Assalamualaikum all :)
Lepas entry last sebelum ni memang lama betul tak singgah dekat blog. Busy mungkin menghabiskan masa-masa berharga yang terhad di Malaysia. Tak sempat nak blogwalking.
Tapi sekarang, saya dah balik Egypt kembali. Oh ye, saya tak pernah bagitahu sebelum ni saya belajar dekat Mesir, bumi para anbiya'. Tapi saya tak ambil agama, saya ambil kos Medic di Universiti Iskandariah.
So, saya pun terfikir dah alang-alang duduk negara orang ni apa kata kongsi-kongsi sikit dengan pembaca macam mana suasana dekat sini.
AAE stands for All About Egypt. Erkk. takde laa banyak pun, saya akan tulis perkara yang saya tahu dan alami je laa eh ^^
Hari ni kite nak start ni menda yang saya, dia, kamu, mereka dan semua orang suka. Tak lain tak bukan... MAKANAN! Yeayyy.
Kalau dekat Alex antara kedai yang menjadi pilihan time between kelas adalah kafe Kuliah Tibb Asnan. Tibb Asnan tuu maksudnya perubatan pergigian? hehee kuliah dentistry laa maksudnya.
Dari pandangan jauh, dekat sign warna merah tuu ada tulis dalam bahasa Arab 'Kedai Makan Kuliah Dentistry'
So, walaupun saya student medic dan tak selalu dekat sini, tapi kadang2 kalau kena turun hospital yang dekat dengan Kuliah Dentist ni selalu kitorang singgah kedai makan sini untuk makan Krib dia. Orang Arab bukan makan kebab je tau ada banyak jenis roti/sandwich lain yang diorang makan.
Kita boleh pilih nak inti apa, burger, sosej, ayam, mushroom, cheese, daging etc. Harga dalam LE9-11, lebih kurang RM 4-5 laa kott.
Besar oo benda ni. Memang kenyang laa kalau makan sorang2. penuh gila perut. burp!
Abang Krib tengah masak.
Krib inti sosej. Yummy!
Okay, tu je. next on AAE, nak cerita pasal transport kat sini. Lain benor suasana Egypt dengan Mesir.
p/s : saya rasa saya dah mula sayang dekat Egypt walaupun dulu2 datang sebab offer MARA dan agak reluctant tapi sekarang, rasa syukur ditempatkan di sini :)
No comments:
Post a Comment