Monday, 15 October 2012

La Tahzan.

Assalamualaikum and hello :)
"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfudz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah"
Al-Hadid : 22
"...boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu; Allah mengetahui sedang kamu tidak tahu"
Al-Baqarah : 216

Himnae saeyo! :)
Maksudnya, be strong. Yes, it is easier said than done.
Tapi saya percaya, ujian tu datang sebab kita boleh nak laluinya, kan Allah cakap Dia takkan bebankan hamba-hamba Dia dengan sesuatu yang kita tak boleh nak hadapi. Awak dapat sesuatu ujian tu sebab awak lagi kuat, awak boleh nak lalui semua tu. Jadi jangan hilang keyakinan tu.

Banyak mata terbelalak, 
sementara yang lainnya terpejam.
Di dunia nyata sesuatu boleh ada, boleh juga tiada.
maka lemparkan sekuat tenaga kesedihan hatimu
sebab kesedihanmu hanya akan membuatmu menjadi gila
Sesungguhhnya Tuhanmu telah menyiapkan apa yang kau perlukan esok hari
dan kau akan menjumpai kecukupan itu
ketika kau menjalaninya

biarlah segala sesuatu
mengalir seirama taqdir
jangan sekali-kali kau tidur
kecuali tetap waspada
Saat kau kerdipkan matamu kau akan tercengang
tenyata Allah telah mengubah keadaan

-La Tahzan, Jangan Bersedih Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemudahan

:)

1 comment:

Noraim said...

Awat sdih yan? meh stroy mory kat sy.