Monday, 25 February 2013

FemtoLasik, SMILE :)

Assalamualaikum :)

It's been two days! Dah dua hari, hee saya melalui hari hari tanpa glasses! Rasa pelik, pagi pagi bangun nak pergi sekolah tak payah cari glasses dah. Bangun bangun dah boleh nampak dunia terang. Kadang kadang, reflex action masa pakai glasses masih ada, nak masuk tidur tangan secara reflexnya nak tarik buka glasses, kadang kadang tertolak batang hidung sendiri sebab tangan gatal nak betulkan cermin mata. lol. Hidup tanpa cermin mata adalah pelik bagi saya. haha

Alhamdulillah! Can't really describe this feeling, tapi saya sukaa, selepas lima belas tahun hidup bergelumang dengan cermin mata! (Cikgu Salmiah mesti marah saya ni, penggunaan Bahsa Melayu yang salah lol. Rindu Cikgu Salmiah, selalu belanja kitorang makan nasi lemak time rehat T.T)

Hmm.. Apa beza SMILE dengan lasik biasa? SMILE adalah 'Small Incision Lenticule Extraction'.

Berbanding Lasik, SMILE dia hanya akan buat incision kecil je dekat cornea kita, jadi tempoh untuk sembuh selepas operation adalah sangat sekejap, dan complications sangat minima, it is almost 0%.
 \o.o/

After buat SMILE, esoknya saya dah boleh pergi ke kelas dengan riang gembira. Malah selepas operation tu saya tak perlu pakai penutup mata pun, keluar dari clinic ibarat tak pernah buat surgery apa apa pun. Malah procedure operation SMILE ni hanya mengambil masa lebih kurang 10-15 minit je. Awesome tak?

Tapi of course, saya takdelah dapat penglihatan yang diidam-idamkan serta merta. Selepas daripada operation, kita akan nampak macam kabur sikit, tapi lebih baik daripada sebelum buat lasik dan lama-kelamaan penglihatan akan baik. Bergantung pada individu, untuk penglihatan jelas sepenuhnya mungkin ambil masa dua atau tiga hari ataupun berminggu.

Kabur kat sini bukanlah kabur macam masa rabun dulu, tak tak. Kita akan nampak macam cahaya tu terlebih sikit sinarnya. Haha faham tak? Nak tengok handphone atau komputer lama-lama agak penat jugak. Sampaikan handphone dan laptop disetkan screen brightness dia serendah yang mungkin. Sekarang pun saya masih ada lagi nampak setiap objek macam glowing tapi ianya serius tak mengganggu penglihatan. Alhamdulillah hari ni glow tu dah kurang berbanding semalam.

Semalam pergi cek mata dekat doktor, I am so amazed, refractive error saya a.k.a yang orang Malaysia selalu panggil power mata tu, adalah 0, kosong! waaa~ saya sangat gembira tak terkata! Alhamdulillah.

Ramai orang tanya, buat Lasik tak mahal ke? Hee alhamdulillah, since saya buat dekat cikgu dari university so dia bagi diskaun untuk student. Mahal tu mahal la tapi it's still affordable untuk seorang student. kalau nak dibandingkan dengan Malaysia ianya adalah tiga empat kali ganda lebih murah.

So, that's all. penat la tengok laptop lama-lama. I'll write again later insyaAllah. Doakan, final exam dah makin hampir. hoho~

Till then, assalamualaikum :)

11 comments:

Ujie said...

Alhamdulillah..selamat sudah.
Jealous akak..

Izyan Hamizi said...

alhamdulillah.. buatla kak. tade ape nak ditakutkan, insyaAllah lasik tade complications ape2.. tmbh tmbh kalau buat femtolasik, mmg cepat sembuh tak perlu rehat ape2.. waktu opertaion pun tak sakit, mata tak kering :P

HurAin_ab said...

Wow bestnye baca pasal SMILE ni
I'm happy for you Yan! :)

Izyan Hamizi said...

thank you hur :)

Biha said...

Yannnnnnn! Alhamdulillah da x yah pkai cermin mata lagi dahh! Tahniah ye. Untunglaa~ hihi. :))))

Anonymous said...

salam,

boleh saya tau kos yang dikenakan masa awk buat smile ni? ada plan nak buat tp kos dia dlm RM11k

Izyan Hamizi said...

wslm. sorry lambat sgt reply. kos dia nak dekat rm 3000. now maybe dah naik. sebenarnya lagi mahal tapi saya dapat diskaun memandangkan saya student dr tu

Anonymous said...

Salam Izyan,
Nak tanya.. how is your vision now? Still rasa kabur or dah sharp?

regards,
Aida

Izyan Hamizi said...

waalaikumsalam aida. alhamdulillah dah sharp. just dlm seminngu lepas buat tu je yg rasa kabur sikit lepas tu ok.

Fatt Einn said...

salam..boleh sye dapatkan details klinik dan doktor tersebut..sye masih student dan berminat utk buat rawatan lasik mata..harap cik izyan sudi membantu sye..terima kasih :D

Izyan Hamizi said...

@Fatt Einn

minta maaf sangat sebab saya dah lama tak buka blogger from desktop tak perasan ada new comment.

still berminat ke? kalau ye, nnti direct contact sy dekat fb saya okay. (Izyan Khalidah Hamizi)