Tuesday 26 March 2013

Round Baru : Forensic and Toxicology.

Assalamualaikum :')


Haha.. one of my classmate buat ni. lol~

So, macam yang Horatio cakap, saya akan start semester baru dengan round Forensic Medicine and Clinical Toxicology. 

CSI mode.. activated!

Friday 15 March 2013

Removed!

Assalamualaikum :)


Akhirnya, saya jumpa kekuatan itu. Huhu.. lama dah saya fikir, lama dah saya buat keputusan.. Keputusan untuk jaga mata. Sebab apa? sebab dari mata turun ke hati, dalam hati ada iman.. 

*insert nasyid Raihan kat sini*

Iman adalah mutiara, di dalam hati manusia, yang meyakini Allah, Maha Esa Maha Kuasa.... Tanpa mu iman bagaimanalah, menjadi hamba Allah yang bertaqwa,....

Lama tau saya dah buat keputusan ni.. tapi takde action.. Tade action sebab saya yang reluctant nak buat.. banyak alasan saya bagi. Cakap tade effect pada saya laa, saya main main je laaa...bla bla blaa.. banyak lagi laaa alasan yang saya buat nak convincekan diri sendiri.. 

Tapi akhirnya, saya berjaya.. clap clap clap! lepas baca pesanan Ustazah Ros dekat FB, zappp ianya menusuk ke hati. Saya ingat lagi, Ustazah pernah cakap, makin canggih teknologi manusia, makin canggih lah syaitan menggoda. Dan syaitan tu sangat mahir menghasut bertopengkan kebaikan.


Hmm keputusan apa ni? Macam over gile konflik dia kannn,, haha

Keputusan simple je, tapi susah for me okayy.. I think I have no problem pasal orang lain (baca : kawan lelaki lain, I have no feeling whatsoever) and I am not the type yang upload everything dekat facebook, menggunakan facebook hanya untuk berinteraksi hanya dengan yang rapat dan tahu update perkara penting je.. Tapi just one particular person je yang profile nya selalu saya bukak untuk distalk. haha 

And, saya berjaya remove dia dari friendlist. Yeay! \^_^/

Doakan saya kuat, remove dari friend dan remove any feelings. Perasaan is something yang tak boleh dibuat main, bagi saya. At first it was just a joke, you know, orang panggil crush or something, nothing serious tapi slowly saya mengaku it affected me a little (or is it a lot?) I have to stop it before jadi perasaan yang lebih dalam. 

I don't know how to end this so here we go  \^_^/ 

Thursday 14 March 2013

Paling Tinggi \^_^/

Assalamualaikum :')

It's jumaat lagi.. Jumaat yang ohsem. hari ni nak share satu lagi ayat Quran which is dari surah yg ketiga Surah Al-Imran.


"Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang beriman"
3 : 139

I stumbled upon this ayat semalam.. Haha saje je nak guna jugak perkataan stumbled upon tu ^^
Saya suka ayatt ni, soothing, dan pemberi semangat. Jom kawan kawan kita berusaha jadi orang yang paling tinggi darjatnya di sisi Allah \^_^/

*Hari ni hari Jumaat, jom baca Kahfi.. jommmm \^_^/
**saya rasa smile ni \^_^/ is too cute!
***and this is also my new favorite smiley :')

Haha. that's all. Doakan saya exam esokkkkk!



Wednesday 13 March 2013

Hadiah.

Assalamualaikum :')

Saya dapat a veeeeeerrrrry early birthday present. Birthday saya bulan tujuh. haha

Thank youuuuu Ibah! \^^,/

I love this kind of gift the most. Yeayy again \^^,/

Ikan Emas Saya Yang Comel.

Assalamualaikum :')

Masih dalam miggu study. Ada lagi dua paper tak habis lagi. Selalunya setiap hari saya pergi library university kerana di rumah saya selalu tertarik dengan pelbagai gangguan lain.

Tapi hari ni, saya terasa malas nak pergi library. Semua sebab semalam ada ribut pasir dan panas. Library penuh habuk pasir yang masuk sebab akak library tu dia bukak tingkap so angin bawak pasir masuk library. Sangat tak selesa. Jadi saya decide nak duduk rumah je hari ni. Ingat nak pergi library besar Alex, malas pulak.

Jadi study di rumah ajelah hari ni. Sama ada study di library atau study di rumah, untuk menghilangkan kebosanan saya akan menguyah. Haha minggu study adalah masa yang paling ideal sekali untuk menaikkan berat badan. Menguyah 24 jam.

Atas meja study saya ada aquarium ikan, kecil je. Saya bela ikan emas, comel je mereka ni. Tadi in between study, saya termenung, tengok ikan ikan saya. Diorang ni sangat comel. Mulut buka tutup buka tutup.
Kesian diorang, aquarium ni kecik je, tapi saya letak lima ekor ikan emas dalam tu. Mesti diorang terasa padat duduk dalam tu.

Emm tape ikan, tunggu eh.. nanti saya dah ade duit sikit saya beli aquarium baru yang lebih besar untuk korang. Duit dah habis buat LASIK dan nak beli tiket balik Malaysia.

Tunggu lagi empat bulan eh ikan. Nanti saya beli aquarium baru. Yang siap ada lampu tu untuk korang, tade la korang bergelap lagi malam malam. Nanti nak beli coral hiasan cantik cantik jugak untuk korang. Tunggu ye. Ini azam saya buat hari ni, kumpul duit sikit sikit untuk beli rumah baru ikan. They deserve a better home.

Tu je untuk hari ini. Sekian. Thank you sudi baca :')

Saturday 9 March 2013

Salah Maklumat.

Assalamualaikum :')


Haha ziyad sangat comel. Thank you sayang for making me laugh in the midst of the exam stress! Hihi~

Sunday 3 March 2013

Final examsssss!

Assalamulaikum :)
Perkara paling membosankan bila mana musim exam tiba adalah, anda haruslah menghabiskan masa dari pagi hingga ke petang di meja belajar.. dan kehadiran adrenalin yang asyik dirembeskan dek kerana banyak lagi topics yang tak revise utk exam esok adalah sangat tidak membantu.
Lagi satu symptom masa exam adalah, rasa nak hapdate blog dengan perkara yang merapu dan tak penting. Lol.
Sekian, laporan Izyan Khalidah Hamizi dari perpustakaan Fakulti Perubatan Universiti Iskandariah atau orang Arab panggil Kuliahtu Tibb Gamaah Iskandariah..
Moga kita bertemu lagi di lain hari. Haha

Friday 1 March 2013

Work Hard?

Assalamualaikum :)

Result untuk exam end of rounds baru je keluar. Saya gembira dan well, terima je result tu as it is. To be honest, saya rasa it is quite good.

Tapi, a lot of people who are better than me, complained that their result are not good enough.

"Result aku teruk la.." dan bila saya tanya how much? keputusan diorang adalah secara terang lagi bersuluh better, wayyy better than mine.

So, this makes me feel, what is wrong with me? kenapa I take it as it is?

I told this to a group of people that I trust which is my usrah. Some says that I am cool enough not to let it bothers me, tapi apa yang Kak Aain, my kakak usrah cakap is the one yang affects me most.

Kak Aain cakap mungkin, saya tak work hard enough so my expectation is not so high of myself. Maybe I should reflect tentang banyak mana usaha saya sebelum ni, *sigh* saya rasa kenapa apa yang Kak Aain cakap tu membuatkan saya terasa sangat adalah sebab everything yang dia cakap betul.

I don't work hard enough like other people T.T

Haih -.- exam is another 2 hari..