Monday, 12 March 2012

Travelogue Italy : DAY3, Leaning Tower of Pisa.

Assalamualaikum and hello all :)

Hee setelah sekian lama, kini tibalah masa untuk part ketiga Travelogue Italy.

Bila dah masuk hari ketiga ni, terasa masa berjalan dengan cepatnye. Nak shopping kat Firenze lagi :(

Schedule hari ni hanyalah nak melawat Leaning Tower of Pisa. Ambil train dari Firenze Santa Maria Novella station ke Pisa Centrale dengan harga 7.10. Dari Pisa Centrale naik bus Linea Rossa (line merah) terus ke tower. 


 Stazione Pisa Centrale.

Tiket train kami murah je walaupun beli on the spot. Sebabnya kami naik Trenitalia yang Regionale. Tiket yang dibeli open ticket dan kena validate sebelum naik. Dia slow sikit, ada je train yang lebih laju tapi harga dia pun lagi mahal lewww.. hewheww..
Bergambar di hadapan pintu masuk ke Piazza dei Miracoli

 Yang bangunan di hadapan ni adalah Baptistry St John dan gereja kat belakang tu pulak adalah, Duomo di Pisa.
Di dalam Duomo di Pisa.

Kami bertujuh di hadapan Pisa Tower.

Cubaan yang gagal =.='



Gerai gerai cenderahati berdekatan dengan Menara Pisa

Kami tak masuk pun ke menara Pisa tu, saya tak ingat kenapa. T.T
Hari ketiga ni sekejap je melawat tempat2 sebab nak ke Milan pulak dan perjalanan keretapi ke Milan mengambil masa lebih 4jam jugak. Harga tiket 29.50


 Semua excited nak cube beli tiket train pakai mesin automatik. :p
 Train ke Milan sangat selesa. mungkin sebab perjalanan dia jauhnya lebih sikit.
Bila masuk train, terasa macam dalam movie Harry Potter. Heh.

Sampai saja di hostel dekat Milan, kami keluar untuk cari makan dan alhamdulillah terjumpa kedai runcit pakcik Arab Mesir ni. Jumpa pakcik ni rasanya macam jumpa orang Malaysia, rasa familiar. Kami pun gunakan kelebihan berbahasa yang sangat limited bercakap Arab dengan pakcik tu. hee dapatla diskaun sikit. Alhamdulillah :)


Kami decide untuk masak sendiri malam tu dannnn, dinner kami untuk hari itu adalahh..
jeng jeng jeng...

Nampak sedapp kan? memang sedap pun. haha lapar punya pasal, pasta campur tomato paste semata-mata tanpa garam pun terasa sangat sedap. haha tapi bila dah kenyan baru semua orang perasan betapa tawarnya pasta tersebut. heh.

Haa bila ingat balik malam makan pasta tawar tu memang tersenyum sendiri je. hehe, kenangan tawar manis :)

Okayy, tu je untuk hari ni. Thank you sudi baca. Next entry insyaAllah about bandar peminat bolasepak.. Milan!

*Haisyy, kena update cepat2 ni, banyak benda yang dah lupa. adoii =.='


Credits gambar-gambar pada Asilah, Ibah, Mun, Hasni, TK dan Bell. :)

3 comments:

Azlan Strider said...

wah..tren dia nampak macam selesa gak kan??hehehe...

Regards,
-Strider

Ujie said...

Menarik senibina bangunannya..
Seat train tu mmg best la!

*nxt time yayan kena buat buku catatan travel tau..

Liza @ Adzriel AB said...

seronoknya jenjalan...banyak dpt ilmu