Monday, 10 January 2011

Emas Harta Ummah.

Assalamualaikum :)

Dalam seminar ibadah pesakit yang saya pergi time cuti raya haji dulu, Ustaz Othman bin Hamzah, Ahli Majlis fatwa Negeri Selangor ada cakap briefly tentang kehebatan emas dan perak ni dalam membantu kewangan umat Islam. Sebabnye emas dan perak ni harga sentiase naik di pasaran. dan memang boleh nampak laa kenaikan emas dan perak ni.

Ada satu hadis Rasulullah SAW yang saya dapat dari sini.

Abu Bakr ibn Abi Maryam meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda. "Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)" -Musnad Imam Ahmad ibn Hanbal.

dan juga jumpa petikan ni dekat sini

"Emas sesuatu yang bernilai. Ia boleh menjadi barangan yang boleh dijual beli atau sebagai barangan yang digunakan dalam pertukaran barangan (sistem barter). Namun, jika semua umat Islam mahu menggunakannya dalam muamalat harian, dinar dapat melaksanakan tugas tersebut kerana ia telah dilaksanakan pada zaman Nabi, Umar dan para khalifah. Dari segi agama, kita telah melaksanakan sunah Nabi"

Selain tu juga, saya rasa emas ni macam pelaburan yang insyaAllah takkan rugi. Selain dapat bantu ekonomi umat islam, ikut sunnah Rasulullah SAW, dapat jugak jamin masa depan kita nanti insyaAllah.



So, saye da simpan azam, nak simpan duit at least nak beli sikit emas buat simpanan. Yelah, daripada duit yang ada tu guna ke tempat2 yang tak sepatutnye, baik beli emas ^^

Azam memang azam. Usaha kena ada.
jadi kirenya saya kena ambil langkah dari sekarang. simpan duit! jangan membazir sangat yan.

Yelah, kan dah nak masuk 20 tahun. mestilah kena fikir pasal masa depan, tak boleh nak bergantung dekat mak ayah lagi ^^

So sesiapa yang berminat pasal emas dan perak ni juga bolehlaa tengok page dekat bawah ni :)

Emas Harta Ummah.

1 comment:

^^ said...

Betoi2. PErlukan simpanan utk jaminan umat Islam ^^