Counting the days ; 40 hari sebelum pulang. Berikut dinyatakan sebab2 yang membuatkan saya eager nak pulang :
- Rindu mak, ayah, kakyong, kakngah, alang, adik, ziyad dan abg long.
- Juga rindu saudara mara serta budak2 anak jiran yang sering mengekori atok dan opah a.k.a mak ayah saya.
- Rindu kawan2 lenggong, taiping dan sebagainya.
- Nak makan Mak masak dan dengar bebelan mak di kala bangun pagi lambat dan malas2 nak buat keje rumah.
- Ingin membancuh nescafe Ayah di kala sedang online, bermain game atau tengok movie kat komputer. *bile siap aje bancuh, tengok ayah take over komputer T.T*
- Mahu mendengar Ziyad memanggil saya dengan panggilan MakTeh dan die berkata2 dengan petahnya.
- Mahu tengok tahap ketembaman KakYong dengan mata sendiri. haha *joking joking* ^_^ v
- Nak pergi meronggeng dengan Adek ngan KakNgah dan melihat mereka bergaduh. *saya tak gaduh2 sebab saya budak baik*
- Nak tengok Alang pakai jubah yg dibeli untuknya. *hehe..die dah cakap nak pakai*
- Mahu pergi reunion dan menelefon kawan lame2. *Upax bole pakai lagi kot*.
- Mahu mandi sungai dan berkelah2 dan mungkin bercuti? hehe
- Mahu makan sarapan roti canai atau nasi lemak.
- Nak tunjuk bakat memasak yang telah cuba diasah di sini pada mak agar mak bangga.
- Mahu belajar masak dengan cara yang betul. *nyesal nyesal tak belajar sungguh2 dulu*
- dan banyak lagi. Dah malas mahu fikir.
1 comment:
HAhaha... sile balek dolo... kehkehkeh.. :))
Post a Comment