Wednesday, 28 November 2012

Salah Faham Medic ; Cara Nak Surutkan Demam

Assalamualaikum and hello all :)

Baru beberapa hari lepas, lecture saya bertajuk Pyrexia of Unknown Origin (translate : demam yang tidak diketahui asalnya) atau nama glamornya PUO atau Pyrexia of Undetermined Etiology atau Prolonged Fever. Ha. trust medic to give everything multiple names.

Dalam lecture, doktor bagitahu the right way nak surutkan demam selain ubat ubatan. Dan kalau sejak turun temurun lagi kita akan letak tuala sejuk atau cool fever atas kepala. Hee saya student medic pun tak pernah terfikir tapi kaedah tu doktor cakap tak bagi kesan sangat sebenarnya. Ada effect tapi lambat.

Cara paling cepat nak turunkan suhu badan adalah dengan letak dekat tiga tempat.

  1. neck (leher)
  2. axilla (bawah ketiak)
  3. groin (taktahu nak translate dalam bahasa melayu ape haha)
okay boleh tengok ilustrasi di bawah. yang dihightlight oren tu.


Kenapa letak dekat tiga tempat ni? sebab kat sini ada saluran darah besar yang supply badan kita. Ada carotid artery (neck), axillary artery (axilla) dan femoral artery (groin). Cara paling cepat nak turunkan suhu badan adalah dengan menurunkan suhu darah sebab nanti darah ni akan pergi ke segenap penjuru badan. Bayangkan kalau letak kat kepala ada tulang dan kulit je, lambat sikit la effect dia.

Tapi, jangan sekali-kali letak ais secara direct, balut dulu dengan tuala then baru letak. sebab ais, sejuk sangat akan menyebabkan vasoconstriction which means saluran darah mengecil then kurangkan supply darah pulak. Lain pulak jadinya nanti. Gangrene nanti kang.

Tu je untuk hari ni. By the way nak cerita, baru belajar macam mana nak palpate orang. Waa~ I am so excited, terasa macam doktor gituuu. haha Tropical Med is not that bad. Selain kelas ILA, saya rasa kelas lain bearable je.

OKay, haha hee tu je thank you sudi baca. Chiowwww~

7 comments:

Noraim said...

sy kalau demam mane ade buat apa2. kihkih.

palpate tu apa yan? sy tak paham terms medic ni. sobsss.

eza ezara said...

Info sgt menarik..hai Salam kenal done follow ur blog ;)

Ujie said...

so, kalau letak kain basah kat dahi tu tak berapa betul la ya yayan?

A Girl Like You said...

Blogwalking! :) Nice, informative entry :) Nice to meet u ;)

Izyan Hamizi said...

Aim : palpate tu nama satu teknik kita nak cek saiz organ dlm abdomen kita. sbb ada certain penyakit akan buatkan organ membesar jadi kita boleh cek saiz organ tu guna palpation :)

kak ujie : letak kat dahi or kat mne2 bahagian badan pun berkesan tapi lmbt sbb kat dahi hanya ada kulit dan tulang je, sbb tu lambat sikit effect dia

Hana said...

I'm blogwalking too. Good info on here..

Adie Achim said...

Yup.. isteri sy jururawat dan dia slalu pesan letak kain kat area2 tu klu anak2 demam. So true! tq for the info! selama ni buat jer tapi x tau point.