Friday 24 February 2012

Travelogue Italy : DAY 1, Introduction and Arrival :)

Assalamualaikum and hello all :)

Untuk dua minggu yang lepas, plan ke Italy saya dan rakan-rakan akhirnya menjadi kenyataan. Alhamdulillah :)

Jadi kami bertolak dari Egypt dalam pukul 500 petang. Setelah flight 4 jam akhirnya sampai jua ke bumi Roma, Italy. Kami naik flight Alitalia. Bagi saya, seriously tak best flight ni, err err.. maybe penyumbang besar terhadap kenyataan tersebut adalah makanan yang disajikan. Untuk dinner, kami disajikan main dish seafood, smoked salmon and tuna yang mana tak berapa kena dengan lidah Melayu saya. Hee akhirnya Asilah yang tolong habiskan salmon dan saya habiskan roti dia. sistem barter :)


Around pukul 9++ kami sampai di bumi Rome. The first thing yang excited once keluar dari kapal terbang adalah asap yang keluar berkepul kepul dari mulut. Di Egypt pun ada jugak asap tapi not as much as here. Haha terserlah kejakunan di situ =.='. It's cold here in Rome. Sebelum sampai sini, setiap kali telefon rumah, mak ayah akan update berita tentang Rome, turun salji selepas 26 tahun dan ramai orang mati kesejukan. Haha cuak sangat takut terpaksa batalkan plan bercuti ni tapi alhamdulillah masa kami sampai cuaca di Italy dah makin elok.


After claim luggage kitorang terus gerak dari airport Rome Fumicini ke Rome Termini untuk beli ticket ke Florence atau nama Italynye Firenze. Memandangkan dah sampai Italy pun malam, our initial plan nak bermalam dekat airport dulu tapi memandangkan takut ticket train habis, kitorang tukar plan untuk tidur dekat station train je.

Alhamdulillah.. Allah permudahkan urusan jumpa tiket train yang murah 18. Sebelum ni check di internet 45.

Bersiap-siap nak cari tempat tidur selepas kena halau dari situ :(

Lepas dapat ticket, problem lain pulak datang, nak tidur mana? haha dua kali kena halau dari tempat yang kitorang duduk. Akhir sekali baru jumpe waiting room. Sebelum tu dah risau, habislah kita kalau kena tidur luar :p



Memang rasa traveler habis laa tidur atas kerusi je.



Italian is infamous dengan pickpockets. Kebanyakan orang semua warning suruh jaga duit elok elok, jangan simpan semua duit sekaligus. Jadi kami datang dengan mindset yang italy penuh dengan pickpockets. haha semua orang saya tengok ada high possibility untuk jadi pickpocket. Heh. Tapi rupa-rupanya, Italians are not as bad as we think. Hee kisahnya akan bersambung nanti insyaAllah :)

Heh baru introduction dah sedikit panjang tapi saya sangat excited untuk bercerita di sini. Terima kasih kepada yang sudi membaca :)

Hari ni dah mula kembali kelas untuk Sem 6, saya ada lagi tiga setengah tahun lagi sebagai pelajar Medic insyaAllah. Semester baru dimulakan dengan belajar Gastrointestinal Tract selama lapan minggu. 
Mari kita belajar bagaimana badan kita bekerja selepas kita makan :p


6 comments:

Ujie Othman said...

dah agak..mesti yayan merayau lps exam. gunakan sepenuhnya kelebihan kan..

yg kena halau tu kat airport atau stesen keretapi dia? mmg takleh tido situ ke?

Anonymous said...

haha aah. tu yang lama sangat tak bukak blog ni.
kena halau dari stesen keretapi dia sebab tutup waktu malam, selamat ada waiting room kalau tak beku laa kitorang malam tuu :p

نورعيم said...

ptt lah yan lama menghilang. pergi bercuti rupanya. bestnya dpt ke negara org. huhu.

cpt2 update! hehe.

Izyan Hanis said...

masa kami otw ke rome from milan pun
polizia die nak tgk tiket train, xnak kasi kitorg melepak situ utk tdo.
tapi train kami beberapa jam lagi, so die mcm lepas kowt.

Liza Razak said...

bestnye boleh pegi Italy :)

uncle gedek said...

itik jalan atas air?

macam wali, la pulak!

haha