Monday 30 May 2011

Pensyarah Melayu Pertama di Uni Oxford.

Assalamualaikum :)

Anak melayu pertama menjadi pensyarah di universiti Oxford.



Woww. I am seriously impressed by him.
Alhamdulillah, anak Melayu sememangnya mampu berjaya insyaAllah.

Let's reflect ourselves.

*note to self ; Jom study lectures menimbun yang belum disentuh, yang asyik ditangguh-tangguh.

Thursday 26 May 2011

Persembahan.

Assalamualaikum :)

Ingat tak dulu2, dekat sekolah selalu je budak2 buat persembahan nasyid, dikir barat, drama and etc. Kalau mrsm, ada time minggu aktiviti, time sambutan maulidur rasul dan macam2 lagi laa.

kalau untuk nasyid, yang best kalau ditemani dengan gendang laju2 dan jugak benda yang bunyi2 bila goncang2 tu, apa ntah nama dia =.='
This is one of my favorite nasyid time sekolah dulu. Diorang selalu perform kat mrsm lenggong dulu.

Selawat Burdah by Ammar



Kalau nak download boleh klik sini :)

dikir barat pulak, part diorang nak masuk or keluar pentas tu mesti kelakar2 je semua. ada buat bunyi "eeeeeeehhhhhh aaaahhhhhhh" sambil buat gaya comel2. siape pernah tengok maybe faham kot ;p

Ni ada lagu anak tupai. hee yang selalu dibuat persembahan dulu2. tak tahu laa lagu yang sama ke tak, tapi kalau dengar betul2 ada mesej dia tersendiri laa.



pastu drama selalu yang awesome2 je. yelah budak2 semua otak gile2 je buat drama tu.
haishh rindunyaa. ;(

Hehee sebenarnya sebab tengok video2 dekat bawah ni tadi, tetiba teringat tima sekolah lalu tercetuslah entry ni..





Persembahan kumpulan Shoutul Miqdam pada Splendiferous Night yang lepas.


Wednesday 25 May 2011

Raacuun.

Assalamualaikum and hello :)

Baru je berjinak-jinak untuk tengok tv Malaysia dari Mesir ni. Jadi dengan semangatnya, aku dan housemates pun like laa page Raacuun ni. After like page tu dekat Facebook, boleh laa mula tengok.
Dengan semangatnya, program pertama yang kitorang tengok adalah Buletin Utama Tv3. and the first news yang dipaparkan adalah,
jeng jeng jeng!

permohonan tukar nama untuk lelaki yang tukar jantina.

Ok, dia buat operation tu dekat Thailand. and bila balik Malaysia nak minta mahkamah untuk tukar nama supaya senang menjalani kehidupan.

dan dia datang mahkamah dengan bertudung weyh. BERTUDUNG!!
speechless, tak tahu dah aku nak cakap ape =.='

*sambung tengok berita pasal minyak.. bla3*

Thursday 19 May 2011

Defense Mechanism.

Assalamualaikum all :)

Baru je attend lecture Frustration.


So meh nak cerita sikit. Semua orang pun mesti tahu kan ape maksudnya frust? kalau dalam bahasa melayunya, lebih dikenali sebagai frust menonggeng. Well, a lot of things may contribute to frustration ; studies, families, friends but the most common among us is love. ~i think ;p selalunya kalau kawan2 cakap tengah frust menonggeng tu mesti tak habis2 pasal cinta tapi. hee itu bukan topik kita hari ni.

"Weak people cannot directly face their problem thus they will have some defense mechanisms"

Bagi mengelakkan rasa frust ni, people selalunya akan cari jalan untuk menghilangkan frustration tersebut dengan pelbagai2 cara. kadang2 defense mechanism tu terjadi tanpa disedari. Ada empat level defense mechanism ni which is:
  1. Psycotic (denial, distortion, delusional projection)
  2. Immature (fantasy, hypochondrias, passive aggression, acting out, projection)
  3. Neurotic (repression, reaction formation,displacement, regression)
  4. Mature (sublimation, altruism, suppression, anticipation, humour)
DENIAL.
"refusal to accept external reality because it is too threatening"


Konsep denial or dalam malay, menafikan ni selalu kita tengok dalam drama2 dekat tv. bila si ibu hilang anak, si isteri hilang suami, si suami hilang isteri, mesti semuanya jeritakan the same one word, "NOOOOO!" kan?
hee tulah contohnya denial cases ni.

Antara kes denial paling extreme aku tengok dalam cerekarama dulu2, Azean Irdawati kot berlakon. Dia dapat anak terencat tapi disebabkan dia tak dapat nak terima, dia kurung anak tu dalam bilik kecil dan tak pernah mengaku tu anak dia. last2 sekali anak dia mati. sedih kott cite tuu. ;(

FANTASY.
"tendency to retreat into fantasy in order to resolve inner and outer conflicts"


fantasy or berangan! haha
ceh ni benda yang aku selalu buat sebelum tidur kot. =.='
prof cakap kalau mcam sekejap2 je takpe tapi kalau asyik berangan je krojenye sampai tak buat kerja lain haa itu kena jumpe psychiatrist tuu

REPRESSION
"unconscious forgetting of painful experience causing guilt or tension. it is an active mental process directed the behavior unconsciously"

Siapa tengok Secret Garden? hee sebab example yang paling best untuk defense mechanism type ni adalah Kim Joo Won aka Hyun Bin dari Secret Garden. ^^
Dalam drama ni, masa umur dia 21, Joo Won ni terperangkap dalam lift dalam satu bangunan yang terbakar. then ada seorang bomba yang datang selamatkan dia tapi malangnya bomba tu terkorban. disebabkan rasa bersalah yang amat, Joo Won terus terlupa apa yang jadi masa tu.

Even dia tak ingat ape yang terjadi, unconsciously Joo Won ni ada claustrophobia which is fobia kepada tempat2 yang sempit sanggup naik tangga berbelas2 tingkat sebab tak nak amik lif punya pasal.


memang mantap ahh Hyun Bin berlakon scene dia terperangkap dalam lif tu.

dalam personal taste pun ada jugak kalau tak silap. heroin dia ada trauma ape ntah pasal mak dia kan kan?. sape yang tengok maybe taw kot, aku tak tengok lagi.

Ok, denial, fantasy, dan regression kat atas ni adalah pathological punya defense mechanism. maksudnya, defense mechanism yang tak bagus. sekarang meh kita tengok contoh defense mechanism yang bagus pulak.

ALTRUISM
"constructive service to others that brings pleasure and personal satisfaction"

Contoh terbaik bagi altruism adalah parents :)
kadang2 mak ayah tak dapat nak capai apa yang mereka inginkan masa muda2 dulu. maybe disebabkan faktor duit yang tak mencukupi ataupun peluang terhad masa dulu2 tapi parents akan work hard supaya anak2 mereka pada masa depan dapat capai apa yang suatu masa dulu mereka tak mampu dengan senang. contohnya macam nak belajar dekat luar negara ke, nak jadi seorang doktor or engineer ke, nak hidup senang.

jadinya jumm kita sama2 cuba untuk balas jasa mak ayah kita insyaAllah atas semua pengorbanan mereka.

SUPPRESSION
"the conscious decision to delay paying attention to emotion or need in order to cope with the present reality; so that able to access it later and accept it."

As students, banyak benda yang perlu kita korbankan. contohnya hidup berjauhan dengan family semata2 nak belajar agar satu masa nanti kita mampu balik dengan kejayaan.

Then lagi satu contoh, since aku datang Mesir ni ramai yang aku tengok berubah. selalu kan kita dengar tazkirah atau peringatan tentang haram bercouple, alhamdulillah demi nak mencari cinta Ilahi, mereka sanggup tangguhkan cinta manusia untuk mengelakkan ikhtilat.

Oklah, tu je. sekian untuk lecture hari ni. ;)

p/s :boleh jalan2 ke blog TK untuk points yang aku tinggalkan.

Tae-ho's Story.

Assalamualaikum. :)

Tadi Youtube walking then terjumpa video ni.



Memang takde alasan untuk kita2 yang sihat dan normal ni untuk merungut susahnya belajar dan bermalas-malasan.
rasa malu pulak dengan tae-ho ;(

btw tae-ho sangat comel. ^^

*p/s : semalam ada splendiferous night for 2nd year Alexandrians. best! so boleh la tengok blog iezy dan raan. diorang dah update. :)

Monday 16 May 2011

Some "Religious People" aren't very religious

Assalamualaikum :)

Just wanna share the videos of one of my all time favorite Youtube Icon :)

Some "Religious People" aren't very religious - Ummah Films - Baba Ali.



"Allah does not look at your looks and appearance, but rather He looks at your hearts and actions"
-Muslim

check out the rest of his videos at UmmahFilms' Youtube Channel.
then like laa page dia dekat Facebook, Half Our Deen :)


Wednesday 11 May 2011

Bad Girl.

Assalamualaikum :)

Once again, I am bored so nak buat 'short entry' sekejap
*dont believe this empty words, nanti mesti panjang je ;p*

Ermm sekarang kan aku dah nak masuk 20 tahun. I just kept thinking of the past memories. I mean macam semalam godek2 gambar2 lama dalam laptop ni, teringat zaman sekolah2 dulu.

Yang membuatkan aku terfikir nak tulis tajuk kat atas ni adalah sebab aku rasa dulu2 kat sekolah aku rasa aku takde la baik sangat. (eceh, sekarang baik ke? haha).


Bad woman. FT Island. hee best! try laa dengar ;)

ok masuk main point. kenapa aku rase jahat dulu? hee

Dulu2 kan, mengata dan gosip kawan2 tu benda biasa. ;( haishh teruk betul. minta maaf kawan2. meh meh baca post dekat blog ni untuk bagi kesedaran.

Biasalah dekat mana2 sekolah, mesti ada je perlakuan2 oleh individu2 tertentu ataupun bukan kelakuan tapi individu tersebut sendiri yang kurang disenangi jadi perkara inilah yang sering dijadikan bahan dalam aktiviti mengumpat kami. kadang2 tu, aku rasa diorang tak buat salah pun kat aku but still aku terlibat dalam aktiviti mendengar umpatan tersebut.
aduhh banyaknya dosa. ;(

Dulu, ada laa sorang budak ni nama dia ermm A yang sering menjadi mangsa kutukan. aku pun dengar orang ngumpat ni dan kadang2 join laa jugak sekali, tapi satu hari aku ingat lagi dekat surau sekolah (sekolah mana dirahsiakan hee) tiba2 si A meluahkan perasaan dekat aku. cerita kisah hidup dia. family dia yang berpecah dan dia tahu orang ramai tak suka dia. ermm sampai menangis2 weyh dia cerita. terkejut aku, speechless dekat situ. kenapa tiba2 dia cerita dekat aku? but lepas tu aku rasa maybe sebab dia percaya aku as one of kawan dia. ermm sebenarnya dia baik je mungkin cara dia berkawan yang salah.

bila dengar cerita A tu, aku pun reflect diri balik. Kalaulaa aku yang jadi seperti A tu, aku tak rasa aku mampu lagi nak sekolah dekat situ. aku tak sekuat itu kot maybe aku terus keluar kot kalau dah majoriti orang tak suka. Tapi dia, still tabahkan hati je. even selalu air mata menitik sebab mulut orang yang mengata. So deep down aku respect orang2 macam A ni.

Dan after that, aku pun kurangkan (aduhh kurangkan je, bukannye berhenti terus. lepas ni try lagi eh) aktiviti dalam mengumpat ni. hee jahat kan aku dulu, orang percaya je aku tapi mengata diorang pulak. adoii.. tapi sekarang aku ada tips. senang je, kalau kita ada rasa tak puas hati or tak suka ke ape2 pada mana2 individu, cuba fikir, ingat orang suka kita sangat ke? haha best tak tips ni? hehee betul la ni. lagi satu, cuba kita try bersifat empati meaning anggap diri kita dekat tempat diorang, mesti kita tak suka orang mengumpat2 jadi cuba laa elak, jangan buat kalau dah tak suka. ;)

kadang2 kita dalam berkawan, selalu ungkit, alaa asyik aku je jaga hati orang, habis tu siapa nak jaga hati aku?
selalu kan kan? takpe dun worry, be happy, Allah kan ada nak jaga hati kita. dengan buat macam tu, bukan saja dapat menyelamatkan hubungan malah dapat pahala juga insyaAllah. chill ok kawan2. ;)

Ok, let's go to the 2nd point.

hensem kan? haha saja untuk mencuci mata. haha kidding3!

dulu2 kan betapa tak matangnya dan tak baiknya aku, antara perkara yang bila fikir balik membuatkan aku rasa, what the feathers.. macam useless, adalah aktiviti sering mengusha senior2. haha biasa laa kan. budak2 lower form memang sering tak matang. kalau nak mengundi BWP kalau lelaki mesti aku pangkah yang hensem2 je. haha sebab tu kot presiden bwp kat Lenggong dulu selalu ada rupa laa. semua sebab budak2 kecik form1 dan form2 yang mengundi berdasarkan paras rupa semata2.

hensem2, comel2 tak bwp Taiping? ;p

tahu tak apa sebab sampingan aku nak masuk Taiping dulu? Kalau sebab utama, mesti laa semua orang pun tahu kan. Untuk sebab kecik2 dia salah satunya adalah aku pergi minggu bahasa time form3, Taiping jadi tuan rumah. Budak2 Taiping aku tengok semua macam muka jernih2 je, baik2 je. Dalam erti kata lain sedap laa mata memandang. pastu aku pun fikir, waa cam best betul sekolah ni. hee ;p

hee kenangan minggu bahasa 2006 ;)

Tapi memang first impression sebelum masuk mrsm taiping, ingatkan semua budak cam baik2 je. nerd2 je semua kot. Aku rasa mesti semua orang pun bayangkan macam tu. Maybe sebab tulaa first day prep malam, semua budak kelas aku dah bukak buku, padahal kelas belum start kott. aku macam, apekah?? haha lame2 da kenal semua orang, tade punn, mane ade nerd2 seperti yang disangka. haha

Haha childish betul. but then start dari upper form aku dah mula matang sikit2 (kot!). haha takde sudah benda2 childish macam ni. aku matang oke!
and sekarang aku dah dekat universiti, maka bertambah2 matang laa aku ni. haha.

yeayy! aku yang semakin matang ;)

Ok, alang2 tu nak share ni:

"Vile women are for vile men, and vile men are for vile women. Good women are for good men, and good men are for good women; such are innocent of that which people say: For them is pardon and a bountiful provision."
An-Nur : 26

Jadinya, kalau mahukan yang terbaik bagi diri kita, mari sama2 ubah diri kita kepada yang lebih baik dahulu ;)

ok, end of story.

Sebenarnya banyak lagi benda2 jahat yang aku buat time sekolah dulu, baik dekat Lenggong mahupun Taiping. lagi jahat dari perkara di atas pun ade hehehehe *evil grin*
tapi, malu laa nak cerita kat sini. hee

Apepun for now, wish me and all alexandrians 2nd year luck for this upcoming exam ;)
InsyaAllah mumtaz2 belaka. aminn ;)

Tuesday 10 May 2011

Playlist.

Assalamualaikum and hello all :)

Just a short entry nak promote.

Baru je berjinak jinak nak masukkan playlist dalam blog ni so feel free untuk dengar. kalau siapa2 rasa bising boleh tekan button pause tu, no problem :)

There are 3 songs. all instrumental.

  1. Sad words of leaving from Cain and Abel Drama (violin version)
  2. From Drama I am Sorry I Love You
  3. It Has To be You by Yesung.
Pardon me if the first song is overly ermm sad? hee taktahu apa term yang sesuai. apepun aku suke mellow music macam ni. best!

All the songs are OSTs from Korean Drama.

I loveeee melodrama that's why I am Sorry I Love You has been my most favorite drama of all time. hee bawah ni ada clips from those drama.



This one from Cain and Abel. The story based on Nabi Adam and Hawa sons. Dendam dan cemburu dua beradik.



Ini pulak drama I am Sorry I Love You. the first Korean drama yang aku tengok :)
It is about a man who wants to seek revenge from his mother for abandoning him and his sister. but he unexpectedly fall in love with a girl. best oo. sedih! sob3 ;(

Dua2 drama kat atas ni lakonan So Ji Sub taw. and both dramas ada plot So Ji Sub kena tembak kat kepala. adoi! hee So Ji Sub ni suke amik watak yang sedih2, malang2. hee muka dia pun muka sedih da aku tengok. tapi2 apepun, he is my favorite. tehee :D

So Ji Sub ^^



Ok last sekali from drama Cinderella Stepsister. ermm no comment sebab tak tengok lagi tapi Ost dia best.

ohh ok tu je. tadi kate short entry kan. dah lebih2 pulak. ;p

updated ; dah buang balik. haha first sebab rasa cam bising je then ade blogger cakap yang lagu2 kat blog kasi lambat je so bye bye mixpod ;p

Wednesday 4 May 2011

to __

I just want to say I AM SORRY for leaving you twice :(

Tuesday 3 May 2011

Tahniah Abg Din :)

Assalamualaikum :)


hee comel kan? nilah Nawwar Insyirah binti Mohd Hafidzudin.

Abg Din kasi kebenaran kat emel untuk share gambar baby dia.
so kalau nak tengok lagi klik flickr abg din.

makin bahagia je tengok gambar Abg Din bila dah jadi papa ni.

seronok pulak kitorang yang tengok. bagi kitorang adik2 junior ni, abg Din memang pioneer semua benda kat Alex ni. Dia yang pertama kahwin dan dia jugak yang pertama jadi papa.

ape2pun insyaAllah moga Nawwar Insyirah membesar menjadi anak yang solehah. aminn.
Tahniah abg Din dan isteri :)