Tuesday 4 October 2011

Jet Lag.

Assalamualaikum :)

Selepas 8++ jam flight KL-Bahrain, 10 jam transit, 4++ jam lagi terbang dari Bahrain ke Alex, sejam lebih dari Airport Borg el-Arab ke nafak Kem Shiza, berjalan kaki beberapa minit sambil menarik beg berat 29.4 kg sampai lenguh2 tangan.. akhirnya alhamdulillah sampai sudah dekat rumah Alex. 

transit dekat Delmon International Hotel, Bahrain.

Ye, cuti panjang sudah habis ;( dan kelas start 8hb ni dengan Endocrine System. 
Alhamdulillah, 3rd year already. First time balik awal sebelum kelas bermula. Heh bangga dengan diri sendiri. *sambil tepuk2 bahu sendiri cakap goodjob, goodjob!*

Rumah berhabuk, peti ais penuh semut, sang lipas kadang2 menjenguk. hairan mungkin tibe2 ade orang dalam rumah ni, cuma sang tikus je yang terus menyepi, hanya meninggalkan bau mereka sebagai kenangan  di dapur.

Kemas rumah slow2 laa ade 4 hari free. 

 Tunggu tram untuk keluar makan. Lapar! so harus keluar rumah memandangkan tiada satu benda pun yang boleh di makan dekat rumah.

Rase macam tak percaya je dah balik Egypt balik. Huuu~

Petang tadi sangatt mengantuk. penat mungkin, sampai rumah tadi tak tidur pun. lepas solat Asar terus lena, bangun sekejap untuk Maghrib, tidur semula. Sekarang pukul 1 pagi dan saya kembali segar untuk jadi burung hantu. Fenomena ini mungkin berulang selama beberapa hari. Jet lag! 

1 comment:

Izyan Hanis said...

selamat pulang yaann!

wohoho, dgr condition rumah korang
haish, teringat umah kami.
ape la dah jadik eh?

:D