatu, ia menyempurnakannya..'

Monday 21 January 2013

Specialist.

Assalamualaikum dan hello :)

Sejak dua hari lepas, saya asyik menulis buat entry baru je haha kejap kejap bukak blogger dashboard kejap kejap bukak lagi. huhuuu~

Hari ni ada satu lecture je untuk sejam dan kemudian kami kami round ENT akan mula bercuti dua minggu, winter break. Heh. tiba tiba dapat cuti sehari lebih. Saya tadelah happy sangat haha in fact saya sedih bila doktor cakap you have no class this wednesday. Mesti korang ingat saya pelik en, apesal tak suka cuti. haha maybe sebab I am not going anywhere this winter. Stay Egypt saja maaa, so I have lots of masa lapang after this. haih, and the reason why I am sad is sebab saya takut saya lalai dan tak menggunakan masa lapang tu dengan betul.

Hmm.

Sejak dari kecik (eh tiba tiba nak tukar topik lain haha sorry but bear with me beoble keke), saya bercita cita nak jadi doktor dan specialist yang saya nak ambil adalah Gynecologist & Obstetrician a.k.a dalam bahasa melayunya adalah pakar sakit puan. Sebabnya, saya rasa pakar sakit puan perempuan dekat Malaysia kurang, dan saya sebagai seorang perempuan haruslah berusaha untuk membantu gegirls yang lain. That's what I feel, bertahun tahun lamanya.

Tapi suddenly, sejak kebelakangan ni, I think cardiologist is cool too. And neurologist is cool too. Jantung dan otak, the two most important organs in our body. saya rasa saya nak tahu lebih about these two things. Saya selalu amazed with how our nerves and brain function. cool oh wa cakap lu. Hmm so right now, I have no definite cita cita yang lebih tinggi. heh. i mean no definite decision nak ambil which specialist. It can change according to time kot.

OB/GYN, cardiology and neurology, mereka berada di paras yang sama dalam hati saya. eceh!

So i guess , right now the most important thing is to finish my medical studies first then I decide. Belajar semua benda dulu and then choose the right thing for me. Tanya future husband ke what's his opinion. hahahaha okay dah merepek je. Kbai. Thank you sesiapa yang sudi baca repekan bersahaja ini.

*Tapi yang pasti saya tak nak jadi Otolaryngologist a.k.a ENT specialist. haha baru sehari kan amik ENT dah tak nak jadi specialist dia. Saya tak nak orang datang dekat saya dengan lipas dalam telinga. certainly NO! saya tahu saya tak matang but what can i do, lipas is my number one enemy*

That is a definite NO-NO!

Aiman Tak Kisah

Assalamualaikum :)

Saya teringat iklan di radio, Aiman tak kisah.
"Aiman ada kawan, nama dia Arif, umur 5 tahun macam Aiman, tapi dia kecik jer. Aiman tak kisah. Kalau main main Arif cepat letih, dia jalan lambat lambat, Aiman selalu pimpin tangan Arif. Aiman tak kisah...
Arif sakit, dia HIV poci... HIV positif. Bila dia tak sihat, Aiman teman Arif baca buku kat rumah. Aiman tak kisah....."
I have mad respect to Aiman. Aiman tak kisah.

Saya pernah terjumpa seorang pesakit, dia penagih dadah dan bertatoo. Di kaki siap ada tatoo tengkorak yang comel lagi. Doktor suruh kami cek dia, buat general examination dan ambil vital signs. Saya dan rakan rakan periksa dia macam biasa tanpa menggunakan glove.

Tak lama selepas tu, Professor kami, Dr Manal menyuruh Resident Doktor (Dr Marwa) di situ untuk periksa lymph node patient tersebut nak tengok ada enlargement atau tidak, lantas Dr Marwa ambil glove sambil bagitahu Dr Manal yang mereka syak patient tu ada HIV.

Saya.. gulp. terus melihat tangan sendiri, nak periksa ada luka di tangan atau tak. Saya student medic, saya tahu HIV tak akan merebak melalui sentuhan. Tapi saya masih risau dan paranoid. Saya dan rakan rakan berpandangan sesama sendiri. Masing masing dah menyentuh patient tersebut dengan tangan tak berlapik.

Tapi kemudian bila doktor yang lebih senior Dr Manal sentuh saja patient tu tanpa berlapik, kami menarik nafas lega.

Selepas beberapa ketika berada dalam 'ketakutan', saya mula berfikir secara logik..

HIV certainly tak boleh merebak melalui sentuhan, udara ataupun berkongsi pakaian kerana virus ni tak boleh survive di luar badan manusia. HIV hanya boleh merebak melalui cecair badan seperti darah, mani dan susu ibu. Jadinya berkawan, bersentuhan dengan penghidap penghidap HIV adalah selamat. But I guess all this is easier said than done huh.I still think semua orang pun walaupun tahu je fakta ni, masih sedikit paranoid, bukan?

Sebab itu saya sangat kagum dengan Aiman, even student medic pun tak boleh jadi macam Aiman. I wonder is it because of my first time meeting someone suspected with HIV? Haha tengok la, I'll write again bila nanti saya jumpa lagi patient HIV. I wonder adakah saya akan matang waktu tu, by matang i mean tak paranoid lagi. hmm.

Sunday 20 January 2013

Halal & Baik [BW]

Assalamualaikum :)

Kakak saya buat entry mengenai makanan yang kurang kolestrol. Tiba tiba saya teringat perbualan saya dengan housemates suatu ketika dulu, "kita ni makan ikut perintah Allah selalu cari makanan yang halal tapi kita lupa ada satu aspek lagi seiring dengan halal tu iaitu makanan yang baik, Allah kan kata halalan toyyiban bukannya halalan je" (dialog diubah mengikut kesesuaian ^^)

Saya hanya ketawa je sebab housemate menyampaikan perkara tersebut dalam keadaan yang kelakar, hee tapi betul laa, kita kecoh sangat mencari makanan halal, dan bila dah jumpa makannan halal kita makan tak ingat dunia T.T terlupa makan jugak perlulah dalam keadaan yang baik, jangan terlalu banyak, elakkan makan makanan yang tak sihat.
"Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit"
-Rasulullah SAW
Perintah Allah suruh mencari makanan yang halal dan baik tu adalah seiring, jangan kita hanya ambil yang satu dan lupakan yang lagi satu.
"Wahai orang orang yang beriman! makanlah dari rezeki yang baik yang Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika kamu hanya menyembah kepada-Nya"
Al-Baqarah 2: 172
"Dan makanlah daripada apa yang telah diberikan Allah kepadamu sebagai rezeki yang halal dan baik dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya"
Al-Maidah 5 : 88
"Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu; dan syukurilah nikmat Allah, jika kamu hanya menyembah kepada-Nya"
An-Nahl 16 : 114
Bila menulis entry ni macam biasa terasa berdas das melantul kembali pada diri sendiri.
Harap ianya bagi benefits kepada sesiapa yang membaca and let's try to change.

*menulis sesuatu nasihat atau perkara baik dalam blog akan membuatkan kita lebih termotivasi untuk buat berbanding hanya berazam dalam hati, let's hope this motivation lasts*

Autoimmune [BW]

Assalamualaikum dan hello people :)

Belajar dalam department Rheumatology, kebanyakan pesakit yang saya jumpa adalah yang mempunyai penyakit auto-immune. Apa itu auto-immune disease?
Autoimmune disease is an illness that occurs when the body tissues are attacked by its own immune system.
Translasi secara kasarnya adalah autoimmune ni adalah sejenis penyakit yang diserang immune system ataupun daya tahan diri sendiri.

Dalam badan kita daya tahan atau immune system ni ibarat askar askar yang berjuang mempertahankan sebuah negara. Negara tersebut adalah tubuh badan kita sendiri. Askar askar ni saban hari kerjanya dalam tubuh berlawan dengan musuh musuh durjana dalam bentuk virus, bacteria, parasit, dan lain lain.

Setiap hari ada sahaja pathogen pathogen comel tapi berbahaya ni bersedai untuk menyerang kita. Setiap hari kita hidup dengan gembiranya tanpa disedari ada peperangan besar yang berlaku dalam dan luar badan kita antara askar askar yang bernama leukocytes dan anak-anaknya neutrophils, monocytes, natural killer (pembunuh semulajadi woo O.O) dan adik beradik mereka yang lain.


Tapi, apa pulak yang terjadi pada pesakit autoimmune disease ni? Bagi pesakit pesakit atoimmune ni, instead of mempertahankan negara tapi askar askar ni menyerang tubuh badan mereka sendiri ataupun menumpukan perhatian kepada benda benda remeh temeh.

Sebagai contoh dalam kes allergi, immune system akan menyerang benda benda yang makan yang kebiasaanya akan diignore sahaja oleh mereka. Cohtohnya orang yang allergi coklat, bila makan aje coklat askar yang bernama mast cell akan bertindak dengan melepaskan senjata rahsianya yang bernama histamine. lalu jadilaa gatal gatal, merah merah seluruh badan.

Dalam kes autoimmune disease pula, askar askar immune system ni akan menyerang cell cell badan mereka sendiri.

Contoh autoimmune disease ni adalah Celiac disease. Celiac disease adalah satu penyakit di mana individu tersebut akan mengalami cirit birit (diarrhea) atau sembelit (constipation), angin (flattulence) bila mereka makan sejenis makanan yang ada gluten (gandum, barley, oat). Setelah makan gluten terjadilah reaksi yang agak complicated dan askar askar ni akan memusnahkan cell cell dalam usus (gastrointestinal).

Contoh yang lain pula adalah Rheumatid Arthritis, sejenis penyakit yang menyebabkan askar askar tadi menyerang sendi sendi (joints). Dan banyak lagi penyakit autoimmune yang lain antaranya Systemic Lupus Eryhthematosis, Addison's Disease, Graves dan banyak lagi.

Masalah paling besar autoimmune adalah kita tak tahu sebabnya kenapa . Kebanyakan daripadanya kita tak tahu kenapa sebabnya, maybe genetic sebab apabila seseorang ada any autoimmune disease, dia tend untuk ada another condition of autoimmune disease. Tapi kenapa? Tak siapa yang tahu.

Belajar Medic, saya selalu tersedar dan even my lecturers pun selalu ingatkan, that there's nothing in our control. Doctors mungkin boleh jadi medium untuk membantu merawati penyakit tapi yang menyembuhkan hanya Allah sebab hanya Dia yang tahu everything yang jadi dalam badan kita.
"Dan Dialah yang memulakan penciptaan, kemudian mengulanginya kembali, dan itu lebih mudah bagiNya."
Ar-Rum 30 : 27

This is a very nice story. Tentang Dr Lawrence Brown. He is a cardiothoracic surgeon if I am not mistaken. Dia selalu rasa that being a doctor he has like some sort of control, tapi bila anaknya sendiri ada satu condition coarctation of aorta (keadaan di mana saluran darah besar anaknya jadi sempit jadi badan anaknya jadi biru sebab tak cukup oxygen dan chance of survival sampai besar hanya bergantung pada pembedahan)  apabila lahir, at that moment he felt so depressed dan untuk pertama kalinya  dia berdoa dan berkata, "Oh God, if you are there, help me and I'll find you" after that a miracle happens. Pada masa tulah, daripada seorang atheis tak percayakan Tuhan, dia mula sedar akan kewujudan Satu Kuasa yang jauh lebih besar dekat atas sana.

Tengok la video tu kalau nak tahu what is the miracle tapi i think you can guess, but still tengok that video!  :P

Banyak perkara kecil yang merupakan nikmat yang Allah kurniakan untuk kita, kadang kadang kita tak sedar pun perkara tu adalah nikmat besar buat kita. Antara nikmat yang kurang kita sedari adalah immune system kita la, kita takkan mampu hidup walaupun sehari kalau tiada immune system ni untuk protect kita. So let's take a moment to say Thank You Allah, for everything! :)
"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"

The End of Internal Medicine... for now :)

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah semalam dah habis exam round kali ni, Internal Medicine, for now. Hehe sebab masa 5th and 6th year nanti kena ambil internal med lagi, hoho~

Saya sedikit sedih sebab round ni habis, because sincerely saya suka round ni a leeeeettle bit more that the other rounds. haa. Sebab banyak benda yang cikgu ajar for the sake of you to learn something to be used later not just for exam. And for the exam it is the easiest and the least to read among all the other three. haha, maybe that's why saya suka :P Okay, now off to the photo galore.

Ambil gambar dengan doktor doktor rheumatology yang ohsem lagi cool :)
gambar ni diambil just right after our exam practical habis.

Our patient. Pakcik ni kerja tetap dia adalah menjadi pesakit lol. Pakcik kat tengah tu (the shorter one) he has rheumatoid arthritis so jari dia ada a little deformity. Pakcik ni akan datang ke hospital bila doktor call dia untuk masuk kelas and for students nak examine, nanti dia dapat upah. Tulah kerja dia hari hari, daripada penyakit pun dapat rezeki :)

And the doctor beside me, her name is Dr Eman. Saya sangat suka Dr ni. Bagi saya Dr Eman sangat sweet and lovely. Dia ingat nama kitorang semua eventhough kitorang ambil kelas dengan just for a week. Sweet kan Dr Eman?

Jadi hari ni kitorang ada sehari cuti and we decided to spend a little time to make something for everyone in rheumatology department. Tadaaa..

Our gambar and cute little doughnuts untuk semua orang dekat rheumatology, patients, nurses and doctors. Haha sweet tak kitorang? But yang sedihnya two of my favorite Dr tade tadi, i dont know whether diorang dapat or tak doughnuts tu.

Tapi apa apa pun, right now kita kena say hello to my new round, Ear Nose and Throat (ENT). Kelas akan mula esok, and ENT is full of lectures. phewww.. saya kena mempersediakan minda dan tenaga nak tahan dalam lecture.


That's all, thank you sudi baca.

*satu benda yang saya rasa a good thing dalam buat blog adalah, it's like my virtual diary. bila bosan bosan, I can read my old entries, tengok balik at all my silliness or 'matang'ness. Korang rasa macam tu tak?*

Friday 18 January 2013

A Moron Muslimah.

Assalamualaikum :)

Some people may think that the tittle is a little bit harsh, but maybe sometimes we need harsh words to realize what we did and wear was wrong. Read it HERE.

Thursday 17 January 2013

Pengajaran Hari Ni

Assalamualaikum and hello all :)


Tengok kucing ni, nama dia Batman. Kucing peliharaan TK dan Laila. Muka comel innocent semacam aje membuatkan saya terasa nak buli dia. Tadi nampak Batman terjenguk jenguk dari sebalik almari,


Saya acah acah dia dengan tisu, Batman pun kuis kuis tangan dia dari balik sana nak capai tisu tu. Bila tisu dah lunyai, saya ketuk ketuk almari tu. Batman suka kejar benda bergerak. Sekali, zraaaaap!


Panjang gile dia cakar, dalam pulak. sob sob T.T

Pengajaran hari ni : Jangan provoke Batman bila exam tinggal lagi dua hari. Kan satu jari dah susah nak guna. -.-

Sunday 13 January 2013

Problem?

Assalamualaikum :)


Yes, saya sangat setuju dengan quote ni. Sometimes people refuse to talk to each other, kita lagi suka berkata-kata di belakang. Actually, banyak masalah dan salah faham akan selesai kalau kita duduk bersemuka dan luahkan apa yang tersimpan. Tapi kedua dua pihak kena laa masing masing buka pintu hati dan minda luas luas. ye dok? kang nanti jadi masalah lagi besar pulak kalau sikit sikit nak tacing.

Kawan saya pernah cakap kebanyakan stress yang kita alami adalah dari perasaan kita sendiri, that's why kita kena control our own emotions. kadang-kadang benda tu remeh temeh je tapi kita fikir banyak sangat sampai terover over sampai jadi tension.

Dengan melayan perasaan sendiri juga kita kadang kadang lupa akan perasaan orang lain. Kita inginkan dia faham diri kita tapi kita sendiri? adakah kita cuba nak meletakkan diri kita dalam kasut dia (baca : put ourselves in their shoes). Saya rasa bilamana kita nak mendekati sesuatu masalah tu, jangan mudah nak menuding jari dekat oang sahaja, cuba tanya diri balik adakah kita jugak menyumbang kepada masalah itu?

Tak semua orang akan berfikir dan rasa macam mana kita fikir dan rasa, dan kita sendiri pun tak berfikir dan rasa sebagaimana orang lain mahu kita rasa. kan? So, give and take dan bawa berbincang okayy :)
..Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan perempuan serta menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu saling kenal mengenal..(Surah Al-Hujurat, ayat 13)
Tak rasa ke bosannya hidup kalau kita semua fikir dan rasa benda yang sama je, takde variety. bosan en?

Sunday 6 January 2013

You're Your, They're Their There

Assalamualaikum and hello people :)

I am not a grammar geek, dan grammar saya pun takdela sebagus mana, tapi ada satu trend kesalahan yang sangat menggeramkan. Yup, it is beza antara You're dengan Your & They're dengan Their.

Kalau baca subtitle yang ada grammar mistake macam ni memang tangan di dada mata ke atas laa.

YOU'RE adalah singkatan kepada you are yang bermaksud kamu ialah.... dan selalunya kalau selepas nya verb you're ni akan ada -ing. Sebagai contoh you're going to be late ataupun you're an intelligent doctor.
Manakala YOUR adalah membawa maksud kepunyaan. Your bag = beg kamu. Sebagai contoh, This is your  stethoscope not mine.

Peraturan yang sama juga pada THEY'RE dan THEIR. Contohnya, they're my most beloved friends dan their house is just right there. Kadang kadang ada jugak yang terkonfius they're & their ni dengan THERE. There maksudnya different pulak, lebih kurang macam di sana (Contoh; Do you want to sit here or there?) ataupun boleh guna untuk.. emm saya tak tahu macam mana nak explain tapi penggunaan dia macam ni there is something going on here atau there are a lot of things goin on lately. 

English adalah satu bahasa yang sangat confusing. Banyaaaak sangat perkataan yang lebih kurang bunyi atau ejaan tapi membawa maksud yang berbeza. Sebagai contoh, accept&except, everyday&every day, whether&weather, effect&affect, ours&our's atau to&too &two dan macam macam lagi laaa haaa.

Saya copied poem ni from another blog, lama dulu. It's quite funny :P

"Let's face it
English is a stupid language
There is no egg in the eggplant
No ham in hamburger
And neither pine nor apple is in pineapple
And while no one knows what is in a hot dog
you can be pretty sure it isn't canine
English muffins were not invented in England
French fries were not invented in France
We sometimes take English for granted
But if we examine its paradoxes we find that 
Quicksand takes you down slowly
Boxing rings are square
And guinea pig is neither from Guinea nor is it a pig
Sweetmeats are candies, while sweetbreads,
which aren't sweet, are meat.

If writers write, how can fingers don't fing
If the plural of tooth is teeth,
One goose, two geese,
So one moose, two meese?
Is cheese the plural of cheese?
One mouse, two mice; one louse, two lice,
One house, two hice?
Shouldn't the plural of phone booth be phone beeth
If the teacher taught, why didn't the preacher praught,
Or the grocer groce, or hammers ham?

If a vegetarian eats vegetables,
What the heck does a humanitarian eat?
Why do people recite at a play,
Yet play at a recital?
Park on driveways and drive on parkways?
Ship by truck, and send cargo by ship...?
Have feet that smell and noses that run?
How can the weather can be as hot as hell on one day
And as cold as hell on another

You have to marvel at the unique lunacy
Of a language where a house can burn up as
It burns down,
And in which you fill in a form 
by filling it out.
And a bell is only heard once it goes!
How can a slim chance and a fat chance be the same,
While a wise man and a wise guy opposites?

English was invented by people, not computers
and it reflects the creativity of the human race
(Which of course isn't a race at all)
That is why.

You get in and out in a car; and on and off a bus
When the stars are out they are visible
But when the lights are out they are invisible
And why it is that when I wind up my watch
It starts,
But when I wind up this poem, 
It ends."

lol~

Senja.

Assalamualaikum :)

It is senja already kat sini. Dulu dulu time kecik kecik selalu dengar orang cakap jangan main waktu senja, nanti kena culik bunian, ni mesti diorang terpengaruh dengan buku mastika ni hoho~


Friday 4 January 2013

Satu Cinta.

Assalamualaikum :)

"Engkau satu cinta yang selamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan demi cintaku kepada-Mu"



Amin.

Tuesday 1 January 2013

Satu Kaki Di Neraka.

Assalmualaikum :)

Kali terakhir saya dengar benda ni, adalah masa jadi  badan wakil pelajar dekat sekolah dulu. Senior saya nasihatkan kalau jadi pemimpin, tak kira la pemimpin satu pertubuhan besar atau kecik, satu kaki kita dah ke neraka dan satu kaki lagi dalam syurga. Ini la yang jadi motivation setiap kali saya rasa tertekan  dengan kerja, dengan kerenah orang. 

Sebab tu amanah Allah dan orang bagi. Allah tengok nanti. Amanah tu berat, kalau kita buat dengan betul ke syurga la jawabnya, kalau buat salah ke neraka la. So simple.

After so many years, saya diingatkan balik tentang perkara ni. Secara tiba tiba dan tak dirancang. Tak tahu kenapa, rasa nak nangis T.T