Wednesday 13 March 2013

Ikan Emas Saya Yang Comel.

Assalamualaikum :')

Masih dalam miggu study. Ada lagi dua paper tak habis lagi. Selalunya setiap hari saya pergi library university kerana di rumah saya selalu tertarik dengan pelbagai gangguan lain.

Tapi hari ni, saya terasa malas nak pergi library. Semua sebab semalam ada ribut pasir dan panas. Library penuh habuk pasir yang masuk sebab akak library tu dia bukak tingkap so angin bawak pasir masuk library. Sangat tak selesa. Jadi saya decide nak duduk rumah je hari ni. Ingat nak pergi library besar Alex, malas pulak.

Jadi study di rumah ajelah hari ni. Sama ada study di library atau study di rumah, untuk menghilangkan kebosanan saya akan menguyah. Haha minggu study adalah masa yang paling ideal sekali untuk menaikkan berat badan. Menguyah 24 jam.

Atas meja study saya ada aquarium ikan, kecil je. Saya bela ikan emas, comel je mereka ni. Tadi in between study, saya termenung, tengok ikan ikan saya. Diorang ni sangat comel. Mulut buka tutup buka tutup.
Kesian diorang, aquarium ni kecik je, tapi saya letak lima ekor ikan emas dalam tu. Mesti diorang terasa padat duduk dalam tu.

Emm tape ikan, tunggu eh.. nanti saya dah ade duit sikit saya beli aquarium baru yang lebih besar untuk korang. Duit dah habis buat LASIK dan nak beli tiket balik Malaysia.

Tunggu lagi empat bulan eh ikan. Nanti saya beli aquarium baru. Yang siap ada lampu tu untuk korang, tade la korang bergelap lagi malam malam. Nanti nak beli coral hiasan cantik cantik jugak untuk korang. Tunggu ye. Ini azam saya buat hari ni, kumpul duit sikit sikit untuk beli rumah baru ikan. They deserve a better home.

Tu je untuk hari ini. Sekian. Thank you sudi baca :')

3 comments:

نورعيم said...

siap bela ikan emas tu. sy bela perut je hari2. hihi.

Izyan Hamizi said...

aim, lol -_-"

Biha said...

Yan, menguyah pon bolehhh~ :p