Saya baca tweets yang ditag #Egypt dan #Tahrir sejak dari petang. Syukur internet masih ada lagi. Takut jugak line internet dan telefon kena potong lagi, takut dejavu Egyptian Revolution yang pertama. Dah mesej mak ayah awal-awal lagi bagitahu tak perlu risaukan saya di sini. Saya elok aje duduk kat rumah. Siap makan nasi lemak tambah dua kali lagi, alasan.. winter, sejuk jadi cepat lapar hee ^^
Saya sangat kagum dengan semangat anak muda Egypt. Kebangkitan para penduduk Mesir melawan Hosni Mubarak sebelum ni dicetuskan oleh anak muda. Kali ini juga, anak muda Mesir bangun sekali lagi melawan kuasa tentera, meminta Tantawi, Menteri Pertahanan Mesir turun. Mereka tak mahu kerajaan yang berasaskan ketenteraan.
Banyak kejadian yang menyentuh hati bila dibaca kisah perjuangan rakyat Mesir ni. yang paling menyentuh hati saya bila melihat penduduk Kristian Mesir yang berpegangan tangan melindungi Muslimin mesir yang ingin menunaikan solat. Subhanallah. Perpaduan yang bukan mudah untuk dicapai.
So sweet and cool kan? Entah bila negara kita sendiri nak capai perpaduan macam ni.
Satu lagi perkara yang buat saya kagum dengan rakyat Mesir, bila mereka amalkan, even tengah semnagat berarak revolusi bila azan berkumandang je, diorang terus lakukan solat jemaah, atas jalan raya je.
Solat atas jalan tu memang satu fenomena biasa bagi rakyat Mesir. bagus kan mereka? sangat cool~
Petang tadi sempat dengar sekejap ceramah dari Ustaz Riduan Mohd Nor tentang sejarah konflik Asia barat, betapa campur tangan ulama dalam perang Mesir-Israel saksikan kemenangan pada umat Islam. Dalam ceramah ni ustaz cakap yang dia kagum dengan semangat anak muda Mesir, dan beliau timbulkan satu persoalan, kenapa anak muda kita tak macam mereka..?
jawapannya.. kerana anak muda kita suka berhibur.
Jawapan ustaz tertusuk terus masuk jauh ke dalam sanubari.
*akan update lebih after exam. Doakan saya exam lusa.. eh bukan, kalau ikut waktu Malaysia, esok! waaa.. doakan saya dapat Mumtaz :)
Thanks for reading ^^
2 comments:
bila dgr berita psl ni kat tv..mmg teringat nk tanya yayan.
kiranya bkn sume tempat huru hara ya..
wah..mmg kagum dgn semangat pemuda mesir..tak tau pun cam gitu. dan mmg betul, pemuda kita leka berhibur..kerajaan yg sogok & krn negara kita kelihatan aman.
terharu saya akak ingat T.T thank you kak :)
tempat saye pun ade je tapi tak sehebat tahrir. kalau dari rumah boleh dengar diorang bising2 berarak.. tapi kitorang duduk je laa dalam rumah. lagioun kedutaan arahkan semua student jgn keluar rumah sesuka hati. kalau ade kelas je bole keluar :)
Post a Comment