Thursday 24 April 2014

Citadel of Qaitbay

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

Alhamdulillah exam final sem 1 dah selesai seminggu yang lepas. weee~ \^.^/
So after a month of struggling for the exam, we got a week break. Saya hanya stay dekat rumah je sebab pokai (i just paid LE3500 just to change the date of my flight TT). Memula risau jugak takut takde apa nak buat time cuti ni sebab masa lapang=musuh ketat! Masa lapang la yang membuatkan kita mula nak buat benda benda lagha nih.

Tapi alhamdulillah, cuti saya is quite full with daurah, meeting, gatherings, masak-masak and jenjalan. Yeayy.

So one of the things yang saya buat time cuti adalah melawat the Citadel of Qaitbay. Itu bahasa omputihnya, kalau orang melayu panggil kubu/benteng pertahanan Qaitbay. Ini kali kedua saya melawat kubu Qaitbay ni.

Entrance fee hanya LE30 dan kalau ada student card LE15.

This is cheating. When I went a few days ago, the sky was not this clear, mendung sikit. This was from my first visit few months ago ;)

There's always this misunderstanding about Citadel ni, when I first came to Egypt people told me that this was Kubu Salehuddin al Ayubi. And I believed it, sampaila bila buat research (overnya padahal baca wiki je haha) baru tahu that was not the case.

Citadel of Qaitbay ni dibina pada tahun 1477 Sultan Al-Ashraf Sayf al-Din Qa'it Bay pada zaman pemerintahan kerajaan Mamluki. Hence the name Citadel of Qaitbay. Kubu ni terletak tepi laut (senang nak menghendap musuh kot) so the view is verrryyy nice. Okay, for further details boleh google eh. hhehe :P


Since Citadel ni terletak dekat hujung kota Alex, so you can see the whole Alex dari sini. Nampak tak bangunan-bangunan tersusun sepanjang pantai tu, that's Alexandria a.k.a Iskandariah bebeh.

Citadel ni dibina atas tapak runtuhan rumah api yang dipanggil Pharos of Alexandria. Rumah api tu dulu dikira sebagai one of the seven wonders of ancient world.


We didn't do much pun dalam kubu ni, just jalan jalan and take pictures of course. It's a kubu so penuh la dengan bilik-bilik yang I guess guna untuk mengintip musuh dan tembak meriam haha i don't really know.


What should we call this? Lubang? Haha apapun ianya terletak tingkat dua dan digunakan untuk curahkan air panas kalau ada musuh masuk.




Kawasan dalam kubu ni

So, citadel Qaitbay ni is a must visit kalau datang Alex. Selain tu melawat Citadel ni korang boleh jugak buat aktiviti lain. Contohnya:
  • Naik kereta kuda (kena pandai-pandai negotiate), 
  • Naik sampan atau bot berenjin - Kalau sampan tu dia just bawa pusing pusing a small area dekat situ je, takleh jauh2 jenuh laa pakcik tu nak mendayung sampan dengan ombak kuat semua. kalau nak jauh sikit nak bot yang berenjin. Dia boleh bawak sampai ke Library Alex.
  • Makan aiskrimmm! - Around kubu ni ada banyak kedai Gelato. Aiskrim biasa cone, atau rus bilaban yang dia letak aiskrim, kacang, kismis, dan kelapa. yummeh. 
  • Masuk aquarium which is actually a muzium - kawan la cakap, saya tak penah masuk pun.
  • Tu je kot. I think ada banyak je lagi tapi saya tak tahu haha
So itu je untuk hari ni. bye bye peeps!


Wednesday 9 April 2014

Sentap! (61:2-3)

Assalamualaikum :)

Bagi saya, one of the scariest thing yang Allah nyatakan dalam Quran ada dalam ayat ni,

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?
Itu sangatlah DIBENCI Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan."
61:2-3

Teringat ada status kawan pernah tulis,

"Dai'e tu kerjanya mengajak orang masuk ke syurga. Tapi diri sendiri tak semestinya layak masuk ke syurga"

"Jangan sampai wall facebook kita lagi soleh/solehah dari diri kita sendiri. Bukan wall facebook yang nak masuk syurga ye dak."

Sentap.

Tuesday 8 April 2014

Alex Bookfair.

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah exam cardio is over \^.^/
Haa untuk semester kali ni, I think cardio is the hardest, and bila habis je exam tadi saya saaaanggggaaaaaat lega!

*I have no idea nak tulis apa tajuk post ni, takdela nak cerita pasal alex bookfair sangat pun, lebih kepada i just want to update blog heh*

After habis exam tadi, saya pergi ke Alexandria International Bookfair, saja nak jalan jalan tengok buku ikut kawan, malas nak balik rumah terus. Tapi my 'saja jalan jalan' kalau kat any bookstore, plus kalau ada duit dalam poket never end up as 'saja jalan jalan'. -.- I end up beli one novel. (saya nak beli dua sebenarnya tapi Alhamdulillah, saya dapat suppress my desire hihi)



Saya suka sangat beli buku, i think it's an addiction (yeke? ada ke org addicted nak beli buku haha i think it's just nafsu -.-) Kalau nampak any novel yang menarik, saya macam ada suara yang berbisik bisik suruh beli jugak. Haha and whether I baca ke tak tu, that's another question ;P

I miss the old me, yang time sekolah dulu yang boleh habiskan a very thick novel in just one or two days time. And now, bila dah tak baca novel sangat ni, my english is so bad. Sometimes  I can even get confused dengan simple grammar like, word ni past tense ke present and i have to look it up on the internet lol.

Saya masih ada lagi dua paper, cardiothoracic surgery on 12th and lastly chest on 17th. Doakan!

:)

Saturday 5 April 2014

Awesome People.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

"Dan Dia telah memberikan kepadamu segala apa yang kamu pohonkan kepada-Nya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari nikmat Allah"
Ibrahim 14:34

Saya sentimental sikit malam ni,

Tiba tiba saya terasa bersyukur sangat dekat Allah atas satu nikmat yang tak saya terfikir betapa berharganya sebelum ni.
Allah hadirkan orang orang hebat dalam hidup saya. Orang-orang hebat yang setiap hari tak pernah jemu untuk sentuh hati saya,
Tak pernah jemu untuk tarik saya kembali pada Dia.

Orang-orang hebat yang sentiasa mengimpikan syurga Allah, dan mereka nakkan saya juga mendapat syurga tuu. Allah T.T

Indeed, manusia memang memerlukan peringatan yang berterusan. Tuhan saja yang tahu betapa rapuhnya hati saya, betapa senangnya hati dan iman ini untuk turun dan naik. Betapa senangnya hati ini untuk kembali buat dosa. That's why He gave me all those people.

Even saya tak pernah minta, tapi He still, hadirkan mereka dalam hidup saya.
Now, I pray for Him to take care of all these awesome people for me. Grant us Your Jannah. Pertemukan kami dekat sana Ya Allah bersama keluarga dan anak cucu kami.

Jagakan mereka Ya Allah, untuk aku kerana Engkau Sebaik-baik Penjaga. ;)

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan"

Studying Cardio T.T

Assalamualaikum ;(

Everytime bukak buku cardio, teringat 11hari saya di IJN, jaga arwah ayah.

I can never forget those eleven days.

T.T

Oh Allah, please make me stronger to face this.

Thursday 3 April 2014

Paeds oh Paeds.

Assalamualaikum :)

Long time no write :P
Sekarang saya tengah demam, demam exam hewhew
Alhamdulillah baru je lepas exam final pediatrics. pheww~ 
Dan lagi tiga paper menanti ><

Setiap kali update blog mesti nak complain betapa kekoknya nak menulis kembali huhu banyak sangat benda yang ada dalam kepala yang nak dikongsikan kat sini tapi tatau macam mana nak tulis. hmm

Apa apa pun, bersyukur dah habis paeds, walaupun yang pasti I am gonna miss all those cute little children. Dulu before masuk paeds, perkara yang paling saya risaukan adalah saya bukanlah seorang yang pandai nak bermain dengan budak budak heheh. Dan saya selalu rasa budak budak ni annoying especially yang umur 3-5 tahun, yang dah pandai nak ngada ngada tuu.. aduhh menyampahnya. the only budak yang I can stand of course la my own nephew haha. Ziyad!

Ziyad holding sepupu baru saya :)

Tapi alhamdulillah lama lama dah dapat adapt dengan bebudak comel tu semua. Saya boleh dukung baby without feeling awkward lagi tau... heeeee and one my professor siap cakap ,
"You are going to be a good mother"
Haa siap bold, kaler kaler lagi kau, nampak tak betapa statement tu menggembirakan hati ini ^^

Salah satu pengalaman yang tak boleh lupa, bila salah seorang pesakit saya ajak kitorang datang rumah dia. She's such a sweet young lady. Family dia sangat mengalu-alukan kitorang and, Allah, layanan diorang dekat tetamu memang tip top! 

This is us, dengan family Omniya.

Mama dan Baba memang layan kitorang macam anak sendiri. Terharu T.T



Pertama kali merasa hospitality keluarga orang Mesir. Serious hospitality mereka sangat awesome walaupun keluarga dia hidup dalam keadaan sederhana je.


Overall, paeds adalah round yang saya paling enjoy sekali. Dua bulan lebih kot duduk kat round nih.


Saya dengan Dr Wala 
(well, it was supposed to be just me and her tapi tetiba ramai pulak yang masuk).

Emm so, that's all for today.
(Heh ni kalau ending macam ni je dalam esei time SPM dulu mesti tak lulus nih)

Haha doakan saya exam. Jumpa lagi err maybe bulan depan haha :P

*bukabukucardiology*