Monday 25 February 2013

FemtoLasik, SMILE :)

Assalamualaikum :)

It's been two days! Dah dua hari, hee saya melalui hari hari tanpa glasses! Rasa pelik, pagi pagi bangun nak pergi sekolah tak payah cari glasses dah. Bangun bangun dah boleh nampak dunia terang. Kadang kadang, reflex action masa pakai glasses masih ada, nak masuk tidur tangan secara reflexnya nak tarik buka glasses, kadang kadang tertolak batang hidung sendiri sebab tangan gatal nak betulkan cermin mata. lol. Hidup tanpa cermin mata adalah pelik bagi saya. haha

Alhamdulillah! Can't really describe this feeling, tapi saya sukaa, selepas lima belas tahun hidup bergelumang dengan cermin mata! (Cikgu Salmiah mesti marah saya ni, penggunaan Bahsa Melayu yang salah lol. Rindu Cikgu Salmiah, selalu belanja kitorang makan nasi lemak time rehat T.T)

Hmm.. Apa beza SMILE dengan lasik biasa? SMILE adalah 'Small Incision Lenticule Extraction'.

Berbanding Lasik, SMILE dia hanya akan buat incision kecil je dekat cornea kita, jadi tempoh untuk sembuh selepas operation adalah sangat sekejap, dan complications sangat minima, it is almost 0%.
 \o.o/

After buat SMILE, esoknya saya dah boleh pergi ke kelas dengan riang gembira. Malah selepas operation tu saya tak perlu pakai penutup mata pun, keluar dari clinic ibarat tak pernah buat surgery apa apa pun. Malah procedure operation SMILE ni hanya mengambil masa lebih kurang 10-15 minit je. Awesome tak?

Tapi of course, saya takdelah dapat penglihatan yang diidam-idamkan serta merta. Selepas daripada operation, kita akan nampak macam kabur sikit, tapi lebih baik daripada sebelum buat lasik dan lama-kelamaan penglihatan akan baik. Bergantung pada individu, untuk penglihatan jelas sepenuhnya mungkin ambil masa dua atau tiga hari ataupun berminggu.

Kabur kat sini bukanlah kabur macam masa rabun dulu, tak tak. Kita akan nampak macam cahaya tu terlebih sikit sinarnya. Haha faham tak? Nak tengok handphone atau komputer lama-lama agak penat jugak. Sampaikan handphone dan laptop disetkan screen brightness dia serendah yang mungkin. Sekarang pun saya masih ada lagi nampak setiap objek macam glowing tapi ianya serius tak mengganggu penglihatan. Alhamdulillah hari ni glow tu dah kurang berbanding semalam.

Semalam pergi cek mata dekat doktor, I am so amazed, refractive error saya a.k.a yang orang Malaysia selalu panggil power mata tu, adalah 0, kosong! waaa~ saya sangat gembira tak terkata! Alhamdulillah.

Ramai orang tanya, buat Lasik tak mahal ke? Hee alhamdulillah, since saya buat dekat cikgu dari university so dia bagi diskaun untuk student. Mahal tu mahal la tapi it's still affordable untuk seorang student. kalau nak dibandingkan dengan Malaysia ianya adalah tiga empat kali ganda lebih murah.

So, that's all. penat la tengok laptop lama-lama. I'll write again later insyaAllah. Doakan, final exam dah makin hampir. hoho~

Till then, assalamualaikum :)

Friday 22 February 2013

The Big Day.

Assalamualaikum :)

Tomorrow is Saturday and a big day for me. Heh. Big day for what? An event that will change my view of world will happen tomorrow. haha poyo giler ayat.

But, in all seriousness, I am not nervous or anything, this feeling is sort of like anxiety + excitability.. which somehow eventually leads to my nervousness.. lol

Please make dua for me that everything will be smooth. After 15 years, I can't wait to get rid of my glasses. haha yes.. yes people.. I am going to do LASIK tomorrow. Not the ordinary one, the procedure is a new technique or innovation of ordinary LASIK, called ReLex. Google la kalau rajin.

Saya tahu before this saya dah macam ada personality disorder dah, kejap excited nak buat kejap takut nak buat.. Tapi akhirnya, saya ambil keputusan nak jugak. I've read a lot pasal this procedure, pasal orang lain punya experience and ask guidance from the Allah and all these gave me strength nak buat. ("Ceh, bajet je, macam nak buat major operation bagai, orang lain buat lasik relax je der" Please refrain yourself from saying that to my face. haha)

Emm, doakan saya okayy. I'll update later, after the surgery :)

*Ibah suruh saya enjoy my last moment with spectacles. lol*

Monday 18 February 2013

.

Assalamualaikum.

It started as a joke,
I do not know when,
slowly, it is becoming real to me.

Friday 15 February 2013

Ikhlas

Assalamualaikum :)

"Ambil la, saya ikhlas ni" Ungkapan ni yang selalu kita dengar kalau terima benda dari orang, lepas tu orang yang menerima pulak akan counterattack kata "kalau ikhlas takkan cakap la".  But, do we really know the definition of ikhlas?

Membaca artikel dari Suhaibbweb berkaitan ikhlas membuatkan saya, "gulp", telan air liur laju laju. Pernah ke sekali pun dalam hidup saya menjadi ikhlas. I've heard somewhere, saya taktahu ini hadis or word of scholar, tapi it is said that,

"ikhlas tu amat payah nak dirasai, sampaikan malaikat tak sempat nak catit pun, hanya Allah yang tahu"

Saya wonder kenapa? bukankah kalau kita buat sesuatu tak megharapkan balasan, itu dikira ikhlas.. kan?

"Ikhlas is to do everything, internal and external, only desiring the pleasure of Allah. It is to forget the eyes of the people, and whether they view your deeds or not, with the only thing on your mind that Allah is watching you"

Ikhlas adalah melakukan sesuatu perkara luaran atau dalaman, hanya untuk mencari redha Allah. Lupakan pandangan manusia, hanya dalam kepala, Allah, Allah dan Allah.  

Imam al-Ghazali pernah berkata, kalau nak test sama ada kita ikhlas atau tak, cuba kita test diri sendiri, apabila kita buat sesuatu misalnya tolong orang, dan bila orang tu tak cakap terima kasih seperti selalu, adakah kita rasa geram dan marah? Kalaulah kita rasa macam, maknanya niat kita tu tak sepenuhnya ikhlas kerana Allah. 

Gulp, lagi sekali.. 

Pernah dengar hadis mengenai si syahid, si ilmuwan dan dermawan? Mereka bertiga walaupun dipandang mulia oleh manusia tapi akhirnya dicampak ke neraka kerana apa yang dilakukan bukanlah kerana Allah SWT tapi hanya untuk mendapatkan penghargaan dari manusia sahaja. 
On the authority of Abu Hurayrah (may Allah be pleased with him), who said: I heard the Messenger of Allah (peace and blessings of Allah be upon him) say:

"The first of people against whom judgment will be pronounced on the Day of Resurrection will be a man who died a martyr. He will be brought and Allah will make known to him His favours and he will recognize them. [The Almighty] will say: ‘And what did you do about them?’ He will say: ‘I fought for You until I died a martyr.’ He will say: ‘You have lied - you did but fight that it might be said [of you]: ‘He is courageous.’’ And so it was said. Then he will be ordered to be dragged along on his face until he is cast into Hell-fire. [Another] will be a man who has studied [religious] knowledge and has taught it and who used to recite the Qur’an. He will be brought and Allah will make known to him His favours and he will recognize them. [The Almighty] will say: ‘And what did you do about them?’ He will say: ‘I studied [religious] knowledge and I taught it and I recited the Qur’an for Your sake.’ He will say: ‘You have lied - you did but study [religious] knowledge that it might be said [of you]: ‘He is learned.’’ And you recited the Qur’an that it might be said [of you]: ‘He is a reciter.’ And so it was said. Then he will be ordered to be dragged along on his face until he is cast into Hell-fire. [Another] will be a man whom Allah had made rich and to whom He had given all kinds of wealth. He will be brought and Allah will make known to him His favours and he will recognize them. [The Almighty] will say: ‘And what did you do about them?’ He will say: ‘I left no path [un-trodden] in which You like money to be spent without spending in it for Your sake.’ He will say: ‘You have lied - you did but do so that it might be said [of you]: ‘He is open-handed.’’ And so it was said. Then he will be ordered to be dragged along on his face until he is cast into Hell-fire." 
Dan ada satu lagi kisah mengenai seorang wanita yang dimasukkan ke syurga hanya kerana memberi seekor anjing minum dengan kasut dia. Rasanya apalah sangat perbuatan wanita tadi kalau nak dibandingkan dengan si syahid, ilmuwan dan dermawan tadi. Tapi disebabkan niat wanita tadi betul betul ikhlas kerana Allah, walaupun perbuatannya tak seberapa, tapi dia dapat masuk ke syurga. Allah!

Ikhlas itu:
1) orang yang ikhlas takkan lihat kembali perbuatannya itu. contohnya kalau kita solat dalam bilik kecil, taknak bagi orang nampak tapi dalam masa yang sama kita rasa we are better than others, that is totally not ikhlas
2) Ikhlas hanya antara kita dan Allah, even malaikat pun tak tahu. Malaikat tak dapat catit sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak. Malaikat hanya catit amalan kita, ikhlas hanya Allah yang tahu.
3) Kalau ikhlas, even syaitan pun tak dapat nak dekat.

Syaitan pun takut? Allah! inilah agaknya rahsia Umar, syaitan pun bertempiaran lari dengan kelibat Umar. Hebatnyaa..

Allah,  i am not really sure, have i ever been ikhlas at least once in my 22 years of life? T.T 

  "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam"
  

Thursday 14 February 2013

Al-Kahfi..

Assalamualaikum :)

Hari ni adalah Jumaat, so let's recite Kahfi everyone!


Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : "Sesiapa yg membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

Saturday 9 February 2013

Kening & Kawen

Assalamualaikum :)

Lepas makan malam, tiba tiba kami serumah berbincang mengenai kening. Lol TK cakap kalau kening jauh nanti kahwin dengan orang jauh. Then, these questions were raised,

"Kalau orang yang unibrow (kening bersambung) kahwin dengan jiran sebelah rumah dia ke?"

"Macam mana pulak kalau orang yang kahwin dengan orang negara lain, let's say orang Malaysia kahwin dengan orang US.. kening dia jauh mana?"
Haha siapalah yang mula mula came up with this theory of kening and kahwin ni? sila jawab soalan kami.. -.-

Pernah tak dulu main palm reading dan cincin.. Okay, jangan percaya, it's khurafat. tapi apa yang kelakarnya from that games, saya diramalkan bakal mempunyai 13 orang anak. Lol, for God's sake. TIGA BELAS?
Kalau nak tiga belas, I have to start working from now, cari calon and get married within this year, untuk mencapai target ramalan. Hewhew!

:P

Friday 8 February 2013

Bridal Mask a.k.a Gaksitaaaaaaaaal.

Assalamualaikum and hello everybody :)

Salah satu drama peberet saya pada tahun lepas adalah bertajuk Bridal Mask ataupun Gaksitaaaaaaaaal.

Drama ni sangat ohsem wa cakap lu, tapi tade pun antara kawan saya yang tengok jugak T.T so saya takde geng nak ranting about this drama. This drama is not about your typical love story; gadis miskin jumpa lelaki kaya, gaduh gaduh then bercinta pastu live happily ever after, no no! Gaksital adalah mengenai perjuangan seorang superhero di Korea untuk melawan penjajahan Jepun. Cool kan? Goodbye la Batman, Spiderman bagai, sekarang kita ada Gaksitaaaaaaal.

Lee Kang To.

Yang menariknya, Gaksital bermula dengan hero kita sebagai orang jahat. o.O Lee Kang To adalah tali barut Jepun. Dia terpaksa bekerja sebagai pegawai polis Jepun untuk sara keluarga selepas ayahnya mati dalam memperjuangkan negara dan abang dia pula diseksa hingga menjadi gila. Jadi seluruh rakyat korea memang benci habis dekat Lee Kang To dan memanggil dia sebagai pengkhianat negara. Memang Lee Kang To ni jahat gila ah mula mula cerita ni.

Abang KangTo, Kang San yang disangkakan gila.

Kang To ditugaskan untuk memburu seorang lelaki yang memakai topeng Gaksital. Rakyat Korea menganggap yang Gakistal ni hero mereka kerana Gaksital ni kerjanya membunuh suku sakat Jepun. Betapa jahatnya Kang To ni sampaikan dia sanggup menyeksa heroin kita, Oh Mok Dan sebab nak dapatkan maklumat mengenai Gaksital. Takde siapa yang tahu siapa Gaksital yang sebenar.

Kang To torturing Mok Dan

Kang To ada seorang kawan baik berbangsa Jepun, Shunji. Shunji ni adalah seorang jepun yang baik dan sukakan kanak kanak korea. Dia bekerja sebagai guru mengajar anak anak Korea ni. Walaupun disisihkan ayah dan abang dia sendiri kerana tak mahu jadi pegawai polis tapi Shunji still sayangkan Korea eventhough dia berdarah jepun.

Shunji.

Drama sebenar bermula apabila Kang To berjaya menembak Gaksital demi menyelamatkan abang Shunji yang juga merupakan pegawai atasan Kang To, dan dia mendapati yang ditembak mati tersebut adalah abangnya sendiri yang disangkakan gila tadi T.T


Part ni memang sedih gila! The moment Kang To realized yang the one yang dia tembak adalah abang dia sendiri and his cry of horror memang gut wrenching habis T.T


Selepas peristiwa nilah Kang To berikrar nak balas dendam akan kematian abang dan mak dia (mak dia dibunuh oleh abang Shunji). Dan bermulalah transformasi KangTo daripada seorang tali barut Jepun kepada pejuang kemerdekaan korea. 


Apa yang ohsemnya mengenai cerita ni adalah kita dapat tengok macam mana konflik dalaman dan transformasi Kang To,dari seorang yang bencikan negara sendiri, dan mengambil keputusan untuk pakai topeng Gaksital hanya untuk membalas dendam tapi lama-kelamaan dia mula sedar akan kesengsaraan rakyat negara dia dan terus berjuang demi negara. 


Selain transformasi Kang To, kita dapat tengok juga transformasi Shunji daripada seorang yang baik kepada seorang pegawai polis yang kejam. Shunji pakai uniform polis untuk melindungi wanita yang disukainya, Oh Mok Dan dan juga untuk balas dendam pada Gaksital kerana bunuh abang dia, tanpa disedari Gaksital yang diburu adalah kawan baik dia sendiri. 


Sobs~ sangat tragik okayy bila tengok dua orang kawan baik bertukar menjadi musuh. 

Their happy moments together akhirnya bertukar menjadi..

 T.T

Lakonan dalam Gaksital memang mantap. Errrggghh~ hanya melihat pada ekspresi muka diorang je dah scary. Huhu~

Gahh~ look at that stare. 


And I cannot compute, how the kind and loving Shunji can turn into someone like this? Evil and work like the true devil when it comes to torturing people. Scary! Bila saya reach the episode yang Shunji dah jadi jahat, saya betul betul lupa yang once sebelum ni he can smile like this -.-

Can't compute!

This two bestfriend turned into enemy ni membuatkan saya betul betul nervous hinggakan saya save dalam phone this picture, ha to remind myself yang diorang hanya berlakon lol.

Haha i guess i was too invested in this drama during last summer holiday. lol

The main conflict dalam drama ni adalah mengenai Gaksital dan Shunji tapi tiadalah drama namanya kalau takde love story. Adalah some story about Lee Kang To dan Oh Mok Dan. 

The plot dan konflik dalam drama ni is so well written, tapi of course adalah certain parts yang agak ralat, contohnya macam gaksital ni asyik terlepas aje dari tangkapan polis, tatau la sama ada polis tu yang lemah ataupun Gaksital tu yang hebat sangat. 

Tapi overall this drama masuk dalam my list of forever peberet drama di samping I am Sorry I Love You, Princess Man dan One Litre of Tears. Haha semua drama favorite saya adalah drama yang sedih sedih, semua stok stok kena prepare tisu banyak banyak kalau nak tengok.

By the way, azam tahun baru saya adalah nak watch less drama and do more study haha. I guess saya berjaya la sikit since this semester saya hanya tengok dua drama je. Hewhew. Hari ni hari last winter break, esok dah start kelas balik. emm haaa terasa malasnyaaa nak ke kelas. Nak cuti lagi boleh? 

Okay tu je untuk hari ni. Thank you u olls :)

*I dont know why so sudden nak cerita pasal Gaksital. -.-

Even kuda ada mask :P Horsital!

Monday 4 February 2013

A Day Trip to Cairo.

Assalamualaikum :)

Semalam, selepas tiga tahun saya turun Kaherah a.k.a nama glamornya adalah Cairo. Fuhh~ lama sudah tak turun Cairo, last time adalah semasa saya tahun 1. Haha walaupun dah tinggal empat tahun di Mesir, tapi kalau bab turun Cairo atau muhafzah lain ni memang saya bagaikan orang baru, memang tak boleh dibuat tour guide la. haha

Jadi semalam saya dan rakan, Ailmiah memulakan our mini adventure to Cairo. Kami ambil train pagi dekat stesen Sidi Gaber pukul 8.26 pagi. Ambil tiket yang murah punya le19. After tiga jam baru sampai stesen Ramsis. Ramsis dah baru, dulu dulu masa first year takdelah cantik sangat lagi.

Ramsis tiga tahun dulu.

Ramsis pada masa kini. eceh. tak dapat nak ambil gambar banyak banyak sangat sebab bateri phone dah nazak.

Jadi, sebelum gerak solat dulu dekat masjid betul betul di hadapan station Ramsis dan kemudian terus ambil tramco ke pesta buku atau dalam bahasa arabnya ialah Maarat Kitaab. Agak besar la book fair ni, katanya the largest in AFrica and Arabs o.o.

First thing first kitorang terus cari bahagian buku second hand. hee, banyak la novel novel murah murah dekat situ, ada yang elok je lagi. Kemudian teruskan berjalan lagi mencari buku buku lain. Fuhh~ penat jugak la kalau nak berjalan sehari je. Banyak jugak duit yang melayang~


The best discount yang dapat adalah dekat publisher Darussalam, banyak jugak dia tolak dari harga asal buku. Target asal saya hanya nak beli Hunger Games series dengan Raheeq Makhtum je sekali terbeli banyak daaa. Azam dalam diri taknak beli buku medic (haha apa punya student medic daaa) tapi terbeli jugak satu Handbook of Clinical Medicine ~tiada dalam gambar, kesian dia di anaktirikan tapi saya terlupa nak ambil dia time nak snap gambar ni haha malas dah nak tangkap lagi sekali.

Kecewa, Hunger Games tade dijual terus dalam set trilogy kalau tak boleh dapat murah sikit. Nak beli the last book Mockingjay sekali tapi hanya ada hard cover dan mahal sikit so hold dulu leww.

Okay, after penat jalan jalan dekat Maarat tu kitorang pun dah penat and now it's time to eat. Dua dua dah tak berapa larat nak jalan. After that, ambil teksi bermeter ke stesen metro El-Demerdesh dan ambil metro ke stesen Maadi, untuk pergi ke... 

NOLA cupcakes!

Dan beli lots of cupcakes! Nyum nyum..


Bite size cupcakes le30 untuk 7 cupcakes. Beli ni sebab just nak rasa Yogurt Raspberries & Marble and Macaroon tu, sebab yang besar dah habis.


Range harga lebih kurang le10 untuk setiap satu cupcakes. Tak rasa semua lagi tapi serius setakat ni semua sedap sedap belaka. Selamat benda ni jauh nak beli kalau tak memang habis la duit saya selalu. 

Dah dapat buku and cupcakes banyak banyak so masa untuk pulang. haha. memang penat habis la semalam, dalam train pulang tidur je sepanjang masa. 

Itulah the end of my trip to Cairo. lol. Duduk Mesir lama dah, still rasa bangga dengan diri sendiri dapat travel cairo sendiri sendiri lol. Padahal orang lain, Cairo tu tutup mata je boleh travel.

Haha itu je untuk hari ni. Thank you u olls :)

Saturday 2 February 2013

Hero.

Assalamualaikum :)

Baru baru ni saya ada pergi satu kem, yang diberi nama Abthal. Kem tu dibuat dekat tempat yang diberi nama Balteem. Berdekatan dengan pantai. Cantik, sunyi je tempat ni disebabkan sekarang tengah winter, tade orang datang bercuti.

Balteem.

Ingatkan musim sejuk dah mula mereda, nak ke penghujungnya, tiba tiba pada hari nak bertolak, beberapa jam sebelum nak naik train ke Tanta, hujan turun terus tukar sweater cabuk saya ke baju sejuk tebal. Risau, takut tak tertahan sejuk tepi laut nanti. Kami bermalam semalam di Tanta, sebelum bertolak menaiki Tramco ke Balteem.

Dalam hati, saya rasa nervous, ini Mukhayyam pertama saya. Tak tahu macam mana sebenarnya orang selalu buat Mukhayyam. Tak tahu la apa yang saya akan dapat nanti, tak tahu sama ada saya mampu capai atau tidak objektif mukhayyam tersebut.

Semasa di Tanta. Dulu dulu sebelum datang ke Mesir saya ingatkan dekat sini penuh dengan padang pasir je. lol tak sangka ada juga tumbuhan hijau haha.

Di hadapan hotel tempat kami menginap. Tempat ni sebenarnya kawasan pelancongan, sunyi sangat sekarang sebab takde pelancong. winter. Tengok pokok tu kena tiup angin. kuat! brrr~ sejuk!

Allah, terus terang saya cakap, tak menyesal saya datang mukhayyam ni, Ohsem wa cakap lu :P
Inilah kem pertama saya di mana semua orang bercakap untuk mengingati Allah, setiap orang sama sama ambil berat antara satu sama lain, masa makan semua akan pasti suap mulut 'keluarga' sebelum menyuap diri sendiri. Ukhuwwah fillah itu terasa sangat kuat dan manis, walaupun saya baru jumpa 'keluarga' saya beberapa jam, dah terasa macam lama kenal.

Betapa ohsemnya kem ni, denda yang dikenakan pun adalah denda untuk mengingati Allah. Saya kena denda sebab tak bawa pasport, dan denda saya hanyalah istighfar 10 kali hehe. Ohsem kan? Ada juga orang lain yang kena denda tilawah tambah lagi 2 muka surat.

Pagi pagi, dalam keadaan sejuk sejuk, kami dikejutkan untuk bangun qiam. Allah, memang mencabar habis, ditambah dengan ketiadaan heater. Ambil wudhu airnya terasa macam ais. Tambah tambah pada pagi kedua saya dekat situ, tiba tiba blackout, pastu kat luar dengar bunyi angin seperti gangters meniup. wooo wooo, takut yang amat, macam macam terfikir dalam kepala, mampu tak hotel ni nak bertahan kalau ada tsunami.

Sepanjang mukhayyam ni berlangsung, kitorang tak dibenarkan guna telefon dan internet. Tujuannya nak mengasingkan diri betul betul, hanya nak tertumpu pada Allah sahaja. Semata-mata.

Banyak sangat pengisian dalam kem ni, mengisi hati dan minda. Oh sebelum tu, mari saya cerita kenapa hero tajuk entry ni.

Hee sebenarnya kem Mukhayyam ni diberi nama Abthal, ianya adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud Hero. Siapa hero? Ceteka ceteka! Shah Rukh Khan? bukan bukan.. Lee Min Ho? punnn bukannn.. Aaron Aziz? punn salah!

Hero hero tersebut tak lain tak bukan adalah sahabat sahabat Nabi Muhammad SAW; Umar al-Khattab, Uthman, Abu Bakar, Ali, Mus'ab, Abu Ayyub al-Ansari, Salman al-Farisi dan banyak lagi. Kitorang diajar untuk lebih mengetahui menganai hero hero kita ni.

Sebak rasanya mendengar kisah kisah mereka. Ummu Sulaim yang mengorbankan empat anak lelakinya untuk syahid di jalan Allah, Abu Ayyub al-Ansari sahabat yang dah berumur 80 tahun tapi sangat bersemangat nak membebaskan Konstantinopel sampai beliau minta mayatnya ditanamkan di sempadan Konstantinopel agar beliau dapat dengar tapak kaki sebaik baik raja dan tentera kelak, Mus'ab yang meninggalkan kekayaannya untuk berjihad, dan ramai lagi.

Setiap keluarga di kem ni akan dinamakan bersempena setiap hero tadi. Keluarga saya dinamakan bersempena tak lain tak bukan sahabat Nabi SAW yang digelar al-Faruk, which is Umar al-Khattab. Hebatnya Umar al-Khattab ni sampaikan beliau dikasihi oleh seluruh malaikat dan jangan kata manusia, syaitan pun bertempiaran lari kerana takutkan Umar. Betapa ohsemnya Umar ni, beliau dengan berani dan coolnya pergi solat dekat hadapan Kaabah depan orang kafir Quraisy tapi tak de siapa pun berani marah dia. Lagi ccol bila Umar hijrah ke Madinah secara terang-terangan, dia siap cabar lagi kalau sapa sapa yang berani nak halang dia, takde sapa berani. Wooo~ cool kan? COOL giler!

Allah, saya tak tahu sama ada saya mampu atau tidak untuk jadi secool atau sehebat hero hero ni. Satu benda yang saya pasti, Abthal bagaikan meletakkan satu set point yang lebih tinggi daripada apa yang saya nak capai sebelum ni. Abthal ajar saya agar buat semua benda kerana Allah, jangan ada benda asing lain dalam niat kita. Saya harus terus kuat melalui jalan ini. Saya nak jugak jadi ohsem dan cool macam hero hero ni, Nak nak!

Mendengar kisah Ummu Sulaim, hati saya melonjak lonjak nak jugak anak yang mujahid sepertinya. Tapi sebelum saya nak lahirkan mujahid, saya dulu perlu jadi seperti hero hero ni, baru la boleh ada anak yang ohsem. Tinggi kan cita cita saya? Tapi cita cita tinggi ni tak mustahil, mungkin ianya ambil masa yang lama, dan mungkin dalam perjalanan ni saya akan banyak terjatuh, terluka dan mengeluh, tapi kalau saya teruskan jugak insyaAllah akhirnya saya akan sampai ke destinasi yang saya idam-idamkan.
Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam jalan-Mu..


Nahnu Abthal, Allahu Akbar! 

Buka Mata.

Assalamualaikum :)

"Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah berdirinya langit dan bumi dengan kehendak-Nya.."Ar-Rum 30 : 25
Mesti korang semua familiar dengan lagu lagu Maher Zain kan? Pernah dengar lagu Open Your Eyes. Selama ni saya selalu je dengar lagu ni, ada dalam playlist lagu, tapi hanya dengar sekadar dengar. Ternyata lagu tersebut kalau dihayati mampu menusuk ke dalam dada T.T terasa nak nangis, insaf! 

Sebelum mendengar, buka mata, telinga dan hati luas luas untuk terima. Kosongkan fikiran dengan benda benda duniawi, hanya fikirkan dalam kepala Dia Yang Satu, Allah. Subhanallah, hebatnyaa Dia!


"Wahai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang sebelum kamu agar kamu bertaqwa. Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap dan Dialah yang menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia hasilkan dengan (hujan) itu buah-buahan sebagai rezeki untukmu"
Al-Baqarah 2 : 21-22