Wednesday, 15 June 2011

Gerhana Bulan.

Assalamualaikum :)

Malam tadi, macam semua orang pun tahu ada gerhana bulan penuh.


Jadinyaa, kami housemates pergilah tepi pantai untuk tengok :)
It's quite refreshing duduk-duduk tepi pantai.

mula-mula, tak boleh tengok bulan pun sebab dihalang bangunan yang tinggi-tinggi.
nampak tak bangunan2 tinggi arab kat belakang tuu.

jadinya, kami pun jalan-jalan untuk cari tempat yang boleh tengok bulan.
so, sambil-sambil tuu.. snap, snap!

then sambil jalan-jalan tepi pantai tuu, sembang-sembang kasi tazkirah.
Ibah cakap, sambil tengok laut yang gelap, kalau dekat dasar lagi bertambah-tambah gelap kat bawah tu. Allah pernah berfirman, yang macam tu jugaklahh hati manusia yang gelap, lebih gelap lagi dari dasar lautan.

Nauzubillah, jangan biarkan hati kita jadi segelap itu.

"Sesungguhnya dalam jasad itu ada segumpal daging. Apanila ia baik, maka baiklah seluruh jasad. Tetapi, apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah, itu ialah hati"
-Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

"Sesunnguhnya Allah tidak memandang pada jasad dan rupa bentuk kamu, tidak kepada keturunan dan harta kekayaan kamu, sebaliknya Allah memandang hati kamu. Sesiapa memiliki hati suci bersih, nescaya Allah amat mencintai orang itu. Ketahuilah! Wahai anak Adam orang yang paling dicintai Allah adalah orang yang bertakwa di kalangan kamu"
-Hadis Riwayat Muslim dan Tabrani.

Bukan senang nak jaga hati. Bukan senang nak ikhlaskan hati.

"Siapa memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, menikah kerana Allah, maka sempurnalah imannya."
-Riwayat Abu Daud

macam yang dipromote dalam majlis MRU baru-baru ni, Saya sayang kamu kerana Allah.

Apa yang aku faham, semua ni maksudnya kita lakukan semua perkara demi mencari keredhaan Allah.
Sama-sama tegur kalau buat salah, sama-sama nasihat ke arah kebaikan insyaAllah :)

Amir Kimi (ex-ketua batch kitorang) pernah pesan,
jangan dikejar sangat excellent tuu, nanti frust menonggeng bila tak dapat, tapi kejarlah ilmu Allah tu so that kita dapat jadi doktor yang bagus nanti.


Ok, lebih kurang macam tu laa dia punya status fb kot. meaning kat sini, jangan hanya belajar sebab exam, tapi belajar sebab nakkan ilmu Allah.
*note to self*


Rasulullah sentiasa berdoa kepada Allah,
"Ya Allah! Ya Tuhanku! Yang membolak-balikkan hati! tetapkanlah hatiku di atas landasan agama-Mu"

ada orang arab main layang-layang kat belakang tu.

then, at last jumpa juga spot baik punya :)

nampak laa bulan kat tepi bangunan tuu.

so sambil2 menunggu proses gerhana yang lama mereka punn,

snap, snap! dulu.. then...


study! haha ni semua sebab exam nak dekat punya pasal ;p
bagus betul housemates aku nihh.

then ada laa budak-budak arab kecik-kecik yang jakun sikit tengok tourist datang sibuk2.

haha kitorang layan je laa budak-budak ni.
trend budak-budak arab kalau jumpe Malizi, mesti tak habis-habis cakap, "ni hao! ni hao!"
aiyoo budak kecik, kitorang bukan from China laa. ade nampak kulit putih, mata sepet ke?
tapi, layan je laa budak2 ni, mood tengah baik.

and at last, Gerhana Bulan. Subhanallah :)

Aku tak tahu sangat pasal gerhana ni, so jalan-jalan dekat Fb ada laa diorang kongsi-kongsi.

*shared by Ibah,

"Dan Dialah yang menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing beredar pada garis edarnya"
-Al-Anbiya' : 33


*shared by Diyana,

"Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah. Tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematian seseorang dan tidak pula kelahirannya. Maka apabila kamu melihat gerhana maka bersolatlah dan berdoalah sehingga kembali terang (hilang gerhana)"
-Hadis Riwayat Muslim.

Ok, till then :)

*p/s : exam minggu depan. doakan Allah mudahkan urusan kami dan supaya kami rajin-rajin belajar. jangan malas-malas :)


4 comments:

Amanina said...

all the best yan :D makin cute laa hihi

HANIE - FARA - AEN said...

waaaaaaaaaa, sampai aty xajak kami!!!! :'(

nuruzuaz said...

okey.... dah nampak gerhananya.... boleh tk zana amik gmbr wktu ptg, entah manalah gerhana tu... sob sob sob, terlepas.... thanks yayan sbb uplaoad gmbr gerhana tu... and thanks sbb sharing juga....^^

Izyan Khalidah said...

hanis : thank you :)

hanie : heee sory hani. diorg plan tibe2 je after solat mgrb sbb tu kott tak terajak :p

zana : petang ada bulan ke syg? ape2pun u re welcome dearie :D