Sunday 1 January 2012

Welcome Welcome 2012.

Assalamualaikum :)

Penuh dekat dashboard pasal tahun baru. Semua tentang duaribuduabelas, azam baru dan sebagainya.
Sebenarnya takde idea sangat pun nak update untuk hari ni tapi tangan gatal jugak nak menaip entry untuk hari yang bertarikh satu Januari duaribuduabelas ni kann.. ecehh menaip dah macam tulis prescription untuk ubat under Dangerous Drug Act dah ni. Terasa cool~ okay, merepek je.

Untuk prescription drugs yang under DDA, contohnya macam morphine yang boleh membawa kepada ketagihan dan bahaya, doktor perlu tulis segala nombor yang ada dalam kertas prescription tuu dengan eja penuh sebab takut nanti kalau tulis dalam bentuk nombor, pesakit boleh tambah kosong kat belakang tuu. Ubat yang sepatutnya diambil 1 tablet je boleh ditambah kosong dibelakang jadi 10 tablet. #FYI

FYI means for your information. #FYI

Hehee. kat sini saya nak share benda yang selalu saya jadikan sebagai pencuci mata di kala kesepian balik dari kelas sorang-sorang, takde peneman semasa berjalan. Introducing...


The blue sky of Alexandria. Pictures taken on 31st December 2011 :)
*Ahh sory laa gambar terbalik. Ini reuploaded punye gambar and since banyak sangat yang kena reupload ive becoming lazier nak betulkan gambar degil macam ni*

Hee well, salah satu benda yang paling saya suka tengok ialah langit. Sebab saya rasa langit sangat cantek. Biru aje dan menenangkan. kann? Korang rasa tak macam tuu?

Sejak kebelakangan ni ada je hal yang buat saya berjalan balik rumah dari university sorang-sorang.  Bila takde orang nak sembang sepanjang jalan, jadi kerja saya observe sekeliling dan terperasan langit dekat Alex sangat biru. Cantek! Okay, maybe langit dekat semua tempat pun cantek (sama je kan kat semua tempat) tapi kat sini takde awan dan bila winter matahari tak terik sangat, so nice je bila pandang ke langit. Cube laa pandang ke langit.

Lagipun saya pernah dengar ade lima perkara yang bila kita pandang akan dapat pahala.
Ibubapa, Kaabah, AlQuran, laut dannnnn.... langit! heee
Sweet kan Allah? Mudah je kita nak dapat pahala. ^^

Okayy, itu je untuk hari ni. Selamat tahun baru u olls! hik hik :)

Dekat sini still satu januari lagi. lagi lima jam nak masuk dua januari. #FYI

4 comments:

نورعيم said...

untungnya yan dapat tgk langit kat sana. mesti perasaan tuh best kan?

Mai said...

selamat tahu baru
waahhh ohsemnya..rasa terpanggil pula hihi :DD

Azlan Strider said...

owh..masksudnya kalau 2bijik doc kena tulis dua(2) ..macam tu ek??hehe..anyway happy january 2012

Regards,
-Strider-

Anonymous said...

yup begitulaa encik azlan hassan :)