Assalamualaikum and hello :)
Pagi pagi lagi tadi dihidangkan dengan berita tak enak dari tanah air tercinta. Terbaca artikel tentang ;
Ya Allah, betapa kejamnya manusia ;(
Tak cukup dengan tu lagi blogwalking dan dihidangkan pulak tentang ke anak gadis berusia 14 tahun dengan bangga mengumumkan kepada masyarakat melalui blog yang dia sudah tak ada dara lagi. Dicanang-canangkan pada umum yang mengatakan,"Ye, aku pernah maen. puas? ada ke orang nak mengaku macam ni?" dengan gahnya bertanyakan kepada msyarakat tanpa rasa malu. =.='
kes-kes macam nilah nanti bakal menyumbang kenaikan jumlah baby yang dibuang.
Banyak rasa yang bercampur aduk bila baca benda-benda macam ni.
Sedih, kesian, jijik, marah, malu semua ada.
Sedih tengok anak bangsa sendiri macam tak bermaruah.
Kesian pada budak baru umur 14 tahun yang terlalu muda untuk dibiarkan terus rosak.
Jijik dengan mereka yang berhati binatang, berani buat salah kerana melayan nafsu tapi dayus, pengecut dalam menanggung akibatnya.
Marah. Dengan masyarakat? ibu bapa mereka? atau mungkin kerajaan? ntahlah nak marah dekat siapa pun tak pasti.
Malu. ya malu itu pasti. malu dengan tanggapan masyarakat dengan bangsa kita. negara kita.
Kenapa semua benda ni boleh jadi?
Ingat tak dulu2, kalau untuk subjek Bahasa melayu, kita selalu kena buat karangan. Tajuk standard, isu akhlak remaja, vandalisma dan sebagainya. Bagi tajuk-tajuk karangan standard macam ni, isi karangan yang diberi mesti sama je bagi semua.
Contohnya kalau punca-punca keruntuhan akhlak remaja mesti jawapan dia macam ni:
- Kurang didikan agama dan moral.
- Keruntuhan institusi keluarga mengakibatkan remaja kurang kasih sayang dan memberontak.
- Pengaruh rakan sebaya, remaja berdarah panas ingin mencuba perkara yang baru
- Pengaruh media barat yang menayangkan pergaulan bebas.
Bagi aku semua isi ni sangat tepat dan betul. Kalau tambah dengan tatabahasa, susunan ayat yang mantap mesti boleh punya dapat A kalau masuk karangan ni.
"Katakanlah (Muhammad), "Marilah aku baca apa yang diharamkan Tuhan kepadamu. Jangan mempersekutukan-Nya dengan apa pun, berbuat baiklah kepada ibu bapa, janganlah membunuh anak-anakmu kerana miskin. Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka; janganlah kamu mendekati perbuatan yang keji, baik yang terlihat atau yang tersembuny, janganlah kamu membunuh orang yang diharamkan Allahkecuali dengan alasan yang benar. Demikianlah Dia memerintahkan kepadamu agar kamu mengerti"
Al-An'am : 151
Mestica, Wajah Suci.
Ingat senang ke nak dapat baby yang sihat, sempurna?
Kepada siapa2 yang teringin nak buang bayi, disyorkan cuba baca buku ni dulu,
ketahui betapa complicatednya proses kejadian manusia. ingat senang ke nak dapat anak yang sempurna? boleh pulak nak buang sesuka hati.
5 comments:
sedih mengenang remaja sekarang....:(
like this artikel :)
betol la tuhh.. tapi sebenarnye conclusion utk sebab die satu je - pegangan n kepercayaan die kat Tuhan. kalau satu nie je die pegang, ape pown ujian, die xkan jatuh punye. insyaAllah
sedih yan :'(
rasa mcm nak share artikel ni seluruh dunia!
:)
Post a Comment