Monday, 31 January 2011

Mesir oh Mesir.



Assalamualaikum.

Aku tak sangka keadaan di Mesir akan jadi sampai seteruk ni.

Semuanya bermula dengan protes pada 25 Januari lepas iaitu Hari Polis Egypt. Sehari sebelum tu, kitorang just dapat emel yang kasi warning dari walid (pegawai MARA Mesir) cakap jangan keluar rumah sebabnye orang2 Arab ade nak buat demonstrasi. Aku pun macam, oh ok. lagipun kitorang still ade exam 27th tu jadi memang takkan keluar rumah.

orang2 mesir berarak suruh Hosni turun.
gambar ditangkap dari tingkap rumah.


Esoknya, keadaan normal macam biasa. tapi dah kecoh2 kate facebook dan twitter akan disekat sebab dua social network ni adalah medium utama perhubungan semua protesters ni.

After habis exam, on 28th, kami still unaware dengan the situation kat luar. Yelah, sebab internet dan telefon kena sekat. jadinye takde connection dengan dunia luar. disebabkan esoknya aku dah nak balik Malaysia dan duit Egypt di tangan tak cukup kalau2 kena bayar denda visa tak siap dekat imigresen nanti. jadi aku, Ibah dan TK amik keputusan nak pergi cucuk duit dekat ATM jap.

Dekat luar, aku sangat terkejut tengok jalan2 dekat rumah kosong aje. tak semeriah biasa. tapi kitorang teruskan je amik duit. On the way balik tu terserempak dengan akak senior dan barulah kami tahu yang ade perintah berkurung rupanya malam tu. aku pun terus je balik sebab takut ape2 hal.

Jalan ke Ibrahim Mia yang kosong je sebab perintah berkurung.

Rupa2nya, keadaan dekat Cairo dah macam menjadi2. dekat alex pun ada jugak cumanya rusuhan tu jauh dari rumah jadi tak dengar sangat. dan ade perintah berkurung dari pukul 6petang sampai 7pagi. oh patutlaa pakcik2 arab yang kami jumpa tengah jalan tadi pandang kami pelik semacam je. kitorang langgar curfew rupenya =.=

On 29th, kami serumah keluar pagi tu. aku nak ke airport sebab flight pukul 3ptg. Ibah nak tukar duit. Laila dengan TK nak beli tiket bas ke airport Cairo. Dekat Gamek (masjid) Ibrahim, penuh dengan batu2 atas jalan raya. dari jauh, aku nampak ade satu trak polis dan kereta yang dah rentung.

Trak polis dan kereta yang terbakar

Kami berpisah lepas tu. aku tunggu bas dan diorang gerak dengan urusan masing. but then sambil tunggu bas sampai, aku dapat call dari Ibah dan TK cakap diorang terpaksa lari dari Mahattet el Raml (stesentram) memandangkan dah ramai orang arab berkumpul.
waktu tu, aku sangat risau dengan mereka yang still kena stay dekat alex. dan on the way nak ke airport, nampak 5-6 kereta kebal yang lalu. first time tengok kereta kebal lalu depan mata. ramai orang berarak sepanjang jalan sambil melaungkan menyuruh Hosni Mubarak letak jawatan.

kereta kebal depan mata =.=

Alhamdulillah akhirnya aku sampai juga dekat malaysia.

bila aku telefon kawan2 di sana, diorang still katenya keadaan terkawal. diorang dah kumpul dekat rumah2 dengan asrama. tapi aku sedih dengar nasib kawan2. ada yang kena berkurung aje dalam rumah, ada yang terkandas dekat airport cairo. tidur dan makan tak selesa. maggi kongsi satu bungkus 3-4 orang. tolong laa cepat2 bawak balik diorang. T.T

*sigh*

the only thing that i can do is praying hard for you all. take care!

aku baca kat sini ada cakap yang Cairo Uni cuti 3bulan, Ain-Shams 6bulan and Al-Azhar 1 tahun?

Alex uni tak tahu laa lagi. jangan cuti lame2. membazir masa je. tolong laa semua ni berakhir cepat.

please Hosni Mubarak. just step down! the people dont want you anymore ok. there is no use for holding on till september. Egyptians already suffered enough. they wont believe you anymore. just go to the *tettttt* (antonym of heaven)

ermm korang tahu tak sebelum2 ni kebanyakan presiden egypt mati ditembak. hehe saje nak kasitaw itu. bile dengar ni ade satu benda yang aku terfikir2. jadi lu fikirla sendiri bak kate nabil.

Egyptians memang dah lame ditindas oleh pemimpin sendiri. Hasil negara banyak. Egypt memang ade aset yang banyak, minyak, terusan suez dan sektor pelancongan dah cukup untuk buat mesir kaya raya. tapi semua hasil tu tak sampai dekat rakyat. kalau waktu first year, nak berjalan dari universiti ke asrama ambil masa dalam 15minit, aku dapat jumpa dalam 5-6 orang yang mintak sedekah.

keadaan diorang sangat daif. tengok kaki tak berkasut. tidur di tepi jalan je. ada yang korek2 tong sampah cari makanan. anak2 kecil yang berumur time2 kita main guli lagi dah kena bekerja, dah kena mintak sedekah. begitulah daifnya sesetengah penduduk mesir.

dan memnag aku sokong rusuhan yang dibuat ni.

Go go Egyptians! You deserve your rights.
Hosni Mubarak just go down.

lagipun ada hikmahnya pada umat islam kalau protest ni berjaya. boleh tengok sini.
sebabnye Hosni ni memang talibarut Israel dan America.

Mari kita same2 doakan agar perjuangan orang2 mesir ni berjaya. Aminn insyaAllah :)

wall post dr ayman utk students dye. terharu! walaupun dr ayman tujukan wide range of people. ak pun one of student dye ape ^^ haha

4 comments:

fArhAnA said...

Moga Allah permudahkan semuanya.. sama2 kita berdoa ye :)

Sang Ratu said...

Assalamualaikum wbt...
Smoga penulis blog n shbt2 lain di mesir slmt di bwh prlindunganNYA, insyaAllah...

Izyan Khalidah said...

insyaAllah aminn :)

PendekarPetai said...

pengalaman yg sgt bermakna.....