Sunday, 30 October 2011

Perempuan Bertukar Menjadi Lelaki?

Assalamualaikum and hello all :)

Dunia sekarang ni macam-macam kan? Yang lelaki nak jadi perempuan, dan yang perempuan pulak nak jadi lelaki. Aduhh ape nak jadi laa. Cuba baca berita tentang SINI tentang Remaja Perempuan Bertukar Menjadi Lelaki.

Berita ni dah lama sudahh. 22 May 2010. Kalau baca dekat situ, budak tu dakwa, kemaluan dia berubah menjadi lelaki walaupun ibunya dakwa dia dahulunya dilahirkan sebagai seorang perempuan.

Kenapa boleh jadi macam tu?

Saya rasa kelakar bila doktor dalam berita tuu cakap,

"Dia perlu menjalani ujian DNA. Kromosomnya perlu dilihat sama ada dia lelaki atau perempuan"

Tak mungkin kalau seseorang yang dilahirkan dengan XX boleh bertukar chromosomenya tiba-tiba jadi XY.

Sebab apa saya tiba-tiba search pasal isu ni. Hehe sebab tadi baru belajar pasal Adrenal Virilism.

Dalam badan kita ada satu gland (ermm gland dalam bahasa Melayu kelenjar kann?) yang bernama Suprarenal Gland yang dalam bahasa Melayunya 'Kelenjar atas buah pinggang'?.

Ini gambar buah pinggang. Atas buah pinggang tu ade benda kuning dua ketul tuu, itulah suprarenal gland. Dah nama dia pun gland, jadi mestilah fungsinya untuk mengeluarkan hormon. Jadi salah satu hormon yang dihasilkan oleh gland ni ialah Androgen. Suprarenal gland ni jugak menghasilkan hormon-hormon lain yang bernama cathecolamines, mineralocorticosteroids dan glucocorticoids.

Apakah fungsi androgen ni?

Kalau untuk lelaki, androgen ni akan menjadikan lelaki tersebut lebih gagah perkasa. Kan lelaki bila capai usia matang berubah suaranya, badan makin tough dipenuhi ketulan muscle dan bulu badan bertambah. itu semua kerja androgens ni.

omo.. kan hot tuu. so ramai-ramai perlu tengok princess man cepat! hehee~ 

Korang patut tengok cite ni. awesome wa cakap luu.

Okay, berbalik kepada topik kita hari ini..

Kalau untuk perempuan pulak function androgen ni dalam buku saya cakap, much of the growth of the pubic and axillary in the female probably results from the action of these hormones. ahh segan pulak nak tanslate. paham-paham sendiri laa eh.

Selalunya hormon ni akan dihasilkan cukup-cukup je untuk keperluan individu tersebut so no problem laa tapiii.. masalah timbul bila hormon androgen ni dihasilkan lebih dari yang sepatutnya.

Kesan androgen terlebih ni berbeza-beza mengikut jantina dan umur.

Kalau lelaki macam tak nampak sangat sebab dia dah memang lelaki so what kalau dia lebih bermuscle, lebih garau suaranya dan bulu badannya lebih banyak. Tak de effect sangat pun, malah beliau mungkin lebih berbangga dengan kejantanan beliau. haha

Tapi kalau bagi kanak-kanak lelaki yang tak sampai usia matang lagi, dia akan bertukar daripada kanak-kanak menjadi lelaki dewasa. Contonhya kanak-kanak umur 6 tahun tapi dah tumbuh misai, badan penuh muscle, suara berubah jadi garau. Kan ke pelik tuu. Dan kadang-kadang kanak-kanak ni dia ada nafsu sebagai lelaki dewasa. Contonhya nafsu untuk melakukan hubungan seks dan sebagainya. bahaya ni, so cepat-cepatlaa bawa jumpa doktor.

Dann bagi perempuan pulak, macam dalam berita kat atas tadi, dia akan mengadu yang dia seakan-akan bertukar menjadi lelaki. Even alat kelamin pun boleh makin lama berubah menyerupai alat kelamin lelaki. Badan pesakit ni akan tumbuh bulu badan, misai, janggut dan sebagainya, suara berubah jadi garau, badan bermuscle, even buah dada pun makin mengecil.

Kalau tengok sekali lalu mesti semua orang ingat gambar kat atas ni lelaki tapi tak sebenarnya dia perempuan ada penyakit Adrenal Virilism ni.

Kenapa someone boleh dapat Adrenal Virilism? Tak lain tak bukan adalah cancer. Cancer gland nilah yang akan menghasilkan androgen yang berlebihan. 

So saya rasa sepatutnya doktor dalam berita tu suspect cancer dahulu then kalau betul budak tu takde cancer baru laa cek DNA dia.tapi mustahil kot DNA XX boleh bertukar XY. tak mungkin berlaku. Wallahualam. 

Ermm tapi kalau yang takde sakit takde ape saje-saje nak tukar jantina sampai sanggup buat pembedaham beribu-ribu tuu, saya.. no komen =.='

** Kak Ujie tanya di shoutbox, saya tengah blogging or study.. saya tengah study sambil blogging boleh tak kak? :)


3 comments:

nick dot anis said...

pelik tol ngn owg2 yang nak ubah jantina ni

Ujie said...

bagus penerangan ni yayan..

ni mmg study+blogging! smbil tu boleh bg ilmu perubatan..

aimie amalina said...

waaaaa
bagusnyeeelaa
hehehe

teringat belajo fisio dulu

betol2
sebab setiap lelaki dan pompuan dah ade hormon nye kan..