Sunday 27 January 2013

Resepi Laksa Tersimple Di Dunia.

Assalamualaikum dan hello semua :)

Hamboih, tajuk nak over je kannn. Heh -.- Disebabkan cuti, duduk rumah je untuk dua tiga hari ni jadi saya pun melatih diri untuk menjadi isteri mithali. eh? Haha okay merepek je.

Saja je nak kongsi resepi hari ni, tapi,, saya warning siap siap resepi ni hanyalah boleh dibuat oleh orang bujang atau tinggal di perantauan, nak makan sendiri sendiri je, bukan untuk dihidangkan kepada mak mertua, nanti kena reject. lol. Kalau anda dekat Malaysia google la resepi lain yang lebih complicated dan extravaganza sikit.

Bahan bahan yang diperlukan :
1) 2 tin sardin/mackerel. (saya guna ikan mackerel dalam tin yang tanpa sos. Mudah, buka tin dan blend aja. Tatau dekat Malaysia ada ke tak, sebab kalau saya dekat Malaysia tak guna la ikan dalam tin ni, pakai ikan fresh gumuk gumuk beli dekat pasar tu haa baru syiok. Kalau guna ikan fresh sila rebus dan blend isinya) 
2) 2-3 biji bawang 
3) 15-25 batang cili kering (diubahsuai mengikut kesukaan anda terhadap pedas) 
4) asam keping 7-9 batang (juga boleh diubahsuai, kalau nak masam lebih tambah la lagi) 
5) garam secukup rasa 
6) spageti (ganti laksa, yelah nak buat macam mana, hidup di perantauan.. T.T buat tacing plak tetiba haha)
Cara cara menyediakannya :
  1. Blendkan bawang dan cili kering (yang direndam dengan air panas sehingga kembang), dan masukkan ke dalam periuk.
  2. Blend isi ikan dan campurkan dalam periuk.
  3. Masukkan asam keping.
  4. Masukkan garam. Adjust adjust la secukup rasa.
  5. Sambil sambil tu boleh rebus spageti menggantikan laksa.
  6. Then, tunggu kejap sampai masak. Anddd siap!
Gambar haruslah diambil dalam pelbagai mode, umtuk melayan kebosanan dan untuk mengisi masa lapang. Dan juga untuk bagi nampak menarik sikit laksa yang plain nih. .
Ini memang bujang habis, nak pergi beli timun dengan telur pun malas -.-

Kalau anda di Malaysia yang kaya dengan flora yang pelbagai seperti bunga kantan, daun kesum dan serai, boleh lah ditambah bagi menyedapkan lagi masakan anda. Anda juga boleh menghias laksa ini dengan bahan bahan tambahan seperti telur rebus, timun, bawang dan cili yang dipotong halus.

Resepi ini boleh dimakan oleh lebih kurang 5-6 orang dan ditambah banyak kali. :P

Okay, itu je resepi buat hari ini. Selamat mencuba! :)

2 comments:

Luqman Zakaria said...

tersimpledi dunietuh x thnnye..hehehee..lame x mkn laksa...oh yer..thnx sbb ade singgah blog arepnakbebel..hehe

Nana said...

hahahaha. lol lmao rofl. lawak lah yayan niiiii. i love reading your blog. hihi.