Tuesday 22 June 2010

CucukMencucuk.

Gambar hiasan semata mata.
Kawan2 Alex ramai yang buat post pasal cucuk mencucuk ni. Jadi akupon nak buat jugak lah. :D
Sejak baru2 ni, kitorang student first year ni da rasa macam doktor sikit2..sikit je taw.. Sebab ape? hehe sebabnye sekarang kan tengah belajar Module Blood, Lymph dan Immune System. Then, ade laa dua tiga experiment yang memerlukan kitorang menggunakan darah sendiri. Yang paling semua orang excited sekali experiment blood grouping. Semua orang nak tahu blood group masing2. Ermm, aku biase2 je sebab da buat experiment ni ngan Sir Fauzi dulu dalam kelas Bio. Experiment yang sama waktu Form 5 dulu cuma bezanya sekarang aku lagi faham sebab belajar lagi detail. :p dan result yang dapat pon same. ( heh memang laa kan takkan blood group ak tukar pulak ) So blood group aku adalah B+. Ada 9% je taw orang darah B kat dunia ni.

Saya mencucuk

Saya dicucuk


Saya berdarah B+

Tadi ramai je budak perempuan dalam kelas yang melahirkan rasa syukur. Sebabnya ramai yang Rh+. Hehe means anak2 mereka nanti insyaAllah akan selamat daripada erythblastosis foetalis. tapi sape2 yang Rh- tak payah risau sebab kan sekarang dunia medicine dah maju jadi ade preventionnya. :D

Lagi satu yang menambahkan naluri kedoktoran ( eheh ayat tak bole bla ) waktu subjek pulse counting. Kitorang belajar macam mane teknik2 nak kira pulse yang sebetulnya. Lepas tu ade laa patient yang dibawa masuk dalam kelas. So ade laa sikit pengalaman pertama pegang patient. Yang kelakarnya, yelah first time try kan mesti laa ade yang salah2, hehe patient tu pulak yang tunjuk kat kitorang cara yang betol. da terbalik ni. haha layan je laa.

Sejak akhir2 ni, asyik kire hari je nnak balik Malaysia. Bebudak Russia ade yang insyaAllah sampai hari ni. AHhh..kitorang kat Mesir ni lagi 26 hari. :D:D

29th june ni start exam. Huhu~ doakan kami berjaya ehh.. aminn insyaAllah.

Wednesday 16 June 2010

Cakcibor.




Cakcibor pelabagai jenis. Terima kasih kepada Encik Google.

Bile dah dekat 19 tahun aku jadi orang Perak, baru aku tahu hari ni yang perkataan CAKCIBOR hanya digunakan oleh orang2 Perak sahaja. Dalam erti kata lain, cakcibor bukanlah universal.
Pagi tadi, on the way nak ke kuliah Tibb dekat Mustasyfa Mowassa tibe2 Ira tunjuk helikopter. Then, aku pon cakap, "korang perasan tak yang helikopter tu nampak macam cakcibor?". Then, bile diorang tak tahu barulah aku sedar yang cakcibor bukanlah bahasa universal. Bahasa universalnya adalah pepatung atau lebih tepat lagi dragonfly. Lalu aku pon berusaha dan bertanya orang di sekeliling. Taw tak cakcibor tu ape?. Orang Melaka, Selangor, Perlis, Penang semua tak tahu. Last2 aku tanyelah dekat Hawa yang merupakan sahabat sePerak di sini. Akhirnya, hehe aku jumpa. Yeah, orang yang berkongsi ideologi yang sama bahawa cakcibor adalah pepatung. Kitorang pon pelik, "ohh orang perak je ehh yang taw cakcibor?" Then, thanks to Mr Google. kitorang jumpe blog ni yang menjelaskan kekusutan di minda yang orang Perak je panggil dragonfly tu cakcibor. Ate kesimpulannya kat sini, teman orang perok sejati la ni.:p

Dulu, waktu kecik suke tangkap cakcibor. Suke pegang sayap die sebab cakcibor adalah salah satu serangga yang paling aku tak takut selain semut yang kecik tu.

Ahh, lagi satu, korang taw kan riang2 tu ape? Sebab ade jugak orang aku tanye tak tahu ape tu riang2. (jugak dikenali sebagai happy2 kat taiping dulu). ermm.. Riang2 tu name universal die ehh?


Wednesday 9 June 2010

KenapaNakBalikMalaysia?


Counting the days ; 40 hari sebelum pulang. Berikut dinyatakan sebab2 yang membuatkan saya eager nak pulang :
  1. Rindu mak, ayah, kakyong, kakngah, alang, adik, ziyad dan abg long.
  2. Juga rindu saudara mara serta budak2 anak jiran yang sering mengekori atok dan opah a.k.a mak ayah saya.
  3. Rindu kawan2 lenggong, taiping dan sebagainya.
  4. Nak makan Mak masak dan dengar bebelan mak di kala bangun pagi lambat dan malas2 nak buat keje rumah.
  5. Ingin membancuh nescafe Ayah di kala sedang online, bermain game atau tengok movie kat komputer. *bile siap aje bancuh, tengok ayah take over komputer T.T*
  6. Mahu mendengar Ziyad memanggil saya dengan panggilan MakTeh dan die berkata2 dengan petahnya.
  7. Mahu tengok tahap ketembaman KakYong dengan mata sendiri. haha *joking joking* ^_^ v
  8. Nak pergi meronggeng dengan Adek ngan KakNgah dan melihat mereka bergaduh. *saya tak gaduh2 sebab saya budak baik*
  9. Nak tengok Alang pakai jubah yg dibeli untuknya. *hehe..die dah cakap nak pakai*
  10. Mahu pergi reunion dan menelefon kawan lame2. *Upax bole pakai lagi kot*.
  11. Mahu mandi sungai dan berkelah2 dan mungkin bercuti? hehe
  12. Mahu makan sarapan roti canai atau nasi lemak.
  13. Nak tunjuk bakat memasak yang telah cuba diasah di sini pada mak agar mak bangga.
  14. Mahu belajar masak dengan cara yang betul. *nyesal nyesal tak belajar sungguh2 dulu*
  15. dan banyak lagi. Dah malas mahu fikir.
InsyaAllah moga semuanya tercapai. Aminn.

Sunday 6 June 2010

Aurat.


"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu..dia telah berputus asa untuk mnyesatkan kamu akn perkara2 yg besar,maka berjaga2lah kamu untuk tidak mngikutinya dlm perkara2 yg kecil.."
-pesanan terakhir Rasulullah SAW.

Tiba2 hari ni nak berkongsi tazkirah dekat floor. Antara perkara2 kecil yang sering kita lupakan adalah aurat kita. Kita selalu anggap dosa yang melibatkan aurat adalah satu perkara yang kecil je. Ramai yang anggap aurat hanya sekadar betudung. So, ramai yang buat kesilapan. Bertudung tapi berbaju ketat, nipis. Bertudung tapi menampakkan lengan. Bertudung tapi menampakkan dada.

Kenapa aurat ni penting nak dijaga?

"Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita."
-Riwayat al- bukhari

Salah satu dosa utama yang sering diperjuangkan syaitan adalah mengenai aurat. Sebab aurat ni mampu membawa kepada dosa2 yang lebih besar seperti zina, cerai dan juga pembunuhan anak luar nikah.

Orang2 jahiliah selalu pertikaikan, "elehh, orang pakai tudung pon kena rogol jugak"

Tapi salah siapa yang menyebabkan orang2 innocent macam perempuan yang menutup aurat ni dan even kanak2 yang tak tahu ape2 tu menjadi mangsa?
Apabila nafsu seseorang dah naik disebabkan melihat aurat wanita, adakah dia akan berfikiran waras untuk memilih mangsanya? Of course laa tak kan. Jadi, orang2 yang tak berperikemanusiaan ni akan terus gunakan sesiapa saje sebagai mangsa hanya sebab nak puaskan nafsu sendiri.

"Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu, agar mereka lebih mudah dikenali , sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang"
-Al-Ahzab : 59

Jadi, kaum wanita di luar sana, kita sebenarnya yang bertanggungjawab untuk jaga keselamatan kaum kita sendiri.

**Sebenarnya hari ni nak cakap pasal module baru. tapi tiba2 terasa nak berkongsi tazkirah.
Moga kita same2 amik pengajaram.
Ape2 pon today, we have started our new module 6; Blood, Lymph and Immune System.
Yes, as mentioned by Dr Samar, from today onwards we have to face all those bloody lectures.:p

Counting the days; ada 6 jumaat lagi sebelum balik Malaysia.**