Tengah tak de menda nak buat kat rumah ni, tibe terbaca laa buku Koleksi Kisah Ceria Pengasuh Akhlak Mulia. Dan tak tahu kenapa ade satu kisah yang dirasai menarik. Ada unsur kelakar tapi mengandungi pengajaran mendalam.
Pernah sekali ketika malaikat maut datang untuk mengambil nyawa seorang si fulan, dia telah singgah sekejap di majlis Nabi Allah Sulayman bin Dawud a.s. Di majlis tersebut malaikat maut asyik melihat seseorang dalam majlis berkenaan dengan pandangan yang menakutkan.
Orang berkenaan berjumpa Nabi Sulayman dan berkata, "Wahai Nabi Allah, bolehkah tuan menghantar saya ke tempat lain kerana saya amat takut dengan pandangan seseorang dalam majlis ini"
"Engkau hendak ke mana?" tanya Nabi Allah.
"Hantarlah saya ke bumi India pun tidak mengapa" jawabnya.
Maka Nabi Sulayman pon menghantar orang tersebut ke India lalu baginda bertanya kepada Malaikat Maut, "Kenapa engkau merenung manusia itu sedemikian hingga dia begitu takut?"
Jawab Malaikat Maut,"Aku sepatutnya mencabut nyawanya sebentar lagi di bumi India, jadi aku kehairanan kerana dia masih berada di majlismu"
Jadi kesimpulannya, walaupun kat mana aje kita berada kalau ditakdirkan ajal datang kita tak boleh tangguh walaupun sesaat. Kalau ditanya adakah kita dah bersedia nak terima jemputan malaikat maut, rasenya takde yang berani bercakap sedia. Including me. Kadang2 rase semangat aje nak buat baik dan sebagainya tapi kadang2 rase malas then asyik melagha je. Dengan keadaan diri yang sering on off ni, dah tentu naya diri kalau bertemu malaikat maut sekarang. Mari kita muhasabah diri keadaan iman kita sekarang..
Wallahualam.
*corect me if i m wrong ^^,*
No comments:
Post a Comment