Wednesday, 15 May 2013

15 Mei.

Assalamualaikum.

15 Mei 1948. 


Ada apa pada tarikh ini?
Nakba yang membawa maksud malapetaka


"65 tahun yang lalu lebih daripada 700,000 rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal dan harta benda, ladang pertanian dan perniagaan mereka.

Pengganas Israel telah menghalau rakyat Palestin keluar dari tempat tinggal mereka dan pendatang-pendatang Yahudi diarak masuk terus ke rumah-rumah milik rakyat Palestin.

65 tahun telah berlalu, sehingga ke saat ini rakyat Palestin tidak pernah berputus asa dalam perjuangan mempertahankan tanah suci milik umat Islam.

Ayuh rakyat Malaysia sama-sama memperkasa Ummah dan membebaskan Al-Aqsa. 

Sesungguhnya kemenangan semakin hampir. Kita pasti akan bersujud di dalam Masjidil Aqsa secara mulia kelak!"

Sumber : Aqsa Syarif. 

1 comment:

Ujie said...

Akak pun nak buat post pasal Nakbah ni utk esok. Sebelum ni tak berapa tahu psl peristiwa ni.