Assalamualaikum :)
Hari ini cukup produktif bagi saya.
Dimulakan dengan kelas praktikal, lecture, study group, ke kedai buku beli buku 4 biji, makan, pergi barkus beli jubah, balik rumah, makan, stalk orang =.='
Saya takdelaa rajin stalk orang sangat sebenarnya. Kenal orang sangat pun tidak. Saya memang susah nak kenal orang. Bukan sombong, sedikit susah. :)
Ingat lagi masa Pesta Sem Type III tine saya form 4, kitorang ada buat pameran pasal projek masing2 jadi budak2 dari sekolah/MRSM lain adalah datang nak melawat. Then ada dua budak lelaki ni datang dekat booth kitorang. Saya dengan semangatnya explain tentang kitorang punya projek.
After that saya tanya dengan penuh sopan santun, "Ermm korang ni dari MRSM mane?"
Mereka berdua buat muka pelik habis.
Then saya pun sambil gelak2 nak cover malu tanya dengan penuh yakin, "Ohh, budak form 4 eh, kelas mana?"
Kemudian Alhamdulillah sebelum saya terus memalukan diri di situ, kawan saya Irfan Bukhori datang dan terus cakap, "Yan, ko tak kenal diorang yan? Diorang budak batch kita laa!"
OhEmJayy. haishh kasi segan je. Dah laa time tuu kitorang dah form 5 kott. Dah setahun menjalani alam persekolahan bersama2. walaupun mangsa berdua berada di kelas 503 (amik kau, sampai sekarang saya ingat diorang kelas apa, dengan nama2 sekali. Tapi nama dirahsiakan laa ;p) dan saya di kelas 513. Ada beza 10 dalam nombor kelas kami, tapi still, macam mana boleh aku tak perasan pun akan wajah tampan mereka? haisyhh. =.='
Saya bukan sombong, saya memang susah nak kenal orang. Orang2 yang tiada kaitan dengan diri ini, memang tidak akan diambil peduli. Sebab tuu kadang2, bila ada sahabat yang bercerita tentang sesuatu, padahal benda tu dah heboh satu kampung tapi saya, masih tidak mengenali individu tersebut. =.=' minta maaf. ;(
Ok dah melalut jauh. Balik kepada topik asal.
Ok saya tak suka stalk orang tapii bila orang dah tunjuk tuu saya tengok je laa. Bila dah tengok sedikit tu, rasa ingin tahu menguasai diri, bak kata omputeh, Curiosity Kills the Cat, lalu saya pun buka laa older post, buka photos dekat Facebook dan sebagainya yang boleh untuk distalk.
Itulah mechanism yang digunakan untuk stalker tak bertauliah macam saya. Tapi kalau stalker yang lagi hebat, macam-macam lagi yang mereka boleh tengok ataupun tahu dengan aktiviti menyetalk ni.
So nak pesannya kat sini, kalau boleh limit2 laa nak letak benda dekat facebook/blog/tumblr/flickr dan sebagainya.
Kalau anda tunjuk, maka saya tengok, ok?
Sebenarnya dah nak tidur tadi. tapi tiba2 dengar ada orang arab bising2 dekat luar rumah. sebab ape?
tiba2 rasa mahu cepat2 je pindah rumah tahun depan. Scary pulak dapat jiran macam ni. =.='
Ye, mama. Dont worry, kitorang pun memang nak pindah tahun depan. taknak berpanasan lagi tidur pada musim panas akan datang.
Ok that's all. :)
*p/s : nak berazam taknak cakap lagi pasal mama dalam post2 akan datang.
5 comments:
yayan stalker! hehehe
xdelah..that's y they named it social site and letting people post what ever they want to let other people know. so x salah utk kita baca. hehe kalau org tu tak nak kita baca they should make it private kan ;)
btw..scary la mama fifi hahaha
comel nye yan..
yan da kenal sye kn?
hehe
dila : aah tak salah pun. lagi memudahkan kerja seorang stalker adelahh. :)
esah : hehee mestilah kenal. lame dah kenal esah. tpi dulu mule2 selalu konfius esah dgn ana. hehee :D
bila dunia dah maju~
kenal akak x?
:D akak, sye silap bace komen akak mule2. ingtkan akak tulis nak perli "bile dunia nak maju?" terkecik hati sye sorang2 sekejap. hehee tpi bce balik semula, lain rupenya. :D :D
ermm sye tak kenal laa kak. sorryyy ;( akak year brpe.? ^^
Post a Comment