Tuesday, 6 December 2011

Mak Ayah. Rindu!

Assalamualaikum all. :)

Masuk kelas praktikal anatomy, saya tengok organ peranakan perempuan secara real. dan subhanallah, kecil sangat uterus dan cervix kita. Laluan untuk kita keluar dari perut mak dulu sangat kecil, macam boleh muat satu jari je. Saya terus terfikir, ahhh, sakitnya nak bersalin

Tapi dengan kuasa Allah, uterus yang kecil tu dapat membesar sampai boleh tampung baby yang beratnya 3-4 kg. Hebat kan kuasa Allah?



Tapi still, sakit nak melahirkan tu tak dapat nak saya bayangkan. Saya pernah terbaca artikel yang mengatakan, manusia dapat tahan sakit sampai satu limit je, kalau lebih dari limit tu kita boleh mati, tapi sakit nak melahirkan anak tu lagi tinggi dari limit yang manusia dapat tahan. Sebab tu laa kita kena hargai mak kita, jangan lukakan hati diorang. Sakit tau sakit nak bersalin ni.
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yag demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)." 
Surah Luqman : 14

Dalam blog Ustaz Hasrizal pernah ada, 
"Wahai anak, kalian mungkin lebih bijak daripada ibu bapamu, tetapi kalian tidak mungkin mengatasi kasih sayang seorang ibu dan bapa. Kalian hanya mampu mengasihi mereka selepas kamu bijak tetapi mereka mengasihi kamu sebelum kamu lahir."
Mak ayah sebolehnya dia akan cuba penuhi apa yang kita nak, tapi si anak selalu merungut bila disuruh buat sesuatu. 
Bila makin besar ni, saya makin sedar banyak benda yang saya tak buat lagi untuk mak ayah. Dulu saya nak sangat nak study luar negara, tapi sekarang, lepas ayah pernah masuk hospital sekali time cuti dulu, saya selalu terfikir kenapa saya tak study dalam negara je. Sepanjang tiga tahun kat sini, dah banyak kali saya saksikan kawan-kawan kehilangan mak ayah diorang, tak sempat nak berjumpa buat kali terakhir. Saya takut sangat kalau itu juga terjadi pada saya. Saya minta sangat jangan Allah uji saya macam tu. Saya tak pasti saya mampu atau tak nak menaggung ujian tersebut. ;(

Tibe-tibe tersedih. nak balik rumah T.T
Dah banyak hari tak call rumah sebab kredit lupe nak beli. sobsob. 

Bila menulis entry macam ni, air mata mula laa nak keluar so saya nak tukar topik. 

Selain belajar tentang perempuan, saya juga belajar tentang lelaki. dan saya terasa takut nak kahwin, boleh tak macam tu? haha orang yang dah kahwin je kot faham. ;p

ok tu je, nak pergi lecture da ni. thank you for reading. :)

3 comments:

Ujie said...

mcm ni lah yg kita mahu..semakin belajar, semakin dekat pada Maha Pencipta! Baguslah yayan ni..

akak blm ada anak, jd blm pernah bersalin. tapi mmg takut nak beranak sbb fikir pasal sakit bersalin la tu.
ntah apa2 kan..^_^

Yayan. said...

tak lah kak.. saya selalu je lagha+main2. kena selalu ade peringatan. :)

orang ckp nak bersalin tu mmg sakit tapi pada masa bila si ibu dgr tangisan anak tu hilang semua sakit dia. kan? :D

Picoz Shupalula. said...

Subjek addscience pun ade belajar mende camnih. Besarnya kekuasaan Allah swt :)