Thursday, 30 June 2011

Epidemiology & Tun Mahathir.


Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, dah habis sudah exam end of module bagi Module repiratory System. So sekarang kitorang tengah start Module Epidemiology and Biostatistics.


Aduyaiii, aku dari sekolah dulu kalau belajar add math ataupun math bab-bab statistics ni memang hmm kurang berkenan sikit. hehee tapi nak buat cam ne kan dah prof masukkan benda ni dalam syllabus of course subjek ni ade significance dia sendiri. so belajar je laa. Ingatkan diri, jangan belajar hanya nak exam tapi belajar untuk dapatkan ilmu Allah :)

Jadinya, Epidemiology ni maksudnya:

'The Study of the distribution and determinants of diseases and health-related states or events in specifies populations, and the application of this study to the prevention and control of diseases and other health problems"

Haha sebijik sejibon definition copy paste dari buku =.='

So kesimpulannya macam belajar status kesihatan dalam satu2 kelompok masyarakat. dan juga cara2 nak prevent atau kawal penyakit2 tersebut. Module ni pendek je dalam seminggu gitu pastu terus exam. after that terus final. dalam masa sebulan. semuanya within bulan Julai ni. =.='

Ada satu part yang buat aku tersenyum sendiri je dalam lecture hall pagi tadi,

"In general, mortality rates are lower for married persons than for unmarried of the same age and sex"

Kalau nak ditranslatekan, maksudnya, kadar kematian bagi orang bujang lagi tinggi daripada orang yang berkahwin. hehee korang rase kenapa? fikirlaa sendiri taknak kasitahu ;p

Then, on 7th of August, I am off to my beloved country Malaysia.

Ok, kalau dah sentuh pasal malaysia ni mesti semua rakyat malaysia pun tahu kan ape yang tengah jadi sekarang. tapi aku taknak cakap pun pasal bersih ke kotor ke. saje je.

Nak cakap pasal Tun Mahathir sebenarnya.

Sekarang kan, Tun Dr Mahathir ada dekat Cairo sempena lawatan empat hari dekat Egypt. tengok SINI.

Tadi kitorang pergi bayar duit internet. then ada seorang pelanggan dalam kedai tuu. Pakcik internet tu pun cakap dekat pelanggan dia sambil tunjuk2 dekat kami, "Malizi".

Pakcik pelanggan tuu pun tengok sambil senyum penuh bangga and cakap, "Malizi? Mahathir Mohammad? Good good!"

Pakcik internet, "Do you know that Mahathir is in Egypt now?"

Aku dengan penuh bangga, "Yes, yes. He is in Cairo, right?"

Orang Mesir kat sini, sangat hormat dan sukakan Dr Mahathir.
Kalau naik teksi je, ataupun jumpa pakcik2 dekat tepi jalan, dekat kedai beli buah-buahan, bila diorang tahu yang kami dari Malaysia diorang terus akan cakap,

"Malizi? Mahathir Mohammed? Ahsan, ahsan! (bagus, bagus)"

"Mahathir Mohammed good!"

"One day I want to go to malaysia"

"Malizi ahsan nass (Malaysia sangat bagus)"

Begitulaa betapa hormatnya rakyat Mesir dekat orang malaysia. Dan diorang sangattt suka dekat Tun Mahathir. Bagi mereka dan aku sendiri, Tun Mahathir ni memang seorang pemimpin yang sangat bagus. Tun laa yang banyak menaikkan Malaysia di mata dunia. Diorang tak kenal sangat pun Pak Lah atau Dr Najib.

Tun Mahathir dipandang tinggi oleh Egyptians sampaikan beliau dijemput untuk bagi pandangan serta nasihat tentang ekonomi Egypt after revolution yang lepas.

Bagus kan Dr Mahathir?
That's why he is my idol and most favorite leader, after Rasulullah SAW of course.

Aku sangat bangga untuk cerita kat orang yang time aku empat tahun aku pernah salam ngan Dr Mahathir. *bangga bangga*

Orang Egypt kann memang sentiasa beranggapan yang rakyat Malaysia ni bagus-bagus semuanya.
macam mana agaknya perasaan diorang bila melawat malaysia, tengok mat2 rempit, tengok berita ada buang bayi, tengok parti politik gaduh sana-sini? =.='

**********************

tadi kan, Baba Hisyam (adik tuan rumah yang datang kutip sewa tiap2 bulan) datang rumah nak minta sewa of course. Then kitorang pun mengadu laa segala kerosakan dalam rumah ni. yang kitorang dah lama macam duduk dalam gua sebab lampu hallway rosak, lampu ruang tamu pun rosak, kipas tak boleh buka malam2, mama fifi mintak duit tak pasal-pasal, kena marah dengan mama fifi sebab buka kipas malam2.

Alhamdulillah, segala kerosakan dibetulkan dengan kadar yang begitu pantas. dan pasal Mama Fifi (sapa tak kenal Mama Fifi bole baca kat SINI), Baba cakap, "Dont ever give money to anyone except me. If mama fifi ask money from you say you dont have money and ask her to meet baba hisyam and close the door (on her face)"

haha yang last three words aku yang tambah. cool! Dan kitorang tanya Baba apsal mama suke benor minta duit tak pasal pasal then baba jawab simple and cool, "because she is greedy" =.='
haha style laa Baba. u rock! lagi rock kalau u cakap dengan kakak u untuk kurangkan sewa rumah kitorang. hehee

Ok, habis pasal baba.

Semalam kan, ada sembang2 dengan budak2 rumah, then Ibah ada tunjuk satu video. This is it. tengok taw. wajib! best sangat video ni.



Solat tarawikh dekat Alexandria, Egypt.

Tempat yang aku tengah belajar sekarang.
Almost every place dipenuhi dengan orang solat. Kalau perasan dekat minit yang ke 0.27 dan 1.45 ada nampak sekelompok jemaah atas bumbung. Ada yang menangis2 sambil dengar imam baca surah. Orang tengah solat ada tram lalu. It is so nice to see this view. membuatkan aku rasa rindu pada ramadhan.

Dah berazam dalam diri yang satu tahun nanti aku nak habiskan Ramdhan sama ada di Egypt ataupun di Makkah. Sempena ada peluang belajar dekat sini , grab aje. InsyaAllah.
tahun ni pun mungkin dapat rasa sekejap ramadhan di Egypt sebelum balik Malaysia. tak sabar! :)

ok, done! Sorry for the multiplle random talk in one post. peace :)

2 comments:

Izyan Hanis said...

smue x suka mama fifi
kitorg pun xsuka mama fifi

keh keh keh :D

ainaa said...

even kitorang xde kena mengena ngan mama fifi, kitorang pun x suka dia.
hehe..kitorang tau dia jahat ;)