Sunday, 20 May 2012

Osteoporosis.

Assalamualaikum :)

Hari ni nak cerita tentang osteoporosis. Saya rasa ramai yang tahu kan apa itu osteoporosis. Mungkin selalu tengok dalam tv terutamanya iklan nak jual susu anmum. :p

Osteoporosis ni nama dia diambil daripada osteo yang bermaksud tulang dan porous maksudnya kosong. Jadinya osteoporosis adalah tulang yang menjadi kosong.

Kiri adalah tulang yang normal manakala sebelah kanan adalah tulang yang osteoporosis.

Osteoporosis akan membuatkan tulang kita mudah retak dan patah. then, boleh jugak menyebabkan kita jadi lebih pendek sebab dia akan effect tulang belakang :(

Osteoporosis lebih banyak terjadi pada kaum wanita terutamanya pada wanita yang dah menopause. Sebabnya, sebelum menopause kita ada satu hormon yang bernama estrogen yang akan protect tulang kita ni.

Tulang adalah satu jenis organ dalam badan yang mempunyai sifat dynamic tissue, maksudnya tulang kita pada hari ni tak sama dengan tulang yang setahun sebelum ni. Tulang sentiasa melalui proses yang dipanggil bone remodelling, tulang lama akan dibuang dan diganti dengan tulang baru. That's why doktor suruh minum susu banyak banyak nak membantu proses penggantian tulang kita.

Kenapa osteoporosis banyak terjadi pada orang yang berumur? Kalau lelaki dalam umur 80++ gitu, perempuan pulak selepas menopause dalam umur 50++.

Setiap tahun, proses nak mengganti tulang tulang lama yang dibuang tu akan berkurangan sebanyak purata 0.7%. Jadi setiap tahun density tulang kita akan berkurangan. Sebab tu semakin kita tua semakin kurang density tulang kita dan semakin fragile tulang kita.

Tapi ada cara untuk kita melambatkan proses osteoporosis ni. Terutamanya bagi orang-orang yang berumur 20-an. Sebabnya, kita akan mencapai maximum bone density (tahap di mana tulang kita paling kuat) adalah pada masa umur kita 20an. Sebagai contoh, kalau maximum bone density si A adalah 99% masa umur 30 dibandingkan dengan si B yang maximum bone density dia adalah 80% masa umur 30. Korang rasa sapa yang akan kena osteoporosis dulu?

Jadi, kepada yang berumur 20-an dan jugak remaja-remaja sekalian, jagalah tulang anda sebaik-baiknya sekarang untuk mengelakkan merana masa tua nanti. kepada yang dah berumur pulak, masih tak terlambat untuk jaga tulang anda bermula dari sekarang :)

Ada dua rahsia untuk menjadikan tulang kita kuat. Pertama adalah diet dan seterusnya dengan bersenam.

Diet dekat sini adalah bermaksud untuk pastikan sumber calcium dalam makanan kita sentiasa mencukupi. Rahsianya adalah minum susu! Jangan ingat budak kecik je tau yang kena minum susu sebelum tidur. Tapi kepada yang tak minum susu boleh laa gunakan yogurt dan cheese sebagai pengganti.
Kalau nak source lain pulak, ni saya copykan daripada page Medlineplus ni untuk korang.
"Green leafy vegetables such as broccoli, collards, kale, mustard greens, turnip greens, and bok choy or Chinese cabbage are good sources of calcium.
Other sources of calcium that can help meet your body's calcium needs:
  • Salmon and sardines canned with their soft bones
  • Almonds, Brazil nuts, sunflower seeds, tahini, and dried beans
  • Blackstrap molasses
Calcium is added to several food products, such as orange juice, soy milk, tofu, ready-to-eat cerals, and breads. These are a very good source of calcium for persons who do not eat a lot of dairy products or who are on a vegan diet.
Ways to make sure you receive or absorb the calcium in your diet:
  • Cook foods in a small amount of water for the shortest possible time to keep more calcium in the foods you eat.
  • Be careful about what you eat with calcium-rich foods. Certain fibers, such as wheat bran and foods with oxalic acid (spinach and rhubarb) can bind with calcium and prevent it from being absorbed."

Selain dalam diet, kita kena jugak sentiasa bersenam. Senaman akan meningkatkan bone density and mass, terutama sekali angkat berat. Bersenam bukan sahaja dapat menguatkan tulang tapi dapat mencergaskan badan dan minda juga. 

Kesimpulannya, mari kita amalkan gaya hidup sihat!

6 comments:

hazlin nazri said...

info menarik sebab 'aunty' pernah rasa sakit lutut disebabkan kurang kalsium..

Yayan. said...

aunty ke? akak lagi rasenye :)

Ujie said...

minum susu apa2 pun boleh kan dr. yayan?

akak tak minum anlene, tapi minum fresh milk / susu kambing yg dlm peket tu (tepung).

Azlan Strider said...

thanks 4 sharing..sy nie dah laa jenis tak suka minum susu..kalau teh ais tu suka laa..hehehe..tapi sbb sy aktif sukan kawan2 kadang suh amik gak benda2 yang mengandungi kalsium sebab takut kalau injured nanti lmbat baik..hehehehe...

Regards,
-Strider-

Yayan. said...

kak ujie : boleh je. ape jenis susu pun sumber calcium juga :)

strider : sama2... aah tak semestinya susu, sayur2 hijau, yogurt pun ada calcium jugak :D

Ujie said...

ok, asalkan kalsium.
thanks!