Wednesday 30 November 2011

Lecture Histo Semalam.

Assalamualaikum and hello :)

I love the new module, because it somehow make me work harder. mana taknya, dengan schedule exam yang sedikit membunuh kalau tak study awal. eh.. bukan sedikit, malah boleh membunuh terus tanpa belas kasihan.

But, there's 18 Histology lectures in this module. paling banyak. more than anat mahupun physio. dah laa aku tak berapa serasi dengan histo. Sama macam awkwardnya aku dengan sejarah time sekolah dulu. T.T


Semalam lecturer ajar Histo pakai lukis-lukis dekat whiteboard, and dia main sebut je semua jenis layer Ovarian follicles. Memang fail laa aku nak mengeja utk salin apa yg dia cakap. Ntah pape je bila tengok notes, instead of theca folliculi, i wrote tica cyca folliculi. Tak boleh nak tangkap ape yang cikgu cakap. =.='

Liquor folliculi disebabkan tak jelas dengar aku tulis, lic... folliculi. Tulis suku kata yang awal je dengan harapan nak check kemudiannya. 

Moral of the story : lain kali study dulu sebelum lectutre dan selepasnya.

Tajuk sedikit noob sebab tataw nak tulis ape. HAHA.

Monday 28 November 2011

Crying Uterus.

Assalamualaikum and hello all :)

Hari ni mula belajar Female Reproductive System, or in Malay 'Sistem Peranakan Wanita'. Terasa excited lebih sikit, yelah wanita ni kan istimewa. Mestilah saya excited nak belajar. :p



Salah satu benda yang saya tak boleh lupa dalam kelas tadi bila time belajar uterus. Prof state yang Gynecologist and Obstetricians described the menstrual cycle as the uterus crying for lack of baby. Haha. comel je~

Inilah uterus yang comel tu. Sedih setiap bulan, sampaikan menangis air mata darah bila takde baby. 
Sebab ape dia menangis? Sebab tugas utama dia untuk mengandungkan baby, maybe bila tunggu punya tunggu takde baby then dia pun menangis sampai keluar air mata darah. Sedih bebenor T.T

So, kaum wanita, hargailah uterus kita yang penat menangis setiap bulan dengan cara, berikan dia benih untuk baby dari sumber yang halal. Musy a'izah (tak mahu) laa yang haram-haram ni. 


Okay?




Genitourinary System.

Assalamualaikum :)

hello semua! *sambil act cute macam sparta*
haha buang tebiat je.

Baru je habis exam Endocrine System minggu lepas, dan dah dua hari mula Genitourinary System yang merupakan gabungan dua sistem sekali, Reproductive + Urinary System. Kalau tengok dari buku je, nampak macam berat juga laa module ni. Banyak! 

Banyak mungkin sebab organ lelaki dan perempuan dalam sistem ni berbeza. hee

Permulaan module ni rasa sangat menarik sebab kitorang start dengan female reproductive organ dulu. Ntah,  tak tahu kenapa somehow terasa excited :D

Time lecture anatomy tadi ade something yang kelakar prof share. 
"The menstrual cycle is described in gynecology and obstetric that the uterus crying for lack of baby"

Haha sampai menangis air mata darah uterus nangis sebab tade baby. Setiap bulan pulak tuu. heee ^^
comel je uterus nih. kan kann?

Ok. tu je. till then ^^


Sunday 27 November 2011

Sout Al Horeya :)

Assalamualaikum :)

Today is the day. Even Google pun hari ni display Egypt's Election Day.

Teacher dekat kelas bahasa Arab pesan, "Don't you go out on Monday, just stay home because we never know what might happen." Tapi, kitorang ada lecture hari ni, ada budak yang kelas sampai pukul 5 petang lagi. so ape-ape pun kena keluar jugak lepas ni. Let's just pray everything's gonna be okay. :)


Let's hope that today's election to be fair and free for the first time in 60 years. Let's all support Egyptians in their path to democracy. ^^



For ages, we've been waiting. 
Searching but unable to find our place.
In every street in my country,
The sound of freedom is calling :)

Friday 25 November 2011

Istiqamah.

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah exam baru berakhir semalam. Jadi kami ada dua hari masa terluang sebelum kelas start semula. Disebabkan keadaan Mesir yang masih huru-hara, kitorang tak digalakkan untuk keluar berlibur huu jadi sepanjang dua hari badan dan minda dikepamkan dalam rumah aje.

Jadi mulalah kami tercari-cari aktiviti yang berpatutan. One of them was making a little snowman..

weird-looking snowman who has biji cili as his eyes.

Omo, Egypt ada snowkah? Haha of course laa tak kan. Semua snow ni adalah dari dalam peti ais rumah saya yang dah boleh diibaratkan macam Kutub Utara sudahh.

 Cool tak peti ais ni?

Buat snowman ni hanya dapat isi sebahagian kecil je daripada aktiviti dua hari saya. Dari pagi hidup hari ni macam takde tujuan. Nak tengok movie/drama lagi pun sudah bosan. Nak study? lagilaa.. baru je menghabiskan hampir dua minggu yang lepas menghadap buku. Ini membuatkan saya berpendapat, hidup tanpa tujuan adalah bosan dan tidak bermakna.

Dan menyebabkan saya reflect kembali apa tujuan kita hidup dekat dunia. People keep saying that, apa-apa pun yang kita buat, semuanya haruslah dilakukan untuk mencapai redha Allah. Tapi muudahkah kita nak tajdid kembali niat melakukan semuanya untuk Allah? Kalau betullah begitu mudah, mesti senang kan kita nak istiqamah dalam apa jua apa yang kita buat.

Istiqamah. Bagi saya,istiqamah la perkara yang paling susah nak buat. Kenapa? Setiap kali bermulanya semester baru, mesti berazam, nak study lecture setiap hari. tak nak biarkan lecture menimbum. Tapi setiap semester jugak, saya tewas. Kerana istiqamah saya bermusim. err kalau dah bermusim tu bukan istiqamah laa namanya kan? =.='

Kenapa tak mampu istiqamah?

Saya menjawab sebab iman kita sering berubah-ubah. Siapa boleh gerenti yang dia mampu kekalkan iman dia macam sekarang.?
يا مقــلـب لقــلــوب ثبــت قــلبـــي عــلى طـا عــتـك 
Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku diatas ketaatan padamu"
Kita ni selalu sangat terlupa. Kadang-kadang tu lepas dengar motivasi atau ceramah, semangat berkobar-kobar nak berubah tapi semangat tu selalunya sekejap je. tak lama lepas tuu padam begitu je. That's why pentingnya makanan rohani harian kita. makanan rohani yang berbentuk tazkirah atau peringatan untuk kita setiap hari.

Untuk istiqamah kena sentiasa ingatkan diri. Luaskan skop pembacaan, skop penontonan (haha betulkah ayat?). Rajin-rajinkan diri join usrah, motivasi ataupun ceramah-ceramah yang berdekatan. Kalau terasa malas nak pergi ceramah/tazkirah di masjid, dengar ceramah di youtube pun boleh. Asalkan makanan rohani kita tak putus.

"Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan, sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan, Kami seksa mereka secara mengejut, maka ketika itu mereka berputus asa"
Surah al-An'am : 44
Selain tu selalu bertanya pada diri sendiri, tujuan sebenar hidup kita. Why we are still living?


Ustaz Pamiesz ada tulis dalam blog beliau,
"Nak bagi semangat pada diri sendiri untuk istiqamah, tanya la diri sendiri.. nak syurga sikit-sikit je ke ataupun nak syurga sepenuhnya? nak Allah sayang sikit-sikit je ke atau nak Allah sayang sesempurnanya? Jadi kalau sentiasa ada perasaan tu, insyaAllah boleh istiqamah."
Kita mesti semua nak sayang Allah yang sempurna kann?

korang pernah rasa, kalau kita melagha/buang masa lama sangat mesti lepas tu ada perasaan bosan kan? 
Dulu, saya terlalu obses dengan everything about Kpop, study pun tereffect sedikit tapi alhamdulillah sampai satu tahap tu saya terasa macam, "What's the point aku habiskan masa melayan segala jenis hiburan ni. Habiskan masa berjam-jam depan laptop bergelak ketawa sampai hati jadi kering." Pointnya di sini, segala jenis hiburan dekat dunia tu takkan kekal di hati kita.

Ada sorang kawan saya, dia berbelah bagi nak pergi ke tak konsert 2pm yang datang Malaysia baru-baru ni. But alhamdulillah in the end dia ambil keputusan yang bijak untuk tak pergi ke konsert tu. That's a veeeryyy wise decision sebab kalau dia pergi juga konsert tu nanti mesti akan sampai satu masa yang dia terasa menyesal dengan keputusan dia. 

Saya tak tahu macam boleh tetiba masuk point ni. =.='

Jadinya, adik-adik dan kawan-kawan yang sekarang ni nampak macam obses terlebih pada Kpop ke Mpop ke atau segala jenis pop yang ada, bataskan obsesi anda. Semua tu is nothing compared to your precious time. It's not worth to spend so much time on those things. Tapi tak bermaksud laa yang tak boleh tengok langsung, cuma try untuk kurangkan. Okay, sebenarnya pesanan ni lebih kepada diri sendiri.^^

"Dan tidak adalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui"
Surah al-ankabut : 64

Dan kini saya tahu, rahsia untuk istiqamah adalah dengan sentiasa ingatkan diri kita. InsyaAllah
:)

Moga kita semua dapat manfaat. 

This is Yayan reminding us just in case we forget ^^
*ayat atas ni is ayat Baba Ali at the end af almost all his videos. pinjam sekejap.*

Thursday 24 November 2011

Let's Learn Egyptian Colloquial : Body Parts.

Assalamualaikum :)



NB : dalam kurungan itu adalah jamak. Contohnya macam كوع  jamak dia adalah  كوعين


Wednesday 23 November 2011

Stress~

Assalamualaikum :)

Esok exam. urghh i cant read anymore. Rasa macam otak sudah tepu. Buat past year questions pun dah rasa nak termuntah sudahh. wekk!

Tapi housemates lain semua tekun gila membaca, membuatkan saya...


Petang tadi masih terdengar orang Arab berarak rusuhan di luar rumah. Tapi secara aman je.

Hehee taktahu macam mane keadaan sebenar kat luar. dah dua hari duduk dalam rumah je. Kalau before exam je, semua orang malas keluar rumah. Apatah lagi sekarang kedutaan nasihatkan jangan keluar rumah kecuali kalau ada kelas, lagilaaa kami tak menjejak kaki keluar. Sampai lauk dalam peti dah habis so dah tiga hari kitorang makan nasi berlaukkan telur dan ikan bilis je. Jadi esok after exam terpaksa laa kami berlima pergi shopping barang rumah. Tak boleh dah nak survive dengan telur, cholestrol banyak tuu. Ikan bilis pulak limited. T.T

Blogwalking.. terjumpa blog student architecture. Terasa woww! hecticnya life diorang. Sampai tak tidur malam kott.  Saya..? hari-hari tidur 6jam cukup je haha.

Doakan saya exam esok, pukul 10pagi Egypt so pukul 4ptg Malaysia. Okayy nak sambung buat past years sampai muntah hijo,  ada lebih kurang 200++ soalan lagi. Fighting!

Tuesday 22 November 2011

#Egypt

Assalamualaikum and hello all :)

Saya baca tweets yang ditag #Egypt dan  #Tahrir sejak dari petang. Syukur internet masih ada lagi. Takut jugak line internet dan telefon kena potong lagi, takut dejavu Egyptian Revolution yang pertama. Dah mesej mak ayah awal-awal lagi bagitahu tak perlu risaukan saya di sini. Saya elok aje duduk kat rumah. Siap makan nasi lemak tambah dua kali lagi, alasan.. winter, sejuk jadi cepat lapar hee ^^

Saya sangat kagum dengan semangat anak muda Egypt. Kebangkitan para penduduk Mesir melawan Hosni Mubarak sebelum ni dicetuskan oleh anak muda. Kali ini juga, anak muda Mesir bangun sekali lagi melawan kuasa tentera, meminta Tantawi, Menteri Pertahanan Mesir turun. Mereka tak mahu kerajaan yang berasaskan ketenteraan.

Banyak kejadian yang menyentuh hati bila dibaca kisah perjuangan rakyat Mesir ni. yang paling menyentuh hati saya bila melihat penduduk Kristian Mesir yang berpegangan tangan melindungi Muslimin mesir yang ingin menunaikan solat. Subhanallah. Perpaduan yang bukan mudah untuk dicapai.



So sweet and cool kan? Entah bila negara kita sendiri nak capai perpaduan macam ni.

Satu lagi perkara yang buat saya kagum dengan rakyat Mesir, bila mereka amalkan, even tengah semnagat berarak revolusi bila azan berkumandang je, diorang terus lakukan solat jemaah, atas jalan raya je.
Solat atas jalan tu memang satu fenomena biasa bagi rakyat Mesir. bagus kan mereka? sangat cool~


Petang tadi sempat dengar sekejap ceramah dari Ustaz Riduan Mohd Nor tentang sejarah konflik Asia barat, betapa campur tangan ulama dalam perang Mesir-Israel saksikan kemenangan pada umat Islam. Dalam ceramah ni ustaz cakap yang dia kagum dengan semangat anak muda Mesir, dan beliau timbulkan satu persoalan, kenapa anak muda kita tak macam mereka..?
jawapannya.. kerana anak muda kita suka berhibur.

Jawapan ustaz tertusuk terus masuk jauh ke dalam sanubari.


*akan update lebih after exam. Doakan saya exam lusa.. eh bukan, kalau ikut waktu Malaysia, esok! waaa.. doakan saya dapat Mumtaz :)

Thanks for reading ^^


Okay Okay jewww :)

Assalamulaikum :)

Semua okay kat sini. Selagi kitorang ikut cakap kedutaan insyaAllah semua okay. Rusuhan tu antara penduduk Mesir je, tak libatkan orang Malaysia pun. 


Jangan percaya cakap media sangat. Exaggerated je kadang-kadang. For example, berita dekat SINI dia tulis,
"Selain itu buat kali pertama sejak revolusi menggulingkan Hosni Mubarak, polis Mesir berpakaian seragam hitam. Unit keselamatan seragam itu adalah unit penindasan paling dibenci ketika pemerintahan Mubarak."
Dari gaya penulisan macam nak menunjukkan polis pakai baju hitam untuk tunjuk sokongan pada Mubarak tapi hakikatnya, diorang pakai baju hitam sebab dah masuk winter dekat sini. hee kelakar je aku baca tadi. Setiap kali winter memang pun polis tukar pakai baju hitam, time summer diorang pakai baju putih. 

In fact selalunya kalau kitorang nak make sure musim dah bertukar ke belum tengok baju polis je. Baru semalam aku first time tengok diorang pakai baju hitam. Maknanya winter memang betul-betul dah menjengah Alex :)




Tak mahu evacuate. tak mahu sambung di Malaysia. 

Setakat ni semua okay je. Doakan ianya berterusan begitu insyaAllah :)

**hehee maaf maaf! punyalah malas nak taip, main capture screen je. ^^

Doakan kami exam luasa ye. To all Alexandrians, all the best :)

Saturday 19 November 2011

Maktabah Kabir.

Assalamualaikum and hello :)

Dah lebih dua tahun saya study di Alex, tapi tak pernah pergi the main attraction yang ada dekat Alex ni which is Bibliotheca Alexandria. Bibliotheca ni En. Wiki cakap "is a major library and cultural centre located on the shore of the Mediterranean Sea in the Egyptian city of Alexandria". Seterusnya.. boleh laa baca dekat page wikipedia, dia punya history, architecture segala bagai. Kalau pelancong datang Alex, tak sah kalau tak pergi ke Bibliotheca nih. mesti punye. Cuma orang yang tinggal kat sini je yang tak heran sangat dekat dia =.='

tapi semalam tiba2 rasa nak mood lain sikit untuk study so ajak laa housemate sorang untuk study di library besar tuu.

Excited gile sebelum masuk ke library tu, terasa jakun yang amat, terasa macam tengah melancong jugak padahal library tu jaraknya dari rumah saya lima minit je naik teksi. kalau nak pergi Bibliotheca ni naik teksi kat Alex cakap je dekat pemandu tu nak pergi 'maktabah kabir' (perpustakaan besar) nanti dia bawa laa ke Bibliotheca ni.

ini gambar dari google ^^


Tapi sebelum masuk library kena isi perut yang kosong dulu. macam mana mau study bila perut asyik main gendang gendut tali kecapi. So kitorang pun gerak laa ke cafe Cinnabon dekat situ. konon nak terasa eksklusif minum hot chocolate kat restoran tepi pantai. terasa cool gituu~



cube teka berapa harga dua makanan kat atas ni tambah air hot chocolate dengan banana starwberry?

it is LE83.60 bersamaan dengan RM44.23. grr~ saya terasa nak cancel order je tadi tapi saya fikir, bukan selalu makan style orang kaya macam ni so saya pun dengan cool menipiskan dompet untuk bayar. terasa cool and fool jua =.='

yang membuatkan saya terasa double grr~ adalah bila makanan saya yang gambar atas tu TAK SEDAP! grr~ grr~ dan grr~ lagi sekali. Baik makan kepsi je, sedap dan kenyang lagi.. grr~

moral of the story bak kata Budak Lelaki Sebelah Pintu, fikir dulu sebelum buang duit. 

So, bila saya berjaya paksa diri untuk habiskan makanan tuu sampai terasa loya.. kitorang pun gerak masuk library.





Library dia besar, ada enam tingkat kalau tak silap, siap ade muzium lagi. tapi saya tak masuk laa muzium sebab tujuan datang hari ni untuk..


Study.. hee ^^
Doakan saya exam khamis ni :)

on the way nak solat di celahan rak buku sempat pulak amik gambar menggedik serta malu-malu kucing.
just reflection, segan laa ana dengan entum nak tunjuk gambar betul ^^

Friday 18 November 2011

Bila Mengantuk..

Assalamualaikum and hello :)

Baru pukul 10++ malam kat sini, tapii saya dah mengantuk padahal tengah hari tadi dah tidur lama kott. ermm mungkin sebab mengadap buku pharma yang penuh dengan nama drugs yang dah tak boleh nak complicated lagi -.-'


see! tell me how should i memorize all these? =.='

so my last resort untuk hilangkan mengantuk ni adalahh.. Youtube. and channel yang saya cari mestilah Nigahiga. haha konfirm gelak guling-guling punye ^^

tak percaya? klik play video kat bawah ni :)


ok tu je. till then ^^

Thursday 17 November 2011

Aidiladha :)

Assalamualaikum all :)

Lama bangatt tak buka blogger dashboard. Banyakk sangat benda mahu cerita di sini.

Yang pertamanya, cuti raya haji. Minta maaf, cerita dah basi tapi saya baru nak tulis. T.T sila jangan maki saya di sini. Raya haji tahun ni lain daripada biasa, sebabnya hari raya pertama saya dihabiskan dengann...


Yup, seminar selama dua hari. disebabkan kali ni da masuk tahun ketiga beraya dekat perantauan so takde laa sedih sangat bila raya pertama dihidangkan dengan paperwork seminar berbanding rendang ayam.

Basically seminar ni is all about surgery. kebanyakannya berkaitan hukum-hukum Islam dalam pembedahan. Plastic surgery, abortion, forensic dan macam-macam lagi. Terlalu banyak kalau mahu dikongsikan dalam satu entry.

Teaser about the seminar. comel je~

Prof. Dr Abdul Karim yang bentangkan mengenai pembedahan forensik.

Prof Dr Awisul Islah dan isteri Dr Narwani.

Seronok mendengar nasihat dan pengalaman dari mereka ni. Excited tapi dalam masa yang sama menakutkan.

Excited bila doktor-doktor cerita tentang pengalaman diorang yang best-best, ranjau hidup diorang yang berliku (eceh!) tambah excited bila penceramah yang juga suami isteri cerita kisah macam mana nak survive kalau bagi yang berkahwin. Heh! kalau bab kahwin, mata semua orang segar je.

Then yang paling excited masa Dr Abdul Rahim yang tunjuk gambar-gambar kes bunuh yang dia pernah handle. huu tengok sendiri real gambar mayat yang dikerat-kerat, mayat yang dah mereput, mayat yang dikelar-kelar dan macam-macam lagi. realitinya jauh lebih dasyat dan teruk daripada yang ada dalam CSI. T.T

Takut nak hadapi zaman bekerja nanti, terutama sekali zaman housemanship yang kena buli je, nurse pun boleh marah doktor houseman sesuka hati. zaman houseman yang mana time oncall kena masuk kerja pukul 7 pagi dan habis untuk balik rumah pukul 1 esok harinya. kena berdiri hampir 30 jam. haha terbayekk~

Saya tertanya-tanya kenapa laa saya nak jadi doktor kalau betul itu realitinya? =.=' Tapi yang peliknya bila dengar macam tu, saya still rasa tak sabar nak kerja. Bring it on! hee kena tengok sampai bila agaknya semnagat ni berterusan. InsyaAllah takkan pudar harapnya. :)

Tak terasa sangat pun raya haji tahun ni. tak sempat pun nak tengok orang Arab sembelih haiwan dekat tepi rumah, cuma terasa raya bila jalan nak balik rumah lepas habis seminar terjumpa tanduk kharuf atas jalan. Kharuf ni sejenis kambing biri-biri.


Raya haji di Mesir memang meriah. Dua tiga hari sebelum raya tu, boleh nampak lembu dan kambing ditambat tepi jalan. dan yang menariknya, diorang sembelih tepi jalan je. Kawan cakap ade je yang sembelih dalam bangunan rumah. Cool tak? haha :)




Cool tak? diorang sembelih tepi jalan jee. tpi ini semua gambar tahun lepas. 

Raya kedua terasa macam raya sikit. Ada merewang dekat hostel MARA. Potong2 daging dan bahan nak masak untuk majlis sambutan hari raya esoknya. waa seronok! tapi tade gambar sebab busy memotong daging. hee :D

kalau kat Malaysia takdenya saya nak pergi majlis merewang sebelum kenduri, mesti mak dengan ayah je yang pergi, anak-anak pergi time makan je. ceh! kalau fikir balik memang tak patut, patutnya anak muda laa yang kena kerja kuat, mak ayah yang rileks pergi makan. tsk tsk! =.=' 

Then raya ketiga barulah terasa raya sepenuhnyaa. Ada rumah terbuka. yeehaaaa makannn!

 biskut arab. even rasa tak sama macam malaysia tapi.. bolehlahhh :)


Kitorang sambut raya dekat atas bumbung je taw. cool tak? sambil ditemani langit yang cerah lagi membiru. romantik gitu. :D

that's all about my Aidiladha. Lepas raya tu, terus busy. tadi baru habis satu exam. minggu depan pulak exam seterusnya. doakan saya ye :)

Till then ^^

Wednesday 16 November 2011

Al-Fatihah buat Dr Haitham.

Assalamualaikum all :)

Sangat terkejut baca post ni dekat group facebook batch. 



One of my favorite prof meninggal dunia pagi tadi. Perginya Dr Haitham mesti dirasai kebanyakan student Malaysia dekat sini. 

He is the professor of anatomy. Kalau time kelas praktikal anat, bila kitorang nampak je Dr Haitham berjalan masuk morgue mesti ramai yang berebut nak satu group dengan beliau. In fact, dia pernah menang anugerah the most popular/favorite prof (kalau tak silap kebih kurang macam tu laa tittle award tu) pilihan student malaysia. Begitulah famousnya prof ni dalam kalangan student Malaysia.

*update : gambar yang dishare oleh student arab.

We'll miss u prof ;(

Dia suka bergurau dengan student, kalau budak lelaki tuu selalu je kena pukul dengan dia. Then dia suka belajar bahasa Melayu. Even berapa patah perkataan je yang dia tahu. Bagus, bodoh, malas, terima kasih. Hee itu je yang dia selalu ulang. Comel je prof ni :) 
Dan prof selalu bagi formula senang nak ingat, that's why semua suka belajar dengan dia. Plus sempoi, tak garang dan kelakar.

Sedih. Terasa dan terkejut sangat dia pergi. ;(

Mari sama-sama sedekahkan al-fatihah buat Dr Haitham. Moga arwah ditempatkan dalam kalangan para solihin. InsyaAllah..

"Dan setiap ummat mempunyai ajal, apabila tiba ajalnya, maka tidak dapat ditundakan atau disegerakan walau sesaatpun"
-Al-Aaraf : 34

"Kemudian apabila telah sampai tempoh mereka, tiadalah mereka akan dapat meminta dikemudiankan sesaatpun dan tidak pula mereka akan dapat meminta didahulukan"
-An-Nahl : 61

**esok ade exam praktikal. doakan :)

Sunday 6 November 2011

Aidiladha.

Assalamualaikum :)

Pertama sekali nak cakap Selamat Hari Raya semua. Okayy, saya tahu lambat, raya pertama dah habis pun. Dann raya pertama saya di Egypt tahun ni dipenuhi dengannn...


Seminar Ibadah Pesakit untuk dua hari 5&6 november.
Yeayy!

 
Tanduk kharuf atas jalan.

Okay, itu je. details kemudian hee :P

Apapun Selamat hari Raya once again 
kullu sannah insyaAllah entum bikhair :)

**ooohh saya rindu mahu blogwalking. sudah banyak hari tak jalan-jalan ;(