Assalamualaikum and hello :)
Semalam baru je dapat result final untuk Sem 2, Tahun 2.
Erkk, to be honest, aku syukur dapat result macam tuu, alhamdulillah tapii deep down, ada sedikit rasa frust. Semua sekali ada 4 subjek, masing2 dengan gred B, B+, A- dan A. haha macam naik tangga pulak. Huruf2 B dan tanda minus (-) tu laa yang membuatkan hati ini frust tapi tade laa sampai menonggeng. T.T
Bila tengok result kawan2 yang lain yang straight As, rasa sedikit jeles. err jeles macam ni elok kan? Bukan cemburu yang buat kita teringin jatuhkan sahabat tapi rasa cemburu yang membuatkan kita nak berusaha lagi agar kite punye result pun setanding dengan mereka. It is ok, kan? :p
Bila tengok reslut semalam, terus berazam nak usaha lagi kuat berbanding sebelum ni. anddd tiap2 sem aku berazam macam tuu tapii.. haihh hangat2 tahi ayam je aku ni.
Next sem, dah naik tahun 3. hee jom pasang azam baru supaya lagi kuat study okay?
dannn setiap sem baru jugaklaa aku selalu kena ingatkan diri sendiri yang belajar medicine tak macam spm dulu. tak boleh relax2, tido dalam kelas daa..
Sekarang kan, aku tengah cuti dua bulan. ceh sebelum cuti dulu beghiye-ghiye bawa balik buku KONON nak study tapi buku tuu berhabuk je kat almari buku tuu =.='
Tengok! hishhh hangat2 tahi ayam betul.
grrr~ entry emo+geram dengan diri sendiri. ;(
1 comment:
Hai jangan putus asa. Teruskn berusaha k! :)
Post a Comment