Friday 5 June 2015

Memori Umur 4 Tahun

Assalamualaikum wbt :)

Ada satu fasa dalam keluarga saya di mana kami selalu beli majalah Mastika.
Semua kisah dalam Mastika, bagi saya seronok untuk dibaca tapi tak pernah terlintas dekat fikiran ianya akan jadi dekat diri sendiri atau orang-orang yang dekat dengan saya.

Semua orang tahu kan macam mana genre cerita yang selalu ditulis dalam Mastika.

Saya tak tahu kenapa tetiba post ni intro dia mengenai Mastika.

Ada satu petang tu, kawan saya bercerita mengenai jirannya yang disorok bunian, gadis yang berumur lewat belasan tahun, disorok bunian selama 3 bulan. Bila gadis tersebut dihantar balik, dia menceritakan macam mana gambaran dunia bunian yang dilihatnya.
Kawan saya cakap dia tak tahu sama ada nak percaya atau tidak.

Salah satu perkara yang dikongsi gadis tersebut adalah, makhluk di dunia bunian kesemuanya memakai pakaian yang berwarna putih.

Tiba tiba saya teringat satu peristiwa yang pernah berlaku pada diri saya sendiri semasa umur 4 tahun. Masa tu, keluarga saya tinggal di rumah flat kastam. Saya sering bermain lift, budak-budak lagi kann, suka sangat masuk naik turun lift.

Ada satu hari tu, saya main lift sampailah ke tingkat 11. Keluar daripada lift, saya disambut oleh beberapa orang dewasa yang memakai baju putih. Dalam memori saya orang yang berpakaian putih tu macam bercahaya tau. Sampai sekarang saya tak pasti siapa yang sambut saya bila keluar dari lift tu.

Saya tak banyak sangat memori semasa berumur 4 tahun, tapi memori ni adalah antara yang paling segar di ingatan.

Bila dengar cerita orang bunian pakai baju putih terus teringat memori ni.
Haha korang rasa orang bunian ada tinggal dekat rumah flat tak? lol

No comments: