Saturday 30 July 2011

20th.

Assalamualaikum :)

Happy birthday to me.
Happy birthday to me... lalalala

ahahaha no, i am just kidding. I am not that poyo to sing the my own birthday song to me, myself.

Thank you and terima kasih sangat2 kepada yang wish di handphone, facebook and skype. 
Thank kepada housemates yang susah2 masak, and jiran atas yang sudi turun :)
May Allah bless us all. insyaAllah :)

Saya dah 20 tahun sudah! ^^

But as I grew older, wiser and more mature (eceh!), i am not that eager to celebrate my own birthdays. lagi2 after  baca entry birthdays dari Anwar Hadi
For my 20 years old self, birthdays are not to congratulate our selves. but to appreciate our parents who sacrifice almost EVERYTHING, for our well being.

But I do appreciate all those yang wished, sang the birthday songs and gave presents. 
I appreciate it a lot. Thank you :D

So entry ni special untuk mak dan ayah :)

Thank you Thank you Thank you
Thank you for everything.
Thank you for being the best parents for me.
Lahirkan, didik, and berkorban macam-macam demi kitorang lima beradik.
hanya Allah yang mampu balas jasa mak dan ayah.
i love you both to the infinity and beyondd! :)
*hugs*

Tak sabar nak sampai Malaysia esok. nak peluk mak ayah banyak2. heee i miss home so much T.T

Thank you Allah for lending me this life :)

Friday 29 July 2011

Bloggers United.

Assalamualaikum :)



Saya join contest dari Asilah :)

Cara-cara Memastikan Kebersihan Alam Sekitar.

Kebersihan adalah salah satu perkara yang palingggggg penting dalam kehidupan seharian kita terutama sekali bagi yang beragama Islam. Kenapa?
Sebabnya Allah SWT itu sendiri sukakan kebersihan dan kesucian.

"Sesungguhnya Allah SWT itu suci yang menyukai hal-hal yang suci. Dia Maha Bersih yang menyukai kebersihan, Dia Mahamulia yang menyukai kemuliaan, Dia Maha Indah yang menyukai keindahan, karena itu bersihkanlah tempat-tempatmu"
-Hadis Riwayat Tirmizi.

Lagipun kan ke kalau kita jaga kebersihan nanti hidup kita pun akan berkualiti. Macam yang iklan ni cakap :)



For me, kalau kita nak pastikan kebersihan alam sekitar di Malaysisa sentiasa terjaga mestilah bermula dengan rakyat kita sendiri. Kesedaran dalm diri tuu perlulah ada then barulah kita boleh buat program gotong royong segala bagai.

Dalam diri setiap orang mesti kena ada perasaan cintakan negara, cintakan tanah air. Barulah rasa sayang kalau nak kotorkan negara sendiri. Contohnya macam dalam rumah kita sendiri, korang mesti tak sanggup rasanya nak buang sampah sesuka hati dalam rumah, sebabnya korang sayang dan tahu rumah tuu laa tempat korang nak tinggal.

Macam mana nak pupuk sifat ni, of course laa didikan dari kecil tu penting. Macam peribahasa cakap, "melentur buluh biar dari rebungnya". Kalau dari kecil dah terbiasa jaga kebersihan, then insyaAllah dah besar jadi terbiasa.

And, kalau dah terbiasa dari kecil, mesti dah ada kesedaran sendiri dalam diri macam mana nak jaga kebersihan. Buang sampah jangan merata-rata, nak lagi baik cari tong Recycle bin. Tolong kutipkan sampah-sampah yang jatuh di tengah jalan.


Then, boleh laa sekali buat kempen dekat tv, newspaper, magazine etc untuk menyedarkan semua orang.

So, that's all. Hehee dah lama sangat tak buat essay haha dah rasa tak tahu nak buat isi macam mana. ;(

Sunday 24 July 2011

Bukan Fantasi, Tapi Realiti Umat Islam Zaman Sekarang


"Beautified for mankind is love of the joys (that come) from women and offspring; and stored-up heaps of gold and silver, and horses branded (with their mark), and cattle and land. That is comfort of the life of the world. Allah! With Him is a more excellent abode"
Ali-Imran : 14


Hidup di Perantauan & the Books.

Assalamualaikum :)

Ecehh, tajuk tak boleh bla. nak bajet aje. perantauan laa sangat.  ;p

Lusa nak exam Respi, lusa kepada lusa pulak exam Psycho. Lusa kepada lusa kepada lusa lagi pulakk, nak balik Malaysia. yeayy!

Tadi, baru je tadi, sebelum buka blogger dashboard untuk update blog, memang rasa sedih sedikit macam perantauan laa bila makan mihun berlaukkan serunding. haha.


Hee mihun tuu sebenarnya breakfast pagi tadi yang sepatutnya dimakan bersama-sama tomyam tapi tadi bila dah macam petang sikit kan, rasa lapar balik, nak makan mihun tuu, tiba-tiba rasa boring pulak makan dengan tomyam. Then, ternampak laa serunding atas meja, macam best je memanggil suruh makan dia. then terjadilah hidangan sepinggan lengkap seperti di atas. ;p

Semalam kan, balik dari library rasa macam taknak balik rumah terus kan, lepas tu saya pun pergi laa kedai buku. Niat asli di hati nak beli buku, 'Fasting in Islam & The Month of Ramadhan'. 



Buku ni saya belikan untuk orang lain sempena program Love Exchange batch kitorang hari tuu, macam main tukar2 hadiah tuu. Bila belek2 buku tuu sebelum bagi dekat AJK, tibe2 rasa macam perlu ada untuk diri sendiri pulak. hehee lagipun kan dah nak puasa lagi seminggu, so boleh laa tambah ilmu insyaAllah. 

Tengah belek buku2 dekat Darussalam tuu then ternampak ni,


Healing with the Medicine of the Prophet.

Buku ni sangat menarik. Banyak tentang kaedah2 berubat cara Islam, makanan2 yang disarankan dan macam2 lagi laa. Baru tengok sikit2 je dulu, nanti kalau saya mula baca, insyaAllah saya kongsi dekat sini eh. 

Ada lagi satu, tajuk buku 'Comanders of Islam' kalau tak silap. Itu pun menarik juga tapi sebab da tak cukup duit kann so tak boleh beli lagi. Haha saya memang gila buku bila pergi kedai buku. tapi baca nye sangat slow laa semenjak dua menjak ni.
\

Dalam minggu ni kann, kalau blogwalking, banyak benor orang buat contest laa, giveaway laa. Ada satu contest dari MyNewsHub, hadiah Ipod Touch ooo tapi tak sempat dah nak join sebab dah lepas due date. Rugi2! Teringin jugak nak join yang lain2 tapi Respi pun tak habis baca lagi tapi rase gedik nak update blog tak sempat laa sekarang ;(

Kalau aku buat contest, hadiah dia buku Healing with the Medicine of the Prophet and another English novel, korang nak join tak? Tinggalkan response anda di ruang komen. kalau takde respon, saya tak buat laa. hehee :)

Tujuan utama contest adalah nak memupuk sikap rajin membaca dalam diri sendiri dan anda semua. kerana sebagai seorang pelajar medic, dirasakan sifat rajin membaca saya amatlaaa kurang dan tak cukup buat masa ini.
So, tinggalkan komen anda agar saya bersemangat nak buat contest dan bersemngat jualah untuk terus istiqamah dalam membaca.



Boleh tengok part yang selebihnya di Youtube.

Okay, end pasal buku dan contest.

Lepas tuu kan aku baru perasan satu trend baru, di kalangan budak sekolah sekarang selalunya, eja 'buat' as 'buad'. Haa apakah? adakah anda rasa comel? lagi satu syndrome 'nyeww'. eww!
Saya kalau buka blog yang tulis nak ngade2 macam ni "ikut sukew sayew laa sayew nak buad apewwwww" memang akan terus ditekan butang pangkah di atas. sekian terima kasih.

Boleh diterima lagi kalau nak tulis short form, tapi ni tulis yang macam kat atas ni, orang nak baca pun berbelit lidah, apa motif sebenar pun still tak faham. =.='
nah ni video Anwar Hadi untuk mereka.



Ok, tu jelaa buat sekarang. till then :)


Ahh lupe pulak, sape murah hati nak belikan saya buku ni? hehee. 

*Doakan kami all Alexandrians mumtaz2 belaka exam kali ni dan yang akan datang ye. InsyaAllah. :)

Sunday 17 July 2011

Nina & Puff the Magic Dragon.

Assalamualaikum :)

Pada waktu waktu mahu exam, ada laa yang mencari pelbagai cara mengurangkan stress di kala tak mampu lagi nak baca buku.
Dan medium menghilangkan stress saya ialah tak lain tak bukann... 
introducing..

NINA...





How can you be so cute, Nina?
Tengok laa banyak2 video Nina dekat youtube page papa Nina, Geofg.


"Does that bother you? This medicine will make your upper teeth turn red and lower teeth turn yellow." 
haha ^^

Puff the Magic Dragon, current ring tone, sung by :

Nina,

and Kyuhyun.


Which one do you like more?

Pemenangnya adalahh. hehee of course laa Nina kann? 
Cuteness overload. :)

p/s : lagi 12 hari je nak balik Malaysia weyh. *kesukaan yang amat sangat*
dan lagi 12 hari jugak saye nak umur 20 tahun sudah :D

Thursday 14 July 2011

Depressed.

Assalamualaikum :)

I am depressed for no reason. ;(

Mood tak menentu.

Ibah pernah cakap, ada senior yang cakap yang kalau waktu exam bersedialah terima macam2 masalah.
Masalahnya tak lain tak bukan masalah perasaan.

Minta maaf kalau ada sesiapa yang saya pernah termasam waktu bercakap, terkasar dan sebagainya yang boleh mengecilkan hati, jantung mahupun limpa anda.

Saya pernah terbaca kawan sekolah lelaki saya punya blog yang katanya tak faham dengan segelintir perempuan ni. Kalau ada salah faham, terkasar bahasa, konflik dan sebagainya selalunya jawab, "Sorry, period pain"

Katanya, kalau macam ni laa perangai perempuan which is buat salah tak nak mengaku, tanggapan buruk dia terhadap kaum wanita takkan berubah.

Apa tanggapan buruk anda-anda dekat kaum wanita ni?

tapikan kaum lelaki sekalian, sometimes benda ni we cannot even help ourselves.
Kadang2 benda tu, contohnya gurau senda kalau jadi pada hari2 biasa tak pe je taapiii kalau jadi time period sensitif tuu akan terlebih sikit. lalu nanti adalah hati yang terkecik sedikit.

Hari tuu, mood saya down sikit, then kawan kat sebelah terus tanya, "kenapa yan? yan dah nak dekat period eh?." see? itu soalan pertama yang dia tanya.

Rata-rata antara kawan2 wanita kalau tengok lain macam sikit je perangai dia, selalunya itu soalan pertama yang ditanya.
Dulu waktu sekolah benda ni tak ketara sangat pun. Tapi makin membesar ni makin sensitif semua orang.
yelah, saya faham, masing2 pun dah besar. dah macam2 perasaan yang ada dekat dalam kepala tuu.

Itu bukanlah alasan kami nak lari dari masalah tapii memang betul mood sangat tak menentu.

Okay, sebenarnya time menaip ni tengah ragu-ragu nak post ke tak.
Kalau dulu time sekolah takdenya nak cerita pasal ni dekat umum. Normalnya dulu sekolah, bila ada classmate lelaki yang dapat tahu one of girls dekat dalam kelas tuu period, mesti girl tadi segan sangat sampai rasa taknak masuk kelas dah. ok, pengalaman sendiri sebenarnya. tapi rasa macam semua orang macam tuu kecuali budak sekolah perempuan semua. heee ;p

tapi bila fikir balik, dengar2 ramai kot yang nak memulakan langkah membina masjid cuti summer ni. So, kalau nak kahwin, you need to know this simple things. Nak hidup sebumbung kan kenalaa memahami.

Sebenarnya petang tadi tengok Harry Potter. ingat nak buat entry pasal tuu tapi tibe2 je rasa down T.T. terus tak jadi. nak buat entry last Harry Potter dalam keadaan yang gembira suka ria. Nantilahh.

Yang kelakarnya tadi saya senyap je tau waktu makan, then diorang tanya, "Yan, ko sedih ke HP dah habis? tak sangka fanatik sampai macam ni" lebih kurang macam ni laa ayat housemates.
Haha takkan laa nak sedih pasal HP dah habis eventhough menitis laa jugak air mata dalam panggung tadi. T.T

no, no! bukan itu sebabnya. *kot*

tengah2 tulis entry ni dengan mood yang tak best, hannan tegur dekat ym saying "i miss you." aww so sweet.
thank u Allah kerana menggerakkan tangan dan hati hannan nak send mesej macam tuu. terus rasa happy. :)
senang je nak happykan saya. just say you love me or miss me. haha :D

Betul, siapa ingat entry yang ni.? kadang-kadang kita tak tahu pun siapa yang Allah akan hantar untuk tenangkan hati kita. Jadi kalau rasa buntu dan tak tenteram, ask help from Allah. He knows what to do. :)

*p/s : time time exam ni semua orang mood tak menentu, moody tak tentu pasal. Kalau boleh, jagalah perkataan dan perbuatan agar tiada yang terkecil hati.

Okay, tu je. till then :)



Friday 8 July 2011

Harry Potter #2.


Assalamualaikum :)

Harry Potter release date in Egypt is on 13th July 2011. Sehari selepas exam Epidemiology & Biostatistics.
Eventhough tengah exam week, dan ada lagi tiga paper after tu, nak pergi tengok sekejapp
hehee boleh takk?

Link

Nway ni jadual exam.

10th July 2011 : End of Module Epidemiology & Biostatistics
12th July 2011 : Final Epidemiology & Biostatistics
20th July 2011 : Final Cardiovascular System
26th July 2011 : Final Respiratory System
28th July 2011 : Psychology & Ethics

Doakan kami semua mumtaz-mumtaz belaka insyaAllah.
and to all Alexandrians, All the best and Rabbuna Yusahhil insyaAllah :)



Saturday 2 July 2011

Stalker.


Assalamualaikum :)

Hari ini cukup produktif bagi saya.

Dimulakan dengan kelas praktikal, lecture, study group, ke kedai buku beli buku 4 biji, makan, pergi barkus beli jubah, balik rumah, makan, stalk orang =.='

Saya takdelaa rajin stalk orang sangat sebenarnya. Kenal orang sangat pun tidak. Saya memang susah nak kenal orang. Bukan sombong, sedikit susah. :)

Ingat lagi masa Pesta Sem Type III tine saya form 4, kitorang ada buat pameran pasal projek masing2 jadi budak2 dari sekolah/MRSM lain adalah datang nak melawat. Then ada dua budak lelaki ni datang dekat booth kitorang. Saya dengan semangatnya explain tentang kitorang punya projek.

After that saya tanya dengan penuh sopan santun, "Ermm korang ni dari MRSM mane?"

Mereka berdua buat muka pelik habis.

Then saya pun sambil gelak2 nak cover malu tanya dengan penuh yakin, "Ohh, budak form 4 eh, kelas mana?"

Kemudian Alhamdulillah sebelum saya terus memalukan diri di situ, kawan saya Irfan Bukhori datang dan terus cakap, "Yan, ko tak kenal diorang yan? Diorang budak batch kita laa!"

OhEmJayy. haishh kasi segan je. Dah laa time tuu kitorang dah form 5 kott. Dah setahun menjalani alam persekolahan bersama2. walaupun mangsa berdua berada di kelas 503 (amik kau, sampai sekarang saya ingat diorang kelas apa, dengan nama2 sekali. Tapi nama dirahsiakan laa ;p) dan saya di kelas 513. Ada beza 10 dalam nombor kelas kami, tapi still, macam mana boleh aku tak perasan pun akan wajah tampan mereka? haisyhh. =.='

Saya bukan sombong, saya memang susah nak kenal orang. Orang2 yang tiada kaitan dengan diri ini, memang tidak akan diambil peduli. Sebab tuu kadang2, bila ada sahabat yang bercerita tentang sesuatu, padahal benda tu dah heboh satu kampung tapi saya, masih tidak mengenali individu tersebut. =.=' minta maaf. ;(

Ok dah melalut jauh. Balik kepada topik asal.

Ok saya tak suka stalk orang tapii bila orang dah tunjuk tuu saya tengok je laa. Bila dah tengok sedikit tu, rasa ingin tahu menguasai diri, bak kata omputeh, Curiosity Kills the Cat, lalu saya pun buka laa older post, buka photos dekat Facebook dan sebagainya yang boleh untuk distalk.

Itulah mechanism yang digunakan untuk stalker tak bertauliah macam saya. Tapi kalau stalker yang lagi hebat, macam-macam lagi yang mereka boleh tengok ataupun tahu dengan aktiviti menyetalk ni.

So nak pesannya kat sini, kalau boleh limit2 laa nak letak benda dekat facebook/blog/tumblr/flickr dan sebagainya.

Kalau anda tunjuk, maka saya tengok, ok?

Sebenarnya dah nak tidur tadi. tapi tiba2 dengar ada orang arab bising2 dekat luar rumah. sebab ape?


tiba2 rasa mahu cepat2 je pindah rumah tahun depan. Scary pulak dapat jiran macam ni. =.='
Ye, mama. Dont worry, kitorang pun memang nak pindah tahun depan. taknak berpanasan lagi tidur pada musim panas akan datang.

Ok that's all. :)

*p/s : nak berazam taknak cakap lagi pasal mama dalam post2 akan datang.