Monday, 31 October 2011

Susu & Tulang.

Assalamualaikum :)

Baru-baru ni ada seorang kawan saya kena langgar. Kaki dia kena gilis tramco. Tramco ni adalah van yang bawa penumpang dekat sepanjang pantai di Alex dan pemandu-pemandu tramco ni memang terkenal dengan sikap membawa kenderaan dengan laju sekali bagaikan ingin masuk berlumba Formula 1 Sepang.

Pemandangan dari tingkap tramco 

Fatin terjatuh sebab belum sempat dia naik lagi pemandu tramco tersebut terus pecut. So dia pun terjatuh dan kaki dia kena gilis. euuuuu~ scary la gilis-gilis ni.

So saya pun tanya laa dia tak retak or patah kaki ke? Dan surprisingly, Fatin jawab kaki dia memang tak patah atau retak, just lebam je. Saya macam wow! kuat gile tulang. Dah laa kena gilis dengan tramco yang penuh dengan penumpang.

Fatin cakap rahsia dia.. minum susu tiap-tiap hari.

Oleh itu, jom kawan-kawan kita minum susu setiap hari sebelum tidur. Minum waktu malam lebih elok daripada time pagi sebab pagi-pagi kadar glucocorticoids dalam darah kita tinggi dan ia akan kurangkan keberkesanan perut kita untuk meyerap calcium. Jadi minumlah susu pada waktu malam untuk penyerapan yang berkesan. lagipun minum susu malam-malam nanti orang kata nyenyak tidur.

Minum susu, tulang anda jadi sihat dan kuat!

6 comments:

Ujie said...

biar betul..boleh okey je kaki dia!

akak mmg suka minum susu fresh..tp sblh pg je. hrp2 tulang pun kuat!

aimie amalina said...

ayooo
mang tough la kaki die
smp x de pape

alhamdulillah =]


suke sgt susu!

SoLy SoLicious said...

seriously? woww..amazing la...

Yayan. said...

tulah pasal. saye pun terus mula minum hari2 lepas dengar tuu :)

fadh leyanie said...

kalau macam tu kena minum susu setiap hari.:P

izzahdegreat said...

nak try jgklaa...ish2 menakutkan susu menyelamatkan die ;(