Friday, 25 November 2011

Istiqamah.

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah exam baru berakhir semalam. Jadi kami ada dua hari masa terluang sebelum kelas start semula. Disebabkan keadaan Mesir yang masih huru-hara, kitorang tak digalakkan untuk keluar berlibur huu jadi sepanjang dua hari badan dan minda dikepamkan dalam rumah aje.

Jadi mulalah kami tercari-cari aktiviti yang berpatutan. One of them was making a little snowman..

weird-looking snowman who has biji cili as his eyes.

Omo, Egypt ada snowkah? Haha of course laa tak kan. Semua snow ni adalah dari dalam peti ais rumah saya yang dah boleh diibaratkan macam Kutub Utara sudahh.

 Cool tak peti ais ni?

Buat snowman ni hanya dapat isi sebahagian kecil je daripada aktiviti dua hari saya. Dari pagi hidup hari ni macam takde tujuan. Nak tengok movie/drama lagi pun sudah bosan. Nak study? lagilaa.. baru je menghabiskan hampir dua minggu yang lepas menghadap buku. Ini membuatkan saya berpendapat, hidup tanpa tujuan adalah bosan dan tidak bermakna.

Dan menyebabkan saya reflect kembali apa tujuan kita hidup dekat dunia. People keep saying that, apa-apa pun yang kita buat, semuanya haruslah dilakukan untuk mencapai redha Allah. Tapi muudahkah kita nak tajdid kembali niat melakukan semuanya untuk Allah? Kalau betullah begitu mudah, mesti senang kan kita nak istiqamah dalam apa jua apa yang kita buat.

Istiqamah. Bagi saya,istiqamah la perkara yang paling susah nak buat. Kenapa? Setiap kali bermulanya semester baru, mesti berazam, nak study lecture setiap hari. tak nak biarkan lecture menimbum. Tapi setiap semester jugak, saya tewas. Kerana istiqamah saya bermusim. err kalau dah bermusim tu bukan istiqamah laa namanya kan? =.='

Kenapa tak mampu istiqamah?

Saya menjawab sebab iman kita sering berubah-ubah. Siapa boleh gerenti yang dia mampu kekalkan iman dia macam sekarang.?
يا مقــلـب لقــلــوب ثبــت قــلبـــي عــلى طـا عــتـك 
Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku diatas ketaatan padamu"
Kita ni selalu sangat terlupa. Kadang-kadang tu lepas dengar motivasi atau ceramah, semangat berkobar-kobar nak berubah tapi semangat tu selalunya sekejap je. tak lama lepas tuu padam begitu je. That's why pentingnya makanan rohani harian kita. makanan rohani yang berbentuk tazkirah atau peringatan untuk kita setiap hari.

Untuk istiqamah kena sentiasa ingatkan diri. Luaskan skop pembacaan, skop penontonan (haha betulkah ayat?). Rajin-rajinkan diri join usrah, motivasi ataupun ceramah-ceramah yang berdekatan. Kalau terasa malas nak pergi ceramah/tazkirah di masjid, dengar ceramah di youtube pun boleh. Asalkan makanan rohani kita tak putus.

"Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan, sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan, Kami seksa mereka secara mengejut, maka ketika itu mereka berputus asa"
Surah al-An'am : 44
Selain tu selalu bertanya pada diri sendiri, tujuan sebenar hidup kita. Why we are still living?


Ustaz Pamiesz ada tulis dalam blog beliau,
"Nak bagi semangat pada diri sendiri untuk istiqamah, tanya la diri sendiri.. nak syurga sikit-sikit je ke ataupun nak syurga sepenuhnya? nak Allah sayang sikit-sikit je ke atau nak Allah sayang sesempurnanya? Jadi kalau sentiasa ada perasaan tu, insyaAllah boleh istiqamah."
Kita mesti semua nak sayang Allah yang sempurna kann?

korang pernah rasa, kalau kita melagha/buang masa lama sangat mesti lepas tu ada perasaan bosan kan? 
Dulu, saya terlalu obses dengan everything about Kpop, study pun tereffect sedikit tapi alhamdulillah sampai satu tahap tu saya terasa macam, "What's the point aku habiskan masa melayan segala jenis hiburan ni. Habiskan masa berjam-jam depan laptop bergelak ketawa sampai hati jadi kering." Pointnya di sini, segala jenis hiburan dekat dunia tu takkan kekal di hati kita.

Ada sorang kawan saya, dia berbelah bagi nak pergi ke tak konsert 2pm yang datang Malaysia baru-baru ni. But alhamdulillah in the end dia ambil keputusan yang bijak untuk tak pergi ke konsert tu. That's a veeeryyy wise decision sebab kalau dia pergi juga konsert tu nanti mesti akan sampai satu masa yang dia terasa menyesal dengan keputusan dia. 

Saya tak tahu macam boleh tetiba masuk point ni. =.='

Jadinya, adik-adik dan kawan-kawan yang sekarang ni nampak macam obses terlebih pada Kpop ke Mpop ke atau segala jenis pop yang ada, bataskan obsesi anda. Semua tu is nothing compared to your precious time. It's not worth to spend so much time on those things. Tapi tak bermaksud laa yang tak boleh tengok langsung, cuma try untuk kurangkan. Okay, sebenarnya pesanan ni lebih kepada diri sendiri.^^

"Dan tidak adalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui"
Surah al-ankabut : 64

Dan kini saya tahu, rahsia untuk istiqamah adalah dengan sentiasa ingatkan diri kita. InsyaAllah
:)

Moga kita semua dapat manfaat. 

This is Yayan reminding us just in case we forget ^^
*ayat atas ni is ayat Baba Ali at the end af almost all his videos. pinjam sekejap.*

5 comments:

Ujie said...

amalan yg terbaik adalah yg istiqamah, biarpun sikit.

*peti ais tu mcm utk kat kedai je..^_^

Daddylicious said...

tepuk dada tanya selera mudah sahaja...:)

Hanis MY said...

subhanallah, wonderful post...

noraim said...

awk, sy terasa sgt. :(

sy selalu berazam mcm2 tp at last sy tak buat pun.

Yayan. said...

kak ujie : aah betul. sikit tpi berterusan insyaAllah. hehe itu oeti ais style lame punye tapi power kesejukann die ^^

Daddylicious & Hanis : :)

noraim : tuan yg menulis pun terasa aim ;(