Tuesday 30 July 2013

Twenty Two.

Assalamualaikum.

I am officially 22 today.
Alhamdulillah.

1st August, last paper then balik Malaysia. Doakan semuanya berjalan dengan lancar :)

Monday 29 July 2013

The Best Doa.

Assalamualaikum all :)

Please please please watch this.. Ada tiga please kat situ, so sila sila sila tengok.



Selamat mengejar malam yang sebaik seribu bulan. Allahumma ameen.

Tuesday 23 July 2013

Read Quran At Dawn.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)


"Perform as-salah from midday till the darkness of the night and recite the Quran in the early dawn. verily the recitation of the Quran in the early dawn is ever witnessed"
Surah Al-Isra' ayat 78

Dari terjemahan Quran saya, 'is witnessed' means attended by the angels in charge of mankind of the day and night. Manakala 'the early dawn' adalah Fajr prayer. Time solat Subuh.

Heh. baru tahu wujudnya ayat ni. Let's fight the sleepiness and read Quran after Subuh peeps :)

Subuh dekat Egypt pukul 330 pagi so after sahur dan subuh memang straight ke mimpi la saya. Wish me luck xoxo~

Sunday 21 July 2013

Sodom.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Rehat sekejap tadi, jalan jalan dekat wordpress. Terjumpa satu blog, berkenaan the adventures of a gay mommy. Ha. You read it right. Gay mommy.

Pasangan tersebut ada dua orang anak, twins, satu lelaki satu perempuan. Of course anak tu bukan dari diorang berdua, guna IVF and there are ovum donor and surrogate mother.

Haih. Dunia sekarang. Kesian anak anak tu.

Kita semua tahu kisah kaum Nabi Lut bukan?

"So As-Saihah (torment - awful cry) overtook them at the time of sunrise. And we turned (the towns of Sodom in Palestine) upside down and rained down on them stones of baked clay"
Al-Hijr 15 : 73-74

Hari Rabu ni exam Forensics, salah satu topic in Forensics adalah sexual offences, subtopic dia ada Sodomy means sexual intercourse per anus.
Oh, baru connect these two together. Kenapa ianya dipanggil Sodomy, sempena the towns of Sodom. 

DuaBelasHariLagiNakBalik.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

Everytime I am stressed out by the exams, I keep questioning myself, kenapa kau nak jadi doktor.
I am not the studious type of student, who can stay 24/7 dekat meja study.

After SPM dulu, my mind just like one track punya minda, terus decide nak pursue Medicine. Why didn't I consider other possibilities. I used to be quite good in physics and math (better than my biology even). Tak terfikir langsung nak karier lain. Hearing the stories from seniors buat housemanship didn't help at all. It makes things worse I guess. dengan kena buli, kena marah bagai.

Haih, ada solid cita cita sejak kecil pun payah jugak. Buat kita tak fikir banyak sebelum ambil keputusan.

Everytime rasa macam ni, I keep telling myself,

La yukallifullahu nafsan illa wusa'ha.
Allah burdens not a person beyond his scope.
Allah takkan membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

Keep on going, Yan. Learning the highest creation of Allah never have been easy. Fighting! You can do it.

*12 hari ja lagi nak balik rumah. 3 papers in between*

Monday 15 July 2013

Antidote 1434.

Assalamualakum warahmatullahi wa barakatuh :)


Video yang sangat menarik, dihsailkan oleh students Alex.
Enjoy, and may you gain the utmost benefit from this video.
Ramadhan Kareem everyone :)

Monday 8 July 2013

Oral Exam dan KurangSebulanLagiNakBalik.

Assalamualaikum warahmatuaallahi wa barakatuh :)

Baru bayar tiket flight tadi. Alhamdulillah~ akhirnya beli jugak tiket nak balik summer hoho. InsyaAllah 3 Ogos nanti sampailah saya ke Malaysia nun. Tak sampai sebulan je lagi nak balik cuti tapi ya Allah, sebulan yang mendatang ni bakal dipenuhi dengan exam exam exam! Haha sebulan yg dipenuhi stress TT

Untuk tahun ni, tinggal lagi seminggu je belajar surgery then ada 4 paper exam final yang menanti melambai lambai kat kitorang. huhu~

Semalam baru habis exam (again!) akhir round Community Medicine. Huhu~ exam MCQ dia kena jawab guna computer, lepas jawab terus dapat markah T.T

Buat orang tensi je bila markah teruk. waaa~ kecewa giler lepas dapat markah MCQ Commed sampai masa nak pergi oral exam lepas tu, (lepas habis exam MCQ, ada exam oral pulak. lots of exam i know right! -.-) classmate tegur, "Yan, I know that face" --> muka tension bile perform badly dalam exam.

Bila tengok list nama, nombor ID saya adalah the first one dalam group yang akan kena tanya. Ahh~ sudah.. saya tak ready lagi, my mind feel blank, semua effect kecewa MCQ. Tunggu punya tunggu 7 orang student yang satu group dengan saya dipanggil untuk masuk bilik professor.

Tapi suddenly prof suruh semua orang masuk walaupun exam tu sepatutnya individually. Yang menyapa kami dalam bilik tu adalah seorang doktor perempuan maybe berumur 70-an. Saya macam, alamak doktor ni nak tanya depan semua orang ke. Sebab my mind memang blank habis time tu, rasa takut sangat, segan pun ada. Siap pesan dekat kawan lagi, kalau aku tak boleh jawab jangan ketawa. haha

Bila semua student dah duduk keliling dia, tiba tiba doktor tanya nak soalan apa? Saya terus jawab nak TB, classmate lain ada yang nak soalan EPI (vaccine program). Majority pilih EPI, so doktor pun tanya. Tak habis lagi doktor tanya entah macam mana ntah boleh termasuk bab keadaan Mesir sekarang.

Tiba tiba kami bersembang pasal Presiden Morsi, Ikhwan Muslimin and konflik Mesir. Pastu kejap kejap dia tanya balik soalan oral then banyak distractions dari luar (orang hantar air dekat prof, doktor lain masuk tegur dia, ada orang call dia). Bila dah habis distractions tadi, kitorang sambung balik sembang pasal konflik Mesir.

Dah habis sembang lastly prof cakap, "You are all very good students. I'll give you full marks" Hahahahaha.

And that's how all seven of us dapat full marks untuk oral exam.

I think I was lucky sebab one of the guys dalam group tu yang memang chatterbox. I think he was the one yang keep the doctor sembang sembang. lol~

Anyway, oral exam tu brighten my mood a little. Kena strive hard untuk final. Cover balik markah yang hilang T.T

Esok dah mula puasa di Mesir so happy fasting to all :)

Saturday 6 July 2013

I Just Can't

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)


Took this picture from my classmate, Dila's twitter. Commed is the short form of Community Medicine.

According to the dictionary, Community Medicine means Public health services emphasizing preventive medicine and epidemiology for members of a given community or region. 

Hmm, this is the module that I've been studying for the past one month and tomorrow is the big day (ceh poyo).. Exam! Huhu~ Dan saya masih tak boleh nak jatuh cinta dengan commed. Sorry commed, we are just not meant to be together darling~

I don't know why, but I tend to update my blog bilamana exam dah makin dekat. Hoho~ why ahh?

Apa apa pun, doakan~ :)

Friday 5 July 2013

Telefon Buruk.

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh :)

Mesti semua orang pernah main game telefon buruk kan? Buat satu barisan, satu ayat akan dibisikkan dekat orang depan dan akan pass kan ayat tu dekat orang dibelakangnya sampai la habis barisan.. Selalunya by the end of barisan mesti dah bertukar tukar ayat tu.. ada yg ditokok tambah, ada yang dibuang dan sebagainya..

Ini telefon lama bukan buruk. hehe
Kenapa tetiba tercakap pasal telefon buruk?

Saya ada terbaca orang share share condemn TV3, sebab diorang kata TV3 cakap presiden Morsi diktator. Selalunya, bila keluar kisah kisah macam ni saya tak ambil pusing sangat, selalu je keluar berita berita macam ni. Media, biasalah selalu exaggerate selalu menokok tambah.

Teringat kisah terbaca dalam surat khabar online (tak ingat surat khabar apa), artikel mengatakan pegawai polis mesir menukar pakaian seragam daripada berwarna putih ke warna hitam sebagai tanda sokongan Hosni Mubarak ke sebagai tanda protes ntah (tak ingat the exact dakwaan berita tu). Kami student student Mesir ni tergelak gelak je baca berita tu, sebab pada hakikatnya pegawai polis mesir memang akan tukar baju hitam bila tiba waktu winter, setiap tahun macam tu, takde kaitan dengan revolusi. Ha.

Kebetulan revolusi dua tahun lalu memang terjadi waktu winter, memang hitam la warna pakaian seragam polis. lulz.

Eh, jap lupa pula nak cerita kenapa bila tengok orang kutuk2 TV3 saya teringat permainan telefon buruk.

Oh, ha.. tadi scroll scroll facebook, ada la hamba Allah share segmen MHI yang ada mengandungi the moment yang pengacara TV3 kata Morsi diktator. Saya pun click la video tu untuk dengar betul ke seperti yang disangka.

Ternyata bukan sebenarnya, kalau didengar dengan teliti Ally Iskandar mengulas situasi tu dengan kata, bila ditanya mengapa rakyat mesir menentang Presiden Morsi, dikatakan Presiden tu diktator. So, bukanlah Pengacara TV3 cakap directly yang Morsi tu diktator, tapi dia bercakap menyatakan alasan yang diberikan segolongan rakyat yang menentang Morsi.

Well, kalau diikutkan, kitorang tanya rakyat Mesir sendiri memang ramai even ada proffesor yang mendakwa Morsi diktator. Tak hairan pun bila diorang panggil Morsi dikator, sebab terang terangan diorang melabel Ikhwan terorist. Adoi~ apa ntah yang dikatakan Media Mesir sampai macam tu sekali pemikiran rakyat dia.

Saya bukan nak defend TV3, tapi terasa kelakar tengok orang bergaduh dengan satu benda yang dia tak pasti pun kesahihannya. Orang share share dekat Facebook terus semua orang percaya, dan kutuk kutuk dengan bahasa kasar. Bahasa melambangkan bangsa okay.

Yang tak boleh tahannya, setiap isu macam ni mesti nanti naik perbincangan politik untuk menghangatkan lagi caci maki antara rakyat Malaysia dekat mana mana laman sosial. Hanya mampu ketawa je bila tengok situasi tersebut. lulz.



Teringat daripada lecture tafseer Ustaz Nouman Ali khan mengenai satu ayat dari Surah al-Isra' ayat 36.


"Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Kerana pendengaran, penglihatan dan hati nurani, semua itu akan diminta pertanggungjawabannya"

Saya suka translation bahasa Inggerisnya lagi, lebih mudah nak faham..

"And follow not that of which you have no knowledge, Verily the hearing, and the sight, and the heart of each of those ones will be questioned (by Allah)"

Dalam ayat ni Allah kasi amaran dekat manusia, jangan sekali kali ikut apa yang kau tak tahu, kalau nak ikut pastikan ada ilmu yang mantap, solid knowledge pasal benda tu. Sebab semua perbuatan kita akan dipersoal kembali di akhirat kelak.

Satu lagi point menarik, kalau tengok 'hati' dalam ayat ni Allah tak guna perkataan قلب tapi Allah guna فٶاد yang bermaksud hati yang beremosi (Ustaz Nouman guna perkataan overly emotional, or overly excited or angry). Hati yang beremosi nilah yang akan ditanya dekat akhirat kelak. 




Takde alasan untuk kita berkasar dengan saudara kita bila timbul isu isu sensitif, sebab hati kita yang tengah berapi api dengan emosi tu jugak akan ditanya. Tak boleh la nak cakap, "Sorry ah, aku PMS tadi, hormone. I am not being myself. hikhik"

Tak boleh tak boleh nak buat macam tu. Emosi ke tak emosi kena kawal perbuatan dan percakapan kita. *mari tunduk dan reflect diri*

May Allah protect us from this behavior. Amin.

Sekian saja things to ponder hari ni. Panjang pulak rasa tulis hari (extra panjang daripada biasa) padahal lusa exam. Esok ada kelas lagi sebab ganti kelas cancel time Muzhoharat Tamarrud hari tu -.-'.

Doakan :)

Tuesday 2 July 2013

Ehna Ma3a Morsi.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

"Today and tomorrow will be written in our egyptian history, the ruler will be kick out."

Itulah kata kata emosional professor dalam kelas tadi. Dengan bangganya dia menyatakan yang dia turun ke jalan untuk melaungkan anti Morsi. 

Tak cukup dengan itu, ahli Ikhwan Muslimin dikatakan extremist dan terrorist. Sedih.

Semua orang dalam kelas terasa awkward, tatk tahu macam mana nak respon. 

Moga Allah selamatkan Mesir dan umat Islam seluruhnya.


How can they define these people as terrorist?

Monday 1 July 2013

Tamarrud 30 Jun 2013.

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh :)

Semalam sekali lagi demonstrasi besar besaran dilakukan oeh rakyat Mesir. Seakan akan peristiwa 25 Januari 2011 berulang. Kawasan rumah memang sunyi sepi, tenang berbanding biasa. Semua orang hatta rakyat Mesir sendiri pun tak keluar rumah. Semua program dibatalkan. Universiti cuti, kelas tajwid, kelas Fiqh semua batal. Bahaya katanya nak keluar.

Demonstrasi yang digelar Tamarrud kali ni sangat berbeza dengan dua tahun yang lepas, kerana kali ini para demonstran terbahagi kepada dua golongan. Pro-Mursi dan anti-Mursi.

Semalam. Kiri para penyokong Morsi di Medan Rabiatul Adawiyyah manakala gambar kanan di perkarangan Istana dan Medan Tahrir berkumpulnya para penentang Morsi.

Ada empat kumpulan penentang Morsi;


1. Kumpulan rejim lama yang dasarnya penyokong Husni Mubarak dan 'National Democratic Party'. Mereka takut sistem demokrasi akan mempersoalkan aktiviti mereka kerana mereka mempunyai sumber dan kewangan yang menggerakkan keganasan dan para samseng.


2. Pembangkang yang yang kecewa dengan hakikat bahawa mereka tidak berhak bersuara dan pemimpin mereka tidak mengadakan sesi dialog.

3. Pembangkang yang ingin menjatuhkan pentadbiran Morsi demi kepentingan politik. 

4. Rakyat yang tidak puas hati dan marah dengan prestasi kerajaan.


Sumber : Pilihanraya Mesir

Kroni kroni Hosni Mubarak yang masih berleluasa.

Tamarrud bukanlah satu demonstrasi yang aman, pejabat Ikhwanul Muslimin diserang dan dibakar dan ahli Ikhwan dibunuh,



Demonstrasi kali ini macam bukan untuk menentang Mursi tapi dah macam nak menentang Islam. 

Doakan yang terbaik buat Mesir dan umat Islam keseluruhannya.



*Segala sumber adalah daripada page Pilihanraya Mesir dan Ustaz Abdul Malik

*nak ke kelas, tak tahu apa yang akan berlaku pada hari ni. sama seperti semalam atau reda, doakan semuanya selamat :) ahh exam minggu depan TT*