Showing posts with label egypt. Show all posts
Showing posts with label egypt. Show all posts

Friday, 24 July 2015

Ramadhan Di Mesir

Assalamualaikum wbt :)

Selamat Hari Raya everyone!

Entry kali ni sedikit outdated, tapi saya rasa saya kena juga menulis, tahun ni merupakan tahun terakhir saya sambut ramadhan di mesir :(

Apa yang specialnya Ramadhan di mesir?

1. SAMBUTAN KEDATANGAN RAMADHAN

Berbeza dengan Malaysia, di Mesir bulan Ramadhan disambut penuh meriah berbanding aidilfitri. lebih kurang seminggu dua sebelum masuk bulan ramadhan kita dah boleh rasa kehangatan Ramadhan yang bakal tiba.

Mereka pasang lagu sambut ramadhan. Dan sampaikan plastik supermarket pun ada Ramadhan Kareem special edition.

Kedatangan Ramadhan dimeriahkan dengan hiasan lanterns, kertas2 serta lampu yang berwarna warni. Di mana mana kita akan nampak suasana ramadhan. Meriah! Lebih kurang macam orang kita pasang pelita seminggu before nak raya la gitew.


 Lanterns, lanterns everywhere.

2. AL-QURAN

Di mana mana sahaja alunan Al-Quran dipasang, makin ramai orang memegang mushaf mulut sentiasa terkumat kamit membaca Al-Quran. Membaca Al-Quran tak kira tempat bukanlah satu perkara asing bagi penduduk mesir even pada hari hari biasa. tapi pada bulan Ramadhan kebanyakkannya akan lebih memperbanyakkan bacaan Al-Quran. Tak kira yang tua atau pun muda, miskin kaya semuanya berlumba lumba membuat amal soleh.

3. TERAWIKH

Mesir sangat terkenal dengan masjid yang amat banyak. Kalau jalan dalam 50 meter tu kadang kadang boleh jumpa 2-3 masjid. Amazingnya. masjid-masjid yang banyak ni sentiasa penuh setiap malam terutama sekali pada 10 malam terakhir <3

Kita boleh pilih nak solat di mana mana. nak yang cepat habis? lambat habis? satu juzu satu malam? aircond? free air? hee pilih je memana masjid yang ada. My favorite adalah di Masjid Nur Islam Camp Caesar. Solat open air giteww. Setiap malam saf saf sentiasa penuh sehingga perlu dibentangkan tikar di jalanan untuk terawikh. MasyaAllah rindu sangat suasana tuuu



Imam selalunya akan membaca hampir satu juz satu malam. jadi makmum dapat mengikut bacaan imam dengan mushaf yang dipegang ketika solat. Dek kerana imam memahami bacaan al-quran tersebut tika mana ayat2 yang menyentuh hati, kedengaran sedu sedan sang imam menangis kerana menghayati makna Al-Quran tersebut.

Apabila sang imam mula menangis dalam solat, ianya bagaikan menambahkan lagi kekhusukan makmum untuk menghayati dengan lebih lagi bacaannya. Tambah lagi suara imam sangat sangatlah merdu.


4. DOA QUNUT

Setiap kali terawikh, perkara yang paling tidak boleh dilupakan adalah doa qunut yang akan dibaca pada akhir rakaat witir. Seriously, sebagaimana mereka menghayati Quran ketika dalam solat, begitu juga reaksinya ketika bacaan qunut. semua begitu menghayati doa yang dibaca sehinggakan sering kali terdengar sedu sedan makmum ketika qunut dibaca.

And qunut dia memang panjang sangatt, especially pada malam terakhir terawikh. Serius! mahu lebih setengah jam jugak la berdiri mengaminkan bacaan doa qunut imam. haha sampai lenguh jugaklah kaki saya hehee ;)

5. BERLUMBA LUMBA MEMBUAT KEBAJIKAN.

" Maka berlumba-lumbalah membuat kebaikan di mana saja kamu berada"
Al-Baqarah : 148

Kalau dah nak tiba waktu berbuka, and kita masih lagi berada di jalan, nanti akan ada some random stranger yang akan bagi kita kurma buat bekalan berbuka.

Pernah sekali, kami nak tumpang masjid untuk mengambil wudhu. Pada masa itu hanya tinggal lagi setengah jam untuk berbuka. Bila masuk masjid je terus jemaah masjid dengan begitu ramah dan welcoming jemput kitorang berbuka puasa bersama. Asalnya plan nak berbuka di tempat lain, tapi disesabkan tak sampai hati nak menolak kami terus berbuka dan berterawikh di masjid tersebut.

Excited faces before berbuka 

 Appetizer untuk berbuka. Buah-buahan serta manisan

 Susu yang dipanaskan, dan diletakkan kurma serta kismis. Sedap!

Rubu' Firakh for each one of us :)

6. MAIDAH RAHMAN


Credits to Alex Photographer Community for this awesome picture.

Maidah Rahman ni merupakan meja panjang yang dibuka di masjid masjid dan tepi jalan bagi memberi makan orang miskin. Memang banyak maidah rahman yang dibuka di setiap masjid dan di tepi tepi jalan. Hehe kitorang budak malaysia pun selalu je pergi makan dekat maidah rahman ni dan diorang memang sangat mengalu alukan kedatangan sesiapa pun untuk berbuka bersama.



Alhamdulillah, dapat merasakan nikmat yang Allah bagi, dua tahun untuk merasai suasana ramadhan di sini. Semestinya kelak apabila ditanya apa yang saya bakal rindui setelah meniggalkan Mesir, semestinya saya akan menjawab, RAMADHAN!

Moga moga kita semua dapat bertemu Ramadhan yang akan datang.

For now, taqaballahu minna wa minkum! Happy Eid semua :)

Sunday, 15 December 2013

Very Short Update and Winter!

Assalamualaikum :)

Takde apa sangat pun yang jadi kebelakangan ni, macam biasa every dua minggu exam and then tukar round. Sekarang dah seminggu dalam round baru which is Cardiothoracic surgery. Pertama kali ambil round surgery, and apa yang boleh cakap hanyalah SURGERY is COOL bebeh!

Haha cool tapi a little hard (tipu aaa little, tu self hypnosis ja)

Banyak sangat nak cerita but I don't from where to start. hmm maybe next post kot which i don't know when -.- nilah akibatnya dah lama sangat tak menulis blog. Kekok rasa. And I dont think ada orang lagi yang baca blog ni. Macam dah forgotten je. ahaha. it's okay, I'll write untuk self reading  jelah :P


By the way, Egypt turun snow. For the first time dalam 112 year. Tapi bukan kat tempat saya la. Other parts of Egypt. Rumah saya ada hujan ais ja. Tapi seriously, tahun ni punya musim sejuk is a lot colder than before. Today dah better sikit tapi last three days asyik hujan ja. brrrr~


Jangan lupa people in Syria and Palestin, they have to face winter like us here, tapi without much preparation. Let's pray for our brothers and sisters.

Friday, 5 July 2013

Telefon Buruk.

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh :)

Mesti semua orang pernah main game telefon buruk kan? Buat satu barisan, satu ayat akan dibisikkan dekat orang depan dan akan pass kan ayat tu dekat orang dibelakangnya sampai la habis barisan.. Selalunya by the end of barisan mesti dah bertukar tukar ayat tu.. ada yg ditokok tambah, ada yang dibuang dan sebagainya..

Ini telefon lama bukan buruk. hehe
Kenapa tetiba tercakap pasal telefon buruk?

Saya ada terbaca orang share share condemn TV3, sebab diorang kata TV3 cakap presiden Morsi diktator. Selalunya, bila keluar kisah kisah macam ni saya tak ambil pusing sangat, selalu je keluar berita berita macam ni. Media, biasalah selalu exaggerate selalu menokok tambah.

Teringat kisah terbaca dalam surat khabar online (tak ingat surat khabar apa), artikel mengatakan pegawai polis mesir menukar pakaian seragam daripada berwarna putih ke warna hitam sebagai tanda sokongan Hosni Mubarak ke sebagai tanda protes ntah (tak ingat the exact dakwaan berita tu). Kami student student Mesir ni tergelak gelak je baca berita tu, sebab pada hakikatnya pegawai polis mesir memang akan tukar baju hitam bila tiba waktu winter, setiap tahun macam tu, takde kaitan dengan revolusi. Ha.

Kebetulan revolusi dua tahun lalu memang terjadi waktu winter, memang hitam la warna pakaian seragam polis. lulz.

Eh, jap lupa pula nak cerita kenapa bila tengok orang kutuk2 TV3 saya teringat permainan telefon buruk.

Oh, ha.. tadi scroll scroll facebook, ada la hamba Allah share segmen MHI yang ada mengandungi the moment yang pengacara TV3 kata Morsi diktator. Saya pun click la video tu untuk dengar betul ke seperti yang disangka.

Ternyata bukan sebenarnya, kalau didengar dengan teliti Ally Iskandar mengulas situasi tu dengan kata, bila ditanya mengapa rakyat mesir menentang Presiden Morsi, dikatakan Presiden tu diktator. So, bukanlah Pengacara TV3 cakap directly yang Morsi tu diktator, tapi dia bercakap menyatakan alasan yang diberikan segolongan rakyat yang menentang Morsi.

Well, kalau diikutkan, kitorang tanya rakyat Mesir sendiri memang ramai even ada proffesor yang mendakwa Morsi diktator. Tak hairan pun bila diorang panggil Morsi dikator, sebab terang terangan diorang melabel Ikhwan terorist. Adoi~ apa ntah yang dikatakan Media Mesir sampai macam tu sekali pemikiran rakyat dia.

Saya bukan nak defend TV3, tapi terasa kelakar tengok orang bergaduh dengan satu benda yang dia tak pasti pun kesahihannya. Orang share share dekat Facebook terus semua orang percaya, dan kutuk kutuk dengan bahasa kasar. Bahasa melambangkan bangsa okay.

Yang tak boleh tahannya, setiap isu macam ni mesti nanti naik perbincangan politik untuk menghangatkan lagi caci maki antara rakyat Malaysia dekat mana mana laman sosial. Hanya mampu ketawa je bila tengok situasi tersebut. lulz.



Teringat daripada lecture tafseer Ustaz Nouman Ali khan mengenai satu ayat dari Surah al-Isra' ayat 36.


"Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Kerana pendengaran, penglihatan dan hati nurani, semua itu akan diminta pertanggungjawabannya"

Saya suka translation bahasa Inggerisnya lagi, lebih mudah nak faham..

"And follow not that of which you have no knowledge, Verily the hearing, and the sight, and the heart of each of those ones will be questioned (by Allah)"

Dalam ayat ni Allah kasi amaran dekat manusia, jangan sekali kali ikut apa yang kau tak tahu, kalau nak ikut pastikan ada ilmu yang mantap, solid knowledge pasal benda tu. Sebab semua perbuatan kita akan dipersoal kembali di akhirat kelak.

Satu lagi point menarik, kalau tengok 'hati' dalam ayat ni Allah tak guna perkataan قلب tapi Allah guna فٶاد yang bermaksud hati yang beremosi (Ustaz Nouman guna perkataan overly emotional, or overly excited or angry). Hati yang beremosi nilah yang akan ditanya dekat akhirat kelak. 




Takde alasan untuk kita berkasar dengan saudara kita bila timbul isu isu sensitif, sebab hati kita yang tengah berapi api dengan emosi tu jugak akan ditanya. Tak boleh la nak cakap, "Sorry ah, aku PMS tadi, hormone. I am not being myself. hikhik"

Tak boleh tak boleh nak buat macam tu. Emosi ke tak emosi kena kawal perbuatan dan percakapan kita. *mari tunduk dan reflect diri*

May Allah protect us from this behavior. Amin.

Sekian saja things to ponder hari ni. Panjang pulak rasa tulis hari (extra panjang daripada biasa) padahal lusa exam. Esok ada kelas lagi sebab ganti kelas cancel time Muzhoharat Tamarrud hari tu -.-'.

Doakan :)

Tuesday, 2 July 2013

Ehna Ma3a Morsi.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

"Today and tomorrow will be written in our egyptian history, the ruler will be kick out."

Itulah kata kata emosional professor dalam kelas tadi. Dengan bangganya dia menyatakan yang dia turun ke jalan untuk melaungkan anti Morsi. 

Tak cukup dengan itu, ahli Ikhwan Muslimin dikatakan extremist dan terrorist. Sedih.

Semua orang dalam kelas terasa awkward, tatk tahu macam mana nak respon. 

Moga Allah selamatkan Mesir dan umat Islam seluruhnya.


How can they define these people as terrorist?

Monday, 1 July 2013

Tamarrud 30 Jun 2013.

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh :)

Semalam sekali lagi demonstrasi besar besaran dilakukan oeh rakyat Mesir. Seakan akan peristiwa 25 Januari 2011 berulang. Kawasan rumah memang sunyi sepi, tenang berbanding biasa. Semua orang hatta rakyat Mesir sendiri pun tak keluar rumah. Semua program dibatalkan. Universiti cuti, kelas tajwid, kelas Fiqh semua batal. Bahaya katanya nak keluar.

Demonstrasi yang digelar Tamarrud kali ni sangat berbeza dengan dua tahun yang lepas, kerana kali ini para demonstran terbahagi kepada dua golongan. Pro-Mursi dan anti-Mursi.

Semalam. Kiri para penyokong Morsi di Medan Rabiatul Adawiyyah manakala gambar kanan di perkarangan Istana dan Medan Tahrir berkumpulnya para penentang Morsi.

Ada empat kumpulan penentang Morsi;


1. Kumpulan rejim lama yang dasarnya penyokong Husni Mubarak dan 'National Democratic Party'. Mereka takut sistem demokrasi akan mempersoalkan aktiviti mereka kerana mereka mempunyai sumber dan kewangan yang menggerakkan keganasan dan para samseng.


2. Pembangkang yang yang kecewa dengan hakikat bahawa mereka tidak berhak bersuara dan pemimpin mereka tidak mengadakan sesi dialog.

3. Pembangkang yang ingin menjatuhkan pentadbiran Morsi demi kepentingan politik. 

4. Rakyat yang tidak puas hati dan marah dengan prestasi kerajaan.


Sumber : Pilihanraya Mesir

Kroni kroni Hosni Mubarak yang masih berleluasa.

Tamarrud bukanlah satu demonstrasi yang aman, pejabat Ikhwanul Muslimin diserang dan dibakar dan ahli Ikhwan dibunuh,



Demonstrasi kali ini macam bukan untuk menentang Mursi tapi dah macam nak menentang Islam. 

Doakan yang terbaik buat Mesir dan umat Islam keseluruhannya.



*Segala sumber adalah daripada page Pilihanraya Mesir dan Ustaz Abdul Malik

*nak ke kelas, tak tahu apa yang akan berlaku pada hari ni. sama seperti semalam atau reda, doakan semuanya selamat :) ahh exam minggu depan TT*

Friday, 21 June 2013

Fusha.

Assalamualaikum wa rahmatullahi wabarakatuh :)

Pertengahan semester yang lalu barulah saya bermula secara seriusnya untuk belajar secara proper bahasa Arab Fusha. Huuu ok fine, tahun empat baru nak terkedek kedek kan, dah jangan cakap simpan dalam hati je -.-

Kat sini saya mengambil prinsip better late than never, omputeh kau.

Kalau kat Mesir, penduduk dia kebanyakannnya menggunakan bahasa Arab ammi, lebih kurang macam bahasa pasar diorang la. Kalau bahasa Arab baku, bahasa Al-Quran kita panggil Fusha a.k.a standard Arabic language.

Dah empat tahun terbiasa menggunakan bahasa ammi, tergeliat geliat lidah nak membetulkan sebutan huruf jim, qaf dan tha. Kebiasaannya, orang arab Mesir dalam percakapan harian mereka akan menggantikan sebutan huruf jim dengan huruf 'G', huruf qaf disebut seakan alif dan huruf tha pula disebut macam ta. Selain pertukaran sebutan huruf, banyak kalimah kalimah yang ditukar.

Revolusi penggunaan bahasa ammi ni berleluasa selepas Mesir dijajah Perancis dan British. Mereka mengadaptasikan bahasa ammi dalam media cetak dan elektronik dan juga menggalakkan penduduk Mesir menggunakan bahasa ammi dalam pertuturan seharian.

Helahnya, adalah nak menjauhkan umat Islam dari Al-Quran.

Saya selalu dengar orang berkata bahasa Arab adalah bahasa paling susah untuk dipelajari. Dan sekarang baru merasainya. Susah, tapi indahnya bahasa Arab tu bukan hanya pada setiap perkataannya tapi setiap huruf dan jugak makna yang tersirat disebalik setiap huruf, perkataan dan ayat.

Fuh.. berpeluh jugak la nak belajar tambah tambah musim panas ni.

Sewaktu belajar sering kami bertanya pada ustazah kenapa perkataan ni barisnya di bawah kenapa kadang barisnya di atas pula.. Kenapa kejap kejap guna fi'il atau ism muzakkar, tapi tetiba guna muannas pulak. Pada mulanya, Ustazah explain satu satu, tapi bila tengok semua mata terkebil kebil susah nak faham, ustazah akan cakap later on, next level kitorang akan belajar benda tu. Take it slow and steady.

Teringat dalam kitab Purifying The Soul, Sa'eed Hawa ada menasihatkan untuk orang yang mencari ilmu;

"Do not make haste in acquiring knowledge. The seeker of knowledge should not get involved in a science before having a firm-foot in the branch that precedes it"

Hal ini kerana ilmu tu telah disusun dalam jalan yang tertentu. Setiap satu ilmu akan membentuk jalan kepada  cabang ilmu yang lain. Jangan jadi tamak sehinggakan, bak kata orang melayu dulu dulu, yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.

Kadang kadang bila semangat tu datang kita decide nak conquer semua benda terus, sehinggakan ia menjadikan kita penat dan boleh membuatkan kita tinggalkan terus usaha kita yang sebelum ni. That is the worst case scenario.

Jangan kisah bila orang kata apsal kau belajar macam kura kura, lambat. Sebab hanya kita (dan Allah semestinya) tahu our own limit. Dan jangan rasa cemburu bila melihat orang lain cepat gila dapat tangkap apa yang dia belajar, masuk masuk ilmu dia macam span. Semua orang ada kelebihan masing masing. Find them and appreciate your own values.

Do not care what other people said because Allah knows and that is the thing that matter most.

"Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam bahsa Arab fusha kerana bahasa Arab Fusha itu adalah satu syiar Islam"
-petikan daripada 10 wasiat imam Hassan al Banna.



Saturday, 2 February 2013

Hero.

Assalamualaikum :)

Baru baru ni saya ada pergi satu kem, yang diberi nama Abthal. Kem tu dibuat dekat tempat yang diberi nama Balteem. Berdekatan dengan pantai. Cantik, sunyi je tempat ni disebabkan sekarang tengah winter, tade orang datang bercuti.

Balteem.

Ingatkan musim sejuk dah mula mereda, nak ke penghujungnya, tiba tiba pada hari nak bertolak, beberapa jam sebelum nak naik train ke Tanta, hujan turun terus tukar sweater cabuk saya ke baju sejuk tebal. Risau, takut tak tertahan sejuk tepi laut nanti. Kami bermalam semalam di Tanta, sebelum bertolak menaiki Tramco ke Balteem.

Dalam hati, saya rasa nervous, ini Mukhayyam pertama saya. Tak tahu macam mana sebenarnya orang selalu buat Mukhayyam. Tak tahu la apa yang saya akan dapat nanti, tak tahu sama ada saya mampu capai atau tidak objektif mukhayyam tersebut.

Semasa di Tanta. Dulu dulu sebelum datang ke Mesir saya ingatkan dekat sini penuh dengan padang pasir je. lol tak sangka ada juga tumbuhan hijau haha.

Di hadapan hotel tempat kami menginap. Tempat ni sebenarnya kawasan pelancongan, sunyi sangat sekarang sebab takde pelancong. winter. Tengok pokok tu kena tiup angin. kuat! brrr~ sejuk!

Allah, terus terang saya cakap, tak menyesal saya datang mukhayyam ni, Ohsem wa cakap lu :P
Inilah kem pertama saya di mana semua orang bercakap untuk mengingati Allah, setiap orang sama sama ambil berat antara satu sama lain, masa makan semua akan pasti suap mulut 'keluarga' sebelum menyuap diri sendiri. Ukhuwwah fillah itu terasa sangat kuat dan manis, walaupun saya baru jumpa 'keluarga' saya beberapa jam, dah terasa macam lama kenal.

Betapa ohsemnya kem ni, denda yang dikenakan pun adalah denda untuk mengingati Allah. Saya kena denda sebab tak bawa pasport, dan denda saya hanyalah istighfar 10 kali hehe. Ohsem kan? Ada juga orang lain yang kena denda tilawah tambah lagi 2 muka surat.

Pagi pagi, dalam keadaan sejuk sejuk, kami dikejutkan untuk bangun qiam. Allah, memang mencabar habis, ditambah dengan ketiadaan heater. Ambil wudhu airnya terasa macam ais. Tambah tambah pada pagi kedua saya dekat situ, tiba tiba blackout, pastu kat luar dengar bunyi angin seperti gangters meniup. wooo wooo, takut yang amat, macam macam terfikir dalam kepala, mampu tak hotel ni nak bertahan kalau ada tsunami.

Sepanjang mukhayyam ni berlangsung, kitorang tak dibenarkan guna telefon dan internet. Tujuannya nak mengasingkan diri betul betul, hanya nak tertumpu pada Allah sahaja. Semata-mata.

Banyak sangat pengisian dalam kem ni, mengisi hati dan minda. Oh sebelum tu, mari saya cerita kenapa hero tajuk entry ni.

Hee sebenarnya kem Mukhayyam ni diberi nama Abthal, ianya adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud Hero. Siapa hero? Ceteka ceteka! Shah Rukh Khan? bukan bukan.. Lee Min Ho? punnn bukannn.. Aaron Aziz? punn salah!

Hero hero tersebut tak lain tak bukan adalah sahabat sahabat Nabi Muhammad SAW; Umar al-Khattab, Uthman, Abu Bakar, Ali, Mus'ab, Abu Ayyub al-Ansari, Salman al-Farisi dan banyak lagi. Kitorang diajar untuk lebih mengetahui menganai hero hero kita ni.

Sebak rasanya mendengar kisah kisah mereka. Ummu Sulaim yang mengorbankan empat anak lelakinya untuk syahid di jalan Allah, Abu Ayyub al-Ansari sahabat yang dah berumur 80 tahun tapi sangat bersemangat nak membebaskan Konstantinopel sampai beliau minta mayatnya ditanamkan di sempadan Konstantinopel agar beliau dapat dengar tapak kaki sebaik baik raja dan tentera kelak, Mus'ab yang meninggalkan kekayaannya untuk berjihad, dan ramai lagi.

Setiap keluarga di kem ni akan dinamakan bersempena setiap hero tadi. Keluarga saya dinamakan bersempena tak lain tak bukan sahabat Nabi SAW yang digelar al-Faruk, which is Umar al-Khattab. Hebatnya Umar al-Khattab ni sampaikan beliau dikasihi oleh seluruh malaikat dan jangan kata manusia, syaitan pun bertempiaran lari kerana takutkan Umar. Betapa ohsemnya Umar ni, beliau dengan berani dan coolnya pergi solat dekat hadapan Kaabah depan orang kafir Quraisy tapi tak de siapa pun berani marah dia. Lagi ccol bila Umar hijrah ke Madinah secara terang-terangan, dia siap cabar lagi kalau sapa sapa yang berani nak halang dia, takde sapa berani. Wooo~ cool kan? COOL giler!

Allah, saya tak tahu sama ada saya mampu atau tidak untuk jadi secool atau sehebat hero hero ni. Satu benda yang saya pasti, Abthal bagaikan meletakkan satu set point yang lebih tinggi daripada apa yang saya nak capai sebelum ni. Abthal ajar saya agar buat semua benda kerana Allah, jangan ada benda asing lain dalam niat kita. Saya harus terus kuat melalui jalan ini. Saya nak jugak jadi ohsem dan cool macam hero hero ni, Nak nak!

Mendengar kisah Ummu Sulaim, hati saya melonjak lonjak nak jugak anak yang mujahid sepertinya. Tapi sebelum saya nak lahirkan mujahid, saya dulu perlu jadi seperti hero hero ni, baru la boleh ada anak yang ohsem. Tinggi kan cita cita saya? Tapi cita cita tinggi ni tak mustahil, mungkin ianya ambil masa yang lama, dan mungkin dalam perjalanan ni saya akan banyak terjatuh, terluka dan mengeluh, tapi kalau saya teruskan jugak insyaAllah akhirnya saya akan sampai ke destinasi yang saya idam-idamkan.
Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam jalan-Mu..


Nahnu Abthal, Allahu Akbar! 

Friday, 14 December 2012

Mesir Randomly :)

Assalamualaikum :)

Saya bosan lantas tangan pun cepat je menggodek-godek album gambar dalam hard disc. Folder tahun 2009, hampir empat tahun dulu, waktu mula mula sampai Mesir. Huhu dah masuk tahun keempat saya dekat sini, kalau student yang belajar subjek lain mostly dah masuk final year and nak grad sudah.

Waktu mula mula sampai dulu, semua benda saya nak amik gambar, biasalah budak jakun baru sampai. Haha sampaikan tiket tram pun nak ambil gambar. Sekarang tiket tram tu main campak campak je. Kalau kawan yang tolong bayarkan siap taknak ambil lagi tiket tu biar dia je yang simpan. Hee


Ini namanya tram. macam train tapi atas jalan raya. Nilah pengangkutan kami hari hari nak ke kelas. Tambang dia murah je, 25 sen je tak kisah  pergi mana mana. Gerabak paling depan sekali adalah gerabak untuk perempuan je. Naik tram ni kena sabar sikit la, yelah pengankutan murah kan, so waktu peak hours pagi dan tengah hari memang macam sardin habis laa. Sesak nafas gua.

Haa dan waktu sesak sesak macam ni laa pickpockets berleluasa tanpa rasa takut dan segan silu. Yang selalu jadi mangsa tak lain tak bukan budak melayu la, orang melayu kan kecik kecik nak dibandingkan dengan diorang. Diorang pakat dalam dua tiga orang himpit himpit mangsa, pastu seluk bag atau poket. so kalau nak naik tram memang kena jaga beg betul-betul. Tak payah la bawa dompet, hilang ic, kad bank leceh nak uruskan nanti.

Ini.. haaa bangunan mana ntah saya amik gamba. Biasalaa first year fresh lagi time tu, semua benda saya rasa nak ambil gambar guna handphone Sony ericson saya dulu tuuu :P


Dekat depan tempat ekspo barangan, tempat budak budak selalu beli barang awal sem. Tapi sekarang tempat ni dah tade, kena ribut. buku buku gergasi kat belakang tu pun dah jadi rangka -.-


Salah satu benda yang paling best dekat Alex adalah laut! Hee nilah laut mediterranean. Cewah~ Kalau orang tanya alex dekat mana, saya akan jawab tepi laut mediterranean.


Kereta kuda. Antara benda paling common yang boleh jumpa kat sini. Sama ada kuda atau keldai yang tarik. Ini kereta kuda untuk bawak pelancong, selalu akan jumpa dekat tepi pantai je. Kalau dekat kawasan pekan atau rumah, kereta kuda ni banyak digunakan untuk tarik carriage yang jual sayur sayur or untuk besi buruk. memang sangat common laa sampai hari hari nampak. Yang tak bestnya pasal kuda kuda ni adalah souvenir diorang yang ditinggalkan merata-rata atas jalan. Adoi boleh membantutkan mood kalau tengah makan. Souvenir ape? alaa yang warna coklat coklat ada bau sikit hahaa


Unta. Haa nilah benda yang orang wajib tanya kalau tahu saya belajar dekat mesir. Pernah makan unta? haa masuk tahun 4 baru laa saya dapat merasa daging unta. itupun saya tak tahu sebenarnya tu unta. Dah makan dah baru saya tahu. selalunya saya jumpa unta masa raya korban je. Takpun on the way nak ke trip mana-mana lalu tengah padang pasir baru nampak unta. haha hari hari biasa tadela jumpa unta. Keldai dan kuda banyaaak lew

This is my most favorite thing about Egypt. Boleh jumpa orang solat dekat mana-mana. kalau dengar azan je, even dekat tepi jalan pun diorang boleh hampar tikar dan buat solat jemaah :)

Hee okay tu je nak kongsi. Kan ke random entry ni. haa.
Thank you sudi baca.

sekarang dah masuk winter, haaa lambat gile winter tahun ni. Tapi winter kat sini tadela sejuk benor salji bagai, rasa macam aircond yang extreme sikit sejuknya kott, paling rendah setakat ni 8 degree, hee time winter laa after solat rasa malas sangat nak bukak telekung, best pakai telekung time winter, rasa warm nice je :)

Monday, 5 March 2012

Bakhil.

Assalamualaikum and hello all :)

Semasa saya di Italy, saya jumpa ramai orang-orang yang meminta sedekah, homeless dan sebagainya. Kalaulah di Egypt, Alhamdulillah saya tak keberatan untuk hulurkan segenih dua. (Genih [LE], matawang Egypt. macam Malaysia, ringgit [RM]) Tapi.. di Italy, disebabkan matawang yang digunakan adalah Euro, even 1€ pun saya akan berkira-kira dua tiga kali nak spend ataupun tak. 

Yelah, since 1€ tu akan didarab dengan 4 untuk dapatkan ringgit dan kalau nak dapatkan dalam bentuk genih pulak akan darab dengan 8. Jadi 1€ = RM4 = LE8. Banyak tuu bagi student macam saya ni. Jadi setiap kali ada orang susah sana datang meminta sedekah, saya tak bagi pun. Kadang-kadang saya tunduk bawah je, buat tak tahu. Sebab 1€ sangat berharga. Dahlaa duit yang dibawa dah dibajet cukup-cukup je untuk sepuluh hari ni.

Dalam flight untuk balik ke Egypt, untuk mengisi masa saya buka handphone, dan baca tafsir Surah An-Nisa. Saya terhenti dekat ayat ni..

"Dan apakah (kerugian) yang akan menimpa mereka jika mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, serta mereka mendermakan sebahagian dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada mereka? Dan ingatlah Allah sentiasa Mengetahui akan keadaan mereka."
An-Nisa : 39.

Saya tersentak dan terus termenung panjang :(

Friday, 20 January 2012

Sweet Couple, Si Cacing Schistosoma haematobium.

Assalamualaikum :)

Saya jumpa satu couple ni sangatt sweet..
Tempat pertemuan mereka salur darah dekat hati manusia, dekat situ mereka membesar bersama-sama (become mature). Si Jantan akan mendepangkan dada dan membawa si Betina dalam pelukannya (gynaecophoric canal) sama-sama merentas lautan darah, berhijrah dari satu salur darah ke salur darah yang lain untuk mencari kediaman yang sesuai.


Hee sweet tak mereka? Si Jantan akan melindungi si Betina dalam pelukannnya sampaikan si Betina tak perlu bekerja keras. sweet kan? Mari saya perkenalkan couple yang sweet ni...


Disebabkan yang si Betina selalunya lebih panjang dari si Jantan, ekor dan kepala dia terkeluar sedikit dari pelukan si Jantan.

Sweet tak mereka? hee :D

*Mereka ni akan tinggal dekat salur darah atas pundi kencing kebiasaannya dan membawa penyakit yang bernama Bilharziasis yang boleh membawa kepada cancer. Bilharziasis merebak kalau mandi atau minum air yang tercemar. But jangan risau kat Malaysia macam takde sangat. Egypt je banyak. #FYI

Thursday, 8 December 2011

Night Rant.

Assalamualaikum :)

Izinkan saya merepek di sini di pagi buta ni.

Dah hampir pukul 2 pagi dekat sini. Tidur lambat hari ni, bersama housemates planning untuk winter break nanti. Harapnya nak bercuti luar dari Egypt. Buat research tempat, pengangkutan, penginapan lagi penat dan susah rasanya daripada buat research pasal assignment. Pening memikirkan macam mana nak jimat. Nak naik bas atau train, nak tidur hostel atau motel, mana tempat yang perlu pergi so that dapat maximizekan cuti.

First time saya plan sendiri cuti macam ni. Walaupun dah masuk tahun  ketiga dekat egypt, tak pernah lagi saya pergi bercuti 'oversea'. First year hanya jalan-jalan dalam egypt, tahun kedua balik Malaysia sebab evakuasi. Tahun ketiga nilah baru nak merasa ke luar negara.

Terasa excited nak melihat tempat orang, nak rasa salji buat pertama kali. walaupun egypt ada winter, tapi salji takde, hujan ais je yang ada.

Saya travel hanya berempat insyaAllah, semua diuruskan sendiri. Tapi banyak pulak dugaan yang timbul, duit terutamanya. Nak kena pakai kad kredit untuk booking semua benda. Sape nak bagi saya pinjam? Haha bertuah la saya kalau ada orang offer.

Selain tu risau je takut tak cukup bajet. Dah terfikir nak pinjam duit mak dulu kalau terpaksa. Heh =.=' Nanti KakTeh bayar balik ye mak. Sayang mak! hehe ^^  Mak pun pernah cakap dah alang-alang dekat tuu, travel habis-habisan. Nanti dah masuk kerja susah pulak nak dapat peluang lagi.

Siapa nak tolong saya bayar balik duit mak tahun depan? tolong klik iklan. haha just kidding! ^^
baru je belajar buat ChurpChurp ni. Menarik la jugak sebab dah dapat RM1.20 tanpa berbuat apa-apa.. Korang rasa menarik tak? I need thousands of unique click kalau nak cukup untuk tampung duit pergi Italy ni. =.='

Cuti summer lagi dua tahun, classmates sekolah pulak ajak jalan-jalan kat Korea. adoih, mana nak cekau duit? Nak balik Malaysia lagi cuti tahun depan. Bila saya nak boleh simpan duit ni? sobs T.T
Bila bercakap pasal Korea, kawan saya cakap bajet untuk melancong ke sana dalam RM2000++ je. Murah laa kan? Sebab tu classmates saya ajak pergi, kena tunggu dua tahun lagi sebab semua orang kena kumpul duit dulu.

Sekarang tengah cari rumah baru sebab ada masalah sikit dengan rumah yang saya tinggal sekarang. Tak jumpa lagi rumah idaman hati, yang murah sewanya dan sesuai untuk kami. Rata-rata sewa rumah LE2000 sebulan bersamaan RM 1048. Gile! dah la rumah bukan macam kat Malaysia, rumah flat aje tapi sampai seribu sewa dia sebulan. Kadang-kadang ajen cari rumah tu bawa kami pergi rumah yang uzur sangat tapi sewa mahal. geram betul!

Huhu tetiba terpanjang pulak saya merungut kat sini. hehee sapa yang baca sampai habis, terima kasih saya ucapkan. till then. salam :) nak tidur, pukul 2.25 sudahh, konfirm punye esok bangun lambat, tapi tape, esok jumaat. cuti! yeeehaaaa.. perangai sedikit tak betul bila mengantuk. ;p

Monday, 28 November 2011

Genitourinary System.

Assalamualaikum :)

hello semua! *sambil act cute macam sparta*
haha buang tebiat je.

Baru je habis exam Endocrine System minggu lepas, dan dah dua hari mula Genitourinary System yang merupakan gabungan dua sistem sekali, Reproductive + Urinary System. Kalau tengok dari buku je, nampak macam berat juga laa module ni. Banyak! 

Banyak mungkin sebab organ lelaki dan perempuan dalam sistem ni berbeza. hee

Permulaan module ni rasa sangat menarik sebab kitorang start dengan female reproductive organ dulu. Ntah,  tak tahu kenapa somehow terasa excited :D

Time lecture anatomy tadi ade something yang kelakar prof share. 
"The menstrual cycle is described in gynecology and obstetric that the uterus crying for lack of baby"

Haha sampai menangis air mata darah uterus nangis sebab tade baby. Setiap bulan pulak tuu. heee ^^
comel je uterus nih. kan kann?

Ok. tu je. till then ^^


Sunday, 27 November 2011

Sout Al Horeya :)

Assalamualaikum :)

Today is the day. Even Google pun hari ni display Egypt's Election Day.

Teacher dekat kelas bahasa Arab pesan, "Don't you go out on Monday, just stay home because we never know what might happen." Tapi, kitorang ada lecture hari ni, ada budak yang kelas sampai pukul 5 petang lagi. so ape-ape pun kena keluar jugak lepas ni. Let's just pray everything's gonna be okay. :)


Let's hope that today's election to be fair and free for the first time in 60 years. Let's all support Egyptians in their path to democracy. ^^



For ages, we've been waiting. 
Searching but unable to find our place.
In every street in my country,
The sound of freedom is calling :)

Tuesday, 22 November 2011

#Egypt

Assalamualaikum and hello all :)

Saya baca tweets yang ditag #Egypt dan  #Tahrir sejak dari petang. Syukur internet masih ada lagi. Takut jugak line internet dan telefon kena potong lagi, takut dejavu Egyptian Revolution yang pertama. Dah mesej mak ayah awal-awal lagi bagitahu tak perlu risaukan saya di sini. Saya elok aje duduk kat rumah. Siap makan nasi lemak tambah dua kali lagi, alasan.. winter, sejuk jadi cepat lapar hee ^^

Saya sangat kagum dengan semangat anak muda Egypt. Kebangkitan para penduduk Mesir melawan Hosni Mubarak sebelum ni dicetuskan oleh anak muda. Kali ini juga, anak muda Mesir bangun sekali lagi melawan kuasa tentera, meminta Tantawi, Menteri Pertahanan Mesir turun. Mereka tak mahu kerajaan yang berasaskan ketenteraan.

Banyak kejadian yang menyentuh hati bila dibaca kisah perjuangan rakyat Mesir ni. yang paling menyentuh hati saya bila melihat penduduk Kristian Mesir yang berpegangan tangan melindungi Muslimin mesir yang ingin menunaikan solat. Subhanallah. Perpaduan yang bukan mudah untuk dicapai.



So sweet and cool kan? Entah bila negara kita sendiri nak capai perpaduan macam ni.

Satu lagi perkara yang buat saya kagum dengan rakyat Mesir, bila mereka amalkan, even tengah semnagat berarak revolusi bila azan berkumandang je, diorang terus lakukan solat jemaah, atas jalan raya je.
Solat atas jalan tu memang satu fenomena biasa bagi rakyat Mesir. bagus kan mereka? sangat cool~


Petang tadi sempat dengar sekejap ceramah dari Ustaz Riduan Mohd Nor tentang sejarah konflik Asia barat, betapa campur tangan ulama dalam perang Mesir-Israel saksikan kemenangan pada umat Islam. Dalam ceramah ni ustaz cakap yang dia kagum dengan semangat anak muda Mesir, dan beliau timbulkan satu persoalan, kenapa anak muda kita tak macam mereka..?
jawapannya.. kerana anak muda kita suka berhibur.

Jawapan ustaz tertusuk terus masuk jauh ke dalam sanubari.


*akan update lebih after exam. Doakan saya exam lusa.. eh bukan, kalau ikut waktu Malaysia, esok! waaa.. doakan saya dapat Mumtaz :)

Thanks for reading ^^


Okay Okay jewww :)

Assalamulaikum :)

Semua okay kat sini. Selagi kitorang ikut cakap kedutaan insyaAllah semua okay. Rusuhan tu antara penduduk Mesir je, tak libatkan orang Malaysia pun. 


Jangan percaya cakap media sangat. Exaggerated je kadang-kadang. For example, berita dekat SINI dia tulis,
"Selain itu buat kali pertama sejak revolusi menggulingkan Hosni Mubarak, polis Mesir berpakaian seragam hitam. Unit keselamatan seragam itu adalah unit penindasan paling dibenci ketika pemerintahan Mubarak."
Dari gaya penulisan macam nak menunjukkan polis pakai baju hitam untuk tunjuk sokongan pada Mubarak tapi hakikatnya, diorang pakai baju hitam sebab dah masuk winter dekat sini. hee kelakar je aku baca tadi. Setiap kali winter memang pun polis tukar pakai baju hitam, time summer diorang pakai baju putih. 

In fact selalunya kalau kitorang nak make sure musim dah bertukar ke belum tengok baju polis je. Baru semalam aku first time tengok diorang pakai baju hitam. Maknanya winter memang betul-betul dah menjengah Alex :)




Tak mahu evacuate. tak mahu sambung di Malaysia. 

Setakat ni semua okay je. Doakan ianya berterusan begitu insyaAllah :)

**hehee maaf maaf! punyalah malas nak taip, main capture screen je. ^^

Doakan kami exam luasa ye. To all Alexandrians, all the best :)

Saturday, 19 November 2011

Maktabah Kabir.

Assalamualaikum and hello :)

Dah lebih dua tahun saya study di Alex, tapi tak pernah pergi the main attraction yang ada dekat Alex ni which is Bibliotheca Alexandria. Bibliotheca ni En. Wiki cakap "is a major library and cultural centre located on the shore of the Mediterranean Sea in the Egyptian city of Alexandria". Seterusnya.. boleh laa baca dekat page wikipedia, dia punya history, architecture segala bagai. Kalau pelancong datang Alex, tak sah kalau tak pergi ke Bibliotheca nih. mesti punye. Cuma orang yang tinggal kat sini je yang tak heran sangat dekat dia =.='

tapi semalam tiba2 rasa nak mood lain sikit untuk study so ajak laa housemate sorang untuk study di library besar tuu.

Excited gile sebelum masuk ke library tu, terasa jakun yang amat, terasa macam tengah melancong jugak padahal library tu jaraknya dari rumah saya lima minit je naik teksi. kalau nak pergi Bibliotheca ni naik teksi kat Alex cakap je dekat pemandu tu nak pergi 'maktabah kabir' (perpustakaan besar) nanti dia bawa laa ke Bibliotheca ni.

ini gambar dari google ^^


Tapi sebelum masuk library kena isi perut yang kosong dulu. macam mana mau study bila perut asyik main gendang gendut tali kecapi. So kitorang pun gerak laa ke cafe Cinnabon dekat situ. konon nak terasa eksklusif minum hot chocolate kat restoran tepi pantai. terasa cool gituu~



cube teka berapa harga dua makanan kat atas ni tambah air hot chocolate dengan banana starwberry?

it is LE83.60 bersamaan dengan RM44.23. grr~ saya terasa nak cancel order je tadi tapi saya fikir, bukan selalu makan style orang kaya macam ni so saya pun dengan cool menipiskan dompet untuk bayar. terasa cool and fool jua =.='

yang membuatkan saya terasa double grr~ adalah bila makanan saya yang gambar atas tu TAK SEDAP! grr~ grr~ dan grr~ lagi sekali. Baik makan kepsi je, sedap dan kenyang lagi.. grr~

moral of the story bak kata Budak Lelaki Sebelah Pintu, fikir dulu sebelum buang duit. 

So, bila saya berjaya paksa diri untuk habiskan makanan tuu sampai terasa loya.. kitorang pun gerak masuk library.





Library dia besar, ada enam tingkat kalau tak silap, siap ade muzium lagi. tapi saya tak masuk laa muzium sebab tujuan datang hari ni untuk..


Study.. hee ^^
Doakan saya exam khamis ni :)

on the way nak solat di celahan rak buku sempat pulak amik gambar menggedik serta malu-malu kucing.
just reflection, segan laa ana dengan entum nak tunjuk gambar betul ^^