Entry ini ditujukan bagi individu2 yang tidak belajar sejarah waktu sekolah dulu. Dan juga bagi mereka yang belajar tapi tak menghayati apa yang ada di sebalik lima buku teks yang kita hafal time exam dulu.
Lantas bila tak faham sejarah, mulalah mencucuk2 bagai duri dalam daging supaya rakyat negara ni berpecah belah, Melayu, Cina dan India semua untuk bergaduh sesama sendiri.
Ingat tak dulu, quote ni selalu sangat ada dalam buku sejarah kita hinggakan dah terngiang-ngiang sampai sekarang apa yang George Santayana cakap, "Those who cannot remember the past are condemned to repeat it"
"Kita terpaksa mengeluarkan Singapura dari Malaysia dan inilah saat yang sungguh bersejarah kerana sungguhpun kita merasa sedih dan dukacita kerana satu negeri terpaksa keluar, tetapi kita gembira kerana kita telah dapat menyingkirkan duri dari dalam daging kita"-Tun Abdul Razak
Ingat tak dulu, quote ni selalu sangat ada dalam buku sejarah kita hinggakan dah terngiang-ngiang sampai sekarang apa yang George Santayana cakap, "Those who cannot remember the past are condemned to repeat it"
Saya mungkin bukanlah orang yang pakar nak tulis tentang isu ini tapi sebagai rakyat Malaysia yang sayangkan tanah air sendiri saya rasa saya perlu sedikit sebanyak sampaikan apa yang saya rasa betul. Mungkin ada yang sebelum ni tak tahu pun kenapa adanya hak istimewa orang Melayu dekat negara ni. Sebab tu laa sesuka hati buat tuduhan cakap kerajaan diskriminasi laa, kaum Cina India ditindas laa dan sebagainya. Jadi, meh sini nak bagitahu nii.
Oh, sebelum tuu nak bagitahu yang tulisan saya tidak memihak kepada mana2 parti politik, baik kerajaan mahupun pembangkang. Takde pun DAP ke, UMNO ke, mahupun PAS yang bayar suruh saya tulis ni. Undi adalah rahsia, lagipun saya tak mencapai usia matang lagi nak mengundi. :p
Saya buka twitter beberapa hari yang lepas dan ternampak ada link Tumblr yang dibuat rakyat Britain untuk Ashraf Haziq.
Bila scroll down, terjumpa ini pulak :
Bila baca ni, rasa geram dengan encik Namavar777 dan rasa aah memang bagus pun dia keluar dari Malaysia. Kurang seorang duri dalam daging kita.
Bagi saya, isu perkauman amatlah sensitif untuk disentuh apatah lagi dipermainkan tapi saya kesal bila ada yang menimbulkan isu perkauman ni tanpa kaji dulu kenapa adanya Hak Istimewa Orang Melayu dekat negara ni, macam mana proses kita nak dapatkan kemerdekaan lebih 50 tahun yang lepas, macam mana susah payahnya pemimpin2 pada waktu tu, baik pemimpin Melayu, Cina dan India, semua berusaha memerah otak untuk capai kata sepakat fikir macam mana nak buat supaya semua penduduk Tanah Melayu puas hati.
Saya ulang SEMUA, SEMUA, SEMUA!! bukannya hanya untuk memenuhi keperluan orang Melayu je.
"Negara ini diterima daripada Melayu maka patutlah diserahkan balik pada Melayu... Oleh itu biarlah Melayu sendiri yang menentukan siapa Malayan itu. Janganlah kita gemarkan kemerdekaan itu, hingga dengan itu kehormatan kita terjual. Ambillah tahu apa yang terjadi kelak atas bangsa kita. Berkenaan dengan bangsa asing yang ada di dalam negeri ini, kita tidak akan melupakan bahagian mereka."
-Tunku : Pengorbanan dan Kemerdekaan
Ye, memang secara asalnya Tanah Melayu memang milik orang Melayu tapi sekarang bagi aku ia milik kita semua sekarang. tak kira Melayu, Cina dan India. Tapi kita tak patut ubah apa yang dah ditetapkan sebelum nak merdeka dulu. Dulu sebagai syarat bagi orang Melayu dengan sukarelanya nak terima kaum lain sebagai warganegara Melayu, perlulah ada keistimewaan orang melayu yang perlu dijaga. Disebabkan tolak ansur nilah kita dapat merdeka kerana British letak syarat perlu ada perpaduan kaum baru boleh merdeka.
Sebab tulah adanya MARA dan kuota2 tertentu bagi orang Melayu dan bumiputera. Lebih kurang macam hadiah bagi mereka, pemilik asal Tanah Melayu sebab sudi terima kaum lain sebagai warganegara Tanah Melayu.
Kenapa kita merdeka? Kenapa Parti Perikatan menang dalam pilihanraya tahun 1955 tu? Kenapa 51 daripada 52 kerusi jatuh ke tangan parti perikatan? meh saya jawabkan, antara sebab utama dia :
Ini dia key word kita di sini, TOLAK ANSUR.
Ye, memang secara asalnya Tanah Melayu memang milik orang Melayu tapi sekarang bagi aku ia milik kita semua sekarang. tak kira Melayu, Cina dan India. Tapi kita tak patut ubah apa yang dah ditetapkan sebelum nak merdeka dulu. Dulu sebagai syarat bagi orang Melayu dengan sukarelanya nak terima kaum lain sebagai warganegara Melayu, perlulah ada keistimewaan orang melayu yang perlu dijaga. Disebabkan tolak ansur nilah kita dapat merdeka kerana British letak syarat perlu ada perpaduan kaum baru boleh merdeka.
Sebab tulah adanya MARA dan kuota2 tertentu bagi orang Melayu dan bumiputera. Lebih kurang macam hadiah bagi mereka, pemilik asal Tanah Melayu sebab sudi terima kaum lain sebagai warganegara Tanah Melayu.
Kenapa kita merdeka? Kenapa Parti Perikatan menang dalam pilihanraya tahun 1955 tu? Kenapa 51 daripada 52 kerusi jatuh ke tangan parti perikatan? meh saya jawabkan, antara sebab utama dia :
- Sikap tolak ansur parti2 yang bertanding dalam pembahagian kerusi pilihanraya
- Kebijaksanaan pemimpin kita cari penyelesaian politik
- Setiap kaum sanggup nak berkongsi kuasa politik.
- Semangat kita nak capai merdeka yang sangat berkobar-kobar.
Dalam hal nak capai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 semua kaum ada Give and Take, orang Melayu sanggup terima kaum lain as warganegara, ibarat macam mnenerima orang lain dalam rumah sendiri, payah bukan? dan kaum lain pulak sanggup terima syarat Hak istimewa orang Melayu. Ini pun adalah satu benda yang susah nak dilakukan. Tapi rakyat dulu kenanyakannya setuju sebab sayangkan negara kita. Nakkan merdeka. And by KITA saya maksudkan semua sekali, Melayu, Cina dan India.
Ini dia key word kita di sini, TOLAK ANSUR.
Kenapa kita perlu pertikaikan usaha gigih pemimpin-pemimpin dulu? Kenapa perlu dihancurkan perpaduan yang telah lama berputik dari dulu? Kenapa perlu cuba nak timbulkan pertumpahan darah sesama kaum macam tragedi 13 Mei? Kenapa? Kenapa? dan kenapa? tepuk dada, tanya hati.
Tak perlu diubah apa yang dah ditentukan lebih 50 tahun dulu. Sebab pemimpin2 kita dah fikir habis-habisan untuk apa yang terbaik bagi rakyat Malaysia. dan pemimpin dulu bukan macam pemimpin sekarang. mereka bekerja semata2 sebab rakyat. So kita boleh percaya 100% akan jalan penyelesaian mereka.
Kita boleh bersatu kalau kita tolak ansur sesama sendiri. Faham mesej disebalik syllabus Sejarah sekolah dulu. Belajar sejarah dulu bukan sebab nak dapat A saje. Belajar sejarah, ambil apa mesej yang nak disampaikan. bukan hanya belajar nakkan A1 SPM dan PMR. Saya punya sejarah dulu pun takdelah bagus sangat. Selalunya alau dapat A pun cukup2 makan je, hilang lagi satu dua markah terbabaslah saya dalam zon B. Tapi at least saya belajar hingga cukup faham untuk membuatkan saya sayangkan negara sendiri.
Di bawah ni ada ucapan dari Tun VT Sambanthan. Mesej dari ucapan dia memang lekat dekat kepala dari sekolah sampai sekarang.
"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihanraya dengan majoriti yang tinggi selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk sosal kewarganegaraan. Persoalannya di sini apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?
Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Dan lihat saudara kita kaum Cina mereka tidak diterima di Tahiland, Vietnam, Kemboja dan negara-negara lain. Dan apakah bantuan yang mereka perolehi di semua wilayah tersebut? Di Burma seperti yang kita sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu dan dalam pada itu apa yang sedang berlaku di Malaya?
Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, "Kita akan meneriima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka peluang untuk meneruskan kehiudpan di negara ini. Kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara" Dan seterusnya pada tahun 1957 dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu), ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, aya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini.
Di mana kita boleh berjumpa bangsa yang prihatin, bersopan-santun dan tertib selain dari Bangsa Melayu? Dimanakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."
-Tun VT Sambanthan di Dewan Rakyat 1 Jun 1965
Jangan ditimbulkan isu perkauman demi kepentingan politik semata2. Perpaduan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai. Sebagai rakyat Malaysia jom kita hormat sesama sendiri.
Dan kepada orang Melayu, baca SINI and behave yourself! Macam mana orang nak hormat kalau perangai entah pape? jangan ambil mudah apa yang dah disediakan pada kita. Jangan hanya tahu minum di kedai kopi, cakap kosong saje. Jangan hanya tahu tunjuk hebat di jalan raya je. Jangan hanya tahu tunjuk hebat dengan maksiat kita. Buktikan pada semua yang orang Melayu pun mampu nak bersaing dengan kaum lain. Anak Melayu pun boleh!
Dan kepada yang masing tak puas hati lagi, bolehlahh ikut jejak langkah encik/cik namavar777 di atas terus keluar je dari Malaysia. biar hati korang puas. okeyh?
Dah, jangan banyak cakap, pergi belajar sejarah balik.
Rujukan kebanyakannya dari buku teks Sejarah Tingkatan 3 & 5. Saya tak baca lebih2 pun, pinjam buku teks adik je. Apa yang penting korang faham mesej yang nak disampaikan ^^
Update : dikongsi oleh Asilah, Dr. Ridhuan Tee menulis tentang Sumbangan Siapa yang Patut Dihargai. Sangat bernas isi dia. Kagum kerana dia bukan Melayu :)
Let's say "I am a Malaysian and I am proud to be one!"
Ok, that's all.
Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan. Dah 54 tahun sudahhh :)
Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan. Dah 54 tahun sudahhh :)
3 comments:
nice one. patriotik :)
sekarang ni merdeka hanya pada nama.. anak2 mungkin hanya tahu melaung merdeka.. tapi tiada penghayatan sebenar .. tak tau susah senang nya nenek moyang kita dulu yang dah berkorban nyawa untuk kesenangan yang kita capai sekarang ni... =)
Satu perkongsian yang sangat matang la yan! :)
Oh selamat masuk ke fasa ke-3 ramadhan best nye la raya dekat mesia kan :')
Oh and this is my new blog's link hehe
Post a Comment