Tuesday 22 May 2012

Cacings~

Asslamualaikum and hello all..

Alhamdulillah, saya dah book tiket untuk balik Malaysia.. yeay >.< tinggal nak bayar je petang ni. Cuti dua bulan setengah ooo.. haa heaven, cuti kali ni paling lama kalau dibandingkan dengan masa tahun satu dan dua.. yeayy lagi sekali :D

Kelas hari ni habis dalam pukul 12 tengah hari, keluar je daripada bangunan universiti, terus terasa bahang yang extreme. Oh no, summer sudah datanggg :(

Hari ni nak cerita tentang makhluk Tuhan yang paling seksi.. eh bukan bukan, makhluk Tuhan yang selalu kita dengar time kecik kecik dulu which is... CACING!


Disebabkan semester kali ni saya belajar mengenai sistem pencernaan (omputeh dia sebut Gastrointestinal/Digestive System) jadi banyak laa cacing-cacing serta sepupu sepapat mereka yang saya kenali.

 Salasilah keluarga mereka.

Cacing ni nama glamor dia adalah Helminth. Anak anak dibawah kategori helminth ni pun nama diorang power power, kalah nama moden orang zaman sekarang. Antara tiga nama favorite saya adalah schistosoma mansoni (rasa macam ada ciri kemelayuan), hyemenolepis nana (rasa macam comel) dan loa loa (yang ni lagi comel nama dia). Ah, lagi satu yang menarik adalah Heterophyes heterophyes. ahaa, best kan nama dia? kita mana ada macam tu, nanti boleh laa nak bagi nama anak doublekan nama tu, Izyan Izyan.. takpun Khalidah khalidah >.<

Kalau dengar je ada budak kena cacing, mesti first thing dalam kepala cacing tu ada dalam perut ataupun intestine (usus) kan? tapi sebenarnya cacing cacing ni boleh jalan jalan buat lawatan dalam badan kita ke mana mana je. Diorang boleh pergi ke otak, mata, hati, spleen, bawah kulit dan sebagainya. Mari kita explore serba sedikit tentang makhluk kecik menjalar ni.

Enterobius vermicularis (pinworm).


Nama lain bagi enterobius adalah pinworm sebab bahagian hujung belakangnya (posterior end) bentuknya seakan akan macam pin. Kecik je si enterobius ni, adalah dalam, 8-13 mm saiz dia.

Sape time dulu kecik kecik pernah gatal gatal punggung time malam malam? sila angkat tangan. Kepada yang segan segan nak angkat tangan tu, jangan malu jangan segan mengaku je. Sebabnya kebanyakan budak budak memang pernah kena gatal gatal punggung sebab si enterobius ni. *saya dulu pun pernah kena jugak, mak la yang cakap, saya tak ingat*. Enterobius ni adalah cacing yang paling banyak dijangkiti manusia seluruh dunia.

Nak diagnose cacing ni senang je, kalau mengadu dekat doktor yang anak gatal gatal punggung (perianal itching) insyaAllah doktor akan suspek cacing. Then, ibu ibu jugak boleh cek sendiri dengan tengok punggung anak time malam malam.

Si enterobius yang betina ni selalunya dia akan merangkak rangkak menjalar keluar dari lubang pungung pada waktu malam untuk bertelur di sekelilingnya. Gatal gatal ni nama glamor dia adalah perianal itching. Disebabkan pergerakan enterobius ni laa yang akan menyebabkan gatal gatal tersebut.

Selalunya bila seorang dalam keluarga tu dah kena infect dengan enterobius, seluruh ahli keluarga turut terlibat jua. Disebabkan berkongsi katil dan pakaian dalam, so telur ataupun enterobius tu sendiri boleh jatuh dan masuk badan orang lain pulak.

So kenalah basuh dan tukar cadar selalu. Selain jangan bagi anak anak biasakan gigit kuku. Yelah kan, main kotor-kotor kat tanah, garu garu punggung pastu gigit kuku, masuk mulut. Nanti bertambah tambah cacing dalam perut tu.

Ascaris Lumbricoides (roundworm).



Ascaris adalah cacing kedua terbanyak dijangkiti manusia. Mudah je nak cam ascaris ni, warna putih putih dan panjang dia dalam 20-40 cm.

Manusia boleh dijangkiti dengan ascaris ni bila kita termakan telur si ascaris (fully mature eggs containing second stage rhabditiform larvae) yang selalu berada dekat tanah.

Ascaris boleh menyebabkan allergy (due to their metabolites), bagi penyakit pada hati, paru-paru (eosinophilic infiltration & granulomatous reaction in acute phase and later fibrosis) dan sebagainya. Bila ascaris ni terlalu banyak dalam badan manusia, diorang boleh menyebabkan obstruction kepada gall bladder, effect pancreas (obstruction of ampulla of vater) dan appendix. Selain itu, ascaris jugak menggangu nutrisi si pesakit. Akan menyebabkan malnutrition and vitamin A & C deficiency. 
Ascaris lumbricoides dalam usus.

Taenia solium & Taenia saginata.

Dua ekor species cacing ni tempat tinggalnya adalah dalam usus kecil manusia. Mereka ada kepala (nama glamor scolex) yang dilengkapi dengan alat (saginata : four hemispherical suckers, solium : rostellum armed with double rows of hooks) nak attachkan diri diorang dekat dinding usus manusia.

Scolex of taenia.

Taenia boleh mengjangkiti manusia bila makan daging lembu (taenia saginata) atau khinzir (taenia solium) yang ada mengandungi cysticerci od taenia secara mentah atau yang tak cukup masak.

Diphylobothrium latum.

Ini adalah antara cacing yang sangattt panjang. Panjang dia boleh hingga mencecah 10 meter oooo.. 

Manusia boleh dijangkiti dengan Diphylobothrium latum dengan makan ikan yang ada larva (plerocercoid larvae) yang dimakan secara mentah ataupun separuh masak.

Dracunculus Medinensis.

Nama Dracubculus ni bermaksud little dragon dalam bahasa latin.

Apa yang saya rasa menarik tapi dalam masa yang sama eww pada dracunculus ni adalah sebab dracunculus akan buat blister dekat kulit manusia, terutamanya bahagian kaki. Bila si pesakit masuk ke dalam air, blister tadi akan pecah dan si dracunculus akan keluarkan kepalanya sahaja untuk keluarkan larva daripada badan dia. Waaa dan ewww kann?


Siap boleh amik lidi tarik keluar lagi. hehe

Loa loa (African eye worm)

loa loa ni dikenali juga sebagai African eye worm sebabnya mereka sering dijumpai di africa dan boleh jumpa kadang kadang loa loa ni dalam mata pesakit.

Kadang kadang boleh tengok si loa loa ni lintas lalu dekat atas batang hidung pesakit tu. Nak jalan pergi mata lagi satu laa kot. Cool kan?

Okay tu je serba sedikit tentang makhluk kecil menjalar yang bernama cacing ni. Kunci utama nak mengelakkan jangkitan cacing-cacing tersebut adalah dengan kawal lalat dan nyamuk, basuh dan masak makanan tak kira daging atau sayur elok elok, jangan main tanah tak pakai kasut dan yang paling penting sekali jaga kebersihan.

Dan bawa anak anak pergi klinik untuk ambil ubat cacing setiap enam bulan. Yelah kan, kadang-kadang budak budak ni main main tanah tak basuh tangan lepas tu pergi makan pulak. Tu yang boleh kena cacing tuu.

Ada certain certain cacing yang saya cerita di atas takde kat malaysia pun. InsyaAllah Loa loa, Dracunculus & Diphylobothrium takde kat malaysia. :)

Okay tu je. till then..

3 comments:

Ujie Othman said...

adui..akak takleh nak baca semua..geli beno tengok gambar cacing la yayan. Scroll terus ke bwh..tapi dptla info jugak.

*seronoknya rasa nak balik jumpa family kan..slmt kembali yayan!

Izyan Hamizi said...

hehe akak tu pun saya dah tapis gambar gambar ambil yang kurang scary je :D

thank u kak.. saya mmg tak sabar nak balik malaysia dah ni >.<

Izyan Hamizi said...
This comment has been removed by the author.