Saturday, 27 March 2010

WatchingMiracleOfLife.

Memang impian saya dari kecik lagi nak ambil pakar dalam Gynaecology & Obstetric. Jadi, waktu pergi hospital hari tu, sangat bersemangat sekali mulanye. Siap ajak Fatin balik lambat nak tunggu tengok banyak2 orang bersalin. Bile sampai kami pergi ke ground floor dulu tapi takde lagi ibu yang nak melahirkan so kami gerak ke 2nd floor untuk tengok Caesarean Section dulu. The first Caesarean, saya tak tengok betol2 sangat sebab masuk lambat la, pastu nak tengok pon kena jengket2. Yang ni ectopic pregnancy meaning the embryo delevop outside uterus. After the doctors berjaya keluarkan embryo tu, kami pon gerak ke bilik lagi satu. Ibu yang nak hadapi caesar ni amat cuak,, nangis2 die. Kali ni, saya dapat seat VIP ahaa meaning dengan semangatnye berdiri kat depan sekali. So, saya pon concentrate dengan semangatnya the procedure. Tengok doktor tu cutting the 1st layer, OK lagi. then banyak lagi layer2 bawah tu. Tibe2 rase flow darah dalam badan tak betol. to make it worst dengan bau darah+ubat+hospital membuatkan saya rase semacam dah. Tengok lagi doktor buat kerja dia and then, OK i had enough. Saya terus ke belakang dan mancangkung kat belakang sambil pegang kepala, tutup mata nak tenangkan diri. Then someone datang, "Yan, muke pucat kenapa? ko OK tak ni?." Then, saya fikir, haa pucat? ahh,, sebelum ni tengok surgery dalam tv ok je but in real life it is totally different. Ini buatkan saya fikir balik, macam mana nak hadapi karier as a doktor nanti. Hmmm,, tak lama lepas tu, a baby girl pon selamat dikeluarkan. Alhamdulillah. Lepas tu, doktor keluarkan the uterus untuk cuci then nak jahit balik. Si ibu mengerang2. memang dia dibius. Assistant tu cakap, she cant feel the pain but she can feel the pressure waktu doktor tengah buat kerja tu. Then, kami gerak ke ground floor balik untuk tengok normal delivery pulak. tak perlu tunggu lame, sorang ibu dah selamt melahirkan dan sorang lagi yang dah ready nak bersalin. Watching the normal delivery Alhamdulillah i can deal with it unlike the Caesarean. Kami berpeluang dengar heartbeat of a baby, waktu tu saya rasa macam seronok sangat and cant wait to be a doctor. Perasaan ragu2 waktu tegok caesar tadi hilang dan saya sedar yang saya kena usaha betol2 untuk capai impian ni. Jangan rase ragu2 just sebab pucat tegok orang bedah..haha:D

Bile tengok orang bersalin hari tu dibidankan oleh doktor lelaki, tibe2 teringat Ustaz Firdaus. Minggu lepas pergi ziarah isteri dan anak ustaz yang baru lahir, Fatehah al-Munawarah nama diberi.
hehe comel x? kami ngan fatehah.

Waktu tengah makan2 tu, ustaz pon cerita macam mane Kak Ieqa (isteri ustaz) bersalin. Dari gaya ustaz cerita tu, nampak sangat dia sangat tegas menjaga maruah isteri dia. Ustaz cakap orang sekarang ambil mudah guna doktor lelaki untuk bersalin dengan alasan darurat. Jadi, si suami kenalah mainkan peranan. Cuba sedaya upaya untuk cari doktor perempuan. Susunan doktor atau jururawat untuk merawat adalah seperti berikut:
  1. Doktor Wanita Muslimah
  2. Doktor Wanita Kafir
  3. Doktor Lelaki Muslim
  4. Doktor Lelaki Kafir
Tapi dalam realiti sekarang pakar wanita dalam bidang ni terhad. Mungkin kalau orang berduit boleh cari alternatif lain dengan guna perkhidmatan hospital swasta dan sebagainya. Sebab tulah, ada sesetengah ulama berpendapat menjadi fardu ain bagi muslimah yang layak dan berkemampuan untuk melibatkan diri dalam bidang ni. Tapi kalau takde juga, syarat2 doktor lelaki yang mesti dituruti:
  • Doktor mestilah bertaqwa, amanah, adil (menjauhi dosa besar dan kecil), mempunyai ilmu dan kemahiran serta komited dalam tugas.
  • Tiade doktor wanita lain yang dapat ambil alih tugasnya sama ada kerana ilmu atau pengkhususannya
  • Pada masa proses rawatan atau pemeriksaan, mestilah hadir bersama mahramnya atau suaminya ataupun wanita lain yang dipercayai (sekurang-kurangnya seorang jururawat wanita)
  • Janganlah dirawati oleh seorang doktor lelaki kafir sedangkan masih kedapatan seorang doktor muslim
(Sumber: Buku Seminar Perubatan kali ke2, Kelahiran & Kematian)

Saje nak berkongsi ilmu dan pengalaman..:) Wallahualam.

3 comments:

Hur Ain~ said...

yan....dun worry...nnti lelama..mesti semangat nk selmatkan orng tu lgi kuat dri dizzyness biler tngok drah~ ^^

IzyanKhalidah said...

ehehe thanks hur..insyaAllah mudah2an..:D

mya said...

perkongsian berguna ;)

serononya dh boleh g hospital tgk pesakit..
xD
sgt beruntung..