Friday, 12 February 2010

Sinai Explorer

Sangat Seronok..yeayy..cuti winter break,,ikut perubatan gi explore sinai..:D sgt best n dpt lots of new experience..here some pics n little explanation for u guys..

First Day.

Bar Lev Line. Ini adalah kubu peninggalan tentera Israel yang kalah dengan mesir sewaktu Perang 6 Oktober 1973. Serangan dilakukan sewaktu hari perayaan kaum Yahudi, Yom Kippur.

peluru berpandu tentera Israel

tentera Mesir yang jaga kubu ni dengan Abg Farid musyrif kami..:D


peralatan perang tinggalan tentera Israel laknatullah

Pemandangan sekitar BarLev Line

Lepas habis melawat Bar Lev Line ni kami pun bertolak ke Uyun Musa

Uyun Musa. Uyun Musa ni merupakan tempat di mana terdapat 12 bekas mata air yang dipukul oleh Nabi Musa AS dengan tongkatnya. Namun kini, hanya tinggal 8 sahaja
Firman Allah SWT yang bermaksud: " Dan ingatlah ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman: Pukullah batu itu dengan tongkatmu." Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air. Sungguh tiap2 suku telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. Makan dan minumlah rezeki yang diberikan oleh Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi ini membuat kerosakan"
Al-Baqarah: 60
Souvenirs yang ada jual di sekitar Uyun Musa


Second Day.
Jabal Musa. Tempat di mana Nabi Musa dilantik menjadi Rasul. Pagi tu dalam pukul 1 lebih bermulalah pendakian kami naik menuju ke Puncak Jabal Musa. Berbekalkan baju dan seluar yang berlapis-lapis bagi menghadapi cuaca yang sejuk kami gagahkan diri serta kaki (yang semakin lama semakin lembik dan rase macam nak tercabut) menawan gunung Thursina yang setinggi 2280m dari paras laut. Sepanjang perjalanan mendaki, ada la orang2 Arab yang offer naik unta tapi of course la kena bayar sewa. Diorang offer unta pada student Malaysia cakap, "Mau unta?" haha nampak sangat betapa ramainya pelajar2 Malaysia kat Mesir ni. Setiap kali winter break ramai sangat pelajar2 Malaysia yang nak tawan Gunung Sinai ni.:) Sepanjang pendakian, saya selalu fikir yang sesungguhnya Nabi Musa sangat gagah dan mempunyai sifat tawakal yang sangat tinggi. Dah la zaman dulu tak de baju tebal2 dan track pun tak dibina lagi. Nabi Musa boleh pulak mendaki semata-mata untuk bermunajat pada Allah selama 40 hari seorang diri.Posing sebelum mendaki..^_^ v

Pemandangan atas puncak sewaktu matahari terbit

Gua tempat Nabi Musa bermunajat

Sekitar on the way turun.. lagi penat kot sebab da mula panas..nama pun padang pasir..:D

Gereja Saint Katherine. Gereja ini merupakan salah satu gereja utama dan suci bagi penganut Kristian. Di dalamnya terdapat Pokok Trinity yang mereka percaya tempat di mana Nabi Isa atau Musa (tak pasti la) berkomunikasi dengan Allah SWT. Dalam gereja ni jugak ada satu perigi dimana kalau sesiapa ingat kisah seorang budak yang memelihara dua ekor babi yang sebenarnya merupakan ibu bapa budak tersebut. Di perigi nilah tempat budak tersebut e=memberi minum kepada kedua orang tuanya lalu ditegur oleh nabi Musa. Wallahu alam.

Lembu Samiri. patung lembu Samiri ini diukir oleh Samiri sewaktu Nabi Musa pergi bermunajat kepada Allah selama 40 hari.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan kaum Musa setelah kepergian (Musa ke Gunung Sinai) mereka membuat patung anak sapi yang bertubuh dan dapat bersuara dari perhiasan (emas). Apakah mereka tidak mengetahui bahawa (patung) anak sapi itu tidak dapat berbicara dengan mereka dan tidak dapat pula menunjukkan jalan kepada mereka? mereka menjadikannya sebagai sembahan. Mereka adalah ornag-orang yang zalim."
Al-A'raf:148

Makan Nabi Harun dan Makan Nabi Saleh. Makam Nabi Harun, saya tengok dari jauh je tapi Makam Nabi Saleh, Alhamdulillah dapat masuk, tengok dan berdoa kat situ.

Makam Nabi Harun
Makam Nabi Saleh


Third Day.

Dahab. Sangat cantik. Hehe itu je yang mampu diutarakan untuk describe Dahab ni. Dahab ni die dekat tepi laut Merah dan air laut dia sangat jernih. Dapat tengok dasar tanpa sebarang halangan. Thumbs up.. !! Ingat tak laut Merah? Laut inilah yang terbelah waktu Nabi Musa pukul dengan tongkat Baginda sewaktu melarikan diri dari Firaun. Kami check in petang semalam and lepas solat tidur sekejap sebelum jalan-jalan dengan Hasni dan Elmo. Mulanya nak survey restoran nak pekena sea food malam tu, sekali tujuan asal termelencong ke SHOPPING. haha mo nagn hasni beli banyak giler selendang. Saya just tengok je dan tibe2 hati tertarik untuk beli satu selendang. Bukan pakai pun, saje je. Malam tu kami makan sea food satu set sorang yang berharga LE 40 tapi ade suma nasi, udang, sotong dan ikan. yummy..:D
Pagi tu, terbangun lambat sikit sebab badan sangat penat. Solat Subuh pun dikira agak 'gajah'. Pukul 830 keluar dari hotel, ingat nak main basikal. Sekali basikal dah habis dan terserempak abg2 musyrif, katenye check out hotel pukul 10. So, masa terbuang begitu saja, tak dapat buat ape2 pagi tu.:(Dahab,,cantik kan pantai dia..?:)

Makan seafood tyme..yummy!
Kubu Salehhuddin. Kubu ini dibina oleh tentera2 Salehuddin al-Ayubi untuk menghadapi musuh sewaktu perang Salib. Semasa berada di kubu ni kita boleh lihat sempadan tiga negara, Arab Saudi, Jordan dan Israel Laknatullah.

After habis melawat Kubu Salehuddin, kitorang pun bertolak balik ke Kaherah. Semua pengalaman yang dapat memang tak ternilai harganya. InsyaAllah kalau ada rezeki nak pergi lagi tapi kali ni nak daki Gunung Sinai naik unta pulak..haha da tak nak sakitkan kaki..:P Sampai ARMA mlm tu, tido kat Musolla dan esok naik train ke Alex pukul 11..
We are Sinai Explorers!!

3 comments:

zatil hidayah said...

perghh best siot! :))

Asilah said...

weh stalker haha

IzyanKhalidah said...

kakngah,,mmg best..ehee~~~~:P

mne ade silah,,ak stalk suami sari sebenonye..yg pakai bju ijau tuh..:P