Thursday 17 November 2011

Aidiladha :)

Assalamualaikum all :)

Lama bangatt tak buka blogger dashboard. Banyakk sangat benda mahu cerita di sini.

Yang pertamanya, cuti raya haji. Minta maaf, cerita dah basi tapi saya baru nak tulis. T.T sila jangan maki saya di sini. Raya haji tahun ni lain daripada biasa, sebabnya hari raya pertama saya dihabiskan dengann...


Yup, seminar selama dua hari. disebabkan kali ni da masuk tahun ketiga beraya dekat perantauan so takde laa sedih sangat bila raya pertama dihidangkan dengan paperwork seminar berbanding rendang ayam.

Basically seminar ni is all about surgery. kebanyakannya berkaitan hukum-hukum Islam dalam pembedahan. Plastic surgery, abortion, forensic dan macam-macam lagi. Terlalu banyak kalau mahu dikongsikan dalam satu entry.

Teaser about the seminar. comel je~

Prof. Dr Abdul Karim yang bentangkan mengenai pembedahan forensik.

Prof Dr Awisul Islah dan isteri Dr Narwani.

Seronok mendengar nasihat dan pengalaman dari mereka ni. Excited tapi dalam masa yang sama menakutkan.

Excited bila doktor-doktor cerita tentang pengalaman diorang yang best-best, ranjau hidup diorang yang berliku (eceh!) tambah excited bila penceramah yang juga suami isteri cerita kisah macam mana nak survive kalau bagi yang berkahwin. Heh! kalau bab kahwin, mata semua orang segar je.

Then yang paling excited masa Dr Abdul Rahim yang tunjuk gambar-gambar kes bunuh yang dia pernah handle. huu tengok sendiri real gambar mayat yang dikerat-kerat, mayat yang dah mereput, mayat yang dikelar-kelar dan macam-macam lagi. realitinya jauh lebih dasyat dan teruk daripada yang ada dalam CSI. T.T

Takut nak hadapi zaman bekerja nanti, terutama sekali zaman housemanship yang kena buli je, nurse pun boleh marah doktor houseman sesuka hati. zaman houseman yang mana time oncall kena masuk kerja pukul 7 pagi dan habis untuk balik rumah pukul 1 esok harinya. kena berdiri hampir 30 jam. haha terbayekk~

Saya tertanya-tanya kenapa laa saya nak jadi doktor kalau betul itu realitinya? =.=' Tapi yang peliknya bila dengar macam tu, saya still rasa tak sabar nak kerja. Bring it on! hee kena tengok sampai bila agaknya semnagat ni berterusan. InsyaAllah takkan pudar harapnya. :)

Tak terasa sangat pun raya haji tahun ni. tak sempat pun nak tengok orang Arab sembelih haiwan dekat tepi rumah, cuma terasa raya bila jalan nak balik rumah lepas habis seminar terjumpa tanduk kharuf atas jalan. Kharuf ni sejenis kambing biri-biri.


Raya haji di Mesir memang meriah. Dua tiga hari sebelum raya tu, boleh nampak lembu dan kambing ditambat tepi jalan. dan yang menariknya, diorang sembelih tepi jalan je. Kawan cakap ade je yang sembelih dalam bangunan rumah. Cool tak? haha :)




Cool tak? diorang sembelih tepi jalan jee. tpi ini semua gambar tahun lepas. 

Raya kedua terasa macam raya sikit. Ada merewang dekat hostel MARA. Potong2 daging dan bahan nak masak untuk majlis sambutan hari raya esoknya. waa seronok! tapi tade gambar sebab busy memotong daging. hee :D

kalau kat Malaysia takdenya saya nak pergi majlis merewang sebelum kenduri, mesti mak dengan ayah je yang pergi, anak-anak pergi time makan je. ceh! kalau fikir balik memang tak patut, patutnya anak muda laa yang kena kerja kuat, mak ayah yang rileks pergi makan. tsk tsk! =.=' 

Then raya ketiga barulah terasa raya sepenuhnyaa. Ada rumah terbuka. yeehaaaa makannn!

 biskut arab. even rasa tak sama macam malaysia tapi.. bolehlahhh :)


Kitorang sambut raya dekat atas bumbung je taw. cool tak? sambil ditemani langit yang cerah lagi membiru. romantik gitu. :D

that's all about my Aidiladha. Lepas raya tu, terus busy. tadi baru habis satu exam. minggu depan pulak exam seterusnya. doakan saya ye :)

Till then ^^

3 comments:

aamalinaazman said...

huwaaa
beshnye bceee cite die
walau x penah g sane
tapi cm ade kat sane
hehehehe
dok kat U mane yan kat mesir?
kawan kite ada amik medic kat Mansouro U, heeee..

Ujie Othman said...

suka baca pengalaman yayan..sbb akak takde pengalaman tu kan.

forensik tu mmg subjek wajib ke..atau yayan dah menjurus bidang tu?

Anonymous said...

mimie : saya uni Alex. pernah jugak laa pegi mansoura sekali sebelum ni :)

kak ujie : takde laa. saye bukan amik forensic just kebetulan doktor yang bagi talk tuu pakar forensic sebab tu dia banyak cerita pasal bidang dia. tapi kitorang semua kena amik juga subjek forensic masa tahun 6 nanti :)

saya nak jadi ONG insyaAllah :)