Sunday 28 February 2010

Ibarat tunggu bulan jatuh ke riba..;(

haha,,tajuk x boley blaa..
Duhh,, for the first time today, my patience dealing with orang Arab da lesap.. And for the first time perkataan keramat "tuuttt" keluar dari mulut dek kerana geram dengan sikap org Arab..(ok maybe ni effect dari hormonal imbalance as perempuan in certain days). Nak tunggu kad CIB siap macam lah nak tunggu bulan jatuh ke riba. Fine,, memang salah saya pon sebab lupe nombor pin kad sampai tak ingat2.. First time apply kad balik (after dah memang tak boleh recall pin number) waktu december ari tuh,,then after tunggu dua minggu lebih kad tak sampai2. Pergi bank tanye, die suruh telefon customer service yang bile telefon asyik sibuk jek memanjang. Then, pergi bank balik tibe2 die bagitaw yang application kad bank tu tak de pon dalam sistem die..what?? haaisshhh..takpe2..sabar lagi,, saya pon apply baru. After dua minggu, orang dye tepon waktu saya dalam train nak ke Kaherah konon nak hantar then kitorang deal 14 Feb. Tunggu punyer tunggu batang hidung orang tu pon tak de apatah lagi kad bank. Telefon lagi customer service yg asyik sibuk aje memanjang dan menghabiskan kredit,,selamatlah dapat jugak last skali..die cakap nanti orang dia kol balik. Bile orang die kol waktu kelas nak start ari tu, die bagi pilihan nak amik atau nak orang die hantar. Then, saye amik keputusan nak amik sendiri sebab tak tahu jadual miggu depan. Saya kene amik kat CIB Sultan Hussein hari Ahad after 12. Then pergi tadi, pukul 2.15 after lecture. boleh plak die cakap bank tutup ari tu pukul 2 ptg. Esok baru bukak sampai pukul 5. Ko ingat ape? keje aku asyik nak gi bank je ke tetiap ari..??adoii...dah laa nak buat kad pon die caj amik 30 Genih dari akaun. Siap ngko kalo tak de jugak esok, aku ngamuk kat bank tu,.;(

Friday 26 February 2010

Cinta seorang Rasul



"Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga aku menjadi seorang yang dikasihi olehnya lebih daripada ibubapanya, anak pinaknya dan manusia seluruhnya."(HR Bukhari dan Muslim )


Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya.

Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Utsman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua, " keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.

"Bolehkah saya masuk?" tanyanya.

Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,

"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,

"Siapakah itu wahai anakku?"

"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut," kata Rasulullah,

Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh.Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.

"Ya Allah, dahsyat sekali maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.

"Peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu, tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Wallahu’alam

Wednesday 24 February 2010

Takdir

Hari ni, buat pertama kali dalam sejarah hidup, saya mengalirkan air mata selepas membaca satu blog.

Not the Primrose Path

Kisah seorang pelajar perubatan yang dijangkiti kanser dan akhirnya terpaksa menghentikan pengajiannya pada tahun terakhir selepas kansernya tak beri tindak balas kat chemo dan transplant.

Friday 12 February 2010

Sinai Explorer

Sangat Seronok..yeayy..cuti winter break,,ikut perubatan gi explore sinai..:D sgt best n dpt lots of new experience..here some pics n little explanation for u guys..

First Day.

Bar Lev Line. Ini adalah kubu peninggalan tentera Israel yang kalah dengan mesir sewaktu Perang 6 Oktober 1973. Serangan dilakukan sewaktu hari perayaan kaum Yahudi, Yom Kippur.

peluru berpandu tentera Israel

tentera Mesir yang jaga kubu ni dengan Abg Farid musyrif kami..:D


peralatan perang tinggalan tentera Israel laknatullah

Pemandangan sekitar BarLev Line

Lepas habis melawat Bar Lev Line ni kami pun bertolak ke Uyun Musa

Uyun Musa. Uyun Musa ni merupakan tempat di mana terdapat 12 bekas mata air yang dipukul oleh Nabi Musa AS dengan tongkatnya. Namun kini, hanya tinggal 8 sahaja
Firman Allah SWT yang bermaksud: " Dan ingatlah ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman: Pukullah batu itu dengan tongkatmu." Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air. Sungguh tiap2 suku telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. Makan dan minumlah rezeki yang diberikan oleh Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi ini membuat kerosakan"
Al-Baqarah: 60
Souvenirs yang ada jual di sekitar Uyun Musa


Second Day.
Jabal Musa. Tempat di mana Nabi Musa dilantik menjadi Rasul. Pagi tu dalam pukul 1 lebih bermulalah pendakian kami naik menuju ke Puncak Jabal Musa. Berbekalkan baju dan seluar yang berlapis-lapis bagi menghadapi cuaca yang sejuk kami gagahkan diri serta kaki (yang semakin lama semakin lembik dan rase macam nak tercabut) menawan gunung Thursina yang setinggi 2280m dari paras laut. Sepanjang perjalanan mendaki, ada la orang2 Arab yang offer naik unta tapi of course la kena bayar sewa. Diorang offer unta pada student Malaysia cakap, "Mau unta?" haha nampak sangat betapa ramainya pelajar2 Malaysia kat Mesir ni. Setiap kali winter break ramai sangat pelajar2 Malaysia yang nak tawan Gunung Sinai ni.:) Sepanjang pendakian, saya selalu fikir yang sesungguhnya Nabi Musa sangat gagah dan mempunyai sifat tawakal yang sangat tinggi. Dah la zaman dulu tak de baju tebal2 dan track pun tak dibina lagi. Nabi Musa boleh pulak mendaki semata-mata untuk bermunajat pada Allah selama 40 hari seorang diri.Posing sebelum mendaki..^_^ v

Pemandangan atas puncak sewaktu matahari terbit

Gua tempat Nabi Musa bermunajat

Sekitar on the way turun.. lagi penat kot sebab da mula panas..nama pun padang pasir..:D

Gereja Saint Katherine. Gereja ini merupakan salah satu gereja utama dan suci bagi penganut Kristian. Di dalamnya terdapat Pokok Trinity yang mereka percaya tempat di mana Nabi Isa atau Musa (tak pasti la) berkomunikasi dengan Allah SWT. Dalam gereja ni jugak ada satu perigi dimana kalau sesiapa ingat kisah seorang budak yang memelihara dua ekor babi yang sebenarnya merupakan ibu bapa budak tersebut. Di perigi nilah tempat budak tersebut e=memberi minum kepada kedua orang tuanya lalu ditegur oleh nabi Musa. Wallahu alam.

Lembu Samiri. patung lembu Samiri ini diukir oleh Samiri sewaktu Nabi Musa pergi bermunajat kepada Allah selama 40 hari.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan kaum Musa setelah kepergian (Musa ke Gunung Sinai) mereka membuat patung anak sapi yang bertubuh dan dapat bersuara dari perhiasan (emas). Apakah mereka tidak mengetahui bahawa (patung) anak sapi itu tidak dapat berbicara dengan mereka dan tidak dapat pula menunjukkan jalan kepada mereka? mereka menjadikannya sebagai sembahan. Mereka adalah ornag-orang yang zalim."
Al-A'raf:148

Makan Nabi Harun dan Makan Nabi Saleh. Makam Nabi Harun, saya tengok dari jauh je tapi Makam Nabi Saleh, Alhamdulillah dapat masuk, tengok dan berdoa kat situ.

Makam Nabi Harun
Makam Nabi Saleh


Third Day.

Dahab. Sangat cantik. Hehe itu je yang mampu diutarakan untuk describe Dahab ni. Dahab ni die dekat tepi laut Merah dan air laut dia sangat jernih. Dapat tengok dasar tanpa sebarang halangan. Thumbs up.. !! Ingat tak laut Merah? Laut inilah yang terbelah waktu Nabi Musa pukul dengan tongkat Baginda sewaktu melarikan diri dari Firaun. Kami check in petang semalam and lepas solat tidur sekejap sebelum jalan-jalan dengan Hasni dan Elmo. Mulanya nak survey restoran nak pekena sea food malam tu, sekali tujuan asal termelencong ke SHOPPING. haha mo nagn hasni beli banyak giler selendang. Saya just tengok je dan tibe2 hati tertarik untuk beli satu selendang. Bukan pakai pun, saje je. Malam tu kami makan sea food satu set sorang yang berharga LE 40 tapi ade suma nasi, udang, sotong dan ikan. yummy..:D
Pagi tu, terbangun lambat sikit sebab badan sangat penat. Solat Subuh pun dikira agak 'gajah'. Pukul 830 keluar dari hotel, ingat nak main basikal. Sekali basikal dah habis dan terserempak abg2 musyrif, katenye check out hotel pukul 10. So, masa terbuang begitu saja, tak dapat buat ape2 pagi tu.:(Dahab,,cantik kan pantai dia..?:)

Makan seafood tyme..yummy!
Kubu Salehhuddin. Kubu ini dibina oleh tentera2 Salehuddin al-Ayubi untuk menghadapi musuh sewaktu perang Salib. Semasa berada di kubu ni kita boleh lihat sempadan tiga negara, Arab Saudi, Jordan dan Israel Laknatullah.

After habis melawat Kubu Salehuddin, kitorang pun bertolak balik ke Kaherah. Semua pengalaman yang dapat memang tak ternilai harganya. InsyaAllah kalau ada rezeki nak pergi lagi tapi kali ni nak daki Gunung Sinai naik unta pulak..haha da tak nak sakitkan kaki..:P Sampai ARMA mlm tu, tido kat Musolla dan esok naik train ke Alex pukul 11..
We are Sinai Explorers!!