Thursday 29 November 2012

Diffusion of Responsibility

Assalamualaikum :)


"Diffusion of Responsibility is a social phenomenon where people are less likely to help a complete stranger when surrounded by other people"

Wednesday 28 November 2012

Salah Faham Medic ; Cara Nak Surutkan Demam

Assalamualaikum and hello all :)

Baru beberapa hari lepas, lecture saya bertajuk Pyrexia of Unknown Origin (translate : demam yang tidak diketahui asalnya) atau nama glamornya PUO atau Pyrexia of Undetermined Etiology atau Prolonged Fever. Ha. trust medic to give everything multiple names.

Dalam lecture, doktor bagitahu the right way nak surutkan demam selain ubat ubatan. Dan kalau sejak turun temurun lagi kita akan letak tuala sejuk atau cool fever atas kepala. Hee saya student medic pun tak pernah terfikir tapi kaedah tu doktor cakap tak bagi kesan sangat sebenarnya. Ada effect tapi lambat.

Cara paling cepat nak turunkan suhu badan adalah dengan letak dekat tiga tempat.

  1. neck (leher)
  2. axilla (bawah ketiak)
  3. groin (taktahu nak translate dalam bahasa melayu ape haha)
okay boleh tengok ilustrasi di bawah. yang dihightlight oren tu.


Kenapa letak dekat tiga tempat ni? sebab kat sini ada saluran darah besar yang supply badan kita. Ada carotid artery (neck), axillary artery (axilla) dan femoral artery (groin). Cara paling cepat nak turunkan suhu badan adalah dengan menurunkan suhu darah sebab nanti darah ni akan pergi ke segenap penjuru badan. Bayangkan kalau letak kat kepala ada tulang dan kulit je, lambat sikit la effect dia.

Tapi, jangan sekali-kali letak ais secara direct, balut dulu dengan tuala then baru letak. sebab ais, sejuk sangat akan menyebabkan vasoconstriction which means saluran darah mengecil then kurangkan supply darah pulak. Lain pulak jadinya nanti. Gangrene nanti kang.

Tu je untuk hari ni. By the way nak cerita, baru belajar macam mana nak palpate orang. Waa~ I am so excited, terasa macam doktor gituuu. haha Tropical Med is not that bad. Selain kelas ILA, saya rasa kelas lain bearable je.

OKay, haha hee tu je thank you sudi baca. Chiowwww~

Monday 26 November 2012

Minta Maaf

Assalamualaikum.

and hello semua! Mood saya hari ni balik dari kelas sangat tak baik. Saya rasa kalau seseorang tu buat salah, dia patut datang minta maaf, tak kisah la salah tu besar atau kecil, datang minta maaf pada orang yang awak buat salah tu. Eh, tak gentleman la lu. Tak suka!

I am not an expressive person, terutama sekali pada orang yang saya tak berapa nak kenal. Kadang-kadang salah satu perkara yang saya paling cemburu pada orang adalah bila certain orang yang sangat expressive, sangat tahu macam mana nak menzahirkan perasaan dia. I don't have that kind of personality jadi saya sangat cemburu pada orang yang expressive.

Dan saya tak suka lelaki yang tak gentleman. Buat salah tak minta maaf, buat muka seposen. Tu je. Ok bai!

Saturday 24 November 2012

Maher Zain Live in Alexandria

Assalamualaikum :)

Hee Khamis lepas, buat pertama kalinya saya pergi konsert, Maher Zain datang Alex. woha! Time nak beli tiket tu semangat je saya call mak ayah bagitahu dan minta izin nak pergi konsert. Pastu ayah gelakkan saya, dia cakap, "Elehh, mak hari tu pergi konsert dekat Ipoh free je tak kena bayar" Cis!


Tapi apa-apa punn, this is my first concert.. weeeee~ haha sebenarnya I am not that excited. Cuma hari konsert tu je terasa bahang dia, sebelum sebelum tu biasa jew.. Okay, off to the photo galore.

 Menunggu sebelum dapat masuk hall

Haha tapii.. saya yang takdelah excited sangat tu tibe tibe rasa excited terlebih pulak bila dapat tahu seat kami sangatttt dekat dengan stage. waaaaaa~ kitorang duduk dekat barisan kedua kott. 

Sambil tunggu Abang Maher keluar, snap snap gambar dulu..

Abang Maher!

lots of Abang Maher!

Abang Maher lagi..

Haha kawan saya la yang mula panggil Abang Maher. Saya rasa ianya sangat kelakar but so cute. Abang Maher! lol~

Overall, the concert was awesome walaupun hanya ada lima lagu English yang saya boleh sing along. Saya terlupa pulak bila konsert ni buat kat Egypt, kebanyakan lagu yang dia nyanyi adalah bahasa Arab. Huu 

Dan walaupun suara Abang Maher serak serak sikit sebab dia sakit but still best. Okay, maybe sebab first datang  konsert, semua saya rasa menarik. Heh. \Tapi ada atu la benda yang saya tak suka, bingit!

Ape ape pun lagu yang paling menyentuh hati sepanjang konsert tersebut is Palestine Will be Free. Let's pray for Palestine everyone. Saya kena selalu diingatkan benda ni, that's why saya letakkan desktop background laptop doa Qunut Nazilah

Okay, tu je. thank you sudi baca :)

Tuesday 20 November 2012

Dumb Ways to Die

Assalamualaikum and hello semua :)

Saya jumpa satu video, tajuknya menarik membuatkan saya click. Haha comel~ pandainya orang ni buat iklan.



Okay. tu je. thank you sudi singgah dan baca :P

Monday 19 November 2012

Para & Microbes Lagi?

Assalamualaikum :)

Sebelum ni saya ada mention somewhere yang saya akan ambil round Tropical Medicine untuk sebulan selepas berakhirnya round Ophthalmology. Yup, sudah dua hari masuk round baru.. dan dua hari saya dipenuhi dengan lectures sahaja. Empat jam sehari. nice!

*sigh* Saya.. tak pernah suka dengan binatang kecik-kecik ni. Mereka menarik sangat, sangat menarik untuk saya tahu secara general, tapi untuk belajar pasal diorang secara detail, hmm just not my thing. Saya tak mampu duduk di meja study lama untuk hanya belajar mengenai diorang.


Apa2 pun, saya perlu dan mesti jugak belajar.
".. dan boleh jadi kamu benci pada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka pada sesuatu padahal is buruk bagi kamu. Dan ingatlah Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu) sedang kamu tidak mengetahuinya"
Al-Baqarah : 216
Yup, this will be my motivation. Aja aja fighting!


Saya patut rasa bertuah dengan segala kemudahan yang ada. Jangan malas malas!
okay, that's all. Thank you sudi baca :)

Saturday 17 November 2012

Hutang Kita Pada Palestine.

Assalamualaikum :)

Semalam after exam ada meeting. Seperti biasa selepas meeting, ketua batch kami akan pilih secara random sesiapa untuk bagi tazkirah. Dan topik yang dipilih sahabat tersebut adalah berkenaan Palestin.



Antara isinya yang membuatkan terasa zappp menusuk hati, adalah bila dia berpesan pada kami,
jangan rasa diri kita ni mulia sangat apabila kita menderma untuk tabung Palestin. Sebab sebenarnya kita hanya membayar hutang, hutang yang tak mungkin habis dibayar walau diberi seluruh harta kita pun. Hutang kita pada ibu ibu yang mengorbankan anak-anak mereka bertempur melawan zionis. isteri isteri yang mengorbankan suami suami mereka mempertahankan tanah umat Islam. Tanah Palestin adalah tanah kita semua.

Jom semua bayar hutang kita. Walaupun hanya mampu bayar sedikit, at least kita cuba.


Boleh tahu lebih lanjut dekat Facebook Aqsa Syarif.
Dan banyak lagi medium yang membolehkan kita cakna dengan isu Palestin. Sebagai contohnya, Activist around the World for Palestine, Kelab IKRAM Mesir, dan jugak blog kesukaan ramai Angel Pakai Gucci.



Palestine will be free.


Thursday 15 November 2012

#FreePalestine? Pfft, Hipokrit!

Assalamualaikum semua :)

Pagi tadi, bukak twitter saya nampak ini, orang share.

Yup, itulah kata-kata Perdana Menteri Israel. Katanya Israel tu tak bersalah, merekalah mangsa yang sebenar. Israel hanya nak mempertahankan negara dia. Pffft, hipokritnya dia. Tak malu sungguh nak cakap macam tu setelah apa yang mereka buat pada Palestin. Marahnya saya. Marah ni, marah. marah demi saudara-saudara di Palestin.

Sedih pulak bila tengok gambar-gambar yang diretweet. Terutama sekali gambar babies yang tak bersalah. Yang comel comel je tapi dah hangus terbakar manjadi mangsa bedilan Israel.


Lagilah saya marah. Macam mana mereka sanggup bunuh babies sekecil ni? dan mereka cakap kita yang terrorist? Huh. Tak masuk dek akal. Sedangkan kita ada undang-undang dalam perang. Apa yang saya tahu, Islam cakap babies, wanita, ternakan dan tempat ibadat tak boleh kacau kalau nak perang sekalipun. Marahnya saya dengan orang-orang Israel yang hipokrit tu.

Terus terasa nak share semua benda. Saya bukak pulak artikel SaifulIslam, Gaza dan Doa Kita. Geramnya lagi saya bila tengok gambar ni.


Saya teruskan membaca. Sehinggalah sampai ke hadis ni.
Daripada Abu Hurairah beliau berkata: Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam telah bersabda: wahai sekalian manusia. Sesungguhnya Allah itu Maha Baik, Dia tidak menerima kecuali yang baik-baik. Allah memerintahkan kepada orang-orang yang beriman dengan apa yang telah Dia perintahkan kepada para Rasul. Lalu Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam membacakan firman Allah, wahai Rasul, makanlah kamu daripada yang baik-baik dan beramal solehlah kamu. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. Dan Baginda juga membaca firman-Nya, wahai orang-orang yang beriman, makanlah daripada yang baik-baik yang telah Kami rezekikan kepada kamu. Lalu baginda menceritakan kisah seorang lelaki yang bermusafir panjang. Rambutnya kusut, tubuhnya berdebu. Dia mengangkat tangannya ke langit dan berdoa, “oh Tuhan!, “oh Tuhan” sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan hidangannya semua haram, maka bagaimanakah doa itu hendak dimaqbulkan?
[riwayat Muslim]

Gulp~ terasanya. Orang cakap doa itu senjata mukmin. Palestin boleh menang dengan doa-doa kita. Tapi kenapa mereka masih tak menang?


Kita berdoa tapi masih lagi buat perkara yang Allah tak suka.
Kita berdoa tapi masih mengumpat sesama sendiri. Kita berdoa tapi masih lagi pada masa lapang bukak blog membaca gosip artis. 
Siapa yang hipokrit sebenarnya?

Kita berdoa, tapi bermusim.
Hanya pada masa facebook, twitter dan blog dipenuhkan dengan cerita Pelastin. Hanya pada masa kecoh satu dunia serangan besar-besaran Israel pada Palestin. Bila kecoh sebegini, barulah semua tergedik-gedik mahu share segala artikel, status dan sebagainya.
Siapa yang hipokrit sebenarnya?

Kita berdoa, tapi masih lagi makan McDonalds.
Kita berdoa tapi masih lagi dalam masa yang sama bantu israel beli peluru untuk tembak saudara kita dekat Palestin. Kita bedoa sekarang tapi bila isu ni dah reda sekejap, terus "Eh, dah lama tak makan Big Mac dengan McFlurry. jom McD!"
Siapa yang hipokrit sebenarnya?


Siapa yang hipokrit sebenarnya? Netanyahu atau kita?

Orang cakap, "the least we can do adalah berdoa, kita tak mampu nak ke Palestin bantu mereka berjuang" tapi, saya tak rasa itu adalah benda yang paling sikit boleh kita buat. Banyak lagi, 

We should try and have to IMPROVE OURSELVES. Supaya doa kita ada significance di sisi Allah. Supaya doa kita boleh tolong saudara kita di Palestin.

Nak memperbaiki diri bukan senang. Jom, teruskan berdoa tapi dalam masa yang sama kita baiki diri. Formula mudahnya ialah ISTIQAMAH. Dengan harapan usaha kita ikhlas kerana Allah, dan jangan biar orang Palestin menderita kerana maksiat kita.

Kita boleh! Jom sama-sama. Saya tak nak jadi hipokrit lagi. Bila tulis entry ni, berdas-das rasanya terpantul pada diri sendiri. Sakitnya, sedihnya bila mengenangkan diri sendiri yang hipokrit.

Saya tak nak jadi hipokrit lagi. Anda pula bagaimana?

Flower Petals Appearance.

Assalamualaikum :)

Satu perkara yang saya noticed sepanjang belajar medic adalah, bagi scientist or doctors yang buat research, mereka suka bagi description yang senang difahami untuk semua benda. Imaginasi para researchers ni sangat tinggi sampaikan kadang kadang kita tak dapat pun apa yang mereka bayangkan. Heh.

Sebagai contoh, bacteria bernama Corynebacterium Diptheria ni dikatakan mempunyai penampilan seperti tulisan Cina. Ermm, masa saya belajar bacteria ni dua tahun yang lepas, bila tengok mereka di bawah microscope, kami perlu describe their appearance as Chinese letter arrangement. Korang boleh nampak tak persamaan Corynebacterium Diptheria ni dengan tulisan Cina?

Tak faham betul saya dengan orang yang jumpa dan describe Corynebacterium mula mula dulu. Saya tak nampak langsung kat mana tulisan cinanya =.='

Haha tapi hari ni sebenarnya saya nak kongsi satu description yang nice je. Untuk Diabetic Retinopathy (satu penyakit mata untuk orang kencing manis) kita nampak retina dia macam bunga. Dia digambarkan as flower petals appearance.

Nampak macam bunga tak? 

Pastu kan ada something yang saya nak pesan, kepada sesiapa yang ada ibu atau ayah yang ada kencing manis, kalau ada masa bawaklaa mak ayah pergi jumpa ophthalmologist (pakar mata), terutama sekali kalau sakit kencing manisnya tu dah lebih 10 tahun. Paling kurang pun setahun sekali, hanya untuk safety precaution. Yelah kan orang putih ada cakap, prevention is better than cure :)

Ayah saya pun ada kencing manis. Saya dah pesan dekat ayah suruh cek mata, katanya okay. Tapi tak tahulah, ayah saya ni malas sikit bab nak ke hospital ni. adoi~

Nanti after exam saya cerita lagi eh macam mana kencing manis boleh bagi kesan pada mata kita. Doakan saya exam lusa dan lebih penting lagi jangan lupa doakan juga saudara kita di Palestin. 



Thank you kepada yang sudi baca :)

Wednesday 14 November 2012

First 4th Year Exam.

Assalamualaikum semua :)

Alhamdulillah pagi tadi dah selesai exam OSCE Ophthal, Fuhh, lega eventhough haa kantoi banyak kot. haha I was feeling extra nervous today, like seriously EXTRA! Tak tahu kenapa, ha.

Haha ada satu station saya terlalu nervous sampaikan a simple question like diagnose gambar kat bawah ni saya jawab Central Retinal Artery Occlusion (CRAO). Oh no, haha padahal sudah terang lagi bersuluh ini merupakan Diabetic Retinopathy.

Diabetic Retinopathy

Central retinal Artery occusion (CRAO). emm can you see the difference?

It's like, bila orang tanya, "what is this?" sambil tunjuk gambar itik, tapi saya jawab ayam sebab dia ada paruh dan sayap jugak. haha relevan tak?

Dan lagi satu saya mess up kan station yang ada patient cataract. Padahal cataract saya tengok everyday.. EVERYDAY! dalam kelas.

Heh *Okay, forgive me for my rant and rave*

Tapi.. alhamdulillah, saya takdelah totally mess up kan exam saya hari ni. Alhamdulillah first question I got full mark. Fuhh.. lego den.. Saya ada lagi dua hari before mcq exam untuk end of ophthalmology round.

Alhamdulillah, sepanjang sebulan saya belajar ophthalmology, banyak pengalaman berharga. Meeting great people. My patients yang sabar je melayan kerenah kami kami doktor doktor amatur ni. Tapi ada jugak patient yang tak sabar kot nak melayan kami yang banyak sangat tanya lalu tengah tengah kami ambil history, patient tu pun pergi macam tu je. Heh diorang tau kami bukan doktor betul T.T

Patient yang sporting sangat best. Like pakcik ni. Dia tak habis-habis mendoakan kejayaan kami. Rabbuna yunajjah, rabbuna yunajjah tak kering daripada bibir dia. aww~
.

Adilah, me and Adibah. Gegirls of Group 1 Round Ophthalmology <3

With Dukturah Syahirah, our assistant professor.

Apa-apa pun, it was nice, belajar ophthalmology. Belajar mata, organ penting yang membolehkan kita semua melihat dunia. Saya tak tahu sama ada saya nak jadi ophthalmologist ataupun tidak tapi emmm besar kemungkinan mungkin tidak. Tapi siapa tahu, kita merancang tapi Allah yang menentukan semuanya. Mana tahu, kot kot master saya dalam bidang ophthalmology :P

Selepas exam mcq end of round Sabtu ni, Ahad tu insyaAllah saya akan mula buat round dalam department baru, Tropical Medicine. So next week, say hello to parasites, bacteria and all their relatives.

Thank you sudi baca. doakan saya exam Sabtu ni :)

"Katakanlah:"Terangkanlah kepadaku jika Allah mencabut pendengaran dan penglihatan serta menutup hatimu, siapakah ilah selain Allah yang kuasa mengembalikannya kepadamu" Perhatikanlah, bagaimana Kami berkali-kali memperlihatkan tanda-tanda kebesaran (Kami), kemudian mereka tetap berpaling (juga)"