Sunday 6 May 2012

Rant & Rave.

Assalamualaikum and hello all.

Apa khabar semua? Long time no see :)

Lima jam yang lepas, saya dah selesai menduduki peperiksaan modul sistem pencernaan (baca : Gastrointestinal Module). And, it was a disaster. heh. Peperiksaan tadi adalah yang paling meresah menggelisahkan yang saya pernah duduki :(

Secara jujurnya cakap, saya tak pernah rasa macam tadi. Kalau sebelum sebelum ni, walaupun susah mcam mana pun exam tuu, jauh di sudut hati saya, saya tahu yang saya boleh, hmm boleh lepas. Tapi tadi... T.T

Untungla bagi saya sebab peperiksaan tadi hanya ambil 20% daripada keseluruhan markah untuk semester ni. phewww... Kalau laa yang tadi tu final.. mati wa cakap lu. Sebenarnya soalan dia takdelaa susah mana pun sebenarnye. Fakta, kalau baca dan study elok-elok insyaAllah dapat jawab punya. tapi, tulah KALAU BACA!

Masalahnya, apa yang saya baca dan tumpukan tak keluar sangat. Apa yang saya tak baca pulak banyak keluar. Tulah, lain kali exam baca buku sampai habis, jangan nak main spot spot ikut nasib je. Adoii~
Apa yang saya baca pun bercelaru dalam kepala otak. Tadi dah gelabah sangat tiba-tiba semua maklumat dalam kepala bercelaru, bercampur aduk. Tak tahu dah, ubat ni untuk sakit ape, nerve ni supply apa, parasit ni dia buat penyakit apa, nama cacing-cacing dan protozoa-protozoa tu semua bercampur aduk.

Bila habis je exam tadi, saya terus capai handphone, mesej mak, mengadu betapa susahnya exam, tak boleh jawab. Mak balas, cakap, "Takpe, jangan panik, Kakteh dah usaha tawakal dan banyakkan berdoa"

Saya rasa relief, ingin bertawakal kepada Allah. Tapi sebenarnya, jauh di sudut hati, rasa malu, nak bertawakal sedangkan usaha saya tak adalah sekuat mana.Teringat ayat seorang kawan di Twitter, "Rasa macam fake giler sebagai hamba, tak malu tak habes baca tapi mintak dekat Allah bagi lulus" kedebushhhh! terasa tertampar, tertumbuk batang hidung sendiri mendengar ayat tu T.T

Selain rasa malu dengan Allah, rasa malu dengan mak jugak. Usaha saya takde la sekuat mana pun, tapi mak percaya yang anak dia dah berusaha sehabis mungkin sedangkan saya tahu diri saya sendiri culas dalam usaha, rebah dengan desakan hawa nafsu sendiri, yang suruh tidur, suruh tengok youtube, suruh tengok movie, suruh malas belajar, dan saya ikut je kata-kata nafsu tersebut. Minta maaf mak ayah :(

So, Izyan Khalidah, sila usaha sehabis baik lepas ni ye! Jangan menangis tak berlagu pulak bila dapat result nanti. Do your best for final. Aja Aja Fighting! >.<

Okay tu je. rant and rave saya hari ni.

Thank you kepada sesiapa yang sudi baca.

4 comments:

Ujie Othman said...

izyan khalidah..sedap nama yayan!

patut la menyepi, exam ya.
moga berjalan lancar. ^_^

Hur Ain said...

Sama la Yan apa yang kita fikir,selalunye usaha tak banyak mana,malu sungguh nak bertawakal dengan Allah.

Kita doakan yan lulus dengan baik exam Gastro tu :) InsyaAllah

Anonymous said...

thank u kak ujie & hur :)

نورعيم said...

takpe yan. ni bukan final lagi kan? nnti next exam boleh usaha lagi. chayok!!! :)