Sunday 14 October 2012

New Chapter : Clinical Years!

Assalamualaikum and hello and haaaaiiiiii! :D

Long time no see guys! *sambil sebelah tangan wave gaya model and sebelah lagi menyapu segala habuk dan sawang dalam blog ni* 



Tiga bulan telah pun berlalu selepas post yang lepas. Ha. Last post adalah tentang puasa, tapi kini setelah raya pun telahpun lama berlalu, saya kembali ingin merancakkan arena perblogan ini. Hah, merepek memang nombor satu kann!

Cuti musim panas hampir tiga bulan dah pun habis. Bila duduk dekat rumah, mood untuk online terus hilang ditiup angin, banyak benda yang nak dikongsi bersama tapi malangnya jari jemari gemalai ini terasa terlalu berat sekali untuk menaip. Lalu terkubur begitu saja cerita cerita menarik sepanjang cuti.

Cuti kali ni terasa sekejap je, tup tup dah habis. Yelah sepanjang cuti, masa dihabiskan dengan berfaedah sekali.

Antaranya ialah mengikut mak ayah pergi ke pasar, sekali dua tolong ibu mengcangkul tanah di luar rumah untuk aktiviti bercucuk tanam, setiap pagi keluar makan roti canai atau nasi lemak dekat gerai, kadang-kadang pergi ke Mydin beli barang adik nak ke asrama, setiap seminggu atau dua minggu pergi ke Tapah melawat adik yang sedang menjalani kehidupan di asramanya, kadang-kadang bangun pagi memandikan Ziyad yang nak ke sekolah, tengah hari pula menyambut beliau pulang, suap makan dan memandikan beliau lantas menidurkan beliau. Ditambah pula dengan aktiviti belajar memandu. Tak lupa makan yang sudah pasti lebih daripada empat kali sehari. Haha sibuk tak cuti saya? Tu yang tak sempat nak update blog tuuuuuuu ^.*

Oh, kalau amda tidak mengenali Ziyad, beliau adalah anak saudara saya yang berumur 4 tahun. Lihat gambar di bawah.

Ziyad muka bangga bercampur gembira. Bangga kerana berjaya menulis nombor 18, gembira pula kerana dapat sticker Boboboi.

Hee btw saya dah dapat lesen P! Walaupun roundabout sekolah memandu pecah dilanggar lantas menyebabkan kereta cikgu sekolah tersebut kemek, tapi akhirnya saya berjaya jugak dapat lesen P. Alhamdulillah :)

Phewww, seminggu sudah saya dah balik Mesir balik huhuuu T.T dan pagi tadi bermulalah babak pertama hidup saya sebagai pelajar klinikal perubatan. Saya dah masuk tahun empat oooo.. Pejam celik pejam celik, terasa macam baru je beberapa hari lepas sampai mesir dengan muka fresh nak timba ilmu, melayan serta melawan kerenah Arab Mesir, tup tup dah nak masuk tahun keempat saya kat sini. Whewwww, cepat kann masa berlalu?

Lagi tiga tahun, anda-anda semua yang baca blog ni haruslah memanggil saya Dr Izyan tau. InsyaAllah kalau ada rezeki saya, amin. Cepat cepat semua orang aminkan sekali :) Terima kasih!

Ha, pagi tadi saya mula sem ni dengan round Ophthalmology (okay, saya masih fail nak eja dengan tepat istilah ophthalmology nih, setiap kali nak eja mesti kena rujuk buku ataupun dictionary =.=') Basically ophthalmology ni kita akan belajar pasal mata.

Haha nak jugak kan tunjuk stethoscope baru beli, walaupun round ophthal tade pun guna stethoscope. Saya saje nak tunjuk saya dah ada stethoscope sendiri oooo.. haha

Emm clinical years nampak macam tough but insyaAllah I'll do my best. Doakan saya!

Thanks for reading :)

5 comments:

MéuzAngelo™ XXIII said...

adik aku kalau dapat sticker memang habes la segala perabot kat rumah tu.. haha [jom join segmen gulai tempoyak ikan patin. senang giler!]

Ujie Othman said...

kalau time cuti layan blog, terlepas pulak nk habiskn masa dgn family.

tahniah dah ada lesen P! akak dulu pun amik time cuti sem. U.

akak nak request yayan jadi pakar sakit puan boleh tak? sikit sgt skrg ni, susah nak buat rawatan sakit puan.

Izyan Hamizi said...

insyaAllah kak ujie. hee memang itu cite2 saya :)

نورعيم said...

yannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn. haha. akhirnya yan update jgk blog!

tahun 4 eh? ok, dah igt dah. haha.

sy pn tgh buat lesen ni tp tak test jpj pun lg. hee.

nuun said...

Yan memang suka merepek. Hari hari dia merepek. haha! Jkjk. Yannnnn~ All the best clinical year! Charaebwa~ ^^
Less than three. <3