Showing posts with label Random Rant Rave. Show all posts
Showing posts with label Random Rant Rave. Show all posts

Saturday, 6 May 2017

First Posting ; Orthopedics

Assalamualaikum and hello :)

Lamanya tak menulis dalam blog. I always wanna update and write something but, when you are a houseman sleep is far more important than anything else 😑

It has been five months since i am in this profession; there are lots of good and bad things happened within this five month.

I was extended for a month.
When i first knew that i was extended, i was really depressed.
I didn't tell my family, in fear of i will break down and make mom worry. Mom is a worry wart and she got hypertension, so i always tell her i am enjoying my work.
Until the end, i just kept all my depression inside, air mata setitik pun tak keluar.

But, i am lucky to have such a great friends and bosses around me.
My friends and colleagues kept telling me that i did a good job as a first poster, not to worry too much regarding my extension.
Some of my bosses (the MOs) able to detect my depressed mood during my extension period, and they kept giving me motivational support and i am really grateful for that.

I ve met a lot of wonderful people, and also a handful numbers of annoying ones 😭

Next week gonna be my last week in Ortho, altough i always feel this dept quite annoying with all the politics and drama, i do really enjoy my first posting in ortho. For sure, i ll miss this department when i enter the more stressful departments after this.

Till then peeps,
Wish me luck in my next dept.

*tak sabarnya nak EOP, nak jenjalan dan tidur puas puas yeayyyy!

Monday, 4 July 2016

:(

Assalamualaikum wbt :)

Kita sayang someone
Kita taknak tengok dia buat sesuatu yang salah
kita nak tolong dia, nak nasihat dia sebab sayang
sebab risau

tapi bila dia tak hiraukan nasihat kita
dan dia tipu kita lagi
perasaan kecewa tu
pedih sangat

*sigh*

i have never been this disappointed in someone
It really hurts

bila dia tak tahu yang kita tahu dia tipu kita
dia buat muka tak bersalah
sakitnya hati

Sunday, 3 January 2016

Traveling Alone

One of the things that i really want to do is travelling alone, by myself

Tak kisah la ke mana pun, dalam negara mahupun luar. 

Pejam celik pejam celik, it's already 2016.

So this is one of the things that i really want to do as my new year resolution.


Thursday, 26 November 2015

Saying No

Assalamualaikum wbt

Sometimes you have to say no to people's plea
You have the right to do that
You don't have feel bad about it

Sunday, 9 August 2015

Superpower

Assalamualaikum wbt.

If you have superpower what kind of superpower do you wish to possess?

For me,
I want to hear other people thoughts

Because I always wonder what other people always thinking

Do they have the same thought as me?
how do people actually see me?
Is what they think the same as how they portray themselves?


Heh
It's just some of my random thought for today ;p

Wednesday, 29 July 2015

Semangat Yang Hilang ;(

Assalamualaikum wbt :)

Saya tengah mencari semangat yang hilang
sesiapa yamg terjumpa, please give me back ;(

Dalam dua tiga hari ni asyik takde semangat nak belajar.
I dont even know why.

Banyak lectures & rounds yang tak revise lagi. Next week ada exam anaesthesia but i takde semangat langsung nak study.

Tahun ni adalah merupakan tahun yang paling panjang tempoh semester. We started our 6th year November last year and it gonna end this November. It's like the whole year kau study & kena pegi kelas tade cuti panjang.

It is understandable sebab this is our final year, but sometimes i just feel tired.

I miss home
There are lots to revise
Exams
I miss home
stress baca seniors punya working condition
iman menurun
i miss home
PMS
Living condition dekat Malaysia makin susah
thinking about future
i miss home
and lots of other things yang keep being on my mind
;(

I am not complaining, i just need somewhere to rant.
Till then. Bye.



Thursday, 23 April 2015

Coffee Break.

Assalamualaikum :)

Today, another schoolmate announced that she is getting married.

Nowadays, bila scroll social media, rasa banyak dah perubahan. Banyak sangat kawan kawan share adalah nak kahwin, nak bertunang and post gambar anak anak >.<

And here I am drinking my coffee to stay awake to study for exam. Cheers!


Friday, 26 September 2014

Lagi Lima Hari :)

Assalamualaikum :)

Lama dah tak menulis dekat sini. Kesian blog ni, tahun ni memang kena neglect betul huhu.

Alhamdulillah insyaAllah lagi lima hari nak balik malaysia. weeee~

Tahun ni nak balik banyak sikit dugaannya. memula dengan beli tiket promosi utk balik cuti easter lepas lepas sekali tak jadi cuti kena tunda and then kena bayar denda mahal giler untuk tukar tarikh tiket. sob sob.

Lepas tu exam tetiba nak tunda masa (alhamdulillah tak jadi hehe) and kali first time akan berseorangan dalam flight nanti takde kawan kawan. semua orang balik lambat sikit dari saya. I am the only one yang amik tiket on petang 2nd oct tu. My last paper will on that same day. haha habis je exam terus cabut balik malaysia :P

I have nothing to write pun sebenarnya, saja tetiba terasa nak buka blog yg dah lama bersawang ni.

Cakap pasal sawang, let me give you a teka teki, dalam banyak2 rumah rumah apa paling lemah? hihi you can look for the answer dalam Quran :)

Okay tu je, ada berbaki lagi dua paper huhu~

Saturday, 22 February 2014

Hikmahnya...

Assalamualaikum :)

Pernah tak rasa perasaan yang you don't even know what you should feel? Hmm, itulah perasaan saya sekarang. Sebab suddenly we got a fortnight holiday because of H1N1 outbreak dekat Egypt.

The problem is, I've already bought a ticket on 10th April untuk balik Malaysia sebab at that time kitorang supposedly ada cuti Spring. Tiket yang dibeli adalah under promo, murah berbanding tiket biasa tapi ianya adalah non refundable. So since ada sudden cuti, this may affect our cuti spring and I may lost my ticket and the money. And nak tukar tarikh pun may cost lots of extramoney and saya tade duit, tengah pokai sekarang.

Hmm.. apa yang saya patut rasa?

Well, duit boleh dicari. Memang betullah manusia hanya mampu merancang tapi Allah adalah sebaik baik Perancang. Tetiba teringat quotes dari Blog The rocking Hijab, sometimes we cannot just say 'Allah has a better plan for us' we have to believe He does. Trying to figure out the hikmah behind all this, I believe there will be lots of it.

I just need to keep calm and study kot. heh exam final sem belum lepas lagi -.-'

...tapi,, ada sesapa nak hadiahkan saya dalam dua tiga ribu pound egypt? nak buat tukar tarikh tiket haha 

Friday, 27 December 2013

Just the usual i need somewhere to rant. you don't have to read.

Assalamualaikum :)

Beberapa hari yang lepas ada beberapa perkara yang membuatkan hati saya berdebar debar bila memikirkannnya. emm i think ayat tu is a little bit weird kann haha biarlah.

First, I have been given a task. Jadi penyampai dekat a program berkaitan Sejarah Islam. Woaa. Bila pertama kali kakak naqibah bagitahu pasal tu, saya terus terasa macam seriously?.... saya? ....saya? ....saya? (okay actually semua ahli usrah saya kena bagi, setiap orang dapat satu slot tapi still... saya?)

Haha, ada moment of mental breakdown kejap. Well, bukanlah saya takut nak bercakap depan orang ramai. That's not the main problem. Eventhough everytime kat depan orang ramai the first few minutes cam terketar ketar tapi lama lama saya okay ja if orang suruh cakap depan orang ranai.

Tapi this will be my first untuk bagi presentation about something islamic, not medical or any other usual presentation dekat sekolah. I am not used to it. And i always rasa that i dont have enough ilmu for that.
So saya pun start baca and belajar from various sources and people and i was ashamed of myself, dah umur 22 tahun baru nak belajar secara serius sejarah islam. hoi!

I came to learn about many great people, sahabat nabi yang saya tak pernah tahu sebelum ni. and also came to know many stories and the reason behind of all that stories. macam why Rasulullah buat sesuatu, kenapa baginda buat camtu kenapa tak buat camni. And I found that belajar sejarah is not that bad (i used to hate sejarah kat sekolah dolu dolu)

Do you know why masa time hijrah Rasulullah berhijrah senyap senyap sedangkan sahabat Nabi SAW, Umar al-Khattab berhijrah secdara terang-terangan? Adakah Umar lebih berani atau lebih hebat dari Nabi? Haaa, cuba teka kenapa. (I'll tell why later)

Second reason for my anxiety was because, my batch ada like pilihanraya for organisasi batch or something. And semua orang kena tulis nama orang yang dia rasa layak untuk each jawatan. And the two nama yang paling ramai orang tulis akan berentap (hamboih, berentap kaauuu) untuk that said jawatan. Andddd, nama saya ada for penolong ketua batch (famously known pkb). I was like seriously? and then i have the second mental breakdown haha too much mental breakdown la bulan ni heh.

So when people asked me, do you want me to vote for you? i will slowly and silently shake my head. and when people will ask  why. I don't have the answer...... Okay, fine it's because saya rasa macam i am not suitable to be a leader. Jadi kuli kena buat kerja boleh la .heh.

Bila tanya kawan nasihat, on what should i do, they just said maybe that's the best yang Allah nak from me. I may not feel like it tapi mungkin itu adalah jalan yang Allah pilih untuk saya untuk bekerja kerna Dia. He knows that i am incompetent in many ways and He wants me to improve myself through this. The final result is unknown, tapi kalaulah people still chose me, then my awesome friend told me to just believe that Allah had laid His best plan for me.

Kawan saya awesome kan? they know the exact thing to say to ease my anxiety. So now, saya tunngu jelah the final result. It's useless pun nak fret about something yang uncertain. And kalaulah saya kalah alhamdulillah. and kalau saya menang pun alhamdulillah, it means that Allah trust me and so do the people yang vote. kalau ada batchmate saya yg baca nih  seriously, don't vote for me.  please vote for someone yang korang rasa layak.

Okay, enough rant for today. Doakan the best (which i don't know yang mana satu) for me. And my talk will be on this upcoming Friday.

"My Lord! Truly, I am in need of whatever good that You bestow on me!"

*Huuuuu~ huuuuuuu~ tarik nafas, hembus laju laju and say bring it on!*

Saturday, 9 February 2013

Kening & Kawen

Assalamualaikum :)

Lepas makan malam, tiba tiba kami serumah berbincang mengenai kening. Lol TK cakap kalau kening jauh nanti kahwin dengan orang jauh. Then, these questions were raised,

"Kalau orang yang unibrow (kening bersambung) kahwin dengan jiran sebelah rumah dia ke?"

"Macam mana pulak kalau orang yang kahwin dengan orang negara lain, let's say orang Malaysia kahwin dengan orang US.. kening dia jauh mana?"
Haha siapalah yang mula mula came up with this theory of kening and kahwin ni? sila jawab soalan kami.. -.-

Pernah tak dulu main palm reading dan cincin.. Okay, jangan percaya, it's khurafat. tapi apa yang kelakarnya from that games, saya diramalkan bakal mempunyai 13 orang anak. Lol, for God's sake. TIGA BELAS?
Kalau nak tiga belas, I have to start working from now, cari calon and get married within this year, untuk mencapai target ramalan. Hewhew!

:P

Monday, 21 January 2013

Specialist.

Assalamualaikum dan hello :)

Sejak dua hari lepas, saya asyik menulis buat entry baru je haha kejap kejap bukak blogger dashboard kejap kejap bukak lagi. huhuuu~

Hari ni ada satu lecture je untuk sejam dan kemudian kami kami round ENT akan mula bercuti dua minggu, winter break. Heh. tiba tiba dapat cuti sehari lebih. Saya tadelah happy sangat haha in fact saya sedih bila doktor cakap you have no class this wednesday. Mesti korang ingat saya pelik en, apesal tak suka cuti. haha maybe sebab I am not going anywhere this winter. Stay Egypt saja maaa, so I have lots of masa lapang after this. haih, and the reason why I am sad is sebab saya takut saya lalai dan tak menggunakan masa lapang tu dengan betul.

Hmm.

Sejak dari kecik (eh tiba tiba nak tukar topik lain haha sorry but bear with me beoble keke), saya bercita cita nak jadi doktor dan specialist yang saya nak ambil adalah Gynecologist & Obstetrician a.k.a dalam bahasa melayunya adalah pakar sakit puan. Sebabnya, saya rasa pakar sakit puan perempuan dekat Malaysia kurang, dan saya sebagai seorang perempuan haruslah berusaha untuk membantu gegirls yang lain. That's what I feel, bertahun tahun lamanya.

Tapi suddenly, sejak kebelakangan ni, I think cardiologist is cool too. And neurologist is cool too. Jantung dan otak, the two most important organs in our body. saya rasa saya nak tahu lebih about these two things. Saya selalu amazed with how our nerves and brain function. cool oh wa cakap lu. Hmm so right now, I have no definite cita cita yang lebih tinggi. heh. i mean no definite decision nak ambil which specialist. It can change according to time kot.

OB/GYN, cardiology and neurology, mereka berada di paras yang sama dalam hati saya. eceh!

So i guess , right now the most important thing is to finish my medical studies first then I decide. Belajar semua benda dulu and then choose the right thing for me. Tanya future husband ke what's his opinion. hahahaha okay dah merepek je. Kbai. Thank you sesiapa yang sudi baca repekan bersahaja ini.

*Tapi yang pasti saya tak nak jadi Otolaryngologist a.k.a ENT specialist. haha baru sehari kan amik ENT dah tak nak jadi specialist dia. Saya tak nak orang datang dekat saya dengan lipas dalam telinga. certainly NO! saya tahu saya tak matang but what can i do, lipas is my number one enemy*

That is a definite NO-NO!

Sunday, 13 January 2013

Problem?

Assalamualaikum :)


Yes, saya sangat setuju dengan quote ni. Sometimes people refuse to talk to each other, kita lagi suka berkata-kata di belakang. Actually, banyak masalah dan salah faham akan selesai kalau kita duduk bersemuka dan luahkan apa yang tersimpan. Tapi kedua dua pihak kena laa masing masing buka pintu hati dan minda luas luas. ye dok? kang nanti jadi masalah lagi besar pulak kalau sikit sikit nak tacing.

Kawan saya pernah cakap kebanyakan stress yang kita alami adalah dari perasaan kita sendiri, that's why kita kena control our own emotions. kadang-kadang benda tu remeh temeh je tapi kita fikir banyak sangat sampai terover over sampai jadi tension.

Dengan melayan perasaan sendiri juga kita kadang kadang lupa akan perasaan orang lain. Kita inginkan dia faham diri kita tapi kita sendiri? adakah kita cuba nak meletakkan diri kita dalam kasut dia (baca : put ourselves in their shoes). Saya rasa bilamana kita nak mendekati sesuatu masalah tu, jangan mudah nak menuding jari dekat oang sahaja, cuba tanya diri balik adakah kita jugak menyumbang kepada masalah itu?

Tak semua orang akan berfikir dan rasa macam mana kita fikir dan rasa, dan kita sendiri pun tak berfikir dan rasa sebagaimana orang lain mahu kita rasa. kan? So, give and take dan bawa berbincang okayy :)
..Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan perempuan serta menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu saling kenal mengenal..(Surah Al-Hujurat, ayat 13)
Tak rasa ke bosannya hidup kalau kita semua fikir dan rasa benda yang sama je, takde variety. bosan en?

Sunday, 6 January 2013

Senja.

Assalamualaikum :)

It is senja already kat sini. Dulu dulu time kecik kecik selalu dengar orang cakap jangan main waktu senja, nanti kena culik bunian, ni mesti diorang terpengaruh dengan buku mastika ni hoho~


Tuesday, 1 January 2013

Satu Kaki Di Neraka.

Assalmualaikum :)

Kali terakhir saya dengar benda ni, adalah masa jadi  badan wakil pelajar dekat sekolah dulu. Senior saya nasihatkan kalau jadi pemimpin, tak kira la pemimpin satu pertubuhan besar atau kecik, satu kaki kita dah ke neraka dan satu kaki lagi dalam syurga. Ini la yang jadi motivation setiap kali saya rasa tertekan  dengan kerja, dengan kerenah orang. 

Sebab tu amanah Allah dan orang bagi. Allah tengok nanti. Amanah tu berat, kalau kita buat dengan betul ke syurga la jawabnya, kalau buat salah ke neraka la. So simple.

After so many years, saya diingatkan balik tentang perkara ni. Secara tiba tiba dan tak dirancang. Tak tahu kenapa, rasa nak nangis T.T

Wednesday, 26 December 2012

Decision.

Assalmualaikum and hello beautiful people on earth :)

Saya rasa salah satu perkara yang paling susah untuk dibuat adalah keputusan, yes making decisions. Semua pihak perlu diconsider. So, people, kalau awak rasa saya buat keputusan yang silap, please show me the right thing or way to do it. Thank you :)

Saturday, 22 December 2012

Tutorial Import Blog.

Assalamualaikum :)

Wow, pejam celik pejam celik dah habis dua pertiga bulan disember o.O cepatnyaa masa berlalu. Well, i have nothing to write pun hari ni, tiba tiba saya terperasan, banyaaaknya saya update bulan ni. haha looking at my old posts pun, macam dah habit sudahh bulan 12 je mesti update lebih banyak daripada biasa. Why? saya pun tak tahu.

Hee sama la masa tahun 2010 and 2011. Well, if anyone perasan and i doubt if there's any saya start berblogging dekat blog Yayan's ni since September 2011, but how come saya ada blog archive from 2010? oooo misteri di situ.... But anyway, jangan biarkan diri anda diselubungi misteri~ haha siapa ingat the tv series yang ada tagline ni? Misteri nusantara kot rasanya. ok, back to our story.

Actually, saya dah ada blog lain sebelum ni but i stopped that blog and make it private, saya tak ingat reason dia okay tipu, saya ingat je reason dia but never fulfill it pun haa and sangat segan nak tulis kat sini sebab reason dia sangat silly lagipun hahaa and make a new blog. Jadinya blog lama tu terbiar begitu sahaja.

Selepas setahun meninggalkan my first blog tu, saya bukak balik sebab ingat nak delete je blog tu, tapi sebelum tu baca everything yang saya tulis from my first year (muda lagi ai masa tu tau). tetiba rasa sayanggg.  Sebab this will be kenangan saya kottt, sayang nak delete. Dan masa tulah saya geledah geledah blogger ni dan jumpa yang actually kita boleh import post dari blog kita yang lain. waaaa~ abaikan ke'noob'an saya.

Hee saya tak tau la if benda ni adalah satu perkara yang well known or saya je yang noob baru nak tau, but saya kongsi jela kann macam mana nak buat.

First step.
Pergi dekat blog lama korang, or any blog korang yang lain and click setting > other > export blog

dan dia akan keluar macam kat bawah ni, silalah click download blog.


ataupun kalau nak terus delete je blog tu korang jugak terus ke setting > other > delete blog > download blog


Second step.

Pergi dekat setting blog yang korang nak import or letak post tu, setting > other > import blog

Bila dia keluar macam ni, fill in the blanks la kan. macam yang anak panah tu tunjuk.


Pilih exported file yang kita download tadi, rupa dia macam ni.

then isi la apa yang dia suruh isi to prove korang bukan robot -.- then tekan import

Then yeayy tengok dekat post korang dah ada dah entry dari blog lama, masa untuk third step pulak. Pilih la mana mana post yang korang nak dan tekan publish, and magically post tu akan ada dekat blog baru. yeayyyy clap clap~


Dengan hanya tiga step mudah anda tak perlu la rasa sayang nak delete blog lama, import je post2 dari blog lama and say bye bye to blog lama kita. Boleh la delete lepas tu. hee macam iklan ape je.

Okay tu jelah. This is my first time buat tutorial tutorial bagai. haha every step nak explain kann, biasala budak baru belajar mesti semangat je nak tunjuk semua tapi semangat itulah yang kita mahukan, Malaysia Boleh! motif?

Haa tutorial ni adalah satu entry tanpa plan awal. Suddenly teringat orang puteh cakap those who fail to plan are planning to fail. okay tade kena mengena. okay, merepek lagi, mungkin high glucose sekarang setelah makan dua biji pisang besar dekat People's tadi  o.O


Haa actually i have lots of things to do, tak prepare lagi for group discussion this tuesday (ada dua topik pulak kena prepare), tak habis study lagi even dua hari cuti haihh -.-' apa yang busy sangat pun tak tahu laa, lepas tu boleh pulak update blog siap buat tutorial lagi. double haihhh -.-' -.-'

Okay, tu jela untuk hari ini. Good bye good bye! thank you sudi baca :)

Eh, sebelum tu, comel tak background dan header baru blog saya? Haa i know it's a little bit childish tapi i am super in love with gambar bunga yang jadi header tu, nak jugak letak even takde idea macam mana cara nak letak tulisan yang sesuai so end up header just kosog je tanpa tulisan. ha. and the background, selama ni putih je, saya rasa saya perlu something yang ceria hahaa.

Okay, betul betul punya bye bye kali ni. I'll end this with Assalamulaikum beautiful people and thank you  :)





Tuesday, 18 December 2012

Bad Day

Assalamualaikum :/

Hari ni tak berapa baik untuk saya.
Quiz untuk subjek parasitology & microbe tibe tibe tade so kitorang hanya exam tropical med je, hanya 19 soalan for satu jam.

Sebagai seorang representative group saya yang harus menjalanlan tanggungjawab yang diberi, saya pun call coordinator untuk dua dua subjek tu and dia cakap dia taktahu the exam sepatutnya today. Heh, what is this joke? So kitorang kena postpone hari khamis ni.
Kelakar la pengurusan dia ni, how come boleh macam ni? Padahal before this diorang bagitahu exam untuk dua subjek tu sekali dengan trop med punya exam -.-

Balik nak masuk rumah pulak baru saya perasan saya tak bawak kunci, ingatkan ada dalam beg tadi T.T so saya kena tunggu laila housemate saya balik dari exam. Housemates yang lain semua da pergi carrefour.

I was bored, nak tunggu laila balik ingat nak pergi makan nasi ayam kacang dekat restoran indonesia dekat dengan rumah, restoran tutup pulak bukak pukul.

Saya malas nak berjalan ke rumah orang lain, semua orang mesti ada hal masing masing, yelaa baru habis exam kann. So saya decide nak tunggu je laila balik kat depan pintu rumah, internet kan ada. Boleh mengadu nasib dekat blog.

Masa saya tengah jalan dari restoran tadi sambil mengenang nasib diri saya nampak pakcik dalam gambar tu, dia pakai sebelah kasut sebelah lagi pakai beg plastik je. Dia takde duit ke nak beli kasut baru. Mesti sakit kaki dia melecet dan saya di sini complain benda benda kecik kat blog.

Insaf ;(

Sunday, 16 December 2012

Read and Becoming A Doctor.

Assalamualaikum and hola! :D

Exam hanya tinggal sehari lebih je lagi. The day after tomorrow at 9 o'clock. Haa tak habis baca lagi. To be honest parasitology and microbiology are just not my thing :( Haa mengadu dekat mak tadi, kakteh tak suka subjek ni. Mak cakap, nak buat macam mana kena baca jugak la. And I said to myself, hmm kate nak jadi doktor haa amik kau.

Heh -.-'

Sometimes, saya wonder kenapa saya in the first place nak jadi doktor? Takde siapa pernah paksa, mak ayah pun tak pernah suruh saya jadi doktor. Dari kecik lagi saya terus pasang impian nak jadi doktor. kenapa eh?

Haha tanya korang pulak en. Tapi yang peliknya, saya macam set my mind yang saya mesti jadi doktor dari kecik lagi. kan time sekolah dulu ada kena isi cita cita dalam borang apa ntah, tapi ada tiga tempat kena isi. Cita cita yang lagi dua mesti selalu berubah-ubah tapi, satu tempat mesti reserved untuk doktor, setiap tahun.  And that's how saya confident yang cita cita saya nak jadi doktor sejak darjah satu lagi heh

Korang tulis ape eh dalam borang tu? Saya rasa pekerjaan paling femes adalah guru. waktu tu semua orang macam tak tahu sangat engineer akauntan bagai.

Okay tu je. saje gedik gedik nak habiskan masa :P
Thank you sudi baca ^^

Friday, 14 December 2012

Mesir Randomly :)

Assalamualaikum :)

Saya bosan lantas tangan pun cepat je menggodek-godek album gambar dalam hard disc. Folder tahun 2009, hampir empat tahun dulu, waktu mula mula sampai Mesir. Huhu dah masuk tahun keempat saya dekat sini, kalau student yang belajar subjek lain mostly dah masuk final year and nak grad sudah.

Waktu mula mula sampai dulu, semua benda saya nak amik gambar, biasalah budak jakun baru sampai. Haha sampaikan tiket tram pun nak ambil gambar. Sekarang tiket tram tu main campak campak je. Kalau kawan yang tolong bayarkan siap taknak ambil lagi tiket tu biar dia je yang simpan. Hee


Ini namanya tram. macam train tapi atas jalan raya. Nilah pengangkutan kami hari hari nak ke kelas. Tambang dia murah je, 25 sen je tak kisah  pergi mana mana. Gerabak paling depan sekali adalah gerabak untuk perempuan je. Naik tram ni kena sabar sikit la, yelah pengankutan murah kan, so waktu peak hours pagi dan tengah hari memang macam sardin habis laa. Sesak nafas gua.

Haa dan waktu sesak sesak macam ni laa pickpockets berleluasa tanpa rasa takut dan segan silu. Yang selalu jadi mangsa tak lain tak bukan budak melayu la, orang melayu kan kecik kecik nak dibandingkan dengan diorang. Diorang pakat dalam dua tiga orang himpit himpit mangsa, pastu seluk bag atau poket. so kalau nak naik tram memang kena jaga beg betul-betul. Tak payah la bawa dompet, hilang ic, kad bank leceh nak uruskan nanti.

Ini.. haaa bangunan mana ntah saya amik gamba. Biasalaa first year fresh lagi time tu, semua benda saya rasa nak ambil gambar guna handphone Sony ericson saya dulu tuuu :P


Dekat depan tempat ekspo barangan, tempat budak budak selalu beli barang awal sem. Tapi sekarang tempat ni dah tade, kena ribut. buku buku gergasi kat belakang tu pun dah jadi rangka -.-


Salah satu benda yang paling best dekat Alex adalah laut! Hee nilah laut mediterranean. Cewah~ Kalau orang tanya alex dekat mana, saya akan jawab tepi laut mediterranean.


Kereta kuda. Antara benda paling common yang boleh jumpa kat sini. Sama ada kuda atau keldai yang tarik. Ini kereta kuda untuk bawak pelancong, selalu akan jumpa dekat tepi pantai je. Kalau dekat kawasan pekan atau rumah, kereta kuda ni banyak digunakan untuk tarik carriage yang jual sayur sayur or untuk besi buruk. memang sangat common laa sampai hari hari nampak. Yang tak bestnya pasal kuda kuda ni adalah souvenir diorang yang ditinggalkan merata-rata atas jalan. Adoi boleh membantutkan mood kalau tengah makan. Souvenir ape? alaa yang warna coklat coklat ada bau sikit hahaa


Unta. Haa nilah benda yang orang wajib tanya kalau tahu saya belajar dekat mesir. Pernah makan unta? haa masuk tahun 4 baru laa saya dapat merasa daging unta. itupun saya tak tahu sebenarnya tu unta. Dah makan dah baru saya tahu. selalunya saya jumpa unta masa raya korban je. Takpun on the way nak ke trip mana-mana lalu tengah padang pasir baru nampak unta. haha hari hari biasa tadela jumpa unta. Keldai dan kuda banyaaak lew

This is my most favorite thing about Egypt. Boleh jumpa orang solat dekat mana-mana. kalau dengar azan je, even dekat tepi jalan pun diorang boleh hampar tikar dan buat solat jemaah :)

Hee okay tu je nak kongsi. Kan ke random entry ni. haa.
Thank you sudi baca.

sekarang dah masuk winter, haaa lambat gile winter tahun ni. Tapi winter kat sini tadela sejuk benor salji bagai, rasa macam aircond yang extreme sikit sejuknya kott, paling rendah setakat ni 8 degree, hee time winter laa after solat rasa malas sangat nak bukak telekung, best pakai telekung time winter, rasa warm nice je :)