Saturday, 27 March 2010

SayaSayangMakAyah.

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: 14)

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati agar kamu bersyukur" (Surah an-Nahl: 78)

Setiap kelahiran membawa seribu satu erti yang cukup besar. Dan semalam Alhamdulillah saya dapat menyaksikan antara salah satu keajaiban di dunia. Melihat ibu2 di Hospital Syatbi bertarung nyawa melahirkan itu membuatkan saya memikirkan penderitaan ibu sendiri sewaktu melahirkan saya 18 tahun yang lalu. Ya Allah, betapa berdosanya saya sebagai seorang anak selalu melawan cakap mak. Kadang-kadang, kita selalu fikir leteran ibu annoying. Bila mak suruh bangun pagi, rase geram. Mak suruh buat kerja sikit dah mula nak merungut2. Walaupun still buat ape yang mak suruh tapi kadang2 hati tak ikhlas. Rasa sebak bile fikir adekah kite boleh membalas jasa serta kasih sayang mak dan ayah.?

Wahai anak, kalian mungkin lebih bijak daripada ibu bapa, tetapi kalian tidak mungkin mengatasi kasih sayang seorang ibu dan bapa. Kalian hanya mampu mengasihi mereka selepas kamu bijak tetapi mereka mengasihi kamu sebelum kamu lahir. (Saifulislam.com)

Bile menulis entry yang sebegini air mata mula meleleh2. ahh, serius rindu sangat2 dekat rumah. Buat tak sabar je nak balik Malaysia. Just be strong! Tinggal berapa bulan aje lagi eh.

No comments: