Monday 4 February 2013

A Day Trip to Cairo.

Assalamualaikum :)

Semalam, selepas tiga tahun saya turun Kaherah a.k.a nama glamornya adalah Cairo. Fuhh~ lama sudah tak turun Cairo, last time adalah semasa saya tahun 1. Haha walaupun dah tinggal empat tahun di Mesir, tapi kalau bab turun Cairo atau muhafzah lain ni memang saya bagaikan orang baru, memang tak boleh dibuat tour guide la. haha

Jadi semalam saya dan rakan, Ailmiah memulakan our mini adventure to Cairo. Kami ambil train pagi dekat stesen Sidi Gaber pukul 8.26 pagi. Ambil tiket yang murah punya le19. After tiga jam baru sampai stesen Ramsis. Ramsis dah baru, dulu dulu masa first year takdelah cantik sangat lagi.

Ramsis tiga tahun dulu.

Ramsis pada masa kini. eceh. tak dapat nak ambil gambar banyak banyak sangat sebab bateri phone dah nazak.

Jadi, sebelum gerak solat dulu dekat masjid betul betul di hadapan station Ramsis dan kemudian terus ambil tramco ke pesta buku atau dalam bahasa arabnya ialah Maarat Kitaab. Agak besar la book fair ni, katanya the largest in AFrica and Arabs o.o.

First thing first kitorang terus cari bahagian buku second hand. hee, banyak la novel novel murah murah dekat situ, ada yang elok je lagi. Kemudian teruskan berjalan lagi mencari buku buku lain. Fuhh~ penat jugak la kalau nak berjalan sehari je. Banyak jugak duit yang melayang~


The best discount yang dapat adalah dekat publisher Darussalam, banyak jugak dia tolak dari harga asal buku. Target asal saya hanya nak beli Hunger Games series dengan Raheeq Makhtum je sekali terbeli banyak daaa. Azam dalam diri taknak beli buku medic (haha apa punya student medic daaa) tapi terbeli jugak satu Handbook of Clinical Medicine ~tiada dalam gambar, kesian dia di anaktirikan tapi saya terlupa nak ambil dia time nak snap gambar ni haha malas dah nak tangkap lagi sekali.

Kecewa, Hunger Games tade dijual terus dalam set trilogy kalau tak boleh dapat murah sikit. Nak beli the last book Mockingjay sekali tapi hanya ada hard cover dan mahal sikit so hold dulu leww.

Okay, after penat jalan jalan dekat Maarat tu kitorang pun dah penat and now it's time to eat. Dua dua dah tak berapa larat nak jalan. After that, ambil teksi bermeter ke stesen metro El-Demerdesh dan ambil metro ke stesen Maadi, untuk pergi ke... 

NOLA cupcakes!

Dan beli lots of cupcakes! Nyum nyum..


Bite size cupcakes le30 untuk 7 cupcakes. Beli ni sebab just nak rasa Yogurt Raspberries & Marble and Macaroon tu, sebab yang besar dah habis.


Range harga lebih kurang le10 untuk setiap satu cupcakes. Tak rasa semua lagi tapi serius setakat ni semua sedap sedap belaka. Selamat benda ni jauh nak beli kalau tak memang habis la duit saya selalu. 

Dah dapat buku and cupcakes banyak banyak so masa untuk pulang. haha. memang penat habis la semalam, dalam train pulang tidur je sepanjang masa. 

Itulah the end of my trip to Cairo. lol. Duduk Mesir lama dah, still rasa bangga dengan diri sendiri dapat travel cairo sendiri sendiri lol. Padahal orang lain, Cairo tu tutup mata je boleh travel.

Haha itu je untuk hari ni. Thank you u olls :)

6 comments:

Luqman Zakaria said...

wah seronok bc..cupcakes nampak sedap pulak tuh,,

Luqman Zakaria said...

wah seronok bc..cupcakes nampak sedap pulak tuh,,

Ujie Othman said...

Mesti diskaun byk kan..tak mcm kat m'sia.

Cupcakes tu mmg nmpk sdp la yayan.

Izan Ishak said...

salam kenal izyan... terima kasih singgah sudi singgah blog k.izan ye.

bestnya dpt beli buku2 yg best kat situ. tapi kan...kapkek tu menggoda betullah!

نورعيم said...

saya ade kwn dekat cairo yan. budak medic jgk

nnti yan bwk sy jalan2 kak sane ye hihi *angan2

Izyan Hamizi said...

aim : of course.. datang datang, kite sangat mengalu-alukannya. boleh stay rumah saya :P